In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

December 04, 2008

Dan lagi...

Assalamualaikum,

Pagi ini, ngam-ngam punch card tepat jam 7:58am. 2 minit kurang dari jam 8.00am. Nak bagitau, waktu kerja saya adalah bermula jam 8.00am-5.30pm.

Bukan bangun lambat, tetapi sengaja melambatkan pergerakan. Masih bingung, kesakitan gigi tidak berlaku. Tapi, hanya sementara. Nah, nak sangat. Kan dah sakit balik. Harus jumpa doktor gigi dengan kadar segera. Kerana saya mahu mengunyah makanan dengan normal. Menggunakan khidmat kunyahan gigi sebelah kanan, agak meletihkan.

Hari ini, mengantuk. Kurang pasti kerana penangan hebat kapsul untuk menahan sakit gigi. Atau sememangnya saya mengantuk. Kurang tidur? Mungkin tidak. Tidur jam 1:00am? Itu benar. Oh, bukan selalu. Kebetulan saya bersembang secara alam maya dengan dia yang dah agak lama kami tidak berjumpa di alam maya. Saja mengemaskini cerita dan berita. Perasaan? Seronok. Kerana saya berjaya mengingatkan dia tentang tarikh hari lahir saya secara langsung. Tanpa segan silu. Saya menantikan ucapan selamat dari anda pada hari itu nanti.

Sedang berkira-kira, mahu ke klinik pergigian sekarang atau selepas waktu rehat. Tapi saya lebih berminat untuk merehatkan mata jika diberi peluang. Mungkin tidak. Harus bekerja secara berkarisma dan berkaliber untuk mencari rezeki yang Halal dan Baik.

Kepada yang membaca entri ini di pejabat. Ayuh, kita mula kembali bekerja secara bersemangat!

Sekian.

0 Komen Balas: