In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Showing posts with label Working Life. Show all posts
Showing posts with label Working Life. Show all posts

January 16, 2009

Yang pernah...

" Saya suka bila saya nampak awak happy macam ni..."

" Mestilah..saya rasa macam ada satu semangat baru masuk...rasa best sangat..."

Ok, petikan dialog dari drama Mertua vs Menantu antara Rosyam dan isterinya Nurul Ain. Kenapa? Kerana saya sukakan karakter mereka-mereka termasuk Rizal dalam cerita ini. Di mana saya dan Kak Jah selalu mengatakan bahawa karakter Rosyam dan Rizal adalah tidak kurang dan tidak lebih seperti karakter kami. Begitu juga antara Illyana dan Nik dana Impian Illyana. Berangan? Tidaklah, berimiginasi sahaja.

Semangat baru.

Orang macam saya ni mudah menyerap semangat baru. Atau dalam erti kata lain, saya mudah menerima benda-benda baru yang mencabar. Passion become Obessesion. Mungkin itu klasifikasi ayat yang mudah saya huraikan. Mengenai kerja saya. Ramai mengatakan bidang kerja saya agak berlarian dengan apa yang saya teorikan di kuliah. Saya belajar mengenai Pengurusan Sumber Manusia tetapi bekerja di Sektor Automotif atau lebih tepat Sukan Permotoran. Jika dilihat dari mata kasar, ya, memang ada jarak jurang yang berbeza. Namun jika di"internalize" atau didalami dan dihayati, sebenarnya ia punya gandingan.

Melengkapi.

Walaupun dua bidang berbeza, namun mereka ini saling melengkapi. Allah sendiri menciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi. Allah menciptakan sesuatu perkara atau benda itu secara berpasangan. Untuk apa? Saling melengkapi. Begitu juga dengan kerja dan pelajaran saya. Saya kira,Pengurusan Sumber Manusia itu adalah sebagai wanita manakala Kerja saya adalah sebagai lelaki. Saling melengkapi bukan. Bila saling melengkapi, maka makin banyaklah ilmu yang tercipta. Bukankah menuntut ilmu itu juga Jihad ke jalan Allah. Dan perlu kita ingat, antara amalan di dunia yang akan dibawa ke sana kelak adalah ; Doa anak yang soleh, Amal jariah, dan Ilmu.

Didikan.

Mungkin dulu saya tidak nampak kenapa Abah sering mengajar saya kerja-kerja lelaki. Dari bertukang, menukar mentol,menukar fius,menampal bumbung,menukar tayar kereta, duduk bawah kereta,menukar paip dan pelbagai lagi. Nah, sekarang baru saya tahu, perkara-perkara itu akan memudahkan kita. Walaupun tidak tahu banyak, sekurang-kurangnya saya tahu sedikit. Better than never. Begitu juga dengan Mama, mengajar saya masak sejak kecil,membuat kerja rumah,dan kerja-kerja berkaitan dengan kewanitaan. Pun sama, impaknya sudah kelihatan.

Atas kaki.

Berdiri di atas kaki sendiri atau berdikari. Bukan ego mahupun sombong. Kadangkala ada yang salah mentafsir. Saya dididik untuk cuba menyelesaikan atau merungkai masalah sendiri. Dengan tenang, dengan logika. Saya masih mencuba ke arah itu. Semoga Allah memandu hati ini.

Agressif.

Bekas teman sebilik saya mengatakan saya ini agak agressif. Mungkin benar. Saya punya sebab-sebab tertentu mengapa saya agressif pada masa tertentu dan keadaan tertentu. Kadangkala saya rasa saya adalah orang yang gemar merebut peluang, namun hakikatnya saya orang yang merasai peluang namun sering membiarkan begitu sahaja atau lambat bertindak.Saya paranoid.Saya suka berfikir. Apa kata orang,apa persepsi orang. Walhal, bak kata Bibah, orang tak kisah pun. Saya perlu kikis sedikit sifat pasif dalam hati ini. Sedikit, mungkin debu-debunya sahaja. Tidak boleh semua, bimbang jadi lain pula.

Ais.

Saya rasa ais itu semakin mencair. Baguslah.

"Tidak guna ada ilmu jika tidak menghayati"

January 11, 2009

OverTime

Hari ini dan esok, saya bekerja lebih masa. Oleh itu, jika kalian nampak saya online, maknanya saya di pejabat. Kenapa? Kami sedang mengemas. Cerita lebih lanjut, akan dipaparkan bila semuanya selesai.

Oh ya, mendapat khabar berita bahawa 21-23 Januari 2009 ini, saya bakal "diterbangkan" ke Port Dickson kerana NEMO Camp anjuran tempat saya bekerja. Oleh yang demikian, 3 hari ini juga saya bakal "off". Keterangan lebih lanjut juga bakal disusulkan kemudian. Namun, sudah ada mereka yang "cuba-cuba" menakutkan saya mengenai camp ini. Oh, tak mengapa. Kita tunggu dan lihat. (huhuhu..)

Kuliah sudah bermula. Kesemua pensyarah kami adalah lelaki. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Hanya 3 subjek saya berikan tumpuan. Untuk memperbaiki yang sepatutnya, supaya lebih berpuas hati.

Sejak akhir-akhir saya dapat mengesan satu sifat dalam diri saya. Iaitu suka meletakkan harapan yang sangat tinggi atas satu-satu perkara. Jangkaan saya selalu tinggi, namun demikian tidaklah meleset sangat jika tak kena tu. Cumanya, itulah, High Expectation. Tapi sekurang-kurangnya dapat menepis sedikit perasaan was-was /syak kan? Ada kene mengena ka?

Obses. Obses saya kini adalah pada permainan Geo Challenge di facebook. Ha, ini semua adalah gara-gara cemburu melihat markah Kak Nurul Hijja. Namun saya berusaha untuk lebih gigih. Dan hasilnya semakin baik. Menambah ilmu pengetahun tentang peta dunia dan juga landmark dunia. Bagus. Dan saya juga lebih bagus mengenal bendera -bendera dunia yang jika dilihat secara jelas, banyak yang lebih kurang sama. Seperti persoalan saya dan Kak Nurul, adakah mereka tak punya idea untuk mereka sesuatu bendera ataupun punya penyakit MALAS?

Oh ya, penyakit MALAS ini sangat tidak bagus ok.

Baiklah, setakat ini dahulu. Tidur dahulu. Esok perlu bekerja.

December 12, 2008

Balas

Assalamualaikum,

Pernah dengar pepatah ini? "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Mesti pernah kan. Saya teringat zaman menuntut di Bumi Hang Tuah dulu kala, ada ketika kita manusia melakukan kesilapan, kemudian musibah menimpa. Ayat biasa dikatakan, "Allah bayar cash terus". Malah, kata-kata itu, sehingga sekarang masih menjadi peringatan untuk saya dan rakan-rakan supaya lebih beringat dalam melakukan apa jua sekali pun.

Tadi saya terdengar tazkirah oleh Dr Fadzilah Kamsah. Kalau kita nak disayangi oleh orang lain, kita kena berbaik sangka. Nah, dalam Islam sendiri mengajar kita untuk berbaik sangka dan tidak bersyak wasangka. Bersyak wasangka buruk itu hanyalah hasutan iblis. Oleh yang demikian, bersangka baik sahajalah. Tidak rugi apapun.

Dan selain bersangka baik itu, dengan berbuat baik juga kita akan dibalas baik. Allah itu Maha Pemurah. Kita berbuat baik, DIA menganugerahkan. Cepat atau lambat. Hanya DIA tentukan. Sabar dan Istiqamah. Yakin dan Ikhlas. Kunci mudah. Allah itu Maha Kaya. Allah itu Maha Pemberi. Allah itu Maha Penyayang.Allah itu Maha Mengasihani.

Berbuat baik kerana Allah. Berkasih sayang kerana Allah. Berilmu kerana Allah.Bekerja kerana Allah.

Ingat Allah selalu. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Sekian.

December 04, 2008

Dan lagi...

Assalamualaikum,

Pagi ini, ngam-ngam punch card tepat jam 7:58am. 2 minit kurang dari jam 8.00am. Nak bagitau, waktu kerja saya adalah bermula jam 8.00am-5.30pm.

Bukan bangun lambat, tetapi sengaja melambatkan pergerakan. Masih bingung, kesakitan gigi tidak berlaku. Tapi, hanya sementara. Nah, nak sangat. Kan dah sakit balik. Harus jumpa doktor gigi dengan kadar segera. Kerana saya mahu mengunyah makanan dengan normal. Menggunakan khidmat kunyahan gigi sebelah kanan, agak meletihkan.

Hari ini, mengantuk. Kurang pasti kerana penangan hebat kapsul untuk menahan sakit gigi. Atau sememangnya saya mengantuk. Kurang tidur? Mungkin tidak. Tidur jam 1:00am? Itu benar. Oh, bukan selalu. Kebetulan saya bersembang secara alam maya dengan dia yang dah agak lama kami tidak berjumpa di alam maya. Saja mengemaskini cerita dan berita. Perasaan? Seronok. Kerana saya berjaya mengingatkan dia tentang tarikh hari lahir saya secara langsung. Tanpa segan silu. Saya menantikan ucapan selamat dari anda pada hari itu nanti.

Sedang berkira-kira, mahu ke klinik pergigian sekarang atau selepas waktu rehat. Tapi saya lebih berminat untuk merehatkan mata jika diberi peluang. Mungkin tidak. Harus bekerja secara berkarisma dan berkaliber untuk mencari rezeki yang Halal dan Baik.

Kepada yang membaca entri ini di pejabat. Ayuh, kita mula kembali bekerja secara bersemangat!

Sekian.

December 03, 2008

Respon II

Assalamualaikum,

Di saat entri ini ditaip, saya masih kesakitan gigi. Kerana "ego", atau tunjuk macho depan mama sama abah serta adik, saya buat-buat "tak sakit" atau "sakit sikit" Takpelah, semoga bekalan panadol mencukupi sebelum saya ada temujanji bersama Doktor Gigi esok.

Dalam sakit-sakit, saya dibebel oleh mama. Kenapa? Saya memang suka cari pasal. Sambil menonton tv, saya dengan enakknya mengunyah kuih gunting. Malam tadi, dengan sedapnya, saya order Lamb Chop bersama sweet and sour sours. Kenyal dan manis. Kombinasi hebat untuk menambah kesengalan pada gigi saya. Syabas!

Sekian bab gigi. Kita masuk bab respon bahagian kedua. (Oh, dah bersambung)

Sekali lagi, hari ini setelah berjanji dengan diri sendiri memberikan respon sebaik mungkin. Saya kira saya gagal lagi. Maafkan saya. Saya cuba lagi.

Hmm, puas. Entri ini akhirnya ditaip.

Sekian. Wasalam.

Jaga diri. Jaga gigi.

December 01, 2008

ReSpon.

Assalamualaikum,

Hari yang tenang. Agaknya.Alhamdulillah.

Saya nak berceloteh sedikit mengenai respon.Ya, respon dari saya. Bukan dari pihak kedua mahupun ketiga.Kenapa? Sebab saya rasa, respon dari saya mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah individu.

Saya berpendapat, saya memang ada "masalah" dari segi memberi respon. Kita baca entri ini jika situasinya "live feed" ataupun secara langsung. Saya tidak punya masalah memberi respon ketika di alam maya. Kerana mereka tidak tahu eksperi wajah saya ketika itu. Kalau malu pun, saya sahaja yang perasan. Mereka tidak. Dan semestinya DIA lebih tahu.

Kenapa saya bangkitkan perihal respon ini kerana saya rasa saya telah "mengecewakan" individu ini ketika dia cuba berbicara dengan saya. Bukan sekali, bukan dua kali, agak beberapa kali. Agaknya. Kadang-kadang saya semacam endah tidak endah. Oh, bukan niat saya. Sememangnya saya kurang peka. Atau malas untuk peka. Nantinya akan memberi prasangka bahawa saya ini terlebih peka. Paranoid? Mungkin.

Tapi bukanlah bermakna tiada respons dari saya, saya buat "bijak" dengan berdiam atau menjeling. Oh tidak. Saya masih memberi respon. Kan?. Cumanya berbentuk pergerakan otot muka tanpa suara. Iaitu senyum. Atau cuba menggunakan khidmat tengkuk dengan menggeleng atau mengangguk. Itu respon la kan? Walaupun saya pernah berfikir, bahawa individu ini mahukan saya bersuara. Atau mendengar suara saya. Seperti saya bersuara dengan individu-individu lain.

Simpati. Saya simpati dengan nasib individu ini. Semoga individu ini tidak terasa seperti saya "malas" nak bersuara dengannya. Sekali lagi saya ulang, tidak berniat begitu walau sedikit.Cumanya saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon sewajarnya kerana bimbang tersalah beri respon. Saya akan belajar untuk memberi respon dengan baik kali ini. Ya, saya berusaha.

Selawat banyak-banyak, baca doa permudah urusan dan lisan. InsyaAllah.

Sekian.

Wasalam.

November 29, 2008




Assalamualaikum,

Ya ya ya, ini adalah "reward" untuk diri saya sendiri...untuk HARI INI. Esok...insyaAllah bakal ada yang menyusul.

Saya dah janji dengan diri saya untuk BERJIMAT CERMAT. Beli hanya barang keperluan. Dan "mereka" termasuk dalam kategori barang-barang keperluan saya. Mahal? Agakla...tapi untuk penggunaan "jangkamasa panjang". Jangan risau, saya tidak tergolong dalam golongan "high-maintenance".

Yang pasti, saya rasa seronok dan puas kerana dapat memberi "reward" kepada diri sendiri, dengan hasil titik peluh sendiri.... :)

Kebelakangan ini makin hebat "soalan" itu ditujukan kepada saya. Kadang-kadang entah siapa-siapa juga berminat "nak tahu". Encik driver feeder car, makcik cleaner, pak guard,makcik pasar malam, akak shampoo girl..."soalan" yang membuatkan saya suka berfikir + berangan selepas memberi jawapan spontan. Mungkin juga mereka merasakan saya ini "misteri" kerana lebih suka tersenyum dari memberikan jawapan secara lisan. Senyum itu sama sahajalah seperti "no comment". Malah, senyuman itukan sedekah...sekurang-kurang saya mudah tersenyum sekarang ini...

Bila disoal..saya suka berfikir, bila berfikir...saya teringat "pepatah" hasilan seorang senior semasa menuntut di Bumi Hang Tuah dulu...

" Berfikir ni, lagi penat dari mendayung sampan..."

Baiklah, saya berhenti setakat ini sahaja. Perlu masuk tidur. Esok masih ada banyak program bersama yang tersayang (baca : keluarga).

Jaga Diri.

Wasalam

November 25, 2008

Good Luck

Assalamualaikum,

Tak nak celoteh panjang. Kita terus ke isi penting. Sekarang ini, saya sedang membuat atau menyiapkan Performance Management System. Nak tau apa dia? Saya sendiri kurang pasti apakah ini. Tapi saya tahulah setelah diterangkan. Tapi buat masa sekarang saya tak mau terangkan pada kalian. Tunggu sehingga Allah tentukan masa saya untuk memberitahu kalian. Kerana saya tidak mahu ada apa-apa spekulasi mahupun persepsi. Bagi yang sudah tahu, doakan saya. Semoga SEMUANYA berjalan dengan lancar. Dan saya percaya, rezeki Allah ada di mana-mana, dan terpulang kepada cara kita berusaha untuk mencapainya. Dan sekarang, peluang sudah terbentang, saya harus berusaha. Segala yang terbaik hanya dariNYa.Segala Puji Hanya Bagi Maha Esa. Alhamdulillah.

Ya Rabb, Jika ini terbaik untukku, keluargaku, agamaku, masa depanku...
maka KAU permudahkan ia untukku...
peliharalah aku, peliharalah teman-teman seperjuanganku jua..Amiin~

Bukan senang nak jadi senang....walaupun nampak senang...Setakat ini sahaja. Perlu sambung kerja saya. Nantikan laporan susulan (jika ada) dari saya.

Wasalam.

November 19, 2008

.....when its started

Assalamualaikum,

mata berair + bibir panas + tekak rasa berpasir + bersin + batuk....

Semua complete. Its come in one package...


kalau dapat makan ni kan best....huhuhu

Dan sekarang...kesejukan di dalam office...not just me, everyone...luckly ada stand by coat...but next time i should standby stocking tebal....because it's really freezing in here...

Outside...hujan selebat-lebatnya...eh, dah gerimis...but still..masih menyumbang ke arah kesejukan...fuh fuh fuh...(imagine duduk tepi pemanas) girls, igt tak the night yg kita berselubung dengan one comforter while telling stories that night...haha, reminds me of cerita OverTime...


Align Center
"papparazi" mana tah snap gamba ni last Sunday...hehe..credits to Kak Jah

Ok2...rasanya air dh didih kot...needs hot water...bajet nk hot chocolate laa kan..apa nk buek..ada MILO 3 in 1 je...eh, rasanya saya dah kene stop minum nescafe kott...coz it's make me dizzy all the time...uhuhu...overdose sudah...

Ya Allah ya Rabb...berikanlah aku kekuatan dan semangat di saat aku benar-benar amat memerlukannya ketika ini....amin~

sekian.

November 18, 2008

......Adoii~

Salam..

Hmm....seperti mana title entry ini...sebegitu jugalah apa yang dirasai sekarang ni....Adoi!~

Ntahlah...semakin menginjak usia...semakin banyak plak Sengal-Sengal badan ni...currently, I'm suffering from my arm's aching...trisep + bisep....puncanya, angkat benda berat koott, al-maklumlah..kadang-kadang lupa diri sket bila membuat kerja kan...huhuhu...so, malam-malam sapu minyak panas...dekat sebotol dh nak habis...siang-siang office hours just guna counterpain..kang guna minyak panas kang..pengsan lak abang-abang kat office tu...huhu...

Seterusnya, ialah kesakitan kaki ni...puncanya pemakaian kasut kurang sesuai laa..sbbnya..kasut tu hari-hari guna..so span dalam dia..tak mampu dh nak melapik kakiku ini...jadinya...bila jalan-jalan akan memberi tekanan kepada hujung jari...sebenarnya dh okay..jadi pakai laa sandal...sekali tah hari ni, pak guard tetiba "extra caring" plak kat saya...suh saya pi tukar kasut...adoi pakcik oii..kakiku ni sakit sudahh...tapi sebab saya ni jenis MALAS nak banyak cerita...tukar je laa...walaupun kesakitan kat jari ni..ALLAH sahaja yang MAHA Mengetahui...banyak-banyak sabar eh cik wanie...

Dan batuk beserta bersin...wah, ni package sekali dia mai...skrg ni..walopun MALAYSIA ni takde musim sejuk...tapi ada musim hujan...dah hujan...siang tu panas...bangat. Saya ni...suka berjalan-jalan..meredah panas dan hujan...jadi, bila dh dicampur adukkan...imunisasi badan pun tahan kot mana laa...perasan gagah perkasa laa kunon...

Dan satu lagi...nak habaq ni...saya KURUS..bukan sebab DIET ok..takde masa akak nak diet-diet...cumanya..kurang makan...banyak "makan" angin...hahaha..mana taknya..jalan-jalan saja...jadi banyak makan angin laa...so..tiada istilah diet-diet...especially attn to En Hafiz (my cuz's hubby) yang tak puas hati tu...I tak diet ok...so jangan jeles...berjalan-jalanlah selalu...hahaha...

Finally...itu sahaja...skrg ni, malas nak makan...abah, adik ngan imran ( my cuz) pi Stadium Curry House...mula-mula macam malas nak makan...tapi lama-lama rasa macam nak makan SUP plak..so tgh tunggu laa ni...tunggu....(^_^)

Wasalam
9:57pm

November 14, 2008

ChantiQue...


I wanna meet THEM...!~ =(

Salam....

Alhamdulillah...ok, kali ni baru betol-betol boleh menarik nafas separa lega...kenapa separa...? kerana Separa itu menandakan saya dan rakan-rakan sudah tamat menjalani Imtihan kami..yang berjumlah 3 Paper kesemua...keputusannya...kita nntkan hujung bulan...bulan depan...

Separa lagi masih belum boleh dilegakan..(apa punya bahasa ni..) kerana urusan kerja masih berada di puncak jaya...kiranya masih rancak la..so takleh nak lega-lega sangat...tak pressure...tapi mcm kene "standby mode" ja laa...uhuh takpa...apapun..paper dah habis...class cuti sebulan...boleh bekerja dengan tenang.... InsyaAllah (^_^)

Esok...plan sebenarnya..rakan-rakan mai turun KL...tapi pagi tadi dah mendapat sejenis pemberitahuan merangkap arahan jugak laa..untuk diminta bekerja keesokan harinya...sudah dijangka..sudah dijangka... jadi rakan-rakan...sama ada kita jumpa semasa waktu rehat...atau kita anjakan paradigma plan kita ke hari minggu....ohh..kita mesti berjumpa...!~

Dan...musim cuti sekolah pun bermula...tiada beza untuk kami yang dah bekerja ni....dan...diam tak diam...esok genap laa 2 bulan aku kerja kat sini....kejap je kan...dan tak sabar nak tunggu masuk 3 bulan...sebabnya tarikh tu jatuh betol-betol pd tarikh yang best....(^_^)

Baiklah, sampai sini dulu...cuaca hari ni best...cerah tapi sejuk...oh, di Malaysia tidak ada musim sejuk....suasana sejuk ada....hehehe...

Nota tambahan....



Good Luck untuk Big Boss saya yang akan berlumba esok untuk Malaysia....untuk maklumat lanjut...sila layari laman web beliau....(^_^)

ps: musim perang photo comment di Facebook...jomm!~

Sekian...

Salam Sayang dari saya...jaga diri.

Wasalam
11:26am

November 10, 2008

Me Amor


....Cahaya Kehidupan Kesayanganku....
Salam...

Dear All..proudly presents....my new love...

Nur Ayesha Awatif
Born : 5th November 2008
(5 Zulkaedah 1429H)
Weight : 3.49kg

And yeah...we're moving soon by this week or next week...but we have to "menumpang" first for this one or two months before we entering the new place...by end of this year...or early next year....can't hardly wait! :D Currently we started to pack all the things slowly....

More stories....? Coming soon..InsyaAllah...

Salam sayang, take care!~

Wasalam
4:29pm

November 03, 2008

Departing....

Salam...

To All my DEAREST respected readers....

Since, I don't like to keep on waiting...and don't like people to keep on waiting for me...I THINK I may not be updating my blog for a momment...maybe in a week or more or maybe less then that...



"JobS + Final ExamS + MeetingS + ProjectS= Away"

I'll be away...but I'll be back...and I'm FINE too...no worries....InsyaAllah...

Wish me luck....Jazakallah~

You girls & guys can started to miss me now...hehehe...and of course I'm gonna miss you girls and guys too....
".... Jangan kau ucap selamat tinggal
Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi
Seandainya tidak di bumi Tuhan
Mudah-mudahan di syurga-Nya nanti....!"


ayat dipetik dari Saifulislam.com

.....(^_^)

That's all...Illalliqa~

Salam sayang. Jaga diri, pelihara hati.

Wasalam
09:48pm

October 22, 2008

Street Smart

Salam...

Finally...Finally...Everything was Happily being settled.... Hopefully..InsyaALLAH....(^_^)

Think Wise, Work Smart, Pray Hard...

HE will always be with YOU...AlwayS.... :)

**************************
Semalam...saya belajar Management in Islamic Perspective...tak dapat disangkal...apa yang ditetapkan oleh-Nya sama ada melalui Al-Quran dan Sunnah...sungguh banyak keistimewaannya...saya tertarik di bahagian "Reward" di mana dalam Islam menggalakkan kita mengargai seseorang (dalam management adalah konteks pekerja) berdasarkan pencapaiannya. Tapi yang menariknya...semasa dalam proses pencapaiannya dan bukan sehingga menunggu mereka selesai.

Dalam erti kata lain, jika dilihat dari sudut MOTIVASI, ia sangat berkesan daripada kita hanya menghargai mereka selepas mereka berjaya melakukan sesuatu. Faham tak? Bila in process nak mencapai sesuatu matlamat tu, jika ada Sumber Inspirasinya tidak kiralah dalam apa jua bentuk yang HALAL pun it will helps.

Kita amik contoh mudah, macam air dalam aquarium ikan...kalau kita sentiasa tambah air sebelum ia hampir kering, mesti ikan-ikan tu seronok berenang-renang dengan sihat...daripada hampir-hampir kering...memang lah ikan tu tak mati...tapi "merana" jugaklah walaupun akhirnya air akan ditambah jua. (Ok tak contoh ni..? ehehe)

Jadinya...kesimpulannya di sini...marilah kita menghargai mereka selagi masih ada waktu..

Oleh yang demikian....Rasa seperti mahu menaip sesuatu...mendedikasikan untuk yang teristimewa....tapi bukan sekarang....nanti dahulu....akan datang...very soon... (^_^)

Sekian, salam sayang dari saya...jaga diri.

Wasalam
12:13pm

October 14, 2008

Tazkeer



Salam...

Alhamdullillah...Segala Puji Hanya Bagi Allah...

Beransur pulih...InsyaAllah...
No worries ok...jika berlanjutan saya akan segera ke klinik berdekatan... :)
Mungkin benar katanya...
Antara faktor yang menyumbang ke arah ketidaksihatan tubuh badan adalah..
Ketidaktentuan waktu tidur...
Kealpaan waktu untuk makan...
Membuat kerja secara extreme...non-stop...

Bak kata Kak Eami...
"Dik, muka ko nampak kecut sket..."
Balas saya...
"Kalo kecut sihat takpe kak...ni dah kebas kaki tangan ni..."

Makan...saya masih kurang untuk menjamah nasi...kecuali nasi ayam yang disulami dengan sup..
Cuma saya bayangkan di saat ini...lebih enak jika dihidangkan Tomyam...
Ataupun saya agak teruja nak makan roti naan...bersama dal...atau Tokmeh/Tokmiah...

Tapi bila dimuhasabah...
seperti katanya...mengenai ganjaran pahala dan juga "training"...
Saya lebih harus bersabar...
Jika keadaan begini lebih mendekatkan kita denganNya...
Saya harus lebih bersabar...
Allah sentiasa menyediakan dan menentukan yang TERBAIK untuk Hamba-Nya...

Allah sentiasa menguji keikhlasan bila kita sendirian....
IKHLAS dan SABAR....
Itulah INDAHNYA Islam... :)

*ps: menanti "gambaran" tokmiah dari sana... :)

Wasalam
10:21am
R3
14 Syawal 1429H

October 12, 2008

S for...?



Salam...

Hari ini, saya bekerja...OT. Kemas office..."clearance stock" punggah dan susun mana-mana patut...dan yang best saya jumpa banyak sticker...saya suka sticker..jadi ada sapa-sapa nak sticker best roger saya... ;)

Bahagian saya...selesai sebelum waktu rehat...clear. Saya buat macam "bilik" sendiri...tampal mana-mana poster yang patut...saya buat sendiri...

Selepas rehat, saya bantu bahagian sebelah...pun sama...punggah dan susun...kerja WANIta..kerja seorang gadis...

Dengan ini...saya nobatkan diri saya sendiri sebagai SUPERGIRL...sebab saya berjaya mendekorasi pejabat secara keseluruhannya... :)

Walaupun...sampai sakit-sakit pinggang dan kaki...lenguh...

Balik tadi...selepas magrhib sempat "lelap" sekejap...janji minta adik dan mama kejut jam 8.30pm...nak buat karipap...tapi adik yang main-main "lelap" turut sama menyusuli saya...dan mama...sengaja biarkan kami ter"lelap" sehingga abah balik jam 9.00pm...

Semalam dan hari ni...air mata saya tumpah kerana sebuah movie dan telemovie...huh..~ saya memang berjiwa "halus"....

Dan kepada yang selalu unplugged sesaja....tukaq laa cable tu...kot unplugged lagu I'm YourS ke sempoi gak... ;)

Akhir kata...saya nak sambung "lelap" esok...ramai tetamu yang akan bertandang...tidak, bukan open house....eh, tapi hari-hari pun bait saya sentiasa open untuk tetamu.... :)

Salam sayang...jaga diri...

ps: bila nak sambung diskusi buku...? ;)

Wasalam
12:44am
Bilik
12 Syawal 1429H

October 09, 2008

The Most



Allah itu Maha Pemurah....
Allah itu Maha Penyayang....
Allah itu Maha Mengasihani....
Allah itu Maha Besar....

Segala Puji Hanya BagiMU Ya Allah....

I Feel Better Today....

Terangi Hati Ini...Tunjukkan Aku JalanMu...

Berkati dan Rohmahtilah Hidupku...Keluargaku...Sahabat-sahabatku...

Alhamdulillah....Wa Syukur Ya Allah...

Salam Sayang dari saya...

Wasalam
8:22am
R3
9 Syawal 1429H

October 08, 2008

Stand by ModeS

Email dari bos pagi ini...

"FYI....

Stand by for training for new SAP System..."

Email balas dari saya....

"Ok...noted. TQ"

======================

Email dari bos petang ini...

"FYI....

Meeting Room 1 , Crystal Block
Friday , October 10, 2008 10.00am - 12.30pm"

Email balas dari saya...

..................................... ( belum sempat reply)

Sekian dari saya.

Wasalam
5:34pm
R3
8 Syawal 1429H

September 23, 2008

Jelesi Part II

Saya berasa sungguh....



Untuk....



Kan syok kalau dapat....



Tapi saya lebih suka...


Walhal..sepatutnya saya lebih MEMENTINGKAN...



Begitu ALPAnya diri ini...

"...Ya Robbi...Semoga Kau Kuatkan dan Terangilah Hati-Hati kami ini...Ameen..~"

Wasalam

Orchid City
1318pm
23 Romadhon 1429H

September 19, 2008

E-Man

Salam...

Malam ini masuklah 1o Romadhon 1429H yakni masuklah kita ke 10 Malam Romadhon terakhir...perasaan ketika ini..? Hanya DIA sahaja yang tahu..kerana pada saya sendiri..kemasukan Syawal selain kemenangan kita menahan nafsu selama sebulan..mungkin banyak perubahan yang bakal berlaku...sama ada dari segi pekerjaan, pelajaran dan juga kehidupan...

Pekerjaan
Masuknya Syawal..iaitu bulan 10 dan seterusnya...maka bertambahlah kerja saya..bukan saya tidak suka..malah saya suka..cumanya saya perlu menjadi lebih bijak dan bertahan dari segi mental dan fizikal...siang tadi saya sempat ada meeting sekejap..bincang isu kerja..dan event yang akan ada...dan semasa dalam perjalanan pulang..pun sempat bersembang dengan boss lagi satu...pun pasal planning selepas hari raya ini...Kesimpulan saya dapat selepas perbincangan..Engineering + Management = E-Man ...InsyaAllah..saya lakukan yang terbaik..and May HE always be with me..and give me the STRENGTH..amiin~

Pelajaran
Masuknya bulan Syawal..yakni kami semakin hampir ke medan tempur..tempur untuk menentukan hasil usaha kami dinilai atas sekeping kertas selama 4 bulan ni...cuma yang saya risaukan takut ada pertembungan dengan pekerjaan...moga Allah mempermudahkan setiap urusan untuk saya dan rakan-rakan Robbi Yassir Wala Tuassir...amiin~

Kehidupan
Bila kedua-dua elemen di atas digabungkan...bakal membawa perubahan besar dalam kehidupan saya sebagai anak, kakak, siswi dan pekerja...kadang-kadang sedang 'stuck' dalam kesesakan..ada jugak merenung-renung masa depan...memandangkan 4 tahun mendatang...agak berat...sangat berat..perlu benar-benar cekal dan kental...saya tidak mahu menjadi orang yang tidak berperasaan atau keras hati di kemudian hari akibat "akiviti" harian sekarang...saya mahu menjadi orang yang cekal, tabah dan belajar dari pengalaman...

Janji saya untuk adik...saya takkan lupa..dan semoga DIA sentiasa mengingatkan saya...buat masa sekarang biarlah adik khatam dahulu...kemudian kita akan teruskan misi...ok dik..? ;)

Dan...Syawal ini...ada yang bakal mula kuliyyah..setelah bercuti sekian lama kan...:)
dan yang pasti esok..saya ada imtihan lagi...Al-Loghatul Arrobiyyah..penulisan..oral Isnin ni...imtihan mula jam 9.00pg..doakan kejayaan saya dan rakan-rakan...


Sekian untuk malam ini..agak kepenatan..dan agak kelewatan...dan saya perlu berehat-rehat...

Jumpa kembali...jaga diri dan Selamat Beribadah..~

*ps: saya rasa saya harus belajar lebih banyak tentang KERETA.... ;)

Wasalam
12:32am
10 Romadhon 1429H