January 10, 2009
January 08, 2009
Back to Life, Back to Reality
Salamun'Aleyk!
Tadaima.!!~
OK, dah lama tak mencatat. Saya jadi 'silent reader' di blog kawan-kawan. Oh, dah banyak ketinggalan nampaknya. Adakah?
Hari ke-8 bulan pertama tahun ke-2009. Azam tahun lepas masih banyak tertunggak, atau saya boleh katakan..hapuskira sahaja. Tumpukan konsentrasi kepada azam yang berkaitan sahaja. Selebihnya, saya serahkan pada DIA.
Sambutan Tahun Baru biasa sahaja,malah saya tidak menyambutnya pun. Cuma sekadar menghantar mesej pesanan ringkas ataupun "SMS" kepada teman-teman terdekat (di hati). Malah, malam tahun baru itu saya tidur lebih kurang jam 11.00pm.
Seterusnya, apa yang menarik pada tahun baru adalah, pada Sabtu lepas (3 Jan 2009) kami membuat perjumpaan kecil di Burger King Sec 13. Ahli yang turut hadir adalah saya (dan adik), kak jah, zurin, yan, blankurt, syah dan aizzam. Motif perjumpaan, adalah LEPAK. Mungkin di lain masa kita boleh aturkan perjumpaan untuk makan Tomyam pula...
Keesokan harinya pula (4 Jan 2009) saya dan cik nurul menghadiri majlis resepsi Azman (Bo) dan Cik Nurul (Didie) di Hotel Palace of Golden Horses. Abg Azman ni adalah ex-staff tempat saya bekerja sekarang, jadi dia telah menjemput kami satu department untuk majlisnya. Dan pilihan teman saya adalah cik nurul. Atau mungkin ke mana-mana juga saya akan mengajak cik nurul. Akak dah cop awal-awal ya dik ;)
Seronok, cemburu tengok orang dah kahwin. Oh, jodoh mereka sudah sampai. Saya pernah berkata kepada teman-teman (baca : Cheekye) apa yang best tentang kahwin ini adalah persiapannya. Contoh macam bagi kad dekat kawan-kawan, hantaran, baju kahwin, jemputan...bla bla bla. Ye ke?
Dan sekarang, musim kembali bersekolah. Adik kembali ke sekolah untuk Darjah 4 dan sya kembali ke kuliah. Kuliah bermula untuk semester kedua. Semester ini saya hanya fokus kepada 3 subjek sahaja. Perlu seimbangkan antara kuliah saya, karier saya dan juga kehidupan saya. Perlu bijak mengatur masa dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat.
Dan untuk Palestin. Saya tidak arif untuk komen panjang lebar di sini, malah saya memang tidak arif untuk komen tentang perkara ini. Jadi sekadar saya mengemaskini berita dari blog teman-teman. Buat teman-teman, teruskan berblog.
November 21, 2008
Romantika (100% Bahasa Melayu)
Assalamualaikum,
Sebelum apa-apa, InsyaAllah saya akan cuba menggunakan sepenuhnya penggunaan bahasa melayu untuk entry ini. Kerana saya sudah mula cemburu membaca entri-entri yang menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Pagi ini, perkara pertama saya perasan ketika saya bangun tepat jam 5.30pagi mendahului jam penggera yang telah saya setkan di telefon genggam saya.... adalah perubahan kepada suara saya. Kesimpulannya, suara saya romantika. Serak-serak basah dan manja. (Maaf, saya memang jenis cepat perasan)
Semalam, saya terperangkap di dalam pejabat dek kerana hujan sangat lebat di luar. Di mana, jika dikira dari sudut kebijaksaan otak untuk berfikir, amatlah tidak logika jika saya meredahi hujan sebegitu rupa wa'ima saya menggunakan khidmat payung sekalipun. Kerana anginnya sangat kencang beserta kilat sabung menyabung. Jadi, sebagai insan yang dikurniakan satu organ bernama OTAK oleh Maha Pencipta, saya amik keputusan rasmi untuk menunggu sehingga hujan reda atau sekurang-kurangnya tiada lagi cas-cas elektrik memancar dari celah-celah awan.
Tepat jam 6.00pm, hujan mulai reda. Keputusan tangkas diambil untuk mempersiapkan diri bersedia untuk pulang ke rumah. Ya, keputusan saya tepat kerana hujan hanya gerimis. Jadi memadailah saya ditemani payung kuning sumbangan MAA Assurance itu untuk menapak ke tempat letak kenderaan.
Namun, tidak semua keputusan kita berbaloi. Tapi DIA lebih mengetahui. Saya sekali lagi terperangkap dalam kenderaan dek kesesakan lalu lintas. Oh, itu tidak menjadi masalah bagi saya. Cuma yang menjadi kegusaran ketika itu ialah meter minyak saya yang dah melepasi sempadan E. Yakni, bawah dari palang. Lampu amaran sudah berkelip-kelip. Saya lebih harus berwaspada.
Dalam hati? Zikrullah dan doa menjadi peneman. Semoga saya selamat sampai di baiti dengan baik. Dan membuatkan saya terfikir, begitu hipokritnya insan bergelar manusia. Mengingati ALLAH di saat-saat genting. Tapi bila gembira, jarang-jarang sekali. Oh, saya tidak kata semua, hanya segelintir. Sebagai peringatan untuk kita, tidak salah kan?
Alhamdulillah, walapun perjalanan yang hanya sejengkal itu sahaja... mengambil masa selama 40minit untuk saya sampai ke rumah. Walhal, jika dikira jangkamasa perjalanan biasa hanya mengambil kira-kira 7-10minit sahaja. Tidak mengapalah, Hujan Rahmat.
Malam itu, tekak berasa kurang selesa. Jadi untuk makan juga saya memerlukan sesuatu yang lembut serta tidak perlu dikunyah tetapi dapat ditelan dengan selesa. Setelah berkira-kira seorang diri di dapur, saya membuat keputusan sekali lagi untuk membuat juadah bubur putih. Makanan yang amat enak ketika keadaan tekak tidak sihat. Mahupun ketika badan berasa kebah tetapi memerlukan makanan yang baik untuk terus berfungsi.
Jadi menunya, bubur nasi putih, telur sambal, telur masin dan ikan bilis bersama bawang. Oh ya, kicap. Sebenarnya sudah lama saya inginkan untuk makan bubur. Saya penggemar bubur. Apatah lagi bubur lambuk. Tetapi hanya masakan sendiri, keluarga atau yang saya kenali. Sejak akhir-akhir ini, saya amat cerewet bab makan dan tukang masak.
Usai masak, kami makan. Mama juga kurang sihat kerana demam. Abah dan adik seperti biasa, makan sahaja apa sahaja yang saya masak. Semoga suatu hari nanti saya juga bakal memiliki keluarga sendiri yang tidak cerewet untuk makan apa sahaja yang saya masak. InsyaAllah.
Usai makan, mengemas apa yang patut. Ya, saya membersihkan apa yang patut. Mama amat cerewet tentang kebersihan terutama dapur,bilik air, bilik dan ruang tamu (semua lah kan?) Oleh yang demikian, saya juga terikut. Walau kadang-kadang kondisi bilik ada kalanya seperti kapal dilambung ombak. Oh, itu hanya masa-masa kritikal sahaja. Saya ulangi, masa kritikal.
Setelah mengemas, saya terus ke bilik. Menggunakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar saya seketika dan jam 10.30pm saya masuk tidur. Sekarang ini, saya lebih menghargai waktu tidur saya.
Baiklah, setakat ini sahaja. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Tepat jam 1, saya akan berjumpa dengan Cik Nurul. Untuk perancangan hari AHAD ini.
Sebenarnya, emosi saya pagi ini agak kurang stabil. EMO. Tetapi Alhamdulillah beransur baik.
Hari ini hari Jumaat, mari kita banyak-banyakkan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Jumpa lagi. Jaga diri.
Wasalam.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:40 AM 1 Komen Balas
November 19, 2008
.....when its started
Assalamualaikum,
mata berair + bibir panas + tekak rasa berpasir + bersin + batuk....
Semua complete. Its come in one package...
Outside...hujan selebat-lebatnya...eh, dah gerimis...but still..masih menyumbang ke arah kesejukan...fuh fuh fuh...(imagine duduk tepi pemanas) girls, igt tak the night yg kita berselubung dengan one comforter while telling stories that night...haha, reminds me of cerita OverTime...
sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 4:04 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Friends, Working Life
October 23, 2008
SeNtiMenTaL VaLuE
lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)...."
Surah An-Nisaa` ayat 147
Ayat yang telah membuatkan saya tersenyum di pagi hari...Ayat yang mengajar saya/kita erti BERSYUKUR dan makna KEIKHLASAN. Kadang-kadang tak dapat dinafikan saya cukup takut bila DIUJI tentang keikhlasan. Kesabaran mungkin dapat diukur...tetapi Keikhlasan adalah direct antara kita dengan-Nya...malah DIA lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui...kerana DIA itulah MAHA Mengetahui...
Saya cukup takut bila memikirkan setiap apa yang saya lakukan tidak mendapat "pengiktirafan" darinya...saya cukup takut. Kadang-kadang kita lebih mahu melihat dan menerima pengiktirafan "secara terus" dari makhluk yang bergelar manusia....tapi tidak mampu melihat atau cuba melihat "pengiktirafan" daripada-Nya. Maksudnya di sini...bersyukur..... secara IKHLAS.
Oleh yang demikian....seperti entri saya sebelum ini..saya mula belajar untuk menepis, mengikis, membenteng, untuk sifat mahupun perasaan -ve itu hadir dalam hati saya. Hatta sedikit mahupun sekelumit sekalipun...agak sukar, namun alah bisa...tegal biasa. Seperti juga peringatan yang sering diberikan kepada saya oleh Cik Tropical...berdoalah secara konsisten. Biarlah bermula dengan sedikit...tetapi berterusan...daripada bermula dengan lambakan...tetapi cepat "pudar"...
Setiap kejadian yang Allah ciptakan...tidak kira apa jua bentuk sekalipun..mahupun kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan, musibah, petaka....ada HIKMAH di sebalik...kerana ALLAH takkan mencipta sesuatu perkara itu tanpa sebab di sebaliknya.... :)
Terima seadanya...namun sentiasa berusaha memperbaiki ke arah kebaikan...di jalan yang HALAL...untuk-Nya...InsyaALLAH.
Salam sayang dari saya, jaga diri.
Wasalam
8:52am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:37 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Mutiara Kata, Thoughts
October 15, 2008
Cerita Semalam....
Iman : Assalamualaikum bos..
Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...Entah ar...
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, Ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji, kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya..
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Saya rimas..
Iman : (Senyum sinis)Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa..Dan ahli jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..
Iman : Alhamdulillah. .Kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..
Diri : Terima kasih..Panggillah aahli jawatankuasa kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik Ma'thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..
Credits : Kak Jah & Kak Zuril....(^_^)
******************************************
Cerita Semalam...
Tidak ada sebaik-baik tempat untuk saya mengadu...melainkan DIA...dan sebaik-baik tempat untuk mengadu...adalah di Rumah-Nya...
Dan kepada kalian...(baca: kak jah, kak eami & org jauh) terima kasih kerana kalian sudi mendengar 'cerita' saya...terima kasih kerana sudi "menemani" saya di saat-saat benar-benar memerlukan kalian...terima kasih...saya mohon...semoga kalian terus menemani saya..sehingga saya benar-benar stabil...jika tidak menyusahkan...jika tidak...saya juga memahami... :)
Dan..sekian entry saya hari ini.....
ps: feeling better today.... :)
Wasalam
12:52pm
R3
15 Syawal 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:32 PM 0 Komen Balas
October 14, 2008
Tazkeer

Alhamdullillah...Segala Puji Hanya Bagi Allah...
Beransur pulih...InsyaAllah...
No worries ok...jika berlanjutan saya akan segera ke klinik berdekatan... :)
Mungkin benar katanya...
Antara faktor yang menyumbang ke arah ketidaksihatan tubuh badan adalah..
Ketidaktentuan waktu tidur...
Kealpaan waktu untuk makan...
Membuat kerja secara extreme...non-stop...
Bak kata Kak Eami...
"Dik, muka ko nampak kecut sket..."
Balas saya...
"Kalo kecut sihat takpe kak...ni dah kebas kaki tangan ni..."
Makan...saya masih kurang untuk menjamah nasi...kecuali nasi ayam yang disulami dengan sup..
Cuma saya bayangkan di saat ini...lebih enak jika dihidangkan Tomyam...
Ataupun saya agak teruja nak makan roti naan...bersama dal...atau Tokmeh/Tokmiah...
Tapi bila dimuhasabah...
seperti katanya...mengenai ganjaran pahala dan juga "training"...
Saya lebih harus bersabar...
Jika keadaan begini lebih mendekatkan kita denganNya...
Saya harus lebih bersabar...
Allah sentiasa menyediakan dan menentukan yang TERBAIK untuk Hamba-Nya...
Allah sentiasa menguji keikhlasan bila kita sendirian....
IKHLAS dan SABAR....
Itulah INDAHNYA Islam... :)
*ps: menanti "gambaran" tokmiah dari sana... :)
Wasalam
10:21am
R3
14 Syawal 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:36 AM 0 Komen Balas
October 13, 2008
Beautiful LiFeS

Motivation & InSpiration
"...Kengkadang kita perlukan Sokongan orang di Sekeliling kita untuk menjadi kuat. Allah menciptakan kita memang memerlukan antara Satu Sama lain.
Allah tidak suruh kita bertuhankan manuSia,
tapi Allah suruh kita SimbioSiS, Saling lengkap melengkapi...."
Credits to : Nabhan AminulHakeem
**********************
Sharing storieS...
Sharing jokeS...
Sharing recipeS...
Sharing knowledge.....
That'S what "friends" are for... :)
Wasalam
10:50am
R3
13 Syawal 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:17 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Friends, Mutiara Kata, Thoughts
October 09, 2008
The Most
Allah itu Maha Penyayang....
Allah itu Maha Mengasihani....
Allah itu Maha Besar....
Segala Puji Hanya BagiMU Ya Allah....
I Feel Better Today....
Terangi Hati Ini...Tunjukkan Aku JalanMu...
Berkati dan Rohmahtilah Hidupku...Keluargaku...Sahabat-sahabatku...
Alhamdulillah....Wa Syukur Ya Allah...
Salam Sayang dari saya...
Wasalam
8:22am
R3
9 Syawal 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:17 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Thoughts, Working Life
September 25, 2008
Hunting
Berbaki lagi 5 hari...
Ambillah waktu untuk berfikir, kerana itulah sumber kekuatan,
Ambillah waktu untuk berdoa, kerana itulah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, kerana itulah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu untuk mendekatiNya, kerana itulah sumber kekuatan jiwa ,
Dan rebutlah Romadhon selagi diberi peluang
kerana ianya mungkin Romadhon yang terakhir untuk dinikmati...
RoMaDhON KaRiM.... Wa AkHiruHU...ItQumMinA NNAR...
0922pm
Orchid City
26 Romadhon 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:20 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Mutiara Kata, Thoughts, Ucapan
September 20, 2008
Hidup itu Indah Jika....
Allah latih kesabaran dalam kesakitan. Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yang lebih baik...."

Beautiful Quote...itulah tajuk entri sahabiyyah saya..pernah menerima sms ini dr beliau..cukup terkesan...apetah lagi selepas menonton telemovie IHSAN tayangan TV3...air mata ini...gugur jua walaupun saya jarang-jarang menitiskan air mata apabila menonton filem atau telomovie melayu...jikalau drama bersiri jepun tu..sampai bengkak-bengkak mata...namun kali ini saya tewas...banyak scene..termasuk jugak muzik latar kegemaran saya... I'tirof :)
Hari ini...rutin harian saya berbeza..sejak bekerja di tempat baru..waktu hari bekerja saya adalah 5 kali seminggu...ini bermakna Sabtu dan Ahad adalah hari rehat...dan pagi ini..saya dan rakan-rakan ada imtihan Al-Loghatul Arrobiyyah...dan secara keseluruhannya..Alhamdulillah..walaupun ada soalan last tu kena translate dari Inggeris ke Arab..berpeluh jugak..dan Isnin ni..oral pulak..semoga DIA mempermudahkannya bagi kami :)
Selepas pulang ke rumah...hari ni, saya mula ada mood untuk membuat biskut raya..jadi, tanpa melengahkan masa..sebelum mood itu kembali hilang...saya, mama dan adik ke Pasaraya Mydin untuk membeli sedikit perkakasan membuat kuih..Kali ini, saya mahu berbelanja secara berhemah..membeli barang dengan kuantiti yang sedikit...bila tak cukup kita beli lagi. Kerana jika dulu-dulu saya lebih suka membeli dalam kuantiti yang besar dan banyak..ya, memang harganya lebih murah..tetapi bila penggunaannya tidak dapat dimaksimakan..ianya akan menjurus ke arah pembaziran...dan seperti kita tahu..Membazir itu ikhwan Syaitan..
Esok..operasinya bakal bermula..Tahun ini..rezeki murah..Alhamdulillah...Hanya Allah yang berikan kita rezki..cumanya..saya tidak bersungguh..dan limited untuk satu tempahan sejenis biskut limit 50biji..lebih dr itu..saya mohon seribu kemaafan...saya mengamalkan non-profit basis...customer satisfaction adalah lebih bermakna...kata-kata kepuasan dari yg merasanya..adalah doa kejayaan rezki untuk saya sekeluarga..saya mementingkan Quality dr Quantity :)
Baiklah..setakat ini sahaja...kita dah masuk 21 Romadhon...sama-sama kita top up mana yang tinggal...di penghujung Romadhon ini...moga di pengakhiran ini..kita memperoleh PengampunanNya...amiin~~
Dan untuk sahabiyyah saya...yang bakal jadi orang gomen...mabruk ya ukhti...mabruk! Enti kata berjangkit dengan saya...ya Alhamdulillah..sesungguhnya DIAlah yang memberi kita rezki..InsyaAllah satu hari nanti..bila kita bertemu..kita gabungkan hasil gajian kita..hehe..
Sekali lagi..saya minta diri..selamat beribadah untuk rakan-rakan..~
Wasalam
12:22am
21 Romadhon 1429h
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:03 AM 2 Komen Balas
September 19, 2008
E-Man
Salam...
Malam ini masuklah 1o Romadhon 1429H yakni masuklah kita ke 10 Malam Romadhon terakhir...perasaan ketika ini..? Hanya DIA sahaja yang tahu..kerana pada saya sendiri..kemasukan Syawal selain kemenangan kita menahan nafsu selama sebulan..mungkin banyak perubahan yang bakal berlaku...sama ada dari segi pekerjaan, pelajaran dan juga kehidupan...
Pekerjaan
Masuknya Syawal..iaitu bulan 10 dan seterusnya...maka bertambahlah kerja saya..bukan saya tidak suka..malah saya suka..cumanya saya perlu menjadi lebih bijak dan bertahan dari segi mental dan fizikal...siang tadi saya sempat ada meeting sekejap..bincang isu kerja..dan event yang akan ada...dan semasa dalam perjalanan pulang..pun sempat bersembang dengan boss lagi satu...pun pasal planning selepas hari raya ini...Kesimpulan saya dapat selepas perbincangan..Engineering + Management = E-Man ...InsyaAllah..saya lakukan yang terbaik..and May HE always be with me..and give me the STRENGTH..amiin~
Pelajaran
Masuknya bulan Syawal..yakni kami semakin hampir ke medan tempur..tempur untuk menentukan hasil usaha kami dinilai atas sekeping kertas selama 4 bulan ni...cuma yang saya risaukan takut ada pertembungan dengan pekerjaan...moga Allah mempermudahkan setiap urusan untuk saya dan rakan-rakan Robbi Yassir Wala Tuassir...amiin~
Kehidupan
Bila kedua-dua elemen di atas digabungkan...bakal membawa perubahan besar dalam kehidupan saya sebagai anak, kakak, siswi dan pekerja...kadang-kadang sedang 'stuck' dalam kesesakan..ada jugak merenung-renung masa depan...memandangkan 4 tahun mendatang...agak berat...sangat berat..perlu benar-benar cekal dan kental...saya tidak mahu menjadi orang yang tidak berperasaan atau keras hati di kemudian hari akibat "akiviti" harian sekarang...saya mahu menjadi orang yang cekal, tabah dan belajar dari pengalaman...
Janji saya untuk adik...saya takkan lupa..dan semoga DIA sentiasa mengingatkan saya...buat masa sekarang biarlah adik khatam dahulu...kemudian kita akan teruskan misi...ok dik..? ;)
Dan...Syawal ini...ada yang bakal mula kuliyyah..setelah bercuti sekian lama kan...:)
dan yang pasti esok..saya ada imtihan lagi...Al-Loghatul Arrobiyyah..penulisan..oral Isnin ni...imtihan mula jam 9.00pg..doakan kejayaan saya dan rakan-rakan...
Sekian untuk malam ini..agak kepenatan..dan agak kelewatan...dan saya perlu berehat-rehat...
Jumpa kembali...jaga diri dan Selamat Beribadah..~
*ps: saya rasa saya harus belajar lebih banyak tentang KERETA.... ;)
Wasalam
12:32am
10 Romadhon 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:15 AM 3 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Doa, Thoughts, Working Life
September 10, 2008
ReBaH
Baru sebentar tadi...setengah jam lepas...saya baru ke sana...kiranya, saat ni baru sahaja menjejak kaki ke rumah...perasaan ketika ke sana..boleh dikatakan sebagai "Seram"...
Mungkin kerana saya kurang biasa didedahkan dengan suasana demikian...jadi bila sekali sekala ke sana...jadi seram..tapi saya perlulah biasakan diri..kalau tak macam mana nak hidup di sana kan... :) Dah dapat dokumen yang saya perlukan...perlu membuat urusan lebih lanjut...dan yang paling saya tak suka..."Medical Check Up"...oh no kamu~
***************************
"Kak...saya rasa macam badan ni dah nak rebah ke bumi la kak..."
Kata saya kepada Kak Eami sewaktu perjalanan nak ke surau untuk solat maghrib...
"Akak pun macam tu laa dik...dah nak leghai dah badan ni..."
Balas Kak Eami pada saya...
Yeah..lumrah...kami tau kami perlu bersabar...bersabar banyak-banyak...kerana sabar itu separuh dari IMAN...permulaan sabar itu pahir...tapi Manis akhirnya... Semalam dah dapat markah untuk Test Management hari tu..Alhamdulillah..Segala Puji Hanya Bagi Allah...lepas ini harus lebih berusaha untuk lebih kukuh.... (^_^)
Banyak perkara yang saya perlu bersabar...oleh itu..saya memang harus bersabar...kerana DIA tahu...bila masanya akan tiba...(^_^) InsyaAllah..
Baiklah..setakat ini untuk entry di siang hari...semoga berjumpa lagi di malam hari... ;)
ps: sekejap je dah masuk 10 Romadhon ke dua... :)
Wasalam
12:10pm
10 Romadhon 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:56 AM 0 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Doa, Friends, Thoughts
September 06, 2008
Permulaannya...
Assalamualaikum warahmatullah...
Hari ini, masuklah 6 Ramadhan 1429H....bermakna hampir-hampir mencecah seminggu seluruh Umat Islam satu dunia berpuasa...
Romadhon kali ini mungkin agak berbeza dari romadhon-romadhon sebelumnya...kali ini, sekali lagi saya berbuka puasa di 'perantauan'...maksud saya bukanlah saya berbuka di rumah...kali ini saya berbuka di campus atas urusan menuntut ilmu...Agak banyak jugak yang saya dapat ketika menikmati jamuan berbuka di campus...antaranya, wasatiah...kesederhanaan dalam menikmati juadah berbuka. Setakat ini, juadah berbuka saya adalah jenis kuih-muih, sandwich, kurma dan air teh...kadang-kadang saya selalu mendapat sumbangan ihsan dari Kak Eami apabila beliau mempelawa saya untuk menikmati juadah nasi...selalu risau tengok adik dia ni tak makan...hehe..syukran Ya Ukhti..anda memang baik hati..
Dan mungkin banyak juga hikmah yang saya dapat...antaranya ukhuwah dengan rakan-rakan ( Kak Intan, Atika, Nisa, Nurza)..kebiasaannya, class kami akan bermula jam 8 malam...dan waktu berbuka di Malaysia atau lebih spesifik di Shah Alam adalah sekitar jam 7.20malam...dan kami hanya mempunyai masa lebih kurang 40 minit sahaja utk berbuka dan bersolat...selepas itu kuliah dimulakan..
Dan kebiasaanya, saya atau kami akan berada di campus lebih awal untuk menempah tempat duduk masing-masing...dan beberapa minit sebelum berbuka.."meriah" meja makan kami dengan juadah-juadah yang dibawa...itu yang saya katakan, kami ni seperti student di perantauan juga (malah saya rasa ada student yang kat perantauan tu lagi best makan waktu buka...ada tomyam, sup daging, sayur lodeh, ayam goreng mcm kentaki...ada jus Mango TANG lagi..huhu) . Saya macam biasa, supply 'shai' (teh) panas...kadang-kadang bawah shai susu...buah tamar, kismis pun masing-masing bawak...lepas tu makan ramai-ramai..Indah..memang indah..macam ada kenduri...cuma rasa "kekurangan" sebab takda BUBUR LAMBUK...
Banyak juga tabiat rakan-rakan yang dipelajari..antaranya diri saya sendiri...rakan-rakan sudah mengetahui bahawa saya adalah jenis yang tak reti nak makan sambal belacan...ya, jangan kata saya berlagak..saya boleh makan..boleh bau, boleh buat sambal belacan...cuma saya tak reti nak makan...khusus untuk sambal belacan..dan..tempoyak...kalau kangkung goreng belacan, nasik goreng buh belacan...patin masak lemak tempoyak..saya reti malah suka makan... (^_^)
~Buat tatapan...hehe~
Crucial life...saat-saat kami pelajar PLK menghadapi musim imtihan..sangat-sangat memenatkan..terasa seperti bongkah batu besar ada kat ata bahu...bila dah lepas...Alhamdulillah..agak ringan, itulah lumrah orang menuntut ilmu...perjuangan itu memang pahit...kerana Syurga itu manis...InsyaAllah...mudah-mudahan Allah memberkati usaha kami menuntut ilmu ke jalanNya...
Dan Ramadhan kali ini...mampukah saya memperbaikinya daripada tahun lepas...saya ada terbaca di blog Ustaz Nabil dan isterinya mengenai masa kita dengan Allah...ayatnya berbunyi begini...
"Jangan kata kita takda masa dengan Allah...nanti Allah takda masa dengan kita..."
Satu ayat atau frasa kata yang cukup mudah dan ringkas...namun ketika membacanya saya terasa seperti kena "sepakan mandatori"..walaupun saya tak pernah kena sepak dan tak mau rasa kena sepak...tapi itulah hakikatnya...
Dan malam tadi...sewaktu sambil sedang beronlinisasi di waktu lewat malam..terbaca satu ayat dekat TV9 yang ayatnya berbunyi seperti begini...
" Janganlah sekali-sekali merasa jemu untuk beribadah kepada Allah...kerana Allah sedikit pun tidak pernah merasa jemu dengan kita...biarlah apa yang kita lakukan itu sikit demi sedikit...tetapi berkekalan..."
Satu lagi ayat yang boleh menorobos ke dalam ulu hati...macam kalau kereta tu...kiranya 'spark plug'. Maksud ayat disitu yang boleh difahami oleh saya sendiri adalah...ISTIQAMAH...biarlah sedikit amalan dan ibadah kita tapi berkekalan dan berterusan...
Sama juga "pesanan" dalam Majalah ANIS keluaran September ni..
~Jadikanlah Al-Quran itu sebagai sahabat karib....~
"Ya Allah, Rahmatilah kami dengan kemuliaan Al-Quran, Jadikanlah ia cahaya yang menyuluh di setiap langkah kami, Cahaya yang menuntun kami ke SyurgaMU..."
Jadi...BANYAK yang saya pelajari dari Permulaan Ramadhan kali ini, semoga saya BELAJAR dan terus BELAJAR...semoga hari-hari dalam ramadhan seterusnya adalah lebih baik dari ramadhan yang telah lepas...
...Romadhon Karim...Awalluhu...Rohmah...
Jazakallah.
Wasalam
ps: menghitung hari menemui 15 Ramadhan.... :)
Orchid City
1123am
6 Ramadhan 149H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:31 AM 0 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Doa, Friends, Mutiara Kata, Thoughts
September 02, 2008
PrEpaRaTioNs....
Salam...
Persediaan untuk hari esok...
Untuk mama, abah dan adik....jika ini yang terbaik...doakanlah yang terbaik untuk kakak dan semoga ianya dipermudahkan segala OlehNya...
Kepada teman-teman yang mengetahuinya...Kak Jah, Cik Nurul, Kak Eami dan kamu...semoga doa dan semangat dari kalian mengiringi saya...
Dan untuk saya...KepadaMU Ya Allah...aku meminta segalanya...kepadaMu aku mohon petunjuk...Jika ini yang terbaik bagiku...Maka KAU Permudahkanlah ia...tetapi jika sebaliknya..Sesungguhnya ENGKAU lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku, keluargaku, masa depanku dan AGAMAku...amiin~
Selawat Banyak-banyak...
Baca Surah Al-Insyirah...
Baca Robbi Shrohli Sodri Wa Yassirli Amri Wahlul U'datan Milithani Yafqohu Qauli...
Doa banyak-banyak...
InsyaAllah...He will LEADs :)
(* syukran for the 'tips'...sangat menghargainya.. :)
Yakinilah bahawa setiap Rezki itu Hanya Datang dari PemberianNYA... :)
Segala Puji Hanya BagiMU Ya Allah, Tuhan Pentadbir Sekalian Alam....
Wasalam
Orchid City
1114pm
3 Ramadhan 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:05 PM 0 Komen Balas
August 31, 2008
Ramadhan Kareem...
Malam ini..1 Ramadhan 1429H...
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan...
"....Diputih gumpalan awan tercipta selaksa makna, pekatnya malam mengukir jiwa yg taqwa bagi sang pemburu cinta suci diatas suci, warnai awalan pembersihan diri, sebentuk ma'af kupinta tuk hapus sgala alfa.
Mohon dari sebuah kerendahan hati dengan segenap keterbatasan diri, sepenuh harap yg terpunya saya mohon ma'af yg seikhlas ikhlasnya atas semua kesalahan yg
saya lakukan atas dasar sengaja maupun kekhilalaf.....
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
....كل عام وانتم
بخير...."
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sahabat-sahabat...
Semoga Ramadhan tahun ini...lebih baik dari Ramadhan tahun lepas...
Sama-sama kita meningkatkan ibadah dan amalan kita di bulan yang mulia ini...
InsyaAllah...
Wasalam
Orchid City
1113pm
August 20, 2008
Be Right Back
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
****************************************************************************************
ps: mai jenguk sekejap...pasnih 'beruzlah' kembali...Illaliqa'~ :)
utk X-Roomate , terima kasih kerana menerima daku sbg sahabat "seadanya".. =)
utk Dik Nurul, you know "where" to find me ya sis...
utk Kak Huda, thx for the award..InsyaAllah will post it soon...
utk ChEeKyEs, saya rindu kalian :(
utk yang lain...I'll be Back soon...
wasalam.
orchid city
12:48pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:39 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Lirik/Lagu, Ucapan
July 30, 2008
Dedikasi Istimewa
Mama & Abah
INSAN-INSAN TERISTIMEWA DALAM HIDUP KAMI
Tanggal 31 Julai 1983 adalah hari ulangtahun perkahwinan mama dan abah. Apa yang boleh saya coretkan di sini adalah, tanpa segan silu dan berselindung, kami (baca: saya & adik) amat berbangga dan beruntung mendapat ibu bapa seperti mereka. Pada kami, merekalah idola kami, merekalah sumber kekuatan kami, merekalah pelindung kami. Pada kami, pengorbanan mama dan abah terlalu besar untuk mendidik dan membesarkan kami dua beradik. Tidak akan saya lupa sampai bila-bila, mama dan abah sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk masa depan putera dan puterinya.
hikamah kalimah nan luhur
lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia
salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa
terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah
Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahaia
pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga
daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna
terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah
Mungkin kami tidak mampu memberikan hadiah mewah & istimewa untuk mama dan abah, tetapi semoga Allah swt memperkenankan doa kami ini setiap waktu sebagai hadiah untuk mama dan abah.
Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua ibu bapa kami,
sebagaimana mereka telah mendidik kami sejak dari kecil.
Selamanya... :)
Tulus dari kami yang amat menyayangi mama & abah,
Kakak & Adik
Orchid City
12:41am
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan paling penting cepat-cepat bertemu jodoh yang soleh serta dapat menyayangi diri akak seadanya. :D
Semoga ukhuwah kita berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat...sorry tade hadiah ( tgh kentandusan wang poket), kalau nak hadiah..mai umah, adikmu ini tolong masakkan je menu kegemaranmu :p ..itu yang termampu..hehe..
May Allah showered you with his blessing...love ya sister. Hug & Kisses.
Jazakallah :)
July 15, 2008
Al I'tirof
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali
Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:26 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Lirik/Lagu