You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you
You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all SEMS light years away
And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile
Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me
And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you
*****************************
Selepas makan tengahari bersama bekas teman sebilik ketika kursus di Port Dickson kira-kira sebulan lalu, saya terfikir sesuatu. Iaitu tentang jodoh. Jodoh itu konteksnya amat luas.Atau infiniti.Jangan sempitkan pemikiran dengan mengaitkan jodoh hanya untuk lelaki dan gegadis.Jodoh itu luas. Saya ulang, ianya luas.
Saya berfikir begitu kerana sememangnya kita tahu dan sepatutnya tahu bahawa Allah yang menetapkan jodoh kita. Saya bertemu dengan Cik Tropical, adalah ketentuan Dia. Dari situ saya berjumpa cik-cik lain. Sehingga di sini saya berjumpa Cik Nurul dan seterusnya juga.Begitu juga dengan jodoh untuk saya mempunyai pekerjaan seperti sekarang dan jodoh itu juga membuatkan saya berjodoh dengan insan-insan lain. Sila baca dalam konteks keseluruhan ya.
DIA dah susun dengan sangat cantik.
Ada orang pernah tanya saya, bagaimana kita nak tahu jika orang itu "ngam" dengan kita. Bahasa mudah, dengan izin, chemistry. Tindakbalas kimia,biologi serta gelombang aura yang ada menjadikan kita "ngam". Jika rasaku ini rasamu. When you say nothing at all. Nah, tanpa kata-kata juga kita mampu merasainya.
Ianya spontan. Tidak perlu dibuat-buat atau cuba dibuat. Malah jangan jadikan ianya plastik. Plastik itu tidak bagus kerana boleh menyebabkan pencemaran. Mengerti?
Tentu sahaja kita mahukan sesuatu perhubungan yang terjalin itu diredhai dan diberkati. Apetah lagi mahu ianya terpelihara dan dipelihara oleh yang Maha Hakiki.
Kenalilah,hayatilah,fahamilah.
Jujurlah dengan dirinya. Ikhlaskan dengan hatimu.
Illa'liqa.
February 20, 2009
Jiwa ini.Hati itu
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 4:37 PM 6 Komen Balas
Labels: Friends, Lirik/Lagu, Thoughts
Perancangan
Saya sedang merancang sesuatu. Untuk sesuatu(s) tarikh itu. Bermotifkan pertemuan dan perjumpaan. InsyaAllah, hanya dengan izinNya.
Jika ianya baik, tentu sahaja dimudahkan olehNya bukan? Allah itu Maha Mengetahui, lebih dari apa yang kita tahu. Segala yang terbaik untuk kita semua.
Mulakanlah dengan nama Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim.
Muhasabahlah.
Salam Jumaat.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:30 AM 4 Komen Balas
January 16, 2009
Yang pernah...
" Saya suka bila saya nampak awak happy macam ni..."
" Mestilah..saya rasa macam ada satu semangat baru masuk...rasa best sangat..."
Ok, petikan dialog dari drama Mertua vs Menantu antara Rosyam dan isterinya Nurul Ain. Kenapa? Kerana saya sukakan karakter mereka-mereka termasuk Rizal dalam cerita ini. Di mana saya dan Kak Jah selalu mengatakan bahawa karakter Rosyam dan Rizal adalah tidak kurang dan tidak lebih seperti karakter kami. Begitu juga antara Illyana dan Nik dana Impian Illyana. Berangan? Tidaklah, berimiginasi sahaja.
Semangat baru.
Orang macam saya ni mudah menyerap semangat baru. Atau dalam erti kata lain, saya mudah menerima benda-benda baru yang mencabar. Passion become Obessesion. Mungkin itu klasifikasi ayat yang mudah saya huraikan. Mengenai kerja saya. Ramai mengatakan bidang kerja saya agak berlarian dengan apa yang saya teorikan di kuliah. Saya belajar mengenai Pengurusan Sumber Manusia tetapi bekerja di Sektor Automotif atau lebih tepat Sukan Permotoran. Jika dilihat dari mata kasar, ya, memang ada jarak jurang yang berbeza. Namun jika di"internalize" atau didalami dan dihayati, sebenarnya ia punya gandingan.
Melengkapi.
Walaupun dua bidang berbeza, namun mereka ini saling melengkapi. Allah sendiri menciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi. Allah menciptakan sesuatu perkara atau benda itu secara berpasangan. Untuk apa? Saling melengkapi. Begitu juga dengan kerja dan pelajaran saya. Saya kira,Pengurusan Sumber Manusia itu adalah sebagai wanita manakala Kerja saya adalah sebagai lelaki. Saling melengkapi bukan. Bila saling melengkapi, maka makin banyaklah ilmu yang tercipta. Bukankah menuntut ilmu itu juga Jihad ke jalan Allah. Dan perlu kita ingat, antara amalan di dunia yang akan dibawa ke sana kelak adalah ; Doa anak yang soleh, Amal jariah, dan Ilmu.
Didikan.
Mungkin dulu saya tidak nampak kenapa Abah sering mengajar saya kerja-kerja lelaki. Dari bertukang, menukar mentol,menukar fius,menampal bumbung,menukar tayar kereta, duduk bawah kereta,menukar paip dan pelbagai lagi. Nah, sekarang baru saya tahu, perkara-perkara itu akan memudahkan kita. Walaupun tidak tahu banyak, sekurang-kurangnya saya tahu sedikit. Better than never. Begitu juga dengan Mama, mengajar saya masak sejak kecil,membuat kerja rumah,dan kerja-kerja berkaitan dengan kewanitaan. Pun sama, impaknya sudah kelihatan.
Atas kaki.
Berdiri di atas kaki sendiri atau berdikari. Bukan ego mahupun sombong. Kadangkala ada yang salah mentafsir. Saya dididik untuk cuba menyelesaikan atau merungkai masalah sendiri. Dengan tenang, dengan logika. Saya masih mencuba ke arah itu. Semoga Allah memandu hati ini.
Agressif.
Bekas teman sebilik saya mengatakan saya ini agak agressif. Mungkin benar. Saya punya sebab-sebab tertentu mengapa saya agressif pada masa tertentu dan keadaan tertentu. Kadangkala saya rasa saya adalah orang yang gemar merebut peluang, namun hakikatnya saya orang yang merasai peluang namun sering membiarkan begitu sahaja atau lambat bertindak.Saya paranoid.Saya suka berfikir. Apa kata orang,apa persepsi orang. Walhal, bak kata Bibah, orang tak kisah pun. Saya perlu kikis sedikit sifat pasif dalam hati ini. Sedikit, mungkin debu-debunya sahaja. Tidak boleh semua, bimbang jadi lain pula.
Ais.
Saya rasa ais itu semakin mencair. Baguslah.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:17 AM 3 Komen Balas
Labels: Diary, Family, Friends, Working Life
January 11, 2009
OverTime
Hari ini dan esok, saya bekerja lebih masa. Oleh itu, jika kalian nampak saya online, maknanya saya di pejabat. Kenapa? Kami sedang mengemas. Cerita lebih lanjut, akan dipaparkan bila semuanya selesai.
Oh ya, mendapat khabar berita bahawa 21-23 Januari 2009 ini, saya bakal "diterbangkan" ke Port Dickson kerana NEMO Camp anjuran tempat saya bekerja. Oleh yang demikian, 3 hari ini juga saya bakal "off". Keterangan lebih lanjut juga bakal disusulkan kemudian. Namun, sudah ada mereka yang "cuba-cuba" menakutkan saya mengenai camp ini. Oh, tak mengapa. Kita tunggu dan lihat. (huhuhu..)
Kuliah sudah bermula. Kesemua pensyarah kami adalah lelaki. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Hanya 3 subjek saya berikan tumpuan. Untuk memperbaiki yang sepatutnya, supaya lebih berpuas hati.
Sejak akhir-akhir saya dapat mengesan satu sifat dalam diri saya. Iaitu suka meletakkan harapan yang sangat tinggi atas satu-satu perkara. Jangkaan saya selalu tinggi, namun demikian tidaklah meleset sangat jika tak kena tu. Cumanya, itulah, High Expectation. Tapi sekurang-kurangnya dapat menepis sedikit perasaan was-was /syak kan? Ada kene mengena ka?
Obses. Obses saya kini adalah pada permainan Geo Challenge di facebook. Ha, ini semua adalah gara-gara cemburu melihat markah Kak Nurul Hijja. Namun saya berusaha untuk lebih gigih. Dan hasilnya semakin baik. Menambah ilmu pengetahun tentang peta dunia dan juga landmark dunia. Bagus. Dan saya juga lebih bagus mengenal bendera -bendera dunia yang jika dilihat secara jelas, banyak yang lebih kurang sama. Seperti persoalan saya dan Kak Nurul, adakah mereka tak punya idea untuk mereka sesuatu bendera ataupun punya penyakit MALAS?
Oh ya, penyakit MALAS ini sangat tidak bagus ok.
Baiklah, setakat ini dahulu. Tidur dahulu. Esok perlu bekerja.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:07 AM 2 Komen Balas
Labels: Diary, Friends, Working Life
January 08, 2009
Tagging
- Don't think so..I'm COOL..!~ :D
- love need no reasons too..~ :p
- few months ago..last year kot..
- Lucky - Jason Mraz
- buat kerja..multitasking! :D
- hmm..let me think...how about Puteri..hahaha..ohh pleeassee!~
1. miss nurul latiff
2. awatif (Ammi Hassan)
3. kak huda mahmud
4. kak nurul
5. mcphatdonald (fadh)
- my so called..adik lain mak lain bapak hehe...
- jeng jeng jeng.....
- budak kecik yg lagi besar dr kakak2nya..hihihi..:p
- my sister, a researcher..hehehe..full of knowledge :D
- cybermate...or so called org Kaherah....and uncle to Awatif (^_^)
tiada paksaan untuk menjawab tag-tag ini..tapi jika kelapangan marilah membuatnye...hehehe..(^_^)
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:22 AM 1 Komen Balas
Back to Life, Back to Reality
Salamun'Aleyk!
Tadaima.!!~
OK, dah lama tak mencatat. Saya jadi 'silent reader' di blog kawan-kawan. Oh, dah banyak ketinggalan nampaknya. Adakah?
Hari ke-8 bulan pertama tahun ke-2009. Azam tahun lepas masih banyak tertunggak, atau saya boleh katakan..hapuskira sahaja. Tumpukan konsentrasi kepada azam yang berkaitan sahaja. Selebihnya, saya serahkan pada DIA.
Sambutan Tahun Baru biasa sahaja,malah saya tidak menyambutnya pun. Cuma sekadar menghantar mesej pesanan ringkas ataupun "SMS" kepada teman-teman terdekat (di hati). Malah, malam tahun baru itu saya tidur lebih kurang jam 11.00pm.
Seterusnya, apa yang menarik pada tahun baru adalah, pada Sabtu lepas (3 Jan 2009) kami membuat perjumpaan kecil di Burger King Sec 13. Ahli yang turut hadir adalah saya (dan adik), kak jah, zurin, yan, blankurt, syah dan aizzam. Motif perjumpaan, adalah LEPAK. Mungkin di lain masa kita boleh aturkan perjumpaan untuk makan Tomyam pula...
Keesokan harinya pula (4 Jan 2009) saya dan cik nurul menghadiri majlis resepsi Azman (Bo) dan Cik Nurul (Didie) di Hotel Palace of Golden Horses. Abg Azman ni adalah ex-staff tempat saya bekerja sekarang, jadi dia telah menjemput kami satu department untuk majlisnya. Dan pilihan teman saya adalah cik nurul. Atau mungkin ke mana-mana juga saya akan mengajak cik nurul. Akak dah cop awal-awal ya dik ;)
Seronok, cemburu tengok orang dah kahwin. Oh, jodoh mereka sudah sampai. Saya pernah berkata kepada teman-teman (baca : Cheekye) apa yang best tentang kahwin ini adalah persiapannya. Contoh macam bagi kad dekat kawan-kawan, hantaran, baju kahwin, jemputan...bla bla bla. Ye ke?
Dan sekarang, musim kembali bersekolah. Adik kembali ke sekolah untuk Darjah 4 dan sya kembali ke kuliah. Kuliah bermula untuk semester kedua. Semester ini saya hanya fokus kepada 3 subjek sahaja. Perlu seimbangkan antara kuliah saya, karier saya dan juga kehidupan saya. Perlu bijak mengatur masa dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat.
Dan untuk Palestin. Saya tidak arif untuk komen panjang lebar di sini, malah saya memang tidak arif untuk komen tentang perkara ini. Jadi sekadar saya mengemaskini berita dari blog teman-teman. Buat teman-teman, teruskan berblog.
November 24, 2008
A1GP....Malaysia Boleh!
Assalamualaikum,
Semalam, saya beserta ahli keluarga sya seramai 22 orang kesemua, ya..22 orang telah menonton perlumbaan A1GP di Sepang International Circuit. Dengan konvoi 3 kereta kesemuanya kami tiba di sana jam 8.30pagi.
bersama sepupu saya...puan nani... :)
Apa yang pasti, saya gembira...dan saya gembira kerana mereka juga gembira..dan sebagai kesimpulan untuk entri ini...
Saya sudah mula jatuh cinta dengan sukan permotoran... (^_^)
Wasalam.
November 20, 2008
Addicted vs Attracted
Assalamualaikum,
Nak kata demam tu tak laa..but S.E.N.G.A.L is yes...kot...tak kesahlah, as long as HE gave me stretght untuk terus bertapak dan menapak di muka bumi ini..Alhamdulillah, wa Syukurillah...HE knows the BEST for me... :)
Hari ini...kerja saya.."qalil faqad"...so, bila dah qalil (rujuk kamus arab) membuatkan mata saya rasa seperti mah terpejam...oh, sudah ku tidur awal malam ni...malah sejak dua menjak ni saya masuk tidur sangat awal...jam sepuluh, cuma malam tadi jam 11 setelah usai menonton Mertua vs Menantu at channel 105.
Addicted vs Attracted. (Read at your own risk)
Saya ni jenis hard to attracted tapi mudah untuk addicted. Saya jenis bukan pecinta drama melayu sangat (sangat..~) cuma bila ada yang "berkenan" di hati tu...saya mula addicted. Antara drama-drama generasi kini yang pernah saya ikuti sehingga ke akar umbi
1) Manjalara (Oh abang Es~)
2) Kekasihku Seru ( Rashaaad~)
3) Mertua vs Menantu ( Rosyam..*wink*)
Why ek, I'm telling this...ntahlah, have no idea...haha..it just like for current momment I'm attracted to Rosyam's Character, sweet,caring, mommy's son (why do I always attracted to family oriented guy especially "anak mak"?)....but always, contra..kak jah was attracted to Rizal (obses Jehan Miskin) LOL
Hmm...tak sampai sebulan lagi...umur akan bertambah...menyusuli rakan-rakan lain yang terlebih dahulu menginjak "dewasa". Kadang-kadang saya setuju, "AGE IS JUST A NUMBER" sebabnya...ntah..(tergantung lagi..)
Cuma lately...bila umur dah masuk-masuk peringkat sepatutnya matang ni...banyak laa soalan-soalan yang menyusul...agak tak melampau jika saya katakan..EVERYBODY is ternanti-nanti siapakah yang bakal menambat hati gadis "misteri" rumah hujung di Sad Island Road, Orchid City ni kan...hahaha, ok lah...let us make it clear here....secara jujurnya...Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri...kerana jawapannya masih sama.. NO ONE... :)
Dan...buat masa skrg ni...dengan sukacitanya saya umumkan..NO MATCH MAKING please (both parties my family and friends)...saya suka dengan style "Rosyam" yang benar-benar mempercayai apa itu makna JODOH...jumpa, terpikat...get married.Love after Marriage. And yes, InsyaAllah...I'll stick to that way...Dengan Izin Allah...I Will...
Dan...yang penting..doa tu...kene berterusan...Istiqamah...and the BIGGEST problemo is...saya mudah putus asa....saya lebih berharap dari berdoa...walhal..sepatutnya saya lebih berdoa dari berharap....kerana DIA telah mengaturnya...DIA telah menentukannya....DIA mahu saya belajar erti sabar dan ikhlas...
petikan dari filem Ayat-ayat Cinta
Apapun...saya berdoa semoga hati ini hati kita..sentiasa menjadi milikNYA...walau dalam apa jua keadaan sekalipun....kerana DIAlah pentadbir sekalia alam.
Wasalam.
ps: nak tgk A1GP live at Sepang International Circuit 23 November 2008 ni? please do msg me or email me, ada ticket free....no trick (^_^)
November 19, 2008
.....when its started
Assalamualaikum,
mata berair + bibir panas + tekak rasa berpasir + bersin + batuk....
Semua complete. Its come in one package...
Outside...hujan selebat-lebatnya...eh, dah gerimis...but still..masih menyumbang ke arah kesejukan...fuh fuh fuh...(imagine duduk tepi pemanas) girls, igt tak the night yg kita berselubung dengan one comforter while telling stories that night...haha, reminds me of cerita OverTime...
sekian.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 4:04 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Friends, Working Life
November 18, 2008
Too Much.......
Salam...
Banyak sangat yang nak ditaipnya....sebabnya...apa lagi benda yang paling berharga...paling best...paling sweet...ketika berada di samping rakan-rakan yang satu kepala.....dan yang paling dirindui...hahahaha...
YES, finally we've met...!! Walopun still tak cukup korum..safra takde...tapi auramu cik sfera...tetap berada bersama kami... (^_^)
Program bermula dengan hari sabtu...di mana pagi itu saya bekerja...half day...alasan pening..tapi memang pening pun..mungkin salah pemakanan..nescafe campur dengan susu segar sejuk membuatkan kepala saya berasa pusing-pusing...mujurlah ada panadol actifast..hahaha..ok2..serius, i did take the panadol..sbb mcm dh nak pengsan sgt-sgt...so, tepat jam 2.30...saya chow!~
Balik rumah sekejap...lepak-lepak...cik aurum msg kata dh sampai kat KTM...so, as usual...ayat balas saya..OTW...hehe, tak jauh mana pun..bawak adikku skali...pick her up..and terus pi beli putu the pirings...and pisang goreng..yg telah selamat dibedal oleh kami (baca : saya, cik aurum, mama dan adik) tak cukup dengan itu, saya menggoreng pula kentang goreng dan nugget khasnya untuk adik..tapi mcm biasalah..wakil MPKB ngan MBSA ada kan..tukang "setel"...hehe
Done with that...kami menanti sms jemputan dari gmah ngan yan yg ketika itu berada di rumah ayu...sahabat kami yang telah selamat ditunangkan dengan azril...(fiuhh~~). Pukul 7 tu...kami gerak keluar jumpa kat McD...tunggu the makciks...then balik rumah...
Dah siap2 solat semua...makciks2 tu lepak-lepak kat bilik...saya dan mama memasak...hahaha, korang mmg insan-insan bertuah sbbnya...tulah julung-julung kalinya mamaku masuk dapur after 1 month ketidaksihatan...tahniah..and I'm happy for her too... (^_^)
Nak tau kami makan apa...click sini..malas nak cerita-cerita...kita terus masuk ke gossip column...best best best. Kami sembang tak ingat dunia...ingta akhirat..alhamdulillah..membincangkan hal-hal rakan-rakan...bincang ok..bukan mengumpat...haha..sibuk bincang hal org..hal sendiri pun senget...takpelah..kami berkorban..cewahh..~ dan mendapat beberap konklusi lah pada malam itu...ngiagagaga..
Tidor ntah pukul berapa...dari 4 org atas katil..nasib baik katil besi utuh..kalo kayu dh selamat dh kott...last2 bertiga je...cik aurum surender tidor kat bawah...di bawah aircond...nasib laa hang, carik nahas tidor bawah aircond...haha...esok tu walopun tido lambat..bangun pagi woo...
Plan ahad...breakfast...petang tu gerak pi alamanda...tp sebelum tu singgah PAS, amik toto cik aurum ni ngan member dia...pastuh dr PAS ke Amcorp Mall...hanta cik yan yg dapat arahan balik jaga restoran family dia...(saja kasi highlight)...pastuh terus ke alamanda...meredahi hujan yg...sangat lebat..
Dah sampai alamanda...dh plan jumpa ngan mama zurin...yeay! bestnya...mama zurin belanja lahh..secret recipe lagi...hahah..THANKS A LOT...hang mmg best aa zurin...tp saya mcm mabuk-mabuk jugak aa..mabuk cheese...hehe...
Dah habis makan-makan..sembang...diskusi....menyampaikan resolusi dan usul pada zurin untuk mendapat undian majoriti...kami berpecah..cik gmah balik ngan cik zurin...manakala saya, adik ngan cik aurum masih di situ...lepas pi surau..kami ke carrefour..tapi tak masuk pun...sbb tgh makan aiskrim ngan adik...so cik aurum je laa masuk...dah setel..sessi menghantar cik aurum plak....
Tu satu bab gak...dengan separa confidentnya cik aurum ni ingat2 lupa rumah dia kat mana...bak kata adik..."Jauhhnyaa..." hahah..yes, mmg jauh wa gelap wa scary jugak....kire hujung dunia jugak laa umah hang...nasib baik laa..kuat semangat jugak...balik tu mcm cuak gak..adik plak ngantuk...abih saya drive sorang-sorang...huhuh, bertawakal kepada Allah sahaja lah...(peringatan : next time jgn ngengada nk drive sorang-sorang lagi waktu malam)
Apepun...saya menaip, maknanya..Alhamdulillah..selamat sampai dengan jayanya...
Sekian cerita versi saya...Wasalam (^_^)
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:52 AM 0 Komen Balas
November 14, 2008
ChantiQue...
Salam....
Alhamdulillah...ok, kali ni baru betol-betol boleh menarik nafas separa lega...kenapa separa...? kerana Separa itu menandakan saya dan rakan-rakan sudah tamat menjalani Imtihan kami..yang berjumlah 3 Paper kesemua...keputusannya...kita nntkan hujung bulan...bulan depan...
Separa lagi masih belum boleh dilegakan..(apa punya bahasa ni..) kerana urusan kerja masih berada di puncak jaya...kiranya masih rancak la..so takleh nak lega-lega sangat...tak pressure...tapi mcm kene "standby mode" ja laa...uhuh takpa...apapun..paper dah habis...class cuti sebulan...boleh bekerja dengan tenang.... InsyaAllah (^_^)
Esok...plan sebenarnya..rakan-rakan mai turun KL...tapi pagi tadi dah mendapat sejenis pemberitahuan merangkap arahan jugak laa..untuk diminta bekerja keesokan harinya...sudah dijangka..sudah dijangka... jadi rakan-rakan...sama ada kita jumpa semasa waktu rehat...atau kita anjakan paradigma plan kita ke hari minggu....ohh..kita mesti berjumpa...!~
Dan...musim cuti sekolah pun bermula...tiada beza untuk kami yang dah bekerja ni....dan...diam tak diam...esok genap laa 2 bulan aku kerja kat sini....kejap je kan...dan tak sabar nak tunggu masuk 3 bulan...sebabnya tarikh tu jatuh betol-betol pd tarikh yang best....(^_^)
Baiklah, sampai sini dulu...cuaca hari ni best...cerah tapi sejuk...oh, di Malaysia tidak ada musim sejuk....suasana sejuk ada....hehehe...
Nota tambahan....
Good Luck untuk Big Boss saya yang akan berlumba esok untuk Malaysia....untuk maklumat lanjut...sila layari laman web beliau....(^_^)
ps: musim perang photo comment di Facebook...jomm!~
Sekian...
Salam Sayang dari saya...jaga diri.
Wasalam
11:26am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:06 AM 2 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Friends, Occassion, Thoughts, Ucapan, Working Life
October 27, 2008
UsRaH
Salam...
Sedang mereka-mereka yang lain sedang bersendaloka di Kenduri Kak Amrina dan Abg Kurt di Bandaraya Kuala Lumpur...kami (baca : saya dan kak jah) secara tak langsung, berusrah plak malam ni...secara tak langsung..sekali skala duk bincang isu siyes kan...duk merapu jek...tapi dlm duk siyes2 tu..merapu gak...
Al-kisahnya isu semasa laa..hal Muslimin ngan Muslimat ni....tapi macam malas plak nak menggarapkan isunya di sini..kot ada sapa2 minat nak tau...silalah ym saya...hahaha...
Tapi kesimpulannya di sini...yang saya nak highlightkan..sementara saya ngan kak jah ni masih SINGLE...masa ni laa kitorang...tak kesah laa..korang pun jugak...nak igt mengingati antara satu sama lain...bukannya apa...nanti esok-esok..bila hati dah suka...bila hati dah berkenan...nak mengingat tu payah...sifat serta perasaan jahiliyyah tu mulalah timbul sikit demi sikit...tu yang bila lama-lama jadi budaya "takpa..." tu..time tu tak kesah laa dulu hangpa sekolah mana, duk ngaji universty mana..amik jurusan apa pun...huhuhu..na'uzubillah...mintak jauh benda-benda tu semua. Amiin!~
Apepun...tu la yang kitorang takutkan selama-lama ni...mungkin sebab tu laa kot cause & reason masih mengekalkan status tu selain faktor-faktor lain...yang lebih tersurat...hehehe..alang-alang menunggu ni...tak kesah laa mula-mula duk tunggu kat bus stand..pastuh pi mator...tp saya rasa the best place nak tunggu adalah di rumah...sebabnya..hehe... :)
Dan kesimpulanya terakhir utk entry ini...peringatan untuk diriku dan sahabat-sahabatku dari kaum Hawa...jadilah MUSLIMAT YANG BUKAN MUSLIHAT....dalam maksud kan..? renung-renungkan...tak faham...jangan segan tanya saya... segala yang baik datang dari ALLAH...dan yang buruk datang dari kita... :)
Akhir kata...saya mohon maaf jika terlanjur kata..
Salam sayang dari saya..jaga diri, pelihara hati...
Wasalam
11:37pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:04 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Friends, Mutiara Kata, Thoughts
JoM p IsKandAriaH plak...!
Salam...
Alhamdulillah..wa Syukur Ya Allah.akhirnya, "azab" bebanan TEST al-loghatul Arrobiyyah dah berakhir...baru test..belom EXAM...apepun, nak ucapkan banyak-banyak terima kasih..syukran jazillan ya ukhti sebab jadi penyelamat saya di saat-saat akhir...degilkan malam tadi tamo tanya...dah suntuk-suntuk baru tanya...
Dan syukran ya Ustaz Ibrahim juga sebab bagi kami peluang sebaik mungkin...kira ok laa ek kitorang kecek arab tadi...yang best masa group discussion siap ada video cam..dan saya beserta cik adinda atiqah dan cik nurza tak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan sempena Aildilfitri yang semakin hampir ke penghujungnya...mentang-mentang kecek arab duk bantai pi dari Iskandariah...hehehe..nasib lah ustaz dapat anak murid "psycho" macam kami...tapi kami tau kami best...sbb dalam ramai-ramai saya dan cik atiqah yang paling merapu dan paling banyak soal...dan kami buat kesimpulan..mesti ustaz rindu ngan kitorang....(^_^)
Dan tadi saya cerita pasal RUMAH SAYA , Baiti Jannati....ikut silibus...tambah-tambah ayat bunga sket..Alhamdulillah... :)
Baiklah, setakat ni dahulu...InsyaAllah kita sambung lagi..mungkin malam ni...atau esok...
Salam sayang dari saya..jaga diri.
Wasalam
2:33pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 2:26 PM 0 Komen Balas
October 24, 2008
Nak Tau TaK....? (Part II)
(10/24/2008 9:31:48 AM): yup
(10/24/2008 9:31:54 AM): ok na...
(10/24/2008 9:31:56 AM): okay...
(10/24/2008 9:31:59 AM): jaga diri elok2
(10/24/2008 9:32:04 AM): ok...InsyaAllah..
(10/24/2008 9:32:08 AM): sakit2jgn lupa mkn ubat
(10/24/2008 9:32:13 AM): baik2...
(10/24/2008 9:32:17 AM): awk pun...jaga diri..
(10/24/2008 9:32:19 AM): jgn makan jaa..satgi botak pala..hehehe
(10/24/2008 9:32:33 AM): hahaha
(10/24/2008 9:32:35 AM): ok.... salam
(10/24/2008 9:32:39 AM): salam...
Saya ni...mudah demotivated...tapi amat mudah untuk motivated... (^_^)
budak yang RAJIN....
budak yang TAK cepat GIVE UP...
budak yang TAK mengecewakan diri sendiri...
budak yang SEMUA orang SAYANG....
budak yang tak kuat JELES....
budak yang yang tak cepat SUSPECT orang....
budak yang TAK TIPU diri sendiri...
budak yang PENYABAR...
budak yang rajin IBADAH....
budak yang rajin STUDY....
budak yang KUAT SEMANGAT...
Saya nak jadi budak BAIK..
sebab saya nak SEMUA orang SAYANG saya.... (^_^)
Tapi...kadang-kadang ada jugak saya terfikir...andai kata suatu hari nanti saya "hilang"....akan ada tak yang "cari" saya....? :)
Sekian...salam sayang dari saya...jaga diri.
**ps: pagi ini...saya tak sempat nak ucapkan...terima kasih kerana tanyakan khabar mama saya...terima kasih ingatkan saya untuk jaga diri....TERIMA KASIH... :)
Wasalam.
4:59pm
October 15, 2008
ArtS
October 14, 2008
Tazkeer

Alhamdullillah...Segala Puji Hanya Bagi Allah...
Beransur pulih...InsyaAllah...
No worries ok...jika berlanjutan saya akan segera ke klinik berdekatan... :)
Mungkin benar katanya...
Antara faktor yang menyumbang ke arah ketidaksihatan tubuh badan adalah..
Ketidaktentuan waktu tidur...
Kealpaan waktu untuk makan...
Membuat kerja secara extreme...non-stop...
Bak kata Kak Eami...
"Dik, muka ko nampak kecut sket..."
Balas saya...
"Kalo kecut sihat takpe kak...ni dah kebas kaki tangan ni..."
Makan...saya masih kurang untuk menjamah nasi...kecuali nasi ayam yang disulami dengan sup..
Cuma saya bayangkan di saat ini...lebih enak jika dihidangkan Tomyam...
Ataupun saya agak teruja nak makan roti naan...bersama dal...atau Tokmeh/Tokmiah...
Tapi bila dimuhasabah...
seperti katanya...mengenai ganjaran pahala dan juga "training"...
Saya lebih harus bersabar...
Jika keadaan begini lebih mendekatkan kita denganNya...
Saya harus lebih bersabar...
Allah sentiasa menyediakan dan menentukan yang TERBAIK untuk Hamba-Nya...
Allah sentiasa menguji keikhlasan bila kita sendirian....
IKHLAS dan SABAR....
Itulah INDAHNYA Islam... :)
*ps: menanti "gambaran" tokmiah dari sana... :)
Wasalam
10:21am
R3
14 Syawal 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:36 AM 0 Komen Balas
October 13, 2008
Beautiful LiFeS

Motivation & InSpiration
"...Kengkadang kita perlukan Sokongan orang di Sekeliling kita untuk menjadi kuat. Allah menciptakan kita memang memerlukan antara Satu Sama lain.
Allah tidak suruh kita bertuhankan manuSia,
tapi Allah suruh kita SimbioSiS, Saling lengkap melengkapi...."
Credits to : Nabhan AminulHakeem
**********************
Sharing storieS...
Sharing jokeS...
Sharing recipeS...
Sharing knowledge.....
That'S what "friends" are for... :)
Wasalam
10:50am
R3
13 Syawal 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:17 AM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Friends, Mutiara Kata, Thoughts
October 02, 2008
Hari Raya 2008
Salam...
Alhamdulillah...bulan ini bulan kemenangan setelah sebulan kita menahan lapaq, dahaga, nafsu dan segala-galanya yang mendidik kita untuk menjadi Insan yang sebenar-benar Insan di bulan mulia...bagi yang berpuasa Enam...berpuasa sunat di bulan Syawal..Selamat berpuasa saya ucapkan.. :)
Hari raya tahun ini...boleh dikatakan hari raya yang bermakna untuk saya..walaupun dr segi persiapannya agak kurang..atas sebab-sebab yang tertentu...tapi saya tetap merasakan hari raya tahun ini sangat bermakna..untuk saya..dan untuk kami sekeluarga...
Tahun ini..kami beraya seberayannya...maksud saya di sini..beraya...berkumpul sanak saudara...bersembang...bertukar cerita....pengalaman...macam di kampung-kampung. Tahun ini tiada sessi fotografi... Oh ya..kami masing-masing (baca : keluarga besar kami) sudah tiada kampung halaman..setelah peninggalan atok...rumah saya menjadi markaz tempat kami semua berkumpul...Tahun ini sangat meriah...malah suasana rumah saya pun saya "ubahsuai" dekorasi menjadi ala-ala kampung (kesukaan saya)..bentang tikar...semua lepak-lepak kat bawah...sambil makan kuih raya...
Tahun ini..kerana mama kurang sihat...jadi semuanya saya uruskan...dari A-Z...ya kali ini semuanya saya...masak rendang, kemas rumah, buat kuih...semua saya...macam orang jauh kata " praktis awal-awal..." dan mcm saya kata.."practice makes perfect" ;) macam saya selalu cakap..teringin nak jadi surirumah...dan saya kira..Allah dah bg saya "free trial" untuk merasa menjadi surirumah...hasilnya...perlu kuat dr segi mental dan fizikal...walaupun pada permulaannya..sehari sebelum raya...saya agak kalut...ditambah dengan emosi yg tak menentu dek kepenatan...Alhamdulillah..semua setel...dan kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH tak terhingga buat anda (baca : orang jauh) kerana berjaya meng"cool" kan saya di saat2 hari persiapan untuk hari raya dan juga malam raya...kdg2 bila kita kena buat semua sorang-sorang secara mendadak..jadi takleh nak pikir dengan nyata..skrg..tak kalut dah.. ;)
Dan Alhamdulillah...saat ini pun mama sudah beransur sihat...kepada yang mendoakan dan membantu...jazakallah...dan kepada yang taktau..maafkan saya..bukan niat menyembunyikan..tapi tidak mahu merisaukan dan menyusahkan sesiapa...
Dan...hari ini sudah raya kedua...tinggal 3 hari lagi sebelum masing-masing mula bekerja...open house..? InsyaAllah coming soon...menunya...kemungkinan tahun ni sedikit berbeza..mungkin...InsyaAllah...akan diberitahu tarikhnya...dan kalau nak berkunjung pun...bila-bila masa saja...rumah kami sentiasa terbuka... :)
Rancangan esok...masih blom dipastikan lagi...jika mama benar-benar sihat...mungkinmemnuhi undangan rumah terbuka di Putra Heights (rumah makcik saya) atau ke Putrajaya (rumah bos mama) atau mungkin di rumah sahaja...hehe...
Jumpa lagi...selamat berhari raya...selamat berumah terbuka...
3 Syawal 1429H
Shah Alam
11:50pm
September 22, 2008
Jelesi
Salam..
"jeles x baik utk kesihatan.."
"huh..sbb tu takmo jeles..cemburu ja.."
"hahaha...cemburu mmng sifat wanita..."
*tulisan warna merah adalah ayat saya
Benarkah...? Cemburu itu memang sifat WANIta..? Mungkin ada kebenarannya...anak sulung...memang kuat jeles...tapi "tak" expose...bajet macho...supaya tak nampak "manja"...
Update hari ini..kuih tart sudah selesai dioperasikan... :) Baju raya..akhirnya tertewas jua dengan baju kurung plain warna purple lembut..Oh ya, tema tahun ini..Ungu :)
Esok saya bekerja..sebenarnya tengah tunggu biskut sejuk..nak buh dalam balang...
Untuk orang yang pi jalan-jalan kat Iskandariah a.k.a Alexandria hari ini..saya tetap cemburu..apapun..kalau ada barang-barang best di sana..sila2lah pos ke sini...bulan Zulhijjah bukan lama mana pun lagi... ;)
Sekian..rasanya biskut dah sejuk..buh dalam balang..boleh beradu..
Selamat Malam..dan selamat beribadah..~
*ps: Cemburu itu tandanya.....? :)
Wasalam
1:26am
22 Romadhon 1429H
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:58 AM 0 Komen Balas
September 17, 2008
Tagged
As tagged by Kak Huda, here are the questions:
- What is the most important thing in your life? - Allah, Rasulullah,Family, Friends, Trust, Honesty & Love
- What is the last thing that you bought with your own money? - Sardine Puff & Nescafe at & 7-E for breakfasting
- Where do you wish to get married? - Baiti Jannati :)
- How old do you think you will be permanently owned by your love? - Till the day I reached the " Other World" :)
- Are you in love? - let me think...
- Where was the last restaurant you had dinner? - Uncle K's SACC (with Nurul)
- Name the latest book that you bought? - Salju Sakinah
- What is your full name? - refer to the profile beside
- Do you prefer your mother or father? - Both
- Name a person that you really wish to meet in real life for the first time. - Someone who give me this --
;)
- Christina or Britney? - neither
- Do you do your own laundry? - Na'am
- The most exciting place you want to go? - Egypt, Egypt, Egypt
- Hugs or kisses? - both.
- 8 things I am passionate about - Work, Blogging, Cooking, Reading, Musics,Photographing, Flowers & Decorating
- 8 things I say too often - sorry, no prob.., yeszaa.., salam.., sat na..,ok.., dah dah.., suka hati ja...
- 8 books I’ve read recently - Salju Sakinah, Dalam Mihrab Cinta, Kamus Arab, Economics, Management, Cookies Recipes, Rahsia Madinah, Di Atas Sajadah Cinta
- 8 songs I could listen to over and over again - Tercipta Untukku (Ungu feat Rossa), Albi Nadak (Fares), Ya Robbil Mustafa (Haddah Alwi & Sulis) , Satu Rindu ( Opick), Sebelum Cahaya ( Letto), My Baby You (Marc Anthony),I'tiraf (Haddad Alwi), SurgaMu (Ungu)
- 8 things I learned last year - hardwork, patience, trust, time management, quality vs quantity,honesty, credibility, life :)
- Tag 8 people: Cik Nurul, Kak Jah, Cik Safra & Cik Gmah :) & Anyone..(tak cukup 8..sorry)
Wasalam
2:00pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 1:30 PM 3 Komen Balas