Assalamualaikum,
Hari yang tenang. Agaknya.Alhamdulillah.
Saya nak berceloteh sedikit mengenai respon.Ya, respon dari saya. Bukan dari pihak kedua mahupun ketiga.Kenapa? Sebab saya rasa, respon dari saya mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah individu.
Saya berpendapat, saya memang ada "masalah" dari segi memberi respon. Kita baca entri ini jika situasinya "live feed" ataupun secara langsung. Saya tidak punya masalah memberi respon ketika di alam maya. Kerana mereka tidak tahu eksperi wajah saya ketika itu. Kalau malu pun, saya sahaja yang perasan. Mereka tidak. Dan semestinya DIA lebih tahu.
Kenapa saya bangkitkan perihal respon ini kerana saya rasa saya telah "mengecewakan" individu ini ketika dia cuba berbicara dengan saya. Bukan sekali, bukan dua kali, agak beberapa kali. Agaknya. Kadang-kadang saya semacam endah tidak endah. Oh, bukan niat saya. Sememangnya saya kurang peka. Atau malas untuk peka. Nantinya akan memberi prasangka bahawa saya ini terlebih peka. Paranoid? Mungkin.
Tapi bukanlah bermakna tiada respons dari saya, saya buat "bijak" dengan berdiam atau menjeling. Oh tidak. Saya masih memberi respon. Kan?. Cumanya berbentuk pergerakan otot muka tanpa suara. Iaitu senyum. Atau cuba menggunakan khidmat tengkuk dengan menggeleng atau mengangguk. Itu respon la kan? Walaupun saya pernah berfikir, bahawa individu ini mahukan saya bersuara. Atau mendengar suara saya. Seperti saya bersuara dengan individu-individu lain.
Simpati. Saya simpati dengan nasib individu ini. Semoga individu ini tidak terasa seperti saya "malas" nak bersuara dengannya. Sekali lagi saya ulang, tidak berniat begitu walau sedikit.Cumanya saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon sewajarnya kerana bimbang tersalah beri respon. Saya akan belajar untuk memberi respon dengan baik kali ini. Ya, saya berusaha.
Selawat banyak-banyak, baca doa permudah urusan dan lisan. InsyaAllah.
Sekian.
Wasalam.
December 01, 2008
ReSpon.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:50 PM
Labels: Diary, Thoughts, Working Life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen Balas:
Post a Comment