In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

August 09, 2008

Hari-Hari

Salam,

Diam tak diam dah masuk suku pertama bulan Ogos ni...sekejapan sungguh waktu berlalu...tapi kalo kat ofis tu bukan main 'slow' lagi pergerakan jam tu...huhuhu. Baru perasan macam agak lama jugak tak update blog...bukan sebab takde menda nak type, tapi sebab BANYAK sangat kejadian kan, selain daripada kes dalam episod Jatuhku, Bangunku Jua tu...

Diam tak diam jugak, dah lama saya ni jadi student (selalu pun mau sebut..bagi peringat). Diam tak diam jugak dah nak masuk Test 1 (sebab tu kena peringat selalu...). Kuiz Management hari tu....urm..Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Bagi Allah.. :) 1st kuiz yang agak cemerlang, tapi mungkin sebab MCQ kot..apepun harus berusahalah lebih GIGIH untuk 2nd kuiz yang dijangka berlangsung dalam seminggu dua nih...lecturer pun dah mengenali...ok ler tew ~

Bak kata Madam ajar Eco, "Relationships between human is important" ;) Mung
kin itu dinamakan tindakbalas kimia dalam badan manusia atau kata lebih afdal ialah "Chemistry"..apepun jika apa-apa kita buat pun hanya untuk menuju ke jalan-Nya...semuanya indah belaka kan? ;)

Sekarang ni, kehidupan lebih tersusun...kira macam dah boleh bajet la nak balik kul brapa..gerak gi class kul brapa..ikut jalan mana, parking tang mana..Alhamdulillah. Bila balik plak...ada gak masa nak tengokkan adik ngan study dia...ada masa nak makan (penting tuh), ada masa nak baca-baca paper (walopun pagi dah baca..) yang penting ada masa sembang-sembang ngan mama ngan abah...




Malam plak...sempat jugak nak revise apa-apa yang patut (
walaupun kat class duk ngendeng ngan kak Eami tgk jawapan), ada 'masa' nak online...(limit sampai kul 1am ja ) dan paling penting juga...ada banyak masa dan peluang nak baca Quran...(tanam azam..hari-hari jangan miss,ok) :)



Everything HE had set for us...is the BEST for us
...terpulang kepada kita nak ' arrange & manage' macam mana...mcm dlm istilah Management jugak :

"...is the process of
administering
and coordinating resources

effectively
and efficiently
in an effort to achieve the goals... "

Jadi, kesimpulannya di sini...setiap hari sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri...dan kepada sahabat & sahabiah yang membantu...mendorong memberikan sokongan tak kira berbentuk kata-kata, email, YM, sms (terutama Cik Tropical...hang selalu ja sms bg semangat...hehe syukran ya uhkti!) Syukran Jazillan.. :)

Dan...tarikh
08.08.08 telah berlalu begitu sahaja...tanpa mencatat apa-apa 'detik bersejarah' untuk diri ini...hehe...marilah kita melihat ke tarikh lain pula ya..~~

Illaliqa~

Wasalam

Orchid City,
1037am

July 29, 2008

Buku dan Wang

|| Orchid City, 1047||

Salam,

Pagi yang cerah. Hari ni saya sampai pejabat tepat-tepat jam 9.00. Agak terlewat jika diikutkan berbanding hari-hari biasa. Tidak mengapalah kan? Janji saya tidak melewati jam 9.00. AZAM baru bermula bulan Julai dan berjaya mengekalkan rekod. Alhamdulillah.

Saya nak mengemaskinikan cerita mengenai Pesta Buku Selangor 2008 yang berlangsung di Komplek PKNS. Mungkin Pesta ini sangat menarik untuk mereka yang telah menerima wang hasil titik peluh bekerja. Tapi kurang menarik untuk orang seperti saya, kerana wang hasilnya belum lagi diperolehi. Kena tunggu awal bulan baru terima. Tapi tak mengapa juga kerana, masih ada sedikit SAKI-BAKI simpanan kecemasan yang sememangnya saya selit-selitkan di celah-celah poket dompet.



Hari Sabtu lepas, sejurus selepas waktu bekerja kami (baca: saya, adik & mama) pergi berkunjung ke Komplek PKNS. Pada mulanya saya hanya berhajat untuk MELIHAT-LIHAT sahaja tanpa membuat sebarang pembelian. Tetapi, kita hanya mampu merancang dan hanya DIA yang tentukan ke manakah wang kecemasan saya itu harus dibelanjakan.


Oleh yang demikian, saya telah membuat beberapa pembelian sewaktu pesta itu berlangsung. Antaranya ialah :

1) Novel Salju Sakinah (Zaid Akhtar)
2) Novel Satu Anugerah
3) Buku perbualan Bahasa Arab Asas (1 set/3 buku)
4) CD Aqademi Quran - Juara
5) CD Raihan Selawat Accapella
6) CD Penawar Hati - Munif Hijjaz
7) VCD Himpunan Doa-Doa (Ana Muslim)

Itulah senarainya. Dan saya telah mengSMS Kak Huda, kerana beliau memberitahu bahawa beliau telah mendapatkan Trilogi Andrea Hirata. Dan saya tercari-cari boothnya. Saya jumpa, bukan trilogi sahaja, malah banyak lagi karya-karya dari negara seberang yang menarik minat saya. Antaranya Musafir Cinta.Namun, saya hanya cuma mampu membelek, kerana wang sudah habis. Kalau ada pun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan buku-buku itu. Dan saya juga hanya mampu membelek buku-buku Faisal Tehrani antaranya Tunggu Teduh Dulu. Tetapi saya telah memberitahu mama untuk memastikan booth mana, supaya senang saya nak mengirim nanti :D

Atau mungkin saya akan ke sana lagi pada hari terkakhir jualan... :D

Jadi itulah kisahnya, cumanya tak berkesempatan nak jumpa Kak Huda di tempat kejadian. InsyaAllah ada masa kita bertemu ya kak ! ;)

Sekian.

July 04, 2008

Temujanji

|| Pejabat, 1822||




Saya ternanti-nantikan tarikh ini. Kerana saya adalah pecinta buku. Perlu menabung dari sekarang. Perlu bezakan keperluan dan kehendak. Buku sudah termasuk dalam list keperluan bagi saya. :)

Oh ya, saya masih belum khatam Di Bawah Naungan Cinta. Nampaknya buku seperti itu terlalu berat untuk saya. Dalam proses menghabiskan Dalam Mihrab Cinta dan InsyaAllah akan menjenguk Travelog Haji selepas ini (mungkin selepas abah menamatkan bacaannya). Nampaknya selepas ini, kalian (merujuk kepada teman-teman rapat) boleh menghadiahkan saya buku/novel atau apa sahaja genre bacaan untuk sambutan hari lahir saya yang akan tiba beberapa bulan lagi...hehe.

Credits to Fauzan kerana saya terjumpa info Pesta Buku ini ketika menjengah laman web beliau. Jazakallah.

Sekian.Wasalam

June 30, 2008

Iqra'

|| Bilik,0820||

Biasalah, beberapa hari selepas convo..masih terasa haba-haba kegembiraannya kan. Walaupun ikutkan hari Jumaat ngan Sabtu tu macam tak berapa nak ada semangat bekerja pun. Tapi ku gagahi jua demi mencari beberapa suap nasi (sesuap tak cukup). Esok ni pun kerja half day, sebab pagi tu saya ada taklimat mengenai transfer credit di UiTM. Jam 8.30-12.30. Buat masa sekarang half day la, tapi mana tau kot-kot rasa macam nak terlajak one day plak kan. Tapi InsyaAllah half day koott..


Buku yang dah khatam

Selepas je habis menelaah Ayat-Ayat Cinta, minggu lepas saya telah berjaya mendapatkan lagi beberapa naskah Karya Kang Abik ataupun Pak Habib. Antaranya:

1) Pudarnya Persona Cleopatra
2) Dalam Mihrab Cinta
3) Di Atas Sajadah Cinta



Buku baru beli

Dan satu bentuk novel bukan cerita, api lebih mirip kepada motivasi Karya Ibnu Hazm El Andalusy yang bertajuk :

Di Bawah Naungan Cinta.

Secara serius dan jujurnya, buku ini saya rasakan amat amat "berat". Tak tau la saya adakah ia kerana penggunaan Bahasa Indonesia yang sejati ataupun mungkin kerana kupasan tajuknya. Saya rasakan amat berat, beberapa kali cuba untuk menenalaah namun tetap ia mengambil masa dan mood barangkali untuk memahami konteksnya. Takpa, saya cuba lagi!

Dan satu lagi buku, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman :D

Baiklah, setakat ini sahaja. Sehingga bertemu lagi. Terima kasih atas ucapan tahniah kalian. ;)



Hadiah Convo :)
From : Mama, Abah, Adik & Sisters

Wasalam.

June 21, 2008

Khatam (2)

||Bilik, 0230||

Alhamdulillah wa syukurillah.

Telah saya khatamkan novel Ayat-Ayat Cinta. Nampaknya, air mata tewas untuk bertahan di pertengahan cerita. Walaupun tidak sehebat dan mencabar Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, namun ayat-ayatnya sangat meruntun jiwa. Mungkin terlalu beremosi ketika membacanya disulami lagu dr album Opick. Walau apapun, benar seperti nota kecil di bawah tajuk besarnya. Novel ini sememangnya Novel Pembangun JIWA. Untuk diri kita kepada yang Maha Esa :)


Perlu tidur, InsyaAllah kemungkinan besar tidak akan mengupdate blog dalam masa terdekat. Mungkin selepas selesai urusan pada tarikh-tarikh penting itu.

1) Kepada Cik Tropical, sampaikan salamku kepada Cousin mu itu, pesanan sms yg sungguh bernas sekali, hehe.

2) Kepada Cik Nurul, semoga kita bertemu di hari dan waktu yang dijanjikan ya dik.

3) Kepada Kakakku (baca: kak azita) yg cantik, jangan lupa ambil pesanan tart nenasmu di rumah (sbb dh ramai sgt "merisik") dan teruskan sampaikan salam rindu saya pada adik-adik akak di sana. Jangan lupa "tempoh pertandingan" sampai bulan Julai sahaja ya.*wink*

4) Kepada Encik Ab & Kak Huda, maaf tidak dapat menyambung perbincangan kerana server down tempoh hari :p

Semoga bertemu lagi.Jazakallah khaira. InsyaAllah.


Wasalam.

June 14, 2008

Done

||Bilik,0117||

Alhamdulillah wa Syukurillah...akhirnya, malam tadi selesai sudah bacaan saya untuk buku kedua Ketika Cinta Bertasbih. Kiranya seperti kata teman baru saya...bagai "tersihir" membaca dwilogi pembangunan jiwa karya Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy). Dan seperti pertanyaan teman baik saya.." Beb, ko nangis tak..?" Oh ya, dengan kesantunan saya menjawab..."Beb, mestilah nangis..!~"

Secara ringkasnya, saya benar-benar amat mengkagumi watak seperti Kang Azzam (Khairul Azzam). Anak muda yang kecewa, susah tapi Merdeka. Teguh dengan prinsip sebagai lelaki Muslim. Sabar dan diplomasi..wah wah. (tinggi btol cita-cita) hehehe..

Seterusnya, bakal meneruskan pembacaan Ayat-Ayat Cinta pula...dan berangan-angan nak mendapatkan buku-buku seterusnya...(oh abah...pleeaseee...) :D

Life hari ini...biasa sahaja. Cuma tadi siang dapat khabaran bahawa Dik Nurul pula kene allergic dan kakinya terseliuh akibat terpelecok di kamarnya. Semoga tabah ya dik...makan ubat dan jaga diri. Semoga semuanya baik menjelang hari "bahagia" kita...hehe.. ;p

Dan untuk sahabat baik saya yg kini berada di Hospital KB kerana menemani makciknya...saya nantikan hidangan pulut kuning anda sempena majlis khatam buku cerita ni... :p

Dan kepada pembaca yang lain...marilah kita berusaha menjadi mukmin yang lebih baik ~ :) Aminn~

Sekian,wasalam.

ps: biarkan "ianya" berjalan secara Alamiyyah...ya, Dia tahu yg terbaik untuk kita...hanya Dia yang akan tentukan..~

June 12, 2008

Khatam

|| Pejabat,1712||

Siang tadi, sewaktu berisitirehat di rumah (waktu lunch)...sempat menghabiskan 'kitab' pertama Ketika Cinta Bertasbih (1)...dalam proses penyambungan episod kedua...

Dan kepada "insan" yang janji nak buat pulut kuning lepas saya khatam kedua-dua buku...bolehlah mula membeli pulut untuk ditanak ya....hehehe :p

Setakat ini sahaja. Sekian.Wasalam :)


June 06, 2008

Mari Membaca

|| Bilik, 0004 ||

Salam,

Seharian kami bercuti. Siang ke hospital. Malam ke toko buku di Alamanda. Saya balas dendam. Setelah sekian lama. Hatiku tak tahan. Penantian yang sekian lama. Akhirnya kini berada dalam genggaman. Saya beli tiga buku sekaligus.

1) Ketika Cinta Bertasbih 1
2) Ketika Cinta Bertasbih 2
3) Ayat-ayat Cinta

Kesemuanya karangan Habiburrahman El-Shirazy...saya mencari buku Kekasih Sam Po Bo...malangnya tidak kejumpaan. Mungkin lain kali.

Baiklah, hari sudah larut malam. Rasanya badan macam kena allergic. Mungkin salah makan. Esok mau ke klinik. Kurang-kurang dapat MC, best jugak.

Jumpa lagi.

Wasalam