Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Salam Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir & Batin
Daripada:
Saya & Keluarga
Bandaraya Anggerik
Malaysia
(^_^)
~ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami, dan limpahkanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah pemberi (anugerah) ~ (Surah Al-Imran : 8)
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:03 PM 1 Komen Balas
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:06 AM 2 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Friends, Occassion, Thoughts, Ucapan, Working Life
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 4:17 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Family, Occassion, Thoughts, Working Life
Salam...
Saya berangan...jika satu hari saya boleh berkata demikian..ataupun ayat begini ke " JoM pI AleX...". Oh ya..bukan kami (baca : saya dan kak jah) sahaja yang kuat berangan...tapi ada sahabatnya juga meletakkan status sebegitu rupa...Semoga ANGAN-ANGAN kami ini...bakal menjadi kenyataan...InsyaALLAH.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 10:48 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Family, Mutiara Kata, Occassion, Thoughts
Salam...
Alhamdulillah...bulan ini bulan kemenangan setelah sebulan kita menahan lapaq, dahaga, nafsu dan segala-galanya yang mendidik kita untuk menjadi Insan yang sebenar-benar Insan di bulan mulia...bagi yang berpuasa Enam...berpuasa sunat di bulan Syawal..Selamat berpuasa saya ucapkan.. :)
Salam...,
Bila musim-musim ITU tiba...tak dapat dinafikan, Malaysia ni memang banyak musim ( gaya cakap mcm laa pernah duk negara orang ja). Antara musim terdekat yang semakin hampir ialah Musim Cuti Sekolah. Macam sekarang ni selain Musim Buah-buahan sampai ada "lambakan" buah Durian, Manggis, Duku, Rambutan dan buah-buahan yang sewaktu dengannya.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:18 AM 0 Komen Balas
|| Bilik, 0102||
Salam,
Baru sahaja menjejakkan kaki kembali ke Bandaraya Anggerik. Setelah boleh saya kira perjalanan kami mengambil masa 24 jam sahaja untuk berada di kampung halaman (termasuk perjalanan pergi dan balik). Perjalanan kali ini menuju ke kampung halaman nun berada di selatan tanah air. Setahun tak sekali juga kami pulang. Setahun tak sekali kerana musim durian juga setahun sekali. Cuma mungkin kepulangan kami kali ini lebih meriah kerana sepupu-sepupu saya juga turut pulang bersama. Dan mungkin kerana perasaan "pendewasaan" saya setelah bergelar maklong kepada Farah Batrisya..hehe.
Apepun, walaupun kondisi saya masih kurang memuaskan, batuk dan selsema. Mujur tidak demam. Itupun masih lagi "membedal" rambutan wa durian wa manggis secara serentak. Mujur juga tidak "mabuk". Jadi sedikit baik apabila setiap kali hendak menyuap buah-buahan itu ke mulut disulami dengan selawat serta niat nak buat "ubat". Hehe...teringat pesan arwah atok...
"Takpe, baca bismillah...selawat..kita niat nak buat ubat..mudah-mudahan..."
Bila bab-bab makan ni..sememangnya jarang dilepaskan begitu sahaja. Dan pengalaman paling indah dan menarik hari ni, sepanjang umur 23 tahun ni..adalah durian telah gugur betul-betul sebelah mata. Bukan depan mata, tapi sebelah. Perasaan ketika itu? Fobia dan trauma sekejap. Sebab memang betul-betul hampir dengan tempat saya berjalan ia gugur berdebuk. Pak ngah dan mak ngah bilang itu namanya murah rezeki ( mudah-mudahan..amiin~). Punyalah kaget sampai saya tak terfikir pun nak pergi kutip buah tuh dan menyerahkan kepada abahku terchenta untuk mengutipnya (padehal memang terkejut habis masa tu). Hehe..
Lepas pulang dari kebun, kami singgah di restoran awie namanya di Pekan Pontian tu. Sedap jugak makan nasi campur (lapar sebenarnya). Seronok tengok perangai pakcik-pakcik Tisya (sepupu-sepupu saya) menyakat dia makan. Oh sememangnya kami pakcik dan makcik yang suka menyakat kanak-kanak. Usai makan, kami terus ke rumah Tok Usu, iaitu adik bongsu arwah atok merangkap Mak Usu kepada Mama. Selepas minum petang dan menyegarkan diri, kami bertolak pulang. Namun, masih menyinggah di pasar malam. Kunonnya, mahu merasakan pasar malam di kampung apabila saya menyatakan kerinduan saya pada PASAR MALAM di BUMI HANG TUAH (Peringgit, Bukit Baru dll) pada mama. Oh, nostalgic sungguh rasanya tadi. Namun, pasar malam BUMI HANG TUAH tidak sama dengan pasar malam di Parit Mansor tadi. :(
Setelah itu, kami singgah di R&R Machap untuk solat jama' magrib dan isya' dan langsung terus ke Kaya Kopitiam untuk mennyegarkan diri dengan secangkir kopi (kunon). Kemudian, terus menuju ke destinasi pulang ke pangkal jalan dan tiba pada jam 12.00am.
Esok, saya perlu bekerja. Dan malam ada kuliah. Mungkin selepas kuliah ada sedikit diskusi. Esok harinya itu ada Kuiz...mujurlah bab 1 dan bab 2 management. Case Study untuk Economics pun belum usai. Aduhai...dah terasa tekanannya. Tabahkan hati, kuatkan iman...kena amik supplement ni...disiplin disiplin. Yosh!
Jadi, lebih molek kiranya saya berundur diri. InsyaAllah akan update mengenai Pesta Buku Selangor 2008 di PKNS. Mungkin sudah terupdate untuk Kak Jah dan Kak Huda. Tidak sabar untuk saya menunggu gaji minggu ini..kerana buku-buku itu sudah melambai-lambai...hehe.
Sabar ya diriku...sabar... :)
Jumpa lagi, Selamat Malam.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 1:02 AM 0 Komen Balas
|| Room,2344||
Morning
5.45am - Bangun/Subuh
6.00am- Siapkan adik nak gi sekolah
6.45am - Breakfast
7.15am - Hantar adik gi sekolah
7.30am - Balik kemas rumah, sapu rumah,sidai kain, bagi ikan makan
8.00am- Siap-siap nak g office
8.40am - Bertolak g office
8.45am - Sampai kat office, punchcard.
Afternoon
1.00pm - Lunch hour, amik adik kat sekolah
1.15pm- Sampai rumah, lunch zohor,& siapkan adik utk sekolah agama
2.15pm- Hantar adik gi sekolah agama
2.30pm - Back to office
5.30pm- Balik, asar, siapkan beg tusyen adik, tukar kereta ngan mama
Evening
6.30pm - Sampai campus, start class
7.30pm - break for maghrib
8.00pm - sambung class balik
10.00pm - Class tamat, balik rumah
10.30pm - Sampai rumah, makan
11.00pm - Bersihkan diri, isya' , homework (revise)
12.00am - Tidur...ZZZzzzz
Basically, itulah rutin harian saya. Rutin harian yang memupuk semangat utk sebuah cerita hebat di kemudian hari. Untuk sahabat saya, semoga anda juga tabah menjalani rutin-rutin harian anda yang saya kira tak jauh lebih kurang dengan rutin saya...marilah kita berjuang untuk memartabatkan agama, keluarga,bangsa dan negara. Berusahalah! (patriotik sket) :D
******************************
Thank You.
Sebelum saya terlupa, ingin saya rakamkan ribuan terima kasih kepada tuan punya kepada Blog dan Blog ini kerana award ataupun penghargaan yang kalian berikan kepada saya.. :D
To Abg cord, kak nida & family :
Terima kasih kerana memilih saya sebagai pemenang...hehe. Sudah saya emailkan alamat kepada Abg Cord ;)
To Kak Huda:
Thank you very very very much for the award. Walaupun baru kenal akak, through the net...tp rasa mcm dh lama je kenal..thanks again. Semoga ukhuwah kita berpanjangan.. :D
Wasalam.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:43 PM 2 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Occassion, Ucapan
||Office, 1711||
Salam everyone..
Alhamdulillah, finally I'm back (who cares?).
Okay, seperti yg diketahui umum, saya telah berkursus selama 3 hari di Sepang untuk Participant Development Programme utk student BBA (Hons) HRM.
At first, mcm bored sket sbb kami tak mengenali antara satu sama lain...tapi tak sampai beberapa minit sampai je kat sana, dan kami mulakan acara suai kenal ala2 AF gitu..we get to know each other. Kena plak masing-masing dh ada group and proudly said that I'm one of the Catz Club. diketuai oleh our Yoda Master (ala2 penghulu) which is Bro Afzal (a.k.a Abe Bro) dan my group members ; Wanie Babe, Atika,Niza and Anie. Oh ya, ada sedikit masalah ketika nak memperkenalkan nama sendiri since ada 4 orang bernama Wanie. Jadi, kiranya saya memperkenalkan diri dengan nama Wanie Sakura (again).
Dah dapat group...dpt plak housemate. Satu chalet ade 4 orang, 2 orang satu bilik..siap aircond, tv and fridge. Housemate saya juga best-best belaka, di mana ahli-ahli terdiri dr Wanie Babe (kami takleh pisah :p), Mizan and Zaza rumetku yg comel..hehe.
Petang tu ada telematch kat pantai. Catz Club jadi champion berlari berpasangan dalam kain batik. Siapa lagi pasangan hebatku kalau bukan Atika. Duduk dengan atika ni secara jujurnya boleh cramp jugak laa pipi dibuatnya...haha.
Tapi paling best bila saya sebagai Marshall dan Kak Eami sebagai Rolex Master (Time Keeper) jadi tukang tiup wisel pagi-pagi kejut orang bangun subuh. Sendiri tiup, sendiri bingit. Hehehe..makan memang best, dapat makan durian (husband prof belanje kitorang), kopi o sikit punya kaw, ayam masak merah yg best (rasa mcm nak g dapur mintak resipi jek).
And last day, kitorang sempat pergi mencandat sotong. Mencandat sotong maknanya, kami g makan sotong bakar, bersama kepah sweet sour,ngan kerang bakar. Kena plak ngan teh tarik..sampai malam last day tu saya ngan Zura balik bilik almost kul 3 pagi. Nasib baik umah kitorang sebelah-sebelah. Tu pun masuk chalet senyap-senyap sebab opposite rumah kami adalah chalet prof ngan lecturer lain..
Secara keseluruhannya, program tu memang superb. Dah kenal semua orang. Selama ni masuk class..semua buat hal sendiri. Sekarang ni at least we have friends kan. ;) Banyak nak update..banyak cerita best..but masa tak mengizinkan. Nak siap2 kemas meja..petang ni nak g class..well rutin harianku kembali seperti biasa ;)
Btw, bawah ni gamba after show..kitorang kene buat costume ala-ala arabian night by using plastic bag. So yg jadi mangsa bro Afzal, team leader kitorang. Nasib baik dia sporting, kitorang takleh bayang ape wife dia nak kata kalo tgk husband dia kene pakai macam ni. Haha..but the best part kitorang jadi winner. And kitorang jadi champion gak untuk Tower Building, sayang tak sempat amik gamba sebab mlm tu tak bawah phone.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 5:11 PM 2 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Foto, Friends, Occassion
|| Pejabat, 1545||
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam. Alhamdulillah, seperti dijanjikan akan mengupdate semula selepas selesai urusan bagi tarikh-tarikh penting seperti yang dinyatakan sebelum nih. Pertama, telah selamat mendaftar di UiTM sebagai Pelajar Luar Kampus. Dan sekarang secara rasmi bergelar Mahasiswi UiTM Kampus Shah Alam. Segala urusan berjalan lancar, perlu menghadiri taklimat pada 1hb Julai ni. Nak amik matrik kad dan juga nak tengok kalau-kalau boleh credit transfer. Kuliah InsyaAllah bermula pada 7hb Julai 2008. Excited sebab ada subject bahasa Arab sem ni. :)
Next, adalah Hari Graduasi saya yang juga telah selamat berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 25hb Jun 2008. Macam biasa, perasaan berdebar-debar dan excited sebelum nak naik stage. Tapi bila dah setel....baru rasa besar jugak Dewan Merdeka tu...hehe..
Kesempatan ini ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka-mereka yang telah menyokong saya dari kiri kanan, depan belakang. Ucapan ini untuk :
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 2:09 AM 0 Komen Balas
|
"....Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri.Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu...
Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekalidan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan,tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan...
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka,tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!!
Ingat Tuhan senantiasa mengingati dan memerhatikan kita...tapi, sebaliknya... adakah kita senantiasa mengingatinya?
Baiknya Tuhan kepada kita..maafkan kami ya Allah.
.ya Allah...ya Allah..."