In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

January 08, 2009

Back to Life, Back to Reality

Salamun'Aleyk!

Tadaima.!!~

OK, dah lama tak mencatat. Saya jadi 'silent reader' di blog kawan-kawan. Oh, dah banyak ketinggalan nampaknya. Adakah?

Hari ke-8 bulan pertama tahun ke-2009. Azam tahun lepas masih banyak tertunggak, atau saya boleh katakan..hapuskira sahaja. Tumpukan konsentrasi kepada azam yang berkaitan sahaja. Selebihnya, saya serahkan pada DIA.

Sambutan Tahun Baru biasa sahaja,malah saya tidak menyambutnya pun. Cuma sekadar menghantar mesej pesanan ringkas ataupun "SMS" kepada teman-teman terdekat (di hati). Malah, malam tahun baru itu saya tidur lebih kurang jam 11.00pm.

Seterusnya, apa yang menarik pada tahun baru adalah, pada Sabtu lepas (3 Jan 2009) kami membuat perjumpaan kecil di Burger King Sec 13. Ahli yang turut hadir adalah saya (dan adik), kak jah, zurin, yan, blankurt, syah dan aizzam. Motif perjumpaan, adalah LEPAK. Mungkin di lain masa kita boleh aturkan perjumpaan untuk makan Tomyam pula...



Keesokan harinya pula (4 Jan 2009) saya dan cik nurul menghadiri majlis resepsi Azman (Bo) dan Cik Nurul (Didie) di Hotel Palace of Golden Horses. Abg Azman ni adalah ex-staff tempat saya bekerja sekarang, jadi dia telah menjemput kami satu department untuk majlisnya. Dan pilihan teman saya adalah cik nurul. Atau mungkin ke mana-mana juga saya akan mengajak cik nurul. Akak dah cop awal-awal ya dik ;)



Seronok, cemburu tengok orang dah kahwin. Oh, jodoh mereka sudah sampai. Saya pernah berkata kepada teman-teman (baca : Cheekye) apa yang best tentang kahwin ini adalah persiapannya. Contoh macam bagi kad dekat kawan-kawan, hantaran, baju kahwin, jemputan...bla bla bla. Ye ke?


Dan sekarang, musim kembali bersekolah. Adik kembali ke sekolah untuk Darjah 4 dan sya kembali ke kuliah. Kuliah bermula untuk semester kedua. Semester ini saya hanya fokus kepada 3 subjek sahaja. Perlu seimbangkan antara kuliah saya, karier saya dan juga kehidupan saya. Perlu bijak mengatur masa dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat.

Dan untuk Palestin. Saya tidak arif untuk komen panjang lebar di sini, malah saya memang tidak arif untuk komen tentang perkara ini. Jadi sekadar saya mengemaskini berita dari blog teman-teman. Buat teman-teman, teruskan berblog.



KepadaMu Ya Allah, Selamatkanlah Palestin dari kerakusan dan kekejaman Yahudi Laknatullah..! Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar!

November 24, 2008

A1GP....Malaysia Boleh!

Assalamualaikum,



adik dan sepupu-sepupu saya yang sangat gembira....

Semalam, saya beserta ahli keluarga sya seramai 22 orang kesemua, ya..22 orang telah menonton perlumbaan A1GP di Sepang International Circuit. Dengan konvoi 3 kereta kesemuanya kami tiba di sana jam 8.30pagi.


bersama sepupu saya...puan nani... :)

Perasaan masa tu, sangat gembira bercampur bangga. Kerana itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana (maaf, agak jakun) dan saya bangga kerana melihat jejaka yang segak mengibarkan Jalur Gemilang "ala-ala" Miss World begitu (tiru ayat Cik Nurul, dia juga ke sana dan kami berjumpa), sambil melambaikan tangan kepada hadirin yang memberi sokongan. Dan, saya juga bangga dengan hadirin yang datang memberi sokongan walaupun Malaysia hanya berada di tempat ke-10 dek kerana masalah komunukasi (saya harap memang itu alasannya) namun, sokongan yang diberi tidak berbelah bahagi. Saya teringat kata sahabat saya, "seorang penyokong yang setia akan sentiada berada di belakang pemainnya". Go Fairuz Fauzy...! Berusahalah! (semangat semangat) Dan yang pasti, saya amat tertarik dengan pasukan Malaysia kerana mereka memakai Kuning. (^_^)




Jejaka yg dikatakan itu, Fairuz Fauzy :)

Apa yang pasti, saya gembira...dan saya gembira kerana mereka juga gembira..dan sebagai kesimpulan untuk entri ini...


...Team Malaysia...

Saya sudah mula jatuh cinta dengan sukan permotoran... (^_^)



...semoga kita jumpa lagi...~

Foto-foto lain :
Gallery 1 & Gallery 2

Wasalam.

October 15, 2008

ArtS

Salam...

Hangpa pernah dengar quote ni...?

"....A picture describes thousand of words...."

And here it goes... :)

(Click Picture for better View)




Masterpiece 1



Masterpiece 2



Masterpiece 3



Masterpiece 4

....The Conclusion...

We're are the MOST TALENTED x-Roomates :D

So, Which one do you guys like...?

.... (^_^)

September 28, 2008

Salam Eid Mubarak



Assalamualaikum...

Buat teman-teman yang dikasihi dan disayangi...

Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Hari raya semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan..

Berharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
Cuma terlayang message ini..

Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Mohon maaf zahir dan batin....

Mata kadang salah melihat..
Mulut kadang salah berucap..
Hati kadang salah menduga..
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin...

Salam Lebaran dari kami sekeluarga

Chek Mat B
Kintan MY
Norhazwanie CM
Muhammad Haziq CM
Shah Alam, Malaysia
28 Romadhon 1429H

*ps: copy paste pantun dr orang jauh...syukran ;) dpt 'duit raya' lebih...pas2 sini sket... :D

September 23, 2008

Jelesi Part II

Saya berasa sungguh....



Untuk....



Kan syok kalau dapat....



Tapi saya lebih suka...


Walhal..sepatutnya saya lebih MEMENTINGKAN...



Begitu ALPAnya diri ini...

"...Ya Robbi...Semoga Kau Kuatkan dan Terangilah Hati-Hati kami ini...Ameen..~"

Wasalam

Orchid City
1318pm
23 Romadhon 1429H

September 16, 2008

New Life Begin...




Salam..

Semalam 15 Romadhon 1429H bersamaan 15 September 2008..
Secara rasminya saya masuk ke tempat baru..
Lokasinya tidaklah jauh mana dari rumah..
Sekitar 15 minit jarak perjalanannya..



Bekerja dengan sebuah pasukan..
Ya, sememangnya saya bekerja di dalam sebuah pasukan..
Di mana sedikit pun tidak terlintas saya akan ditempatkan bersama mereka..
Bekerja bersama-sama kereta..



Tugas saya memang di pejabat...
Tetapi bakal terlibat dengan kerja seperti gamba-gamba di atas
Bukanlah teknikal..
Cuma bahagian pengurusan...
Dan saya berada sepasukan bersama mereka...
Dan hanya saya "suri" di dalam pasukan ini...

Jadi kalau ada sapa-sapa teringin nak beraksi tu...
Habaq mai la...setakat ada lesen FULL pun wat pa.. ;p
InsyaAllah nanti ada update pasai event..akan diberitahu kelak..
Kalau yang duk jauh nun di sana tu..teringin nak join mai la balik sini..
Hehe.."special price" punya..

Itu sahaja update mengenai tempat baru..
Ada cerita terkini..InsyaAllah akan dikemaskini..
Sekarang ni masih dalam proses "training" dan menyesuaikan diri..

Apapun..sentiasa doakan semoga Allah sentiasa bersama saya..dan pasukan ini..
Moga hati, jiwa dan IMAN ini sentiasa terpelihara..
Amiin..~~

Nah..ini namanya Rezki Romadhon..tiada siapa menyangka..ia berlaku begitu pantas.."lamaran" pertama yang saya tolak beberapa bulan lepas...memberikan hasil rezeki untuk bulan barakah ini...apepun, saya bersyukur..walaupun persekitaran atau kondisi tempat kerja saya dikelilingi dengan kereta-kereta..namun kesempatan malah keselesaan waktu untuk-Nya tetap utuh..Alhamdulillah..

KepadaMU Ya RABB..aku bersyukur..Alhamdulillah..Kerana Engkaulah yang memberiku Rezki dan Kelapangan...Segala Puji Hanya Bagi Allah..Tuhan Pentadbir Sekalian Alam..

Dan hari ini 17 Romadhon 1429H....adalah hari
Nuzul Quran...hanya tinggal 13 hari untuk kita top-up mana-mana kurang (terima kasih kpd orang di sana yg tlg btulkan kiraan)...tingkatkan amal ibadah kita selagi mampu..Dalam bulan yang mulia ini...seperti kata saya dan Cik Nurul..bulan ni sangat indah sebenarnya..bila dah sampai ke penghujungnya..rasa mcm sedih..Alangkah indahnya jika keadaan di bulan ini berterusan...

Selamat Beribadah untuk rakan-rakan... :)

*ps: nak tau nama department saya..sila rujuk gamba kedua..ada satu huruf dan nombor tersembunyi... :)

Wasalam

1203am
17 Romadhon 1429H

September 07, 2008

Juadah...

A few days ago...

"teringin plak nak makan bubur lambuk.."
"p la amik kt kg baru"
"jauh tu kg baru..."
"jauh ek?"
"jauh laa...rasanya sy baru 2 kali je kot sampai kg baru tu"
"loh..klu teringin....nape x buat?kt wanie pandai......"
"hehe..nak buat laa ni..tunggu sabtu ahad laa tak keja...buat sendiri best wo..buh dagin
hehehe..banyak..udang...kentang..."
"haa..pastu send kt sini.."
"buleyh2...cek send gambaq na..."
"huh!xmau...tngk gambaq karipap pn dh x thn.."
"hehehe..."

**************************


~ Bubur Lambuk...buat tatapan..hehe~

Assalamualaikum...

Seperti yang "dijanjikan"...inilah dia hasilnya. Duk tunggu-tunggu bubur lambuk masjid tak mai-mai...buat dululah..hujan ribut (hujan je..) sanggup diredahi semata-mata nak pi beli barang-barang yang diperlukan...

Sebenarnya, saya ni blom laa masters in Bubur Lambuk making ni..tapi semalam dah officially memaster dalam the making of bubur lambuk..disahkan oleh Chef Mama tanpa ada sebarang repair-repair... Kiranya pembikinan semalam dipantau sepenuhnya laa..dulu tau buat tapi tatau 'secret recipe'...kalau rasa-rasa TERINGIN laa kan nak makan..hehe..buleyh ja buat..bukan susah mana pun..rasa kat mana-mana pun bahan dia senang nak dapat...masak pun senang..lebur jek..

Dan hasilnya..gambar tu..untuk tatapan orang di sana lah ya....bukan nak buat sakit hati pun...saja pengubat rindu..tak dapat makan..gambaq pun jadi laa kan.. :D

Dan untuk resipi...sila klik di sini... :)

************************************

Hari ni...adalah hari perjumpaan 3 gadis pingitan...Saya, Kak Jah ngan Cik Zurin...last minute planning...ikutkan nak buka sekali...tapi masing-masing ada komitmen..jadi kami bersiar-siar seadanya laa...

Memandangkan semalam ada tetamu datang...duk sembang-sembang sampai pgai..dah boleh masuk sahur..takkan plak saya anak tuan rumah nak pi tidoq plak kan..kurang sopan namanya tu..jadi haruslah saya berjaga sama..last-last..dh siap sahur..tunggu subuh..bantai tidur sampai siang..andaikata lah Kak Jah tak sms kata dah nak sampai...memang sampai ke Zohor laa jawabnya..hehe..

Tengahari pi amik Kak Jah kat bas stand...dalam perancangan AWAL..nak pi carik jubah raya..tudung raya..tapi last-last satu pun tak cari...plan nak pergi Alam Sentral..duk tawaf cari parking tak jumpa..last-last kami mencari jalan keluar...tak tahan duk 'bawah tanah' tu...then, baru sempat nak ke destinasi seterusnya..Cik Zurin call kata nak join...so, saya pun berhasrat membawa Kak Jah ziarah ke campus saya..singgah tuk solat Zohor dulu..

Tak lama lepas tu..Cik zurin sampai..kami pi Seksyen 7 park situ dan menaiki kereta Cik Zurin dimana telah dinobatkan kereta paling NOSTALGIC untuk kami semua...tu laa kereta nak pi pasar malam..bazaar ramadhan..nak pi makan ikan bakaq..semua-semua la..saksi segalanya..hehe

Memula kami pi jalan-jalan kat tasik Shah Alam..sambil menikmari pemandangan tasik nan indah...lama jugak duk kat situ..berangin je..kalo tak kerana Burung Flamingo yang semakin banyak kacau port kami..memang tak gerak..

Then lepas tu...kami pi plak Bazaar Ramadhan kat Section 13..dkt dengan Stadium Shah Alam..MasyaAllah...rambang mata dibuatnya.. Baru ja kot semalam rasa duk sembang-sembang tak suka pi bazaar ramadhan..tp kat sana memang lain..makanan semua superb..hehe..ayam percik pun ada..tapi tak beli pun..mak masing-masing dah masak..

Lastly...masing-masing menuju ke arah sendiri...walopun singkat..tapi BESTnya..hanya Allah ja yang tahu...semoga Ukhuwah ini berterusan...InsyaAllah..Amiin..~


~Cik Zurin, Kak Jah & Me~

Sampai di sini... :)

Wasalam

Orchid City
1129pm
8 Romadhon 1429H

July 30, 2008

Dedikasi Istimewa

Salam,

Dedikasi Istimewa buat Raja dan Ratu hati kami,
Mama & Abah

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 KEPADA
INSAN-INSAN TERISTIMEWA DALAM HIDUP KAMI



Mama , adik & Abah
Madinah Al-Munawarrah
,April 2008

Tanggal 31 Julai 1983 adalah hari ulangtahun perkahwinan mama dan abah. Apa yang boleh saya coretkan di sini adalah, tanpa segan silu dan berselindung, kami (baca: saya & adik) amat berbangga dan beruntung mendapat ibu bapa seperti mereka. Pada kami, merekalah idola kami, merekalah sumber kekuatan kami, merekalah pelindung kami. Pada kami, pengorbanan mama dan abah terlalu besar untuk mendidik dan membesarkan kami dua beradik. Tidak akan saya lupa sampai bila-bila, mama dan abah sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk masa depan putera dan puterinya.



lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu

tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah

Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahaia

pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga

daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah

Kami doakan semoga Mama dan Abah panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. Pengorbanan dan kekuatan semangat Mama & Abah menjadi pemangkin semangat saya dan adik untuk terus berjuang demi Agama & Negara. Namun, apa yang kami harapkan semoga apa sahaja yang kami lakukan mampu membahagiakan dan mengembirakan hati mama dan abah dunia dan akhirat.

Mungkin kami tidak mampu memberikan hadiah mewah & istimewa untuk mama dan abah, tetapi semoga Allah swt memperkenankan doa kami ini setiap waktu sebagai hadiah untuk mama dan abah.

Al Isra’ : 24 :
Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua ibu bapa kami,
sebagaimana mereka telah mendidik kami sejak dari kecil.


Kami sayang Mama & Abah...
Selamanya... :)



Tulus dari kami yang amat menyayangi mama & abah,
Kakak & Adik
Orchid City
12:41am

************************************************************************************
Dedikasi Istimewa ke-2, khas buat Kak Norsiah.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAKAKKU YANG KE-.. :P

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan paling penting cepat-cepat bertemu jodoh yang soleh serta dapat menyayangi diri akak seadanya. :D



Semoga ukhuwah kita berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat...sorry tade hadiah ( tgh kentandusan wang poket), kalau nak hadiah..mai umah, adikmu ini tolong masakkan je menu kegemaranmu :p ..itu yang termampu..hehe..

May Allah showered you with his blessing...love ya sister. Hug & Kisses.

Jazakallah :)

July 22, 2008

Yeay, I Got An Award!~

||Office,1214||

Salam..
(Ok, ada masa sikit nak update blog)

Sebenarnya, sebelum nak g kursus tu dah berhajat nak update blog, untuk memberitahu tentang pemergian saya ke kursus tu...lepas tu nak pas baton friendship award ni, tapi tak jadi since packing barang last minutes..paham-paham je laa..



Ok, first of all nak ucapkan terima kasih sekali lagi kat Kak Huda for the friendship award. Ya lah, at first mcm terkejut jugak kan dapat award sedemikian rupa..since kitorang baru je kenal through the net...sharing stories, thoughts...experiences, hobbies kan sis..? ;) Although kitorang tak pernah jumpa lagi...and just like what she said...she's my sister and my "sahabiah" too :)



Next , I'll pass this friendship award ni to my other best friends...and the list are:


ps: lepas ni korang plak pas award ni kat kawan-kawan lain. Just copy & paste 2-2 gamba tu ;)

Wasalam

July 21, 2008

I'm Back

||Office, 1711||

Salam everyone..

Alhamdulillah, finally I'm back (who cares?).

Okay, seperti yg diketahui umum, saya telah berkursus selama 3 hari di Sepang untuk Participant Development Programme utk student BBA (Hons) HRM.

At first, mcm bored sket sbb kami tak mengenali antara satu sama lain...tapi tak sampai beberapa minit sampai je kat sana, dan kami mulakan acara suai kenal ala2 AF gitu..we get to know each other. Kena plak masing-masing dh ada group and proudly said that I'm one of the Catz Club. diketuai oleh our Yoda Master (ala2 penghulu) which is Bro Afzal (a.k.a Abe Bro) dan my group members ; Wanie Babe, Atika,Niza and Anie. Oh ya, ada sedikit masalah ketika nak memperkenalkan nama sendiri since ada 4 orang bernama Wanie. Jadi, kiranya saya memperkenalkan diri dengan nama Wanie Sakura (again).

Dah dapat group...dpt plak housemate. Satu chalet ade 4 orang, 2 orang satu bilik..siap aircond, tv and fridge. Housemate saya juga best-best belaka, di mana ahli-ahli terdiri dr Wanie Babe (kami takleh pisah :p), Mizan and Zaza rumetku yg comel..hehe.

Petang tu ada telematch kat pantai. Catz Club jadi champion berlari berpasangan dalam kain batik. Siapa lagi pasangan hebatku kalau bukan Atika. Duduk dengan atika ni secara jujurnya boleh cramp jugak laa pipi dibuatnya...haha.

Tapi paling best bila saya sebagai Marshall dan Kak Eami sebagai Rolex Master (Time Keeper) jadi tukang tiup wisel pagi-pagi kejut orang bangun subuh. Sendiri tiup, sendiri bingit. Hehehe..makan memang best, dapat makan durian (husband prof belanje kitorang), kopi o sikit punya kaw, ayam masak merah yg best (rasa mcm nak g dapur mintak resipi jek).

And last day, kitorang sempat pergi mencandat sotong. Mencandat sotong maknanya, kami g makan sotong bakar, bersama kepah sweet sour,ngan kerang bakar. Kena plak ngan teh tarik..sampai malam last day tu saya ngan Zura balik bilik almost kul 3 pagi. Nasib baik umah kitorang sebelah-sebelah. Tu pun masuk chalet senyap-senyap sebab opposite rumah kami adalah chalet prof ngan lecturer lain..

Secara keseluruhannya, program tu memang superb. Dah kenal semua orang. Selama ni masuk class..semua buat hal sendiri. Sekarang ni at least we have friends kan. ;) Banyak nak update..banyak cerita best..but masa tak mengizinkan. Nak siap2 kemas meja..petang ni nak g class..well rutin harianku kembali seperti biasa ;)

Btw, bawah ni gamba after show..kitorang kene buat costume ala-ala arabian night by using plastic bag. So yg jadi mangsa bro Afzal, team leader kitorang. Nasib baik dia sporting, kitorang takleh bayang ape wife dia nak kata kalo tgk husband dia kene pakai macam ni. Haha..but the best part kitorang jadi winner. And kitorang jadi champion gak untuk Tower Building, sayang tak sempat amik gamba sebab mlm tu tak bawah phone.


Creative Thinking Segment
19 July 2008
Champion : Catz Club
from left : wanie babe, niza, bro afzal,anie,me & atika




Kak Eami with Loqman a.k.a Kambing Leader :p
United Sheep


Illa al-liqa~

July 14, 2008

Official

||Pejabat, 1514||

Salam,

Seperti yang saya katakan Sabtu lepas saya dan Dik Nurul ke Sec.24 utk claim gamba convo kami, so here it goes. Gamba ni amik after convo, dekat studio yang disediakan khas di Aras 5 , PWTC. Honestly, sangat suka gamba ini ok. Of course gamba family la...sebab 1st time us, one famiy amik official studio photo. Saya tak upload gamba masa terima scroll, sebab mcm Dik Nurul jugak kata..gamba kami very buruk ok. Haha...we just hate candid photos la. Nak tau more story during last saturday, boleh lungsuri blog adikku ini.And again my lovely sister..thanx for the treat..tak jadi kan nak amik promo RM10 punya set kat Secret Recipe tu...since you dh belanja Fish & Chip with Ice Lemon Tea. Punya best "ngobrol" sampai lupa nak 'refill' air..selalunya kita kalau tak 3-4 gelas atas meja mmg tak sah. After this kita plan one sweet day pi makan kat Muara plak na..;)


- My Precious Family-



- Adik kata, "kakak dapat kayu je?"-
(merujuk kepada scroll yg dipegang)

Wasalam

June 27, 2008

Thank You ALLAH :)

|| Pejabat, 1545||

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam. Alhamdulillah, seperti dijanjikan akan mengupdate semula selepas selesai urusan bagi tarikh-tarikh penting seperti yang dinyatakan sebelum nih. Pertama, telah selamat mendaftar di UiTM sebagai Pelajar Luar Kampus. Dan sekarang secara rasmi bergelar Mahasiswi UiTM Kampus Shah Alam. Segala urusan berjalan lancar, perlu menghadiri taklimat pada 1hb Julai ni. Nak amik matrik kad dan juga nak tengok kalau-kalau boleh credit transfer. Kuliah InsyaAllah bermula pada 7hb Julai 2008. Excited sebab ada subject bahasa Arab sem ni. :)

Next, adalah Hari Graduasi saya yang juga telah selamat berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 25hb Jun 2008. Macam biasa, perasaan berdebar-debar dan excited sebelum nak naik stage. Tapi bila dah setel....baru rasa besar jugak Dewan Merdeka tu...hehe..

Kesempatan ini ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka-mereka yang telah menyokong saya dari kiri kanan, depan belakang. Ucapan ini untuk :

Yang terutama :
Abah, Mama & Adik - Thanks for everything, thanks for understanding...!

Yang Teristimewa :
Kak Jah, Gmah, Safra, Yan, Zurin, Nurul, Nurul's Hubby (Khairil), Aben, Bobo, Abg Cord & Family, Kak Shima. Thanks for the kepercayaan,dorongan dan semangat yg diberi..! :)

Yang Membantu :
My lecturers & Classmates & My Friend's Family.. :)

Dan semua yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung sehingga ke tahap ini. Dan kepada mereka yang telah mendoakan kejayaan kami ini (especially bloggers). Thanks. Syukran. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian. InsyaAllah, semoga posting seperti ini dapat ditulis sekali lagi untuk 3 Tahun akan datang :) InsyaAllah...




Alhamdulillah, Finally Graduated :)

Click Here For More Pics

&

Click Here For More Stories

June 21, 2008

Khatam (2)

||Bilik, 0230||

Alhamdulillah wa syukurillah.

Telah saya khatamkan novel Ayat-Ayat Cinta. Nampaknya, air mata tewas untuk bertahan di pertengahan cerita. Walaupun tidak sehebat dan mencabar Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, namun ayat-ayatnya sangat meruntun jiwa. Mungkin terlalu beremosi ketika membacanya disulami lagu dr album Opick. Walau apapun, benar seperti nota kecil di bawah tajuk besarnya. Novel ini sememangnya Novel Pembangun JIWA. Untuk diri kita kepada yang Maha Esa :)


Perlu tidur, InsyaAllah kemungkinan besar tidak akan mengupdate blog dalam masa terdekat. Mungkin selepas selesai urusan pada tarikh-tarikh penting itu.

1) Kepada Cik Tropical, sampaikan salamku kepada Cousin mu itu, pesanan sms yg sungguh bernas sekali, hehe.

2) Kepada Cik Nurul, semoga kita bertemu di hari dan waktu yang dijanjikan ya dik.

3) Kepada Kakakku (baca: kak azita) yg cantik, jangan lupa ambil pesanan tart nenasmu di rumah (sbb dh ramai sgt "merisik") dan teruskan sampaikan salam rindu saya pada adik-adik akak di sana. Jangan lupa "tempoh pertandingan" sampai bulan Julai sahaja ya.*wink*

4) Kepada Encik Ab & Kak Huda, maaf tidak dapat menyambung perbincangan kerana server down tempoh hari :p

Semoga bertemu lagi.Jazakallah khaira. InsyaAllah.


Wasalam.

June 15, 2008

Happy Father's Day Abah :)

||Bilik,2326||

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya saya punya juga waktu yang terluang untuk memberikan satu post..bukan pose..tp post entry Istimewa sempena Hari Bapa hari ni.

Seperti yang dinyatakan dalam entry semalam, kami (baca : saya,mama & adik) telah membelikan sepasa baju batik terengganu sebagai tanda penghargaan kami kepada abah yang telah menjadi pelindung kepada kami, yang telah memimpin kami sekeluarga. Jadi hari ni, kebetulan keluarga pok teh juga berkunjung ke rumah kami. Seterusnya mengadakan sedikit makan-makan sempena menyambut hari bapa. Simple, hanya bakar-bakar seafood. Sotong, udang, ikan kembung dan daging ;). Saya pun ada buatkan sikit Orange Cake dan Tart Nenas. (Kak ita, nanti boleh claim kuih tu ya...janji tertunai. Dah siap ;)...Jika mama dulu saya buat kejutan khas dengan memberikan ucapan di Radio...tapi untuk abah pun meriah jugak..sebab kami buat makan-makan.


My Precious ; Mama, Adik & Abah ;)

Ucapan untuk Abah...terima kasih kerana telah menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik bagi kakak dan adik. InsyaAllah, kami akan lakukan yang terbaik untuk Abah dan Mama... :) We love ya always...and you're always b the KING in our heart...thanks for everything... & May Allah showered you with HIS Blessings... :)



With our Lovely Abah @ Abeer Garden, Makkah ;)

And Happy Father's Day to All Fathers in the World :)

Sekian,wasalam.

June 05, 2008

Fuel Up?

|| Bilik,0123||

Di suatu petang, di sebuah pejabat...ringtone lagu Kekasih Allah ; Haddad Alwi berkumandang...


"Hello..." saya menjawab
"Wanie, isi minyak sekarang..." kata si pemanggil.
"Hah?" tanya saya kembali

"Ya...pergi isi minyak sekarang..." balas si pemanggil itu tadi

"Buat apa..?" tanya saya kebengongan

"Pergi je laa isi minyak...malam karang dh penuh, takkan baru awak nak isi...bgtau mama ngan abah sekali..." kata si pemanggil
"Ooo ok2...but why eh? Aunty kat mana?" soalan bengap daripada saya.

"Minyak nak naik laa sayang...kul 12 kang minyak naik..so u better go now..." balas pemanggil
"OOoo...ok2..got it...thanks ya!" balas saya dengan yakin (walau masih blur)
"Ok..dont forget to tell mama and abah..." kata pemanggil.


***************
Salam,


Ok, mungkin dialog perbualan telefon di atas sudah mampu untuk menggambarkan apa yang saya nak ceritakan malam (pagi) ni. Fenomena. Mungkin itu ayat terbaik untuk saya menggambarkan keadaan semasa. Minyak naik LAGI. Kalau tak silap saya...naik RM0.78 (maafkan saya jika tersilap). Hari tu, harga tepung naik...lepas tu beras dan sekarang minyak PETROL & DIESEL.Lepas satu-satu naik harga....

Makcik nasik lemak depan umah dah bg 'sign'...harga nasik lemak akan naik. (kalo kuantiti sama saya tak kesah makcik..). Boss kat office dh pening kepala barang naik...nak supply pun takut woo.Roti Canai kedai mamak mantain harga...tapi saiznya..aduhai..dah sama besar saiz donat. Cuma saya ternanti-nanti harga jualan ketika pasar ramadhan dan jualan kuih raya..CONFIRM melambung..walaupun setelah saya kira-kira keuntungan yang sedia ada sudah mencukupi..tp biasalah, kalo harga tak naik...takde laa cerita "best" kan..? hahah..

Sah-sah ada lagi satu fenomena akan berlaku...Rakyat NAIK Angin..! ahahaha... Malaysia Malaysia...Oh TANAHAIR ku...!!~


Tak nak komen panjang....esok perlu bangun awal. Adik ada medical check up kat hospital. Secara "kebetulan" kami semua bercuti...jadi sudah merancang untuk ronda-ronda kotaraya mencari toko buku....

Foto dirakam di sebelah rumah saya...kereta berpusu-pusu nak isi minyak sebelum jam 12...saya..? Tgk je laa...huhuhu..

Esok saya cuti...kepada kakak saya yang dikasihi, janganlah merindui adikmu ini...hehe ;p. Bila-bila free kita diskas mengenai "projek pujukan" tu eh... :D

Jumpa lagi~

Wasalam.

June 03, 2008

Breakdown

Bilik, 1022pm

Salam,

Sekejap je dah hari ke-3 bulan keenam. Maksudnya sekejap je dah masuk separuh masa kedua ataupun suku tahun ke-2. Diam tak diam, pejam celik pejam celik. Time is running fast...kan?

Sebut pasal pergerakan masa yang berlaku dengan agak pantas ni, nak laa jugak saya reveal atau imbas kembali cerita-cerita dulu...mari kita mulakan. ;)

Diam tak diam dah hampir dah hampir 9 bulan saya meninggalkan alam pelajar. Kalo orang mengandung, 9 bulan dah dapat baby dah...rasanya macam baru beberapa bulan je lepas present final project dulu...masih rasakan lagi ke"hangat"an perdebatan semasa presentation, debaran tunggu result....zaman suka duka dengan kawan-kawan...


Bersama teman-teman hari terakhir selepas presentasi projek akhir.


Lepas tu, zaman sibuk nak apply untuk sambung degree plak. Rasanya masa tu nak menunggu dapat keputusan sikit punya lama...macam-macam duk pikir. Dapat ke tak ke....tup tup, dah dapat tau keputusan awal bulan lepas. Alhamdulillah...bakal menjawat status pelajar semula bermula bulan 7 nih...InsyaAllah~

Bila dah abih FYP, dah dapat result...masuk plak alam pekerjaan. Pun, sama jugak dengan usia saya meninggalkan kolej. Dulu, lepas je presentation...tepat 1 October 2007 saya ditawarkan bekerja. masa tu jugak laa bulan Ramadhan. Masa tu jugak laa sibuk dengan tempahan kuih...ni tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan balik...Subhanallah..semoga Allah luaskan pintu rezeki lagi untuk tahun ni dan tahun mendatang...InsyaAllah.



Final Result...Alhamdulillah.

Lepas dah dapat result, duk sibuk tunggu bila nak convo pulak kan. Sebelum ni, macam-macam saya ngan cik Nurul diskas plan kami...sampai dah hilang "seri" convo tu kami diskas. Dan Alhamdulillah, minggu lepas saya dah terima surat convocation dari kolej. Tarikhnya dah ditetapkan iaitu pada 26 June 2008 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di PWTC. Debaran makin terasa...ya la, 2 tahun setengah berhempas pulas akhirnya bakal menerima skroll walaupun hanyalah Diploma. ;)


Gambar sendiri..? Coming soon InsyaAllah.

Masuk hari ni, dah sebulan lebih dah saya pulang ke tanah air selepas mengerjakan Umrah. Bak kata kak Aina, mungkin saya masih rindukan saat-saat berada di sana. Dan jawapannya Ya. Masih terasa suasana ber"marathon" ke Masjid, masih terngiang-ngiang suara bilal melaungkan azan, masih terbayang suara syahdu Imam, masih berbias suara-suara penjual...bila lagi mau ke sana..? InsyaAllah...jika ada rezeki tidak ke mana kan...


Di Makkah Al-Mukarammah


Begitu panjang mukadimmahnya...walaupun perenggan ini barulah saya akan merungkai isi yang berkenaan dengan tajuk...hari ni, dapat beronline seperti biasa di pejabat. Cuma di saat-saat akhir sebelum waktu pulang barulah server down. Apa yang saya nak katakan di sini, adlah hari ini mungkin saya mengalami masalah berkomunikasi ataupun communication breakdown. Sebabnya, kadang-kadang tu saya kurang memahami kehendak soalan teman-teman tidak kira melalui SMS ataupun YM.

Maafkan saya ya...mungkin hari ni saya berkelabut sedikit kerana begelumang dengan kertas-kertas Delivery Order yang perlu saya usahakan untuk menjadi Invoice dan kalkulator sentiasa menemani saya. Biasalah, awal bulan...sebelum 15hb kene setelkan semuanya...kalo tak duit lambat masuk...(kata bos).


Masterpiece ;)

Dan bersyukur kerana Dia sentiasa memberikan ruang untuk saya dan keluarga...contohnya tempat kerja dekat jadi saya boleh jaga adik, bos yang baik....memahami situasi saya, sokongan teman-teman...dan yang paling penting restu mama dan abah...apapun, setiap kejadian ada Hikmahnya kan..



Baiklah, setakat ini sahaja..perlukan tidur yang awal...badan agak keletihan sehari dua nih... :)

Ila lliqa'~

ps: kita doakan yang baik-baik saja ya... ;)

Wasalam.

May 31, 2008

Dekorasi & Renovasi

Lokasi : Pejabat
Waktu : 10:46am
Mood Semasa : Planning

Salam,

Entry ke 3 untuk rumah baru ni. Semalam, atau lebih tepat malam tadi...selesai sudah kerja-kerja mendekorasi dan mengrenovasi rumah baru ni. Tak banyak kerja pun, cumanya "memindahkan" barang-barang lama ke rumah baru. Mudah saja kan..? Jimat "kos" dan tenaga...(hehehe...)

Ikutkan ini kali ke-empat saya tukar ke blog baru. Dan kali kedua masih memilih "
pemaju" yang sama iaitu Blogspot. Mungkin kerana saya selesa dengan "perkhidmatan" yang diberikan. Dan setakat ini servicenya pun agak memuaskan. Mana tau, mungkin satu hari nanti saya akan terpikat dengan "pemaju" daripada Wordpress pula kan..? ;)

Sekiranya malam tadi saya mendekorasi rumah baru ni, tadi sebentar tadi sekitar jam 9-10am di pejabat...saya mengemaskinikan susunatur di pejabat ni. Asbabnya, bos saya tidak berada di dalam pejabat sama dengan saya kerana katanya ada urusan yang perlu diselesaikan di tingkat atas. Oh, Alhamdulillah...saya berseorangan di pejabat. Mudah untuk melakukan kerja-kerja susun atur. Dan hasilnya...selesai sudah. :)

Hari ini, bercadang-cadang mahu membawa ustaz kecik saya (baca : adik) untuk berjalan-jalan atau mungkin makan-makan. Kasihan dia sebabnya sepanjang cuti sekolah ni, kena duduk di rumah temankan acik. Tapi acik dan balik semalam. Kami menghantarnya ke Sentul kerana pakcik (baca : suaminya) telah pun keluar ward semalam (Alhamdulillah). Dan sebagai membalas jasa baik ustaz kecik, saya dan mama bercadang mahu membawanya bersiar-siar. Tidak mungkin untuk membeli belah kerana kami perlu berjimat memandangkan minggu hadapan juga kami (InsyaAllah) akan ke Terengganu untuk menghadiri walimaturus sahabat sepejabat mama. Dan kemungkinan besar (InsyaAllah) kami akan tinggal di rumah Umi di sana untuk satu malam mungkin...


~ Memori Tercipta~
Kak Norsiah, Kak Azita, Me, Umi, Adik & Mama
120408,Jabal Uhud

Dan dengan kesempatan ini, tidak lupa untuk saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Abg Syah & Kak Husna (31 Mei 2008). Saya doakan semoga kalian berbahagia selalu, dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat barakah daripadaNya...amin~ (Maaf, saya tidak dapat memenuhi undangan kalian atas faktor jarak dan masa...mohon ampun ya..)

-wasalam-