In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

December 24, 2008

.....2008

Salamun 'Aleyk,

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung 2008. Rasanya, baru lagi duk pikir-pikir list AZAM tahun baru 2008. Tengok tengok dah tinggal 5 hari menjelang 2009.

Ada apa dengan 2008?

Secara jujurnya, apa yang saya listkan di AZAM list di facebook yang ada 13 item kesemuanya tidak satu pun benar-benar tercapai. Oh ya, sebelum ini juga saya hanya menanam AZAM kerana orang lain juga berAZAM.

Namun, tidaklah menjadi satu sesalan untuk saya kerana azam-azam itu tidak tercapai. Ini adalah kerana, ada perkara yang tidak disenaraikan di dalam azam saya menjadi kenyataan. Dan semestinya ianya perkara yang baik. Alhamdulillah. Antara perkara yang saya ingat-ingat berlaku sekitar 2008 ini adalah :-

January 2008 - Mac 2008
- Kehidupan tahun baru sebagai pekerja, dan bukan lagi pelajar. Pekerja sepenuh masa. Mulai kenal nilai duit, pentingnya menabung dan nilai tanggungjawab.

April 2008-Jun 2008
-Pengalaman paling berharga seumur hidup pada April 2008, kali pertama passport antarabangsa saya dichop,kali pertama menaiki penerbangan antarabangsa,kali pertama pergi jauh dari tanahair. Dan kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Madinah Al-Munawarrah & Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan Umrah bersama keluarga. Keindahan,ketenangan...hanya DIA yang tahu. Alhamdulillah.

Julai 2008 - September 2008
- Berjaya mendapat tawaran menyambung kembali pelajaran di peringkat Ijazah di Univerisiti Teknologi Mara kampus Shah Alam. Bergelar pelajar luar kampus. Melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian). Dijangka tamat pada 2012.InsyaAllah. Tanggungjawab bertambah, dari pekerja kepada pekerja + pelajar. Kenal dengan rakan-rakan baru. Alhamdulillah.

- Rezeki Ramadhan 2008, itu kesimpulan saya. Saya mendapat tawaran kerja baru. Diterima masuk bekerja selepas beberapa jam ditemuduga. Bermula 15 September 2008, secara rasmi saya dijawatkan jawatan sebagai Admin Support II di Race Rally Research Department. Persekitaran kerja baru untuk saya.Bekerja dengan sebuah pasukan hebat. Menarik dan mencabar. Baik untuk saya. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.

Oktober 2008-Disember 2008
- Disember , adalah hari jadi saya. Meriah pada saya, walaupun tiada sambutan. Dan Disember juga adalah tarikh sah saya bekerja di sini. Sebelum ini 3 bulan pertama adalah tempoh pemerhatian. Alhamdulillah.

Nampaknya, itu yang saya ingat-ingat. Mungkin ada lagi, atau memang ada lagi. Tapi saya kisahkan yang lebih umum. Jika disenarai satu persatu mungkin saya boleh buat bibliografi pula kan?

Menjelang 2009.
Masih lagi dalam pemprosesan maklumat. Akan diberitahu menjelang detik 1 Januari 2009.

Sekian.

1 Komen Balas:

Aina Ana said...

Alhamdulillah. Yang penting ada usaha untuk peningkatan diri.
Kadang-kadang azam tu mula dengan angan-angan. Bila direalisasikan, bukankan tertunai azam?

Hehe..berbelit-belit pulak akak cakap ni.