December 31, 2008
December 30, 2008
Obsessions
Salam,
Sejak akhir-akhir ini saya rasa diri ini sangat sangat sangat "fragile". Saya mudah ketawa, saya mudah menangis,saya mudah tersentuh, saya mudah kecewa dan segalanya yang berkaitan dengan perasaan mudah. "Fragile", sifat ini sebenarnya memang sudah lama berada dalam lubuk hati sanubari ini, cuma akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi pula. Cuma apa yang saya dapat simpulkan, umur-umur di peringkat "pembangunan" jati diri inilah ianya agak berkecamuk. Tak apa, saya masih di peringkat yang OK.
Sejak akhir-akhir ini juga, rancangan TV saya rasa agak best-best. Abaikan cerita melayu, yang hanya dilayan oleh saya adalah Mertua vs Menantu, Spa Q dan AC Di Sini. Tapi yang saya nak ceritakan adalah dua rancangan antarabangsa ini yang telah benar-benar menambat hati saya. Benar sekali.
Sekarang ini, Astro bermurah hati menambah saluran percuma untuk Astro Fiesta sehingga 18 Januari. Komen saya. SYABAS. Saya sukakan rancangan dalam saluran tambahan itu. Antara rancangan yang menggamit hati saya adalah Concert Boyzone 2008 dan Andre Piur (tak pasti ejaan dia macam mana) Concert.
Semasa saya menonton konsert oleh Boyzone ini, saya menjadi sedikit sebak. Entahlah, teringat zaman-zaman sekolah dulu ke, atau lagu-lagu mereka ke. Tapi yang pasti saya sukakannya. Kesimpulan saya.. " Saya tersentuh"/ "I'm touched".
Manakala semalam menonton konsert Encik Andre di Vienna ni pula adalah konsert walt ochestra. Indah, memang indah. Saya peminat ochestra. Dah lama saya inginkan menapak ke Dewan Philharmonik di KLCC itu. Mendengar lagu-lagu secara "hidup". Bersama keluarga atau mungkin bersama insan tersayang suatu hari nanti. Jika siapa-siapa mahu menambat hati saya, silalah hadiahkan saya tiket untuk menonton ochestra di mana-mana.
Obsessi.
Oh, ini bukan pasal drama bersiri Obsessi di TV3 itu. Saya dengar minggu ini minggu terakhir. Sikit pun saya tak pernah tengok drama itu walau Hero pujaan saya serta Aktress yang saya senang berlakon bersama. Ntah, mungkin masanya kurang sesuai. Apa-apa sahajalah.
Obsessi saya adalah pada kereta. Ya, kereta sekarang ni. Nak cerita apa lagi ek? Nantilah sambung.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:38 AM 0 Komen Balas
December 29, 2008
December 24, 2008
.....2008
Salamun 'Aleyk,
Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.
Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung 2008. Rasanya, baru lagi duk pikir-pikir list AZAM tahun baru 2008. Tengok tengok dah tinggal 5 hari menjelang 2009.
Ada apa dengan 2008?
Secara jujurnya, apa yang saya listkan di AZAM list di facebook yang ada 13 item kesemuanya tidak satu pun benar-benar tercapai. Oh ya, sebelum ini juga saya hanya menanam AZAM kerana orang lain juga berAZAM.
Namun, tidaklah menjadi satu sesalan untuk saya kerana azam-azam itu tidak tercapai. Ini adalah kerana, ada perkara yang tidak disenaraikan di dalam azam saya menjadi kenyataan. Dan semestinya ianya perkara yang baik. Alhamdulillah. Antara perkara yang saya ingat-ingat berlaku sekitar 2008 ini adalah :-
January 2008 - Mac 2008
- Kehidupan tahun baru sebagai pekerja, dan bukan lagi pelajar. Pekerja sepenuh masa. Mulai kenal nilai duit, pentingnya menabung dan nilai tanggungjawab.
April 2008-Jun 2008
-Pengalaman paling berharga seumur hidup pada April 2008, kali pertama passport antarabangsa saya dichop,kali pertama menaiki penerbangan antarabangsa,kali pertama pergi jauh dari tanahair. Dan kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Madinah Al-Munawarrah & Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan Umrah bersama keluarga. Keindahan,ketenangan...hanya DIA yang tahu. Alhamdulillah.
Julai 2008 - September 2008
- Berjaya mendapat tawaran menyambung kembali pelajaran di peringkat Ijazah di Univerisiti Teknologi Mara kampus Shah Alam. Bergelar pelajar luar kampus. Melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian). Dijangka tamat pada 2012.InsyaAllah. Tanggungjawab bertambah, dari pekerja kepada pekerja + pelajar. Kenal dengan rakan-rakan baru. Alhamdulillah.
- Rezeki Ramadhan 2008, itu kesimpulan saya. Saya mendapat tawaran kerja baru. Diterima masuk bekerja selepas beberapa jam ditemuduga. Bermula 15 September 2008, secara rasmi saya dijawatkan jawatan sebagai Admin Support II di Race Rally Research Department. Persekitaran kerja baru untuk saya.Bekerja dengan sebuah pasukan hebat. Menarik dan mencabar. Baik untuk saya. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.
Oktober 2008-Disember 2008
- Disember , adalah hari jadi saya. Meriah pada saya, walaupun tiada sambutan. Dan Disember juga adalah tarikh sah saya bekerja di sini. Sebelum ini 3 bulan pertama adalah tempoh pemerhatian. Alhamdulillah.
Nampaknya, itu yang saya ingat-ingat. Mungkin ada lagi, atau memang ada lagi. Tapi saya kisahkan yang lebih umum. Jika disenarai satu persatu mungkin saya boleh buat bibliografi pula kan?
Menjelang 2009.
Masih lagi dalam pemprosesan maklumat. Akan diberitahu menjelang detik 1 Januari 2009.
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:47 AM 1 Komen Balas
December 19, 2008
Dua Puluh Empat
- Saya ada seorang yang kuat cemburu. Tidak kira cemburu apa pun. Namun saya bukan lah jenis yang cemburu secara membarbie buta. Dan tidaklah saya melakukan/bertindak 'bijak' jika saya cemburu. Hakikatnya, saya sememang yang jenis cepat cemburu.Cemburu saya tanda saya sayang. Cemburu saya tanda saya mahu berusaha.Ok.
- Saya suka memasak dari menjahit. Memasak adalah jiwa saya. Menjahit memang bukan jiwa saya. Oh, bukan bermakna saya tidak tahu menjahit. Saya tahu asas menjahit.Cuma bukan jiwa saya. Saya lebih rela berdiri berjam-jam memasak di dapur daripada duduk di sofa dan menjahit/menyulam sambil menonton tv.Itu bukan saya.
- Saya jarang makan hasil buatan kek/biskut sendiri. Tidak suka. Atau mungkin muak. Tapi kalau lauk pauk saya makan. Kek/Biskut saya jarang makan. Sekadar jamah. Saya suka tengok orang suka makan kek/biskut saya buat.Suka sangat.
- Saya obses dengan pink dan merah. Saya cuba mencintai warna lain. Tapi gagal. Setia agaknya saya ni.Oh ya, yang berjaya merebut perhatian saya adalah warna putih dan hitam. Selamat datang!
- Saya tidak tahan pedas. Tapi saya suka makan makanan pedas tetapi sedikit manis. Dan saya memang tidak tahan pedas.
- Saya tidak reti makan sambal belacan. Oh tidak, jangan kata saya tidak mengaku melayu. Saya adalah melayu tulen (mungkin). Cuma saya tidak reti makan sambal belacan bersama ulam. Jika makan ulam/ikan bakar saya hanya akan makan bersama kicap cili bawang atau sambal kelapa. Dan bukan sambal belacan ataupun sambal tempoyak. Tapi saya makan masak lema tempoyak. Cuma bukan sambal belacan. Jelas?
- Saya cuba mencintai nasi kerabu. Tetapi gagal. Setiap kali perasan teringin tiba, saya pasti beli.Dan diakhiri dengan percintaan dengan tandas. Sakit perut. Ntah kenapa, selalu begitu. Mungkinkah ada sambal belacan didalamnya? Saya akan cuba merungkai misteri ini.
- Saya selalu kata saya tidak suka merajuk. Tetapi sebenarnya saya senang merajuk. Cuma merajuk saya diinterpretasi dalam pelbagai cara. Sama ada diam, buat-buat gembira, buat-buat demam dan apa-apa sahajalah yang tak menampakkan saya ni sedang merajuk.
- Saya jenis yang tidak suka memulakan perbualan. Saya lebih suka senyum dan biar pihak kedua mulakan dulu. Tapi jika di alam maya/atas talian, saya lebih suka memulakan perbualan dan sangat banyak bertanya. Oh ya, untuk beberapa individu sahaja yang saya suka banyak bertanya. Memilih? Mungkin.
- Saya percaya pada aura dan chemistry. Yang membuatkan kita boleh 'klik/ngam' dengan seseorang itu. Walaupun di atas talian, tidak saling mengenali, jauh beribu batu merentasi benua, jika saya rasa saya 'ngam' dengan individu terbabit saya akan senang berbicara.
- Saya suka memilih kawan. Jangan kata saya sombong, tapi itu harus untuk saya. Kawan akan mencerminkan diri kita. Saya harus memilih. Kawan yang boleh susah dan senang. Alhamdulillah, saya punya kawan-kawan yang baik. Terima kasih kawan!
- Saya suka belajar. Tapi bukan baca buku pelajaran.Saya sukakan benda baru di luar bidang saya. Contoh saya bekerja sekarang. Saya belajar mengenai pentadbiran tetapi bekerja melibatkan permotoran. Saya belajar mencintai kereta dan sukan permotoran. Oleh itu saya mencintai sukan permotoran.
- Saya jenis lambat respon (secara langsung).Nak kata saya 'blur' pun bolehlah. Saya suka berfikir. Dan semestinya berfikir itu akan mebuatkan respon itu lambat. Tapi saya cuba memperbaiki kelemahan ini.
- Saya agak "sombong" dengan lelaki. Ini kerana persekitaran saya sejak kecil kurang didedahkan dengan lelaki-lelaki asing selain keluarga kerabat saya (baca: abah,adik,pakcik,sepupu). Tapi jika lama kelamaan dan benar-benar kenal serta tidak asing lagi buat saya. Biasa sahaja. Saya peramah .Dan terimalah hakikatnya saya memang jenis yang pemalu. (Tolonglah~)
- Hidup saya dengan internet. Tanpa internet saya agak rasa kekosongan. Kerana itulah cara saya berhubung dengan rakan-rakan lain. Tapi ada masanya musim tiba malas nak beratas talian.
- Saya lebih bahagia bersms/email/ym daripada bercakap terus melalui telefon.Atau dalam erti kata lain "bergayut". Apatah lagi dengan lelaki. Seingat saya, record paling lama saya bercakap dengan lelaki (yang tidak melibatkan soal kerja/kecemasan/arahan) adalah kurang dari 0.05s.
- Saya suka bertindak kemudian baru berfikir sebab dan akibat. Tetapi kebiasannya tindakan saya itu agak tepat dan jarang berlaku sesuatu yang tidak diingini.Alhamdulillah. Saya lebih harus berhati-hati selepas ini.
- Saya sukakan sesuatu yang berunsurkan tradisional atau lama atau kuno. Contohnya saling mengirim surat/kad berbanding telefon. Mujurlah rakan-rakan cheekye juga mempunya citarasa yang sama.
- Saya mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi atas sesuatu barang atau perkara. Contohnya hadiah/pemberian/ucapan. Saya akan simpan/kenang sampai bila-bila. Saya kira si pemberi tersebut benar-benar ikhlas ketika memberinya. Saya akan sedih jika kehilangannya. Biar kerosakan tetapi masih boleh disimpan.Kerana saya percaya, jika kita ikhlas memberi, orang juga akan berasa senang menerima. Waima pemberian itu tidak seberapa.
- Saya tidak suka marah orang. Kalau saya marah, saya akan diam. Atau cuba mengelak dari berjumpa mahupun bertentang mata. Jangan tanya saya kenapa saya diam. atau soalan cliche " Awak ada masalah ke?","Kenapa diam je?" Oh, nak tau kenapa? Kerana jika saya marah saya akan benci. Benci tu tak bagus. Jadi saya diam je. Bila saya dah bercakap maknanya saya ok.
- Mood. Mood saya boleh berubah dalam beberapa saat. Saya mungkin sedih/frust pada jam 10.00am pagi, dan boleh bergembira tanpa sebab pada jam 10.05am pada hari yang sama. Perubahan mood jugak bergantung kepada pengaruh sumber inspirasi tidak kira di depan mata mahupun di longitud dan latitud yang berbeza.
- Saya pentingkan sarapan. Tidak kisah walaupun hanya seteguk air kosong.Segelas susu,sekeping roti atau biskut. Alas perut amat penting untuk saya, dan paling penting adalah dari rumah. Di luar sudah kira menjamu selera.
- Saya boleh memandu, tapi hanya kereta auto. Saya tidak tahu menunggang motorsikal, membonceng juga saya rasa kekok. Tapi saya suka menunggang basikal. Lebih nyaman.
- Saya adalah paranoid. Saya suka memikirkan benda yang tak sepatutnya saya fikirkan. Oh, saya punya gerak hati yang baik. Terutama dengan orang-orang yang saya saya rasa punya aura & chemistry.Alhamdulillah, kurniaan Allah.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:28 AM 0 Komen Balas
December 16, 2008
Terima Kasih Semua
Kek Hari Jadi saya yang ke-24 :)
From Mama, Abah & Adik.
The delicious cake ever. Choc Sponge Cake with White Whipped Cream!~
Thanks a million.Love all of you..!
(^_^)
Ucapan Pra-Hari Jadi (15 Disember 2008)
Yahoo Mesenger
- Kak Huda Mahmud - 5:46:39pm
- Faidzal Alang - 5:38:29pm
- Firdee Aqasha - 10:06:31pm
Secara Langsung
- Adik
- Mama
- Abah
- Tengku Djan (R3)
- Daryl (R3)
- Abg Zaki (R3)
- Pak Hassan (R3)
- Anjang, Aunty Riza, Iqbal, Irfan & Ilhana (Family)
- Kak Jah - 00:01
- Aben - 01:24
- Dr Farah Nun - 07:49
- Zulaiha - 08:00
- Nurul Ikmal - 08:50
- Kak Zuril - 11:38
- Kak Norsiah - 13:43
- Shaira Nadiah -15:43
- Syahida - 23:48
- Yan - 23:48
- Izura - 20:53
- Zurin - 22:39
- Kak Shima - 08:58am
- Kak Eami - 09:07:14am
- Mr Fairuz Utieb - 09:33:28am
- Aizzam - 10:31:51am
- Far East - 12:00:04pm
- Rizal H - 12:44:59pm
- Kak Nadrah - 05:36:13am
- Kak Nur Azita - 07:34:19m
- Safra - 12:14am
- Fatin - 12:29am
- Zaidah - 5:18am
- Abg Osman (R3) - 6:58am
- Herliyana - 8:48am
- Farah Diyana - 9:00am
- Siti Zulaikha - 10:05am
- Shaira Nadiah - 8:14pm
- Ayu Adorablenieze - 8:18pm
- Rina Azura - 11:00pm
- Izad Iskandar (Ireland)- 1:40am
- Shahrul Ikmar - 12:45am
- Iman83 - 08:19am
- Pisyek - 11:05am
- mr.dot (Cairo) - 8:20pm
- Murni - 6:02pm
- Syed Hassan(Cairo) - 6:32pm
- Kak Jue (Finance) -08:15am
- Maha (Purchasing)- 08:16am
- Fir Maped - 11:32am
Birthday Surprise!
Thanks to Djan & Daryl for such a lovely birthday gift
I Love it & Appreciate it. Very Much.
Thanks a loads!
(^_^)
Alhamdulillah.
Terima kasih Semua!
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:32 AM 1 Komen Balas
Alhamdulillah
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Ucapan seterusnya akan menyusuli kemudian.InsyaAllah.
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:14 AM 4 Komen Balas
Labels: Diary
December 14, 2008
Oh!
Assalamualaikum,
Saja nak mencoret sikit. Ayat kegemaran saya minggu ini.
Itu sahaja. Saya suka. Suka sangat.
Eh, saya rasa saya suka lagu Pretty Woman lah. Maaf, entri agak bercelaru. Perasaan kurang stabil. Sebab saya dapat rasakan minggu ini perasaan agak bercampur baur. Seronok, berdebar, cemas, risau.Atau saya harapkan, kesemua perasaan itu akan menjadi bahagia. PMS agaknya. Akan saya simpulkan perasaan itu pada entri akan datang.
Hujung minggu ni, saya masak cara barat. Chicken Salad, Potato Salad, Mashed Potato,Cream Cheese & Herbs Pasta, BBQ Grilled Beef with Baked Potatoed & Onion. Resipi akan menyusul.
Dah panjang pulak.Berhenti dulu. Nak tidur, esok bekerja. Sehari lagi sebelum hari lahir saya. Menantikan ucapan dan doa ikhlas dari kalian. (^_^)
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:48 PM 0 Komen Balas
December 12, 2008
Balas
Assalamualaikum,
Pernah dengar pepatah ini? "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Mesti pernah kan. Saya teringat zaman menuntut di Bumi Hang Tuah dulu kala, ada ketika kita manusia melakukan kesilapan, kemudian musibah menimpa. Ayat biasa dikatakan, "Allah bayar cash terus". Malah, kata-kata itu, sehingga sekarang masih menjadi peringatan untuk saya dan rakan-rakan supaya lebih beringat dalam melakukan apa jua sekali pun.
Tadi saya terdengar tazkirah oleh Dr Fadzilah Kamsah. Kalau kita nak disayangi oleh orang lain, kita kena berbaik sangka. Nah, dalam Islam sendiri mengajar kita untuk berbaik sangka dan tidak bersyak wasangka. Bersyak wasangka buruk itu hanyalah hasutan iblis. Oleh yang demikian, bersangka baik sahajalah. Tidak rugi apapun.
Dan selain bersangka baik itu, dengan berbuat baik juga kita akan dibalas baik. Allah itu Maha Pemurah. Kita berbuat baik, DIA menganugerahkan. Cepat atau lambat. Hanya DIA tentukan. Sabar dan Istiqamah. Yakin dan Ikhlas. Kunci mudah. Allah itu Maha Kaya. Allah itu Maha Pemberi. Allah itu Maha Penyayang.Allah itu Maha Mengasihani.
Berbuat baik kerana Allah. Berkasih sayang kerana Allah. Berilmu kerana Allah.Bekerja kerana Allah.
Ingat Allah selalu. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:07 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Thoughts, Working Life
December 09, 2008
Vice Versa
Assalamualaikum,
Entri ringkas malam ini, hampir detik 12 tengah malam. Saya patut tidur awal. Supaya esok saya ceria seindah suria.Atau apa-apa sahajalah.
Hari ini...
1. Berfikir adalah berbeza daripada mengingati
2. Berdoa jauh lebih baik dari menyanyi
Hanya dua konklusi saya. Kesimpulan lebih tepat, segala pemikiran jahat adalah hasutan syaitan. Untuk mencegah dan merawat, banyakkan berdoa dan mengingati Allah. Solat, Doa, Zikir, Puasa...semua itu lebih baik, lebih menenangkan.
Kerana apa? DIA Maha Mengetahui, DIA lebih tahu, bukan kita.Kita hanya ada hati, ada naluri.DIA ada segalanya. Kita merancang, DIA tentukan. Kita berusaha, DIA menganugerahkan. DIA mahu kita belajar. DIA mahu menyedarkan kita. DIA sayang kita.
Andai saya terleka, ingatkan saya.Andai kamu terleka, saya ingatkan. InsyaAllah.
Doa itu senjata orang mukmin. Banyakkan berdoa. Istiqamah. Berdoa sendiri. Berdoa secara berjemaah. Mendoakan kesejahteraan diri sendiri. Mendoakan kesejahteraan orang lain. Saling mendoakan.Itu Indahnya ISLAM. Subhanallah.Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:45 PM 4 Komen Balas
December 06, 2008
Selamat Hari Raya Eid Adha
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Salam Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir & Batin
Daripada:
Saya & Keluarga
Bandaraya Anggerik
Malaysia
(^_^)
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:03 PM 1 Komen Balas
December 05, 2008
Gigi vs Saraf
Assalamualaikum,
Alhamdullilah, Segala Puji Bagi Allah.
Semalam, seperti dijanjikan, atas saranan pelbagai individu, saya pergi jua bertemu doktor gigi. Perjumpaan diadakan selepas saya selesai tamat waktu bekerja.
Dipendekkan cerita, sangkaan saya hanya terdapat lubang kecil pada gigi meleset sama sekali. Mengikut kata doktor, gigi saya itu dikatakan telah "mati" dek kerana kerosakan pada saraf tunjangnya. Gigi mati? Dalam fikiran saya ketika itu, mesti kena cabut. Jika gigi geraham mungkin syaa tidak ambil peduli sangat, tetapi gigi ini agak kehadapan sedikit, kiranya jika saya senyum mengikut standard, pasti nampak ketaranya. Saya siap berfikir, lepas ni kenalah saya control tahap senyuman. Macam-macamlah.
Namun, doktor peribadi saya (macam kaya saja bunyinya, tapi dia memang doktor keluarga kami) seperti dapat membaca apa yang berlegar-legar di sereblum saya ini. Lantas, dia telah memberi saya dua pilihan rawatan. Seperti berikut :
- Rawatan saraf. Untuk perjumpaan kali pertama, masukkan ubat, buat tampalan sementara. Rawatan kali kedua, buang tampalan dan buat tampalan kekal. Ubat juga akan dibekalkan. Kos rawatan = RM250
- Cabutan gigi. Ubat akan diberikan. Datang semula untuk cabutan. Perlu kos tambahan jika mahukan gigi gantian (palsu). Kos rawatan = Saya tak berminat nak tahu.
Dan semalam, rasa macam nak demam. Pening, mungkin kerana kesan ubat bius. Atau mengada? Ntahlah. Tapi yang pasti , temujanji rawata seterusnya adalah pada 18 Disember ini. 2 minggu. Tapi jika masih sakit, datang pada bila-bila masa. Sekarang sebenarnya saya masih rasa sakit apabila tersentuh. Kurang pasti sama ada masih bekas pembedahan semalam atau gigi saya sememangnya sakit. Akan saya pastikan sehari dua ini.
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:47 AM 1 Komen Balas
Labels: Diary
December 04, 2008
Template
Tengok tu, saya klik "New Post" adalah untuk menaip entri mengenai perubahan template saya ini. Pergi taip lain. Ilham bila dah tiba, hebat jadinya.
Baiklah, kalau anda adalah pembaca yang rajin berkunjung, pasti perasan, sudah 3 kali saya menukar template dalam masa sehari.
Nak tau tak? Sebenarnya, saya teringin tukar template menggunakan ejen design blog yang lain. Macam rakan-rakan blog lain. Tapi, tatkala saya menekan atau menukar kod template, saya jadi sayang pulak dengan template lama. Bukannya tidak boleh copy dan paste. Atau hanya perlu install balik sahaja kan? Malas, itu sebenarnya. Saya belum bersedia, jika apa-apa perkara berlaku pada template sedia ada. Saya ada pengalaman mengubah template, akhirnya, kecundang.
Dan untuk penggunaan nama blog ini, saya berusaha untuk mengekalkannya.
Akhirnya, entri ini ditaip jua.Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:53 AM 2 Komen Balas
Dan lagi...
Assalamualaikum,
Pagi ini, ngam-ngam punch card tepat jam 7:58am. 2 minit kurang dari jam 8.00am. Nak bagitau, waktu kerja saya adalah bermula jam 8.00am-5.30pm.
Bukan bangun lambat, tetapi sengaja melambatkan pergerakan. Masih bingung, kesakitan gigi tidak berlaku. Tapi, hanya sementara. Nah, nak sangat. Kan dah sakit balik. Harus jumpa doktor gigi dengan kadar segera. Kerana saya mahu mengunyah makanan dengan normal. Menggunakan khidmat kunyahan gigi sebelah kanan, agak meletihkan.
Hari ini, mengantuk. Kurang pasti kerana penangan hebat kapsul untuk menahan sakit gigi. Atau sememangnya saya mengantuk. Kurang tidur? Mungkin tidak. Tidur jam 1:00am? Itu benar. Oh, bukan selalu. Kebetulan saya bersembang secara alam maya dengan dia yang dah agak lama kami tidak berjumpa di alam maya. Saja mengemaskini cerita dan berita. Perasaan? Seronok. Kerana saya berjaya mengingatkan dia tentang tarikh hari lahir saya secara langsung. Tanpa segan silu. Saya menantikan ucapan selamat dari anda pada hari itu nanti.
Sedang berkira-kira, mahu ke klinik pergigian sekarang atau selepas waktu rehat. Tapi saya lebih berminat untuk merehatkan mata jika diberi peluang. Mungkin tidak. Harus bekerja secara berkarisma dan berkaliber untuk mencari rezeki yang Halal dan Baik.
Kepada yang membaca entri ini di pejabat. Ayuh, kita mula kembali bekerja secara bersemangat!
Sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:42 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Thoughts, Working Life
December 03, 2008
Respon II
Assalamualaikum,
Di saat entri ini ditaip, saya masih kesakitan gigi. Kerana "ego", atau tunjuk macho depan mama sama abah serta adik, saya buat-buat "tak sakit" atau "sakit sikit" Takpelah, semoga bekalan panadol mencukupi sebelum saya ada temujanji bersama Doktor Gigi esok.
Dalam sakit-sakit, saya dibebel oleh mama. Kenapa? Saya memang suka cari pasal. Sambil menonton tv, saya dengan enakknya mengunyah kuih gunting. Malam tadi, dengan sedapnya, saya order Lamb Chop bersama sweet and sour sours. Kenyal dan manis. Kombinasi hebat untuk menambah kesengalan pada gigi saya. Syabas!
Sekian bab gigi. Kita masuk bab respon bahagian kedua. (Oh, dah bersambung)
Sekali lagi, hari ini setelah berjanji dengan diri sendiri memberikan respon sebaik mungkin. Saya kira saya gagal lagi. Maafkan saya. Saya cuba lagi.
Hmm, puas. Entri ini akhirnya ditaip.
Sekian. Wasalam.
Jaga diri. Jaga gigi.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:34 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Thoughts, Working Life
Ouch!
Assalamualaikum,
Saya sakit gigi...teramat.
Sekian, wasalam.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:21 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary
December 01, 2008
ReSpon.
Assalamualaikum,
Hari yang tenang. Agaknya.Alhamdulillah.
Saya nak berceloteh sedikit mengenai respon.Ya, respon dari saya. Bukan dari pihak kedua mahupun ketiga.Kenapa? Sebab saya rasa, respon dari saya mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah individu.
Saya berpendapat, saya memang ada "masalah" dari segi memberi respon. Kita baca entri ini jika situasinya "live feed" ataupun secara langsung. Saya tidak punya masalah memberi respon ketika di alam maya. Kerana mereka tidak tahu eksperi wajah saya ketika itu. Kalau malu pun, saya sahaja yang perasan. Mereka tidak. Dan semestinya DIA lebih tahu.
Kenapa saya bangkitkan perihal respon ini kerana saya rasa saya telah "mengecewakan" individu ini ketika dia cuba berbicara dengan saya. Bukan sekali, bukan dua kali, agak beberapa kali. Agaknya. Kadang-kadang saya semacam endah tidak endah. Oh, bukan niat saya. Sememangnya saya kurang peka. Atau malas untuk peka. Nantinya akan memberi prasangka bahawa saya ini terlebih peka. Paranoid? Mungkin.
Tapi bukanlah bermakna tiada respons dari saya, saya buat "bijak" dengan berdiam atau menjeling. Oh tidak. Saya masih memberi respon. Kan?. Cumanya berbentuk pergerakan otot muka tanpa suara. Iaitu senyum. Atau cuba menggunakan khidmat tengkuk dengan menggeleng atau mengangguk. Itu respon la kan? Walaupun saya pernah berfikir, bahawa individu ini mahukan saya bersuara. Atau mendengar suara saya. Seperti saya bersuara dengan individu-individu lain.
Simpati. Saya simpati dengan nasib individu ini. Semoga individu ini tidak terasa seperti saya "malas" nak bersuara dengannya. Sekali lagi saya ulang, tidak berniat begitu walau sedikit.Cumanya saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon sewajarnya kerana bimbang tersalah beri respon. Saya akan belajar untuk memberi respon dengan baik kali ini. Ya, saya berusaha.
Selawat banyak-banyak, baca doa permudah urusan dan lisan. InsyaAllah.
Sekian.
Wasalam.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:50 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Thoughts, Working Life