In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

October 30, 2008

Baiknya Allah kepada Kita

"....Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri.
Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu...

Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya!
Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan,
tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan...
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka,
tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!!

Ingat Tuhan senantiasa mengingati dan memerhatikan kita...
tapi, sebaliknya... adakah kita senantiasa mengingatinya?
Baiknya Tuhan kepada kita..
maafkan kami ya Allah..
ya Allah...
ya Allah...
"

credits : Han Ri



ps: ya...bila terbaca ayat ni...ku rasakan muka ni seperti kene sepak...sedarlah wahai diriku...DIA telah mengaturkan yang terbaik buatmu...InsyaAllah.

October 27, 2008

UsRaH

Salam...

Sedang mereka-mereka yang lain sedang bersendaloka di Kenduri Kak Amrina dan Abg Kurt di Bandaraya Kuala Lumpur...kami (baca : saya dan kak jah) secara tak langsung, berusrah plak malam ni...secara tak langsung..sekali skala duk bincang isu siyes kan...duk merapu jek...tapi dlm duk siyes2 tu..merapu gak...



Al-kisahnya isu semasa laa..hal Muslimin ngan Muslimat ni....tapi macam malas plak nak menggarapkan isunya di sini..kot ada sapa2 minat nak tau...silalah ym saya...hahaha...

Tapi kesimpulannya di sini...yang saya nak highlightkan..sementara saya ngan kak jah ni masih SINGLE...masa ni laa kitorang...tak kesah laa..korang pun jugak...nak igt mengingati antara satu sama lain...bukannya apa...nanti esok-esok..bila hati dah suka...bila hati dah berkenan...nak mengingat tu payah...sifat serta perasaan jahiliyyah tu mulalah timbul sikit demi sikit...tu yang bila lama-lama jadi budaya "takpa..." tu..time tu tak kesah laa dulu hangpa sekolah mana, duk ngaji universty mana..amik jurusan apa pun...huhuhu..na'uzubillah...mintak jauh benda-benda tu semua. Amiin!~

Apepun...tu la yang kitorang takutkan selama-lama ni...mungkin sebab tu laa kot cause & reason masih mengekalkan status tu selain faktor-faktor lain...yang lebih tersurat...hehehe..alang-alang menunggu ni...tak kesah laa mula-mula duk tunggu kat bus stand..pastuh pi mator...tp saya rasa the best place nak tunggu adalah di rumah...sebabnya..hehe... :)



Dan kesimpulanya terakhir utk entry ini...peringatan untuk diriku dan sahabat-sahabatku dari kaum Hawa...jadilah MUSLIMAT YANG BUKAN MUSLIHAT....dalam maksud kan..? renung-renungkan...tak faham...jangan segan tanya saya... segala yang baik datang dari ALLAH...dan yang buruk datang dari kita... :)


Akhir kata...saya mohon maaf jika terlanjur kata..

Salam sayang dari saya..jaga diri, pelihara hati...

Wasalam
11:37pm

October 26, 2008

JoM kE MaNsuRah

Salam...

Saya berangan...jika satu hari saya boleh berkata demikian..ataupun ayat begini ke " JoM pI AleX...". Oh ya..bukan kami (baca : saya dan kak jah) sahaja yang kuat berangan...tapi ada sahabatnya juga meletakkan status sebegitu rupa...Semoga ANGAN-ANGAN kami ini...bakal menjadi kenyataan...InsyaALLAH.



Tapi...kalau ikut dalam situasi sekarang..kan bagus kalau saya boleh berkata seperti..Jom Belaja Arab...sebabnya...ni nak habaq laa ni..esok..kan Deepavali..cuti umum..tapi kami ni..pelajar-pelajar bahasa ARAB di bawah bimbingan Ustaz Ibrahim yang super sempoi tu..nak buat TEST..haa..esok pagi-pagi kami ada test..kalo setakat Imlak ka..Listening ka..boleh tahan laa lagi...ni Public Speaking kott...haaa..mau tak berabuk kami duk cakap esok..ni baru LEVEL 1..ada 2 LEVEL lagi nak pi...huhu..sabaq naa...nama pun menuntut ILMU...belajaq bahasa Quran lagi...

Ni sambil-sambil duk menaakul wa mentelaah ni laa sambil blogging....sambil SMS ngan Cik Adik Atiqah yang disayangi...kesnya, nak confirmkan waktu test kitorang tu...dah la dikhabarkan..bukan-bukan..diberitahu akan berlangsung di Pusat Bahasa...al-kisahnya..nak ke Pusat Bahasa atau dalam bahasa omputihsnya...Languange Centre...nak kena "tawaf" satu kawasan campus tu...nak selamat..pagi-pagi sok..kami dh mula menapak di campus..kot kalau test start lambat...pi gebang-gebang kaa.."pecah-pantas" kat mana-mana...haih.~

Dan esok malam juga...diikutkan jadual saya yang agak tak berapa padat ni...adalah Jemputan Walimah senior saya dulu...kat KL nun...plan mula-mula..jadi laa turun...tp bila last minit "bodyguard" saya a.k.a Kak Jah tidak dapat turut serta saat-saat akhir..makanya..agak terbantut laa sket plannya..sebabnya adalah seperti berikut :-

1) Ayah sama bonda tidak akan mengizinkan saya keluar dengan siapa-siapa kecuali ditemani oleh Kak Jah ataupun Cik Nurul atau Kakak2 Cheekye yang sewaktu dengannya. Muktamad.

2) Walimah tersebut dijalankan pada waktu malam. Dan bertempat di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Dan saya ada MASALAH besar dengan jalan-jalan di KL.

3) Pada keesokannya harinya saya akan bekerja seperti biasa.

4) Tak kesah laa apa-apa pun reasons, kalau kriteria pertama tak dipenuhi..maka wasalam lah jawabnya.

5) Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayani.

Kesimpulannya...saya masih tatau boleh pergi atau tidak...jika ayah sama bonda katakan TIDAK...maka tidaklah. Ohya Kakakku..kamu tidak perlu rasa bersalah...seperti pesan kamu juga...jika tidak mendapat restu...maka jangan pandai-pandai nak merestukan diri sendiri.

Dan..sekian entry untuk malam ni..saya sedang search-search gamba mansurah yang sesuai...tapi macam takdak yang menarik...takpa laa mungkin kena letak gamba sendiri koott...(^_^)

Doakan kejayaan kami semua esok...!

Salam sayang dari saya...jaga diri.


Wasalam
11:09pm

October 23, 2008

SeNtiMenTaL VaLuE

"....Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya),
lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)...."
Surah An-Nisaa` ayat 147

Salam...

Ayat yang telah membuatkan saya tersenyum di pagi hari...Ayat yang mengajar saya/kita erti BERSYUKUR dan makna KEIKHLASAN. Kadang-kadang tak dapat dinafikan saya cukup takut bila DIUJI tentang keikhlasan. Kesabaran mungkin dapat diukur...tetapi Keikhlasan adalah direct antara kita dengan-Nya...malah DIA lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui...kerana DIA itulah MAHA Mengetahui...

Saya cukup takut bila memikirkan setiap apa yang saya lakukan tidak mendapat "pengiktirafan" darinya...saya cukup takut. Kadang-kadang kita lebih mahu melihat dan menerima pengiktirafan "secara terus" dari makhluk yang bergelar manusia....tapi tidak mampu melihat atau cuba melihat "pengiktirafan" daripada-Nya. Maksudnya di sini...bersyukur..... secara IKHLAS.

Oleh yang demikian....seperti entri saya sebelum ini..saya mula belajar untuk menepis, mengikis, membenteng, untuk sifat mahupun perasaan -ve itu hadir dalam hati saya. Hatta sedikit mahupun sekelumit sekalipun...agak sukar, namun alah bisa...tegal biasa. Seperti juga peringatan yang sering diberikan kepada saya oleh Cik Tropical...berdoalah secara konsisten. Biarlah bermula dengan sedikit...tetapi berterusan...daripada bermula dengan lambakan...tetapi cepat "pudar"...

Setiap kejadian yang Allah ciptakan...tidak kira apa jua bentuk sekalipun..mahupun kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan, musibah, petaka....ada HIKMAH di sebalik...kerana ALLAH takkan mencipta sesuatu perkara itu tanpa sebab di sebaliknya.... :)

Terima seadanya...namun sentiasa berusaha memperbaiki ke arah kebaikan...di jalan yang HALAL...untuk-Nya...InsyaALLAH.

Salam sayang dari saya, jaga diri.

Wasalam
8:52am


October 13, 2008

Beautiful LiFeS



Motivation & InSpiration

"...Kengkadang kita perlukan Sokongan orang di Sekeliling kita untuk menjadi kuat. Allah menciptakan kita memang memerlukan antara Satu Sama lain.
Allah tidak suruh kita bertuhankan manuSia,
tapi Allah suruh kita SimbioSiS, Saling lengkap melengkapi...."



Credits to : Nabhan AminulHakeem

**********************

Do You get what I mean...?
Sharing storieS...
Sharing jokeS...
Sharing recipeS...
Sharing knowledge.....
That'S what "friends" are for... :)

Wasalam
10:50am
R3
13 Syawal 1429H

September 25, 2008

Hunting



Berbaki lagi 5 hari...

Ambillah waktu untuk berfikir, kerana itulah sumber kekuatan,
Ambillah waktu untuk berdoa, kerana itulah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, kerana itulah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu untuk mendekatiNya, kerana itulah sumber kekuatan jiwa ,
Dan rebutlah Romadhon selagi diberi peluang
kerana ianya mungkin Romadhon yang terakhir untuk dinikmati...

RoMaDhON KaRiM.... Wa AkHiruHU...ItQumMinA NNAR...

0922pm
Orchid City
26 Romadhon 1429H

September 06, 2008

Permulaannya...


Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini, masuklah 6 Ramadhan 1429H....bermakna hampir-hampir mencecah seminggu seluruh Umat Islam satu dunia berpuasa...

Romadhon kali ini mungkin agak berbeza dari romadhon-romadhon sebelumnya...kali ini, sekali lagi saya berbuka puasa di 'perantauan'...maksud saya bukanlah saya berbuka di rumah...kali ini saya berbuka di campus atas urusan menuntut ilmu...Agak banyak jugak yang saya dapat ketika menikmati jamuan berbuka di campus...antaranya, wasatiah...kesederhanaan dalam menikmati juadah berbuka. Setakat ini, juadah berbuka saya adalah jenis kuih-muih, sandwich, kurma dan air teh...kadang-kadang saya selalu mendapat sumbangan ihsan dari Kak Eami apabila beliau mempelawa saya untuk menikmati juadah nasi...selalu risau tengok adik dia ni tak makan...hehe..syukran Ya Ukhti..anda memang baik hati..

Dan mungkin banyak juga hikmah yang saya dapat...antaranya ukhuwah dengan rakan-rakan ( Kak Intan, Atika, Nisa, Nurza)..kebiasaannya, class kami akan bermula jam 8 malam...dan waktu berbuka di Malaysia atau lebih spesifik di Shah Alam adalah sekitar jam 7.20malam...dan kami hanya mempunyai masa lebih kurang 40 minit sahaja utk berbuka dan bersolat...selepas itu kuliah dimulakan..


Dan kebiasaanya, saya atau kami akan berada di campus lebih awal untuk menempah tempat duduk masing-masing...dan beberapa minit sebelum berbuka.."meriah" meja makan kami dengan juadah-juadah yang dibawa...itu yang saya katakan, kami ni seperti student di perantauan juga (malah saya rasa ada student yang kat perantauan tu lagi best makan waktu buka...ada tomyam, sup daging, sayur lodeh, ayam goreng mcm kentaki...ada jus Mango TANG lagi..huhu) . Saya macam biasa, supply 'shai' (teh) panas...kadang-kadang bawah shai susu...buah tamar, kismis pun masing-masing bawak...lepas tu makan ramai-ramai..Indah..memang indah..macam ada kenduri...cuma rasa "kekurangan" sebab takda BUBUR LAMBUK...


Banyak juga tabiat rakan-rakan yang dipelajari..antaranya diri saya sendiri...rakan-rakan sudah mengetahui bahawa saya adalah jenis yang tak reti nak makan sambal belacan...ya, jangan kata saya berlagak..saya boleh makan..boleh bau, boleh buat sambal belacan...cuma saya tak reti nak makan...khusus untuk sambal belacan..dan..tempoyak...kalau kangkung goreng belacan, nasik goreng buh belacan...patin masak lemak tempoyak..saya reti malah suka makan... (^_^)

~Buat tatapan...hehe~

Crucial life...saat-saat kami pelajar PLK menghadapi musim imtihan..sangat-sangat memenatkan..terasa seperti bongkah batu besar ada kat ata bahu...bila dah lepas...Alhamdulillah..agak ringan, itulah lumrah orang menuntut ilmu...perjuangan itu memang pahit...kerana Syurga itu manis...InsyaAllah...mudah-mudahan Allah memberkati usaha kami menuntut ilmu ke jalanNya...


Dan Ramadhan kali ini...mampukah saya memperbaikinya daripada tahun lepas...saya ada terbaca di blog Ustaz Nabil dan isterinya mengenai masa kita dengan Allah...ayatnya berbunyi begini...


"Jangan kata kita takda masa dengan Allah...nanti Allah takda masa dengan kita..."


Satu ayat atau frasa kata yang cukup mudah dan ringkas...namun ketika membacanya saya terasa seperti kena "sepakan mandatori"..walaupun saya tak pernah kena sepak dan tak mau rasa kena sepak...tapi itulah hakikatnya...


Dan malam tadi...sewaktu sambil sedang beronlinisasi di waktu lewat malam..terbaca satu ayat dekat TV9 yang ayatnya berbunyi seperti begini...


" Janganlah sekali-sekali merasa jemu untuk beribadah kepada Allah...kerana Allah sedikit pun tidak pernah merasa jemu dengan kita...biarlah apa yang kita lakukan itu sikit demi sedikit...tetapi berkekalan..."


Satu lagi ayat yang boleh menorobos ke dalam ulu hati...macam kalau kereta tu...kiranya 'spark plug'. Maksud ayat disitu yang boleh difahami oleh saya sendiri adalah...ISTIQAMAH...biarlah sedikit amalan dan ibadah kita tapi berkekalan dan berterusan...


Sama juga "pesanan" dalam Majalah ANIS keluaran September ni..


~Jadikanlah Al-Quran itu sebagai sahabat karib....~


"Ya Allah, Rahmatilah kami dengan kemuliaan Al-Quran, Jadikanlah ia cahaya yang menyuluh di setiap langkah kami, Cahaya yang menuntun kami ke SyurgaMU..."


Jadi...BANYAK yang saya pelajari dari Permulaan Ramadhan kali ini, semoga saya BELAJAR dan terus BELAJAR...semoga hari-hari dalam ramadhan seterusnya adalah lebih baik dari ramadhan yang telah lepas...


...Romadhon Karim...Awalluhu...Rohmah...


Jazakallah.


Wasalam


ps: menghitung hari menemui 15 Ramadhan.... :)


Orchid City

1123am

6 Ramadhan 149H

August 05, 2008

Jom..!



In progress...InsyaAllah... :)

July 03, 2008

Salam Rejab

|| Pejabat, 1801||

Salam untuk semua...

Selamat Menyambut Bulan Rejab :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

May 31, 2008

Idaman Qalbu (re-posting)

....Lelaki Idaman Saya….
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa dahagakan akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah rasa takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan
Tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangganya
Yang akan mendidik isterinya dan anak-anaknya mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh dengan kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
Yang hidupnya di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh dengan kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidupnya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

……jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra….
…..andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali karamalluwajha….


Salam,

Secara tidak semena-mena, tanpa disuruh mahupun dipaksa secara langsung ataupun tidak langsung, kalbu ini terpanggil...untuk kembali menggamit tulisan-tulisan lama, zaman muda remaja gitu kan...ketika masih mentah dalam dunia pemblogan (mcm resakse gorgon bunyiknya).

Puncanya, kerana semalam..adalah seorang kakak ini, bertanyakan kepada saya...bagaimanakah ciri-ciri lelaki idaman saya...ohh, sudah lama orang tidak bertanyakan soalan itu kepada saya..jadi menjadi sedikit bercelaru ketika hendak memberikan jawapan yang pasti...mujurlah hanya di alam maya...jika secara langsung..pastinya kakak itu akan terpegun melihat muka saya yang terpana dengan soalan itu (hehehe..)

Saya rasa saya telah memberikan jawapan yang agak ringkas semalam...dan pagi tadi, saya mendapat 'ilham' untuk kembali merujuk satu puisi yang pernah menjadi ' inspirasi' kepada saya..dan teman-teman..(hehehe..) ya, agak lama juga saya mengabaikan puisi ini...namun, seperti terpanggil untuk kembali menghiasi blog baru ini... ;)

Jadi dengan harapan..jika ada yang membaca...doakanlah yang terbaik untuk penulis blog ini ya...dan sama-samalah kita mendoakn yang terbaik untuk diri sendiri.. ;)

Kepada cik tropical jingga...tade apa pun nak ckp...sendiri mau faham...(huhuhu..)

Sekian. Wasalam

ps: teringat ada satu sms dari seorang kenalan (kenalan?) yg berbentuk sebuah doa... " InsyaAllah, kami doakan semoga kamu bertemu suami yang soleh, taat ibadah saya SAYANG sama kamu ya.." oh then, baru saya realize...selama ni saya tertinggal word "Sayang" dlm doa...no wonder laa kan..(hehe..)