In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

December 12, 2008

Balas

Assalamualaikum,

Pernah dengar pepatah ini? "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Mesti pernah kan. Saya teringat zaman menuntut di Bumi Hang Tuah dulu kala, ada ketika kita manusia melakukan kesilapan, kemudian musibah menimpa. Ayat biasa dikatakan, "Allah bayar cash terus". Malah, kata-kata itu, sehingga sekarang masih menjadi peringatan untuk saya dan rakan-rakan supaya lebih beringat dalam melakukan apa jua sekali pun.

Tadi saya terdengar tazkirah oleh Dr Fadzilah Kamsah. Kalau kita nak disayangi oleh orang lain, kita kena berbaik sangka. Nah, dalam Islam sendiri mengajar kita untuk berbaik sangka dan tidak bersyak wasangka. Bersyak wasangka buruk itu hanyalah hasutan iblis. Oleh yang demikian, bersangka baik sahajalah. Tidak rugi apapun.

Dan selain bersangka baik itu, dengan berbuat baik juga kita akan dibalas baik. Allah itu Maha Pemurah. Kita berbuat baik, DIA menganugerahkan. Cepat atau lambat. Hanya DIA tentukan. Sabar dan Istiqamah. Yakin dan Ikhlas. Kunci mudah. Allah itu Maha Kaya. Allah itu Maha Pemberi. Allah itu Maha Penyayang.Allah itu Maha Mengasihani.

Berbuat baik kerana Allah. Berkasih sayang kerana Allah. Berilmu kerana Allah.Bekerja kerana Allah.

Ingat Allah selalu. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Sekian.

0 Komen Balas: