In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

August 05, 2008

Sambutan

Salam,

Memula sekali nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Syaaban, hari ni dah 3 Syaaban 1429H. Lepas Syaaban, masuk Ramadhan...peringatan untuk diri sendiri, dah nak menjelang Ramadhan ni, sila-silalah kawal pemakanan, nanti takde "culture shock" plak perut ni...hehe.

Life, macam biasa harus diteruskan...diam tak diam dh beberapa minggu berhempas pulas menjadi Student Malam...bila dah lama-lama semakin membiasakan diri. Alah bisa, tegal biasa. Class sekarang bukan sekadar tertumpu kepada hari-hari biasa, malah kami juga akan membuat class pada hujung minggu. Seronok jugak, kalau tak...bila lagi nak merasa zaman-zaman 'muda belia' dulu gi makan ngan kawan-kawan time break.

Memandangkan ktorang takde Mid Term Break, maka dengan itu kami juga takde Mid Term Exam, yang ado Test 1 ngan Test 2 beserta Assignment juga Quiz. Jadi perlu berusaha lebih gigih dan jitu gitu..~~

**************************************************************************
Episod : Jatuhku, Bangunku Jua.

Update seterusnya, okaylah nak berkongsi sket pengalaman MENARIK hari ni.
(Amaran: Dilarang Membaca Entry Ini jika anda berada di dalam Office)


Sebenarnya, hari ini hari bersejarah buat saya kerana saya telah jatuh di dalam office ok. Takde lah jatuh tergolek guling -guling ka kan...tp jatuh dengan cara terhormat (melutut gitu...cik tropical expert laa bab ni). Cumanya nak lebih MENARIK cerita ni, jatuh depan bos sebenarnya (ok rakan-rakan, jangan gelak kuat-kuat..sambung gelak kat rumah).Perasaan ketika itu? Hanya Allah sahaja yang tahu...

Puncanya, tersadung kasut sendiri (Cik Jamie plak expert bab ni..) Haha..ya,lagi satu kesalahan yang saya harus ambil iktibar, jangan suka bukak-bukak kasut dalam office. Saya pun kurang pasti bagaimana kronologi boleh terjatuh dalam office, nak kata sakit tu tak laa sangat sebab jatuh atas carpet kan. Tapi agak SENGAL la jugak ok..~

Cuma yang saya ingat, bos mai masuk bilik nak carik file...pastu dia carik-carik tak jumpa...yang saya ni kat tempat duduk dah nampak dah fail hat mana satu. Pastuh dengan rajin serta tangkasnya saya pun bangun laa nak pi amik file. Sekali tah macam mana, tengah duk sarung-sarung kasut (salah sendiri tak sarung habis dah jalan) bila melangkah tu (salah lagi tak baca Bismillah) tersadung...terus tak balance dan end up, sudah berada di posisi melutut dalam beberapa saat. (hehehe..)


Yang boss (auntie) ni plak, dah dia plak rasa bersalah. Sebab dia yang panggil tolong carikkan fail tu kan. Oh...auntie, sememangnya anda berhati mulia :p. Dah dia dok risau plak...kejap-kejap tanya ok ka tak... Well, biasalah takkan nak ngada-ngada cakap sakit kot...jawapan standard lagi macho " No, no...it's ok.." (plus senyum). Mungkin jawapan itu bisa meredakan kerisauan hati dia..hehe.

So, tu je laa nak update pun...dah lama tak jatuh kan, mengkala sekali sekala kita jatuh kan...rasa mcm "kembali" ke dunia yang nyata...yang pastinya lututku sudah mulai rasa sengal-sengal...ubat sudah dimakan. Mencegah lebih baik dari merawat , Ape2pun...Segala Puji Hanya Bagi Allah...:)

Jadi..bertemu kembali di lain masa....Illa'liqa~

Wasalam.

*ps: berhati-hati selalu... :)

Orchid City,
1542pm

2 Komen Balas:

Aina Ana said...

Wanie, akak pun ada gak insiden jatuh-jatuh ni. Tapi wanie ok lagi sebab jatuh dalam ofis. Akak jatuh kat luar ofis, kat kaki lima kedai.

huhu..buat muka tebal je la..salah akak juga, nak melangkah tak tengok mana nak pijak. Jatuh pun sama macam stail wanie la, melutut...tapi kat tepi kaki lima. Mujur tak tergolek..hahaha

Mya Sakura said...

hahaha..tu laa kan, salah sendiri..nak wat camna..buat tebal muka ja la..tp sis, kurang2 stylo gak la cara kita jatuh tu ;p