In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

December 19, 2008

Dua Puluh Empat


Assalamualaikum,

24 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Saya.
  1. Saya ada seorang yang kuat cemburu. Tidak kira cemburu apa pun. Namun saya bukan lah jenis yang cemburu secara membarbie buta. Dan tidaklah saya melakukan/bertindak 'bijak' jika saya cemburu. Hakikatnya, saya sememang yang jenis cepat cemburu.Cemburu saya tanda saya sayang. Cemburu saya tanda saya mahu berusaha.Ok.
  2. Saya suka memasak dari menjahit. Memasak adalah jiwa saya. Menjahit memang bukan jiwa saya. Oh, bukan bermakna saya tidak tahu menjahit. Saya tahu asas menjahit.Cuma bukan jiwa saya. Saya lebih rela berdiri berjam-jam memasak di dapur daripada duduk di sofa dan menjahit/menyulam sambil menonton tv.Itu bukan saya.
  3. Saya jarang makan hasil buatan kek/biskut sendiri. Tidak suka. Atau mungkin muak. Tapi kalau lauk pauk saya makan. Kek/Biskut saya jarang makan. Sekadar jamah. Saya suka tengok orang suka makan kek/biskut saya buat.Suka sangat.
  4. Saya obses dengan pink dan merah. Saya cuba mencintai warna lain. Tapi gagal. Setia agaknya saya ni.Oh ya, yang berjaya merebut perhatian saya adalah warna putih dan hitam. Selamat datang!
  5. Saya tidak tahan pedas. Tapi saya suka makan makanan pedas tetapi sedikit manis. Dan saya memang tidak tahan pedas.
  6. Saya tidak reti makan sambal belacan. Oh tidak, jangan kata saya tidak mengaku melayu. Saya adalah melayu tulen (mungkin). Cuma saya tidak reti makan sambal belacan bersama ulam. Jika makan ulam/ikan bakar saya hanya akan makan bersama kicap cili bawang atau sambal kelapa. Dan bukan sambal belacan ataupun sambal tempoyak. Tapi saya makan masak lema tempoyak. Cuma bukan sambal belacan. Jelas?
  7. Saya cuba mencintai nasi kerabu. Tetapi gagal. Setiap kali perasan teringin tiba, saya pasti beli.Dan diakhiri dengan percintaan dengan tandas. Sakit perut. Ntah kenapa, selalu begitu. Mungkinkah ada sambal belacan didalamnya? Saya akan cuba merungkai misteri ini.
  8. Saya selalu kata saya tidak suka merajuk. Tetapi sebenarnya saya senang merajuk. Cuma merajuk saya diinterpretasi dalam pelbagai cara. Sama ada diam, buat-buat gembira, buat-buat demam dan apa-apa sahajalah yang tak menampakkan saya ni sedang merajuk.
  9. Saya jenis yang tidak suka memulakan perbualan. Saya lebih suka senyum dan biar pihak kedua mulakan dulu. Tapi jika di alam maya/atas talian, saya lebih suka memulakan perbualan dan sangat banyak bertanya. Oh ya, untuk beberapa individu sahaja yang saya suka banyak bertanya. Memilih? Mungkin.
  10. Saya percaya pada aura dan chemistry. Yang membuatkan kita boleh 'klik/ngam' dengan seseorang itu. Walaupun di atas talian, tidak saling mengenali, jauh beribu batu merentasi benua, jika saya rasa saya 'ngam' dengan individu terbabit saya akan senang berbicara.
  11. Saya suka memilih kawan. Jangan kata saya sombong, tapi itu harus untuk saya. Kawan akan mencerminkan diri kita. Saya harus memilih. Kawan yang boleh susah dan senang. Alhamdulillah, saya punya kawan-kawan yang baik. Terima kasih kawan!
  12. Saya suka belajar. Tapi bukan baca buku pelajaran.Saya sukakan benda baru di luar bidang saya. Contoh saya bekerja sekarang. Saya belajar mengenai pentadbiran tetapi bekerja melibatkan permotoran. Saya belajar mencintai kereta dan sukan permotoran. Oleh itu saya mencintai sukan permotoran.
  13. Saya jenis lambat respon (secara langsung).Nak kata saya 'blur' pun bolehlah. Saya suka berfikir. Dan semestinya berfikir itu akan mebuatkan respon itu lambat. Tapi saya cuba memperbaiki kelemahan ini.
  14. Saya agak "sombong" dengan lelaki. Ini kerana persekitaran saya sejak kecil kurang didedahkan dengan lelaki-lelaki asing selain keluarga kerabat saya (baca: abah,adik,pakcik,sepupu). Tapi jika lama kelamaan dan benar-benar kenal serta tidak asing lagi buat saya. Biasa sahaja. Saya peramah .Dan terimalah hakikatnya saya memang jenis yang pemalu. (Tolonglah~)
  15. Hidup saya dengan internet. Tanpa internet saya agak rasa kekosongan. Kerana itulah cara saya berhubung dengan rakan-rakan lain. Tapi ada masanya musim tiba malas nak beratas talian.
  16. Saya lebih bahagia bersms/email/ym daripada bercakap terus melalui telefon.Atau dalam erti kata lain "bergayut". Apatah lagi dengan lelaki. Seingat saya, record paling lama saya bercakap dengan lelaki (yang tidak melibatkan soal kerja/kecemasan/arahan) adalah kurang dari 0.05s.
  17. Saya suka bertindak kemudian baru berfikir sebab dan akibat. Tetapi kebiasannya tindakan saya itu agak tepat dan jarang berlaku sesuatu yang tidak diingini.Alhamdulillah. Saya lebih harus berhati-hati selepas ini.
  18. Saya sukakan sesuatu yang berunsurkan tradisional atau lama atau kuno. Contohnya saling mengirim surat/kad berbanding telefon. Mujurlah rakan-rakan cheekye juga mempunya citarasa yang sama.
  19. Saya mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi atas sesuatu barang atau perkara. Contohnya hadiah/pemberian/ucapan. Saya akan simpan/kenang sampai bila-bila. Saya kira si pemberi tersebut benar-benar ikhlas ketika memberinya. Saya akan sedih jika kehilangannya. Biar kerosakan tetapi masih boleh disimpan.Kerana saya percaya, jika kita ikhlas memberi, orang juga akan berasa senang menerima. Waima pemberian itu tidak seberapa.
  20. Saya tidak suka marah orang. Kalau saya marah, saya akan diam. Atau cuba mengelak dari berjumpa mahupun bertentang mata. Jangan tanya saya kenapa saya diam. atau soalan cliche " Awak ada masalah ke?","Kenapa diam je?" Oh, nak tau kenapa? Kerana jika saya marah saya akan benci. Benci tu tak bagus. Jadi saya diam je. Bila saya dah bercakap maknanya saya ok.
  21. Mood. Mood saya boleh berubah dalam beberapa saat. Saya mungkin sedih/frust pada jam 10.00am pagi, dan boleh bergembira tanpa sebab pada jam 10.05am pada hari yang sama. Perubahan mood jugak bergantung kepada pengaruh sumber inspirasi tidak kira di depan mata mahupun di longitud dan latitud yang berbeza.
  22. Saya pentingkan sarapan. Tidak kisah walaupun hanya seteguk air kosong.Segelas susu,sekeping roti atau biskut. Alas perut amat penting untuk saya, dan paling penting adalah dari rumah. Di luar sudah kira menjamu selera.
  23. Saya boleh memandu, tapi hanya kereta auto. Saya tidak tahu menunggang motorsikal, membonceng juga saya rasa kekok. Tapi saya suka menunggang basikal. Lebih nyaman.
  24. Saya adalah paranoid. Saya suka memikirkan benda yang tak sepatutnya saya fikirkan. Oh, saya punya gerak hati yang baik. Terutama dengan orang-orang yang saya saya rasa punya aura & chemistry.Alhamdulillah, kurniaan Allah.
Sekian.

0 Komen Balas: