Ya ya ya, ini adalah "reward" untuk diri saya sendiri...untuk HARI INI. Esok...insyaAllah bakal ada yang menyusul.
Saya dah janji dengan diri saya untuk BERJIMAT CERMAT. Beli hanya barang keperluan. Dan "mereka" termasuk dalam kategori barang-barang keperluan saya. Mahal? Agakla...tapi untuk penggunaan "jangkamasa panjang". Jangan risau, saya tidak tergolong dalam golongan "high-maintenance".
Yang pasti, saya rasa seronok dan puas kerana dapat memberi "reward" kepada diri sendiri, dengan hasil titik peluh sendiri.... :)
Kebelakangan ini makin hebat "soalan" itu ditujukan kepada saya. Kadang-kadang entah siapa-siapa juga berminat "nak tahu". Encik driver feeder car, makcik cleaner, pak guard,makcik pasar malam, akak shampoo girl..."soalan" yang membuatkan saya suka berfikir + berangan selepas memberi jawapan spontan. Mungkin juga mereka merasakan saya ini "misteri" kerana lebih suka tersenyum dari memberikan jawapan secara lisan. Senyum itu sama sahajalah seperti "no comment". Malah, senyuman itukan sedekah...sekurang-kurang saya mudah tersenyum sekarang ini...
Bila disoal..saya suka berfikir, bila berfikir...saya teringat "pepatah" hasilan seorang senior semasa menuntut di Bumi Hang Tuah dulu...
Jaga Diri.
Wasalam
0 Komen Balas:
Post a Comment