In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

December 05, 2008

Gigi vs Saraf

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, Segala Puji Bagi Allah.

Semalam, seperti dijanjikan, atas saranan pelbagai individu, saya pergi jua bertemu doktor gigi. Perjumpaan diadakan selepas saya selesai tamat waktu bekerja.

Dipendekkan cerita, sangkaan saya hanya terdapat lubang kecil pada gigi meleset sama sekali. Mengikut kata doktor, gigi saya itu dikatakan telah "mati" dek kerana kerosakan pada saraf tunjangnya. Gigi mati? Dalam fikiran saya ketika itu, mesti kena cabut. Jika gigi geraham mungkin syaa tidak ambil peduli sangat, tetapi gigi ini agak kehadapan sedikit, kiranya jika saya senyum mengikut standard, pasti nampak ketaranya. Saya siap berfikir, lepas ni kenalah saya control tahap senyuman. Macam-macamlah.

Namun, doktor peribadi saya (macam kaya saja bunyinya, tapi dia memang doktor keluarga kami) seperti dapat membaca apa yang berlegar-legar di sereblum saya ini. Lantas, dia telah memberi saya dua pilihan rawatan. Seperti berikut :

  1. Rawatan saraf. Untuk perjumpaan kali pertama, masukkan ubat, buat tampalan sementara. Rawatan kali kedua, buang tampalan dan buat tampalan kekal. Ubat juga akan dibekalkan. Kos rawatan = RM250
  2. Cabutan gigi. Ubat akan diberikan. Datang semula untuk cabutan. Perlu kos tambahan jika mahukan gigi gantian (palsu). Kos rawatan = Saya tak berminat nak tahu.
Dan, saya pilih rawatan pertama atas saranan doktor kerana mengatakan saraf saya masih boleh berfungsi. Alhamdulillah. Rawatan terus dijalankan kerana gigi saya memang sudah ngilu. Pembedahan kecil dilakukan, dan terpaksa dibius. Kebas. Selama 2 jam. Rasa seperti mulut saya bengkak. Mengunyah? Saya hanya makan bubur semalam atas saranan mama. Jadi kami sekeluarga makan bubur nasi.Walaupun saya tertarik melihat rempeyek yang baru dibeli oleh mama. Bersabarlah.

Dan semalam, rasa macam nak demam. Pening, mungkin kerana kesan ubat bius. Atau mengada? Ntahlah. Tapi yang pasti , temujanji rawata seterusnya adalah pada 18 Disember ini. 2 minggu. Tapi jika masih sakit, datang pada bila-bila masa. Sekarang sebenarnya saya masih rasa sakit apabila tersentuh. Kurang pasti sama ada masih bekas pembedahan semalam atau gigi saya sememangnya sakit. Akan saya pastikan sehari dua ini.

Sekian.

1 Komen Balas:

anizsDANbintang... said...

lama tak doc buat rawatan akar tu? 2jam ke?