In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

June 14, 2008

Piala Pusingan

"...n sekarang sy menanti sms dari beberapa org ..xkesah la sms utk bertunang or kawin ..
  1. nurhazwani cek mat
  2. nur syazwani rosli
  3. azreen ahmad zainal
  4. nurzaidah zawardi(myb silap eja kot nama ur father)
dear friends i'm waiting ;p da~~..."

cerita lanjut

dipetik dari blog adik saya....ada tertera nama saya disitu...Baiklah, untuk tidak menghampakan adik saya itu...InsyaAllah..satu HARI nnt awak pasti akan terima sms dr kakakmu ini...pasti InsyaAllah, hanya Dia yang akan tentukan MASAnya dan Gerangannya :)

.Wasalam.

Done

||Bilik,0117||

Alhamdulillah wa Syukurillah...akhirnya, malam tadi selesai sudah bacaan saya untuk buku kedua Ketika Cinta Bertasbih. Kiranya seperti kata teman baru saya...bagai "tersihir" membaca dwilogi pembangunan jiwa karya Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy). Dan seperti pertanyaan teman baik saya.." Beb, ko nangis tak..?" Oh ya, dengan kesantunan saya menjawab..."Beb, mestilah nangis..!~"

Secara ringkasnya, saya benar-benar amat mengkagumi watak seperti Kang Azzam (Khairul Azzam). Anak muda yang kecewa, susah tapi Merdeka. Teguh dengan prinsip sebagai lelaki Muslim. Sabar dan diplomasi..wah wah. (tinggi btol cita-cita) hehehe..

Seterusnya, bakal meneruskan pembacaan Ayat-Ayat Cinta pula...dan berangan-angan nak mendapatkan buku-buku seterusnya...(oh abah...pleeaseee...) :D

Life hari ini...biasa sahaja. Cuma tadi siang dapat khabaran bahawa Dik Nurul pula kene allergic dan kakinya terseliuh akibat terpelecok di kamarnya. Semoga tabah ya dik...makan ubat dan jaga diri. Semoga semuanya baik menjelang hari "bahagia" kita...hehe.. ;p

Dan untuk sahabat baik saya yg kini berada di Hospital KB kerana menemani makciknya...saya nantikan hidangan pulut kuning anda sempena majlis khatam buku cerita ni... :p

Dan kepada pembaca yang lain...marilah kita berusaha menjadi mukmin yang lebih baik ~ :) Aminn~

Sekian,wasalam.

ps: biarkan "ianya" berjalan secara Alamiyyah...ya, Dia tahu yg terbaik untuk kita...hanya Dia yang akan tentukan..~

June 12, 2008

Khatam

|| Pejabat,1712||

Siang tadi, sewaktu berisitirehat di rumah (waktu lunch)...sempat menghabiskan 'kitab' pertama Ketika Cinta Bertasbih (1)...dalam proses penyambungan episod kedua...

Dan kepada "insan" yang janji nak buat pulut kuning lepas saya khatam kedua-dua buku...bolehlah mula membeli pulut untuk ditanak ya....hehehe :p

Setakat ini sahaja. Sekian.Wasalam :)


June 11, 2008

Obses

|| Bilik,2332||

Malam ini pun masih tidak mahu berposting panjang lebar. Sedang "obses" untuk menamatkan bacaan Ketika Cinta Bertasbih Episod 1. Terasa seperti diri ini terbang ke Mesir. Benar kata sahabat saya suatu ketika dulu. Membaca buku ini membuatkan kita rasa "dijajah". Dijajah dengan penggunaan bahasa indonesianya...dan juga dijajah dengan suasana Mesirnya. Oops, terlebih sudah kan..~

Malam ini, mama kurang sihat. Jadi tugas saya mengambil alih kerja-kerja di dapur untuk menyediakan makan malam. Menunya simple lagi senang. Gampang aja...tema saya berasaskan kunyit. Iaitu, ikan masak lemak cili api bersama ikan goreng bersama kicap pedas. Dimakan bersama nasik panas. Mudah kan..? :)

Sekian dari saya.


-lauk makan malam-

June 10, 2008

Hari ini...

||Bilik,2317||

Salam..

Entry ringkas untuk malam ini. Hari ni..malam ini lebih specificnya..adik dah lancar baca Doa Lepas Solat...Alhamdulillah.Sgt tersentuh dgr dia baca... Baru 3 hari dia belajar...hari ni sungguh lancar.

Lepas ni adik hafal ya...mudah-mudah boleh jadi Al-Hafiz one day... InsyaAllah, semoga Dia perkenankan Mission akak ni... ;)

Adik baru 9 tahun..perjalanan masih panjang...semoga tabah & sabar! Amin ya rabbalamin :)


"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)..."
[Surah Al-Kahfi , Ayat 10]

wasalam


June 09, 2008

Di saat ini....

|| Bilik,2329||

...saya rasa amat kepenatan...keletihan...saya ingin berehat...

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan ketabahan hati...semoga Allah kurniakan saya sifat keSABARAN yang tinggi....Semoga Allah dapat menjadikan saya wanita yang solehah...InsyaAllah...aminn~

Kadang-kadang (selalu mungkin) kita sanggup bersengkang mata semata-mata nak habiskan novel...sanggup bersengkang mata nak tgk drama jepun 8 siri...sanggup bersengkang mata semata-mata nak tunggu lagu kegemaran abih di download...tp nak bersengkang mata nak baca Quran....? ...peringatan untuk diri sendiri...sesungguhnya dengan membaca Quran jiwa kita akan tenang....Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati ini...Allahuakbar..~

Mahu tidur...jumpa lagi~

Wasalam.


Balik "Kampung"

||Bilik,1208||

Salam,

Alhamdulillah, selamat sampai kembali ke rumah. Perasaan ketika ini, segar bugar walaupun sedikit kepenatan. Mengantuk..? Mungkin tidak sekarang kerana saya telah selesa tidur di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang. Cerita pengembaraan saya dan keluarga..? Biasa sahaja...tetapi seronok ibarat pulang ke kampung. Maksud saya, suasana kampung sebenar. Saya tiada kampung...sedih bukan? :(

Perjalananan 2 hari 1 malam. Dari Shah Alam ke Kuala Berang. Kemudian dari Kuala Berang ke Dungun. Bermalam di rumah Umi. Sangat best. Best sangat. Dapat makan nasik dagang yang sangat best. Dapat beli sotong dengan ikan fresh kat Pasar Besar Dungun. (kak ita jgn jeles :p). Dapat beli kaftan dan baju batik dengan sangat murah. Sesungguhnya saya memang pecinta batik :). Apepun, sangat best di Dungun atau lebih specific umah umi. ;)

Dari Dungun singgah kemaman. Beli keropok. Tapi saya tak makan. FOBIA. Takut kene allergic lagi :(. Oh ya, allergic saya beransur pulih. Alhamdulillah. Singgah kemaman makan sotong celup tepung dengan ikan celup tepung. Sedap gak. Tapi buat sendiri lagi sedap kot. Lepas kemaman singgah di Gambang. Berhenti solat. Kemudian terus pulang ke kediaman sendiri.Kerana esok perlu bekerja. Dan adik sudah mulai bersekolah.

Dan sekarang...saya rasa nak membaca buku sedikit. Mukadimah pun jadilah. Ketika Cinta Bertasbih 1...here I come..~

Jumpa lagi..~

Wasalam.

June 06, 2008

Obat

|| Bilik, 2358||

Salam,

Beracun. Satu ungkapan yang amat sesuai untuk saya gambarkan keadaan diri saya hari ini. Saya rasa muka dan tangan saya telah diselaputi racun dek kerana krim sapuan Tahan Gatal (kata doctor) yang telah ditonyoh ke muka. Hasilnya masih sama. Ada laa sedikit berkurang. Kalau tau tadi, amik jab terus. Tapi malam ni, saya amik keputusan untuk tidak menggunakan krim beracun tuh. Aromanya kurang menyenangkan bagi saya. Saya hanya amik keputusan gunakan cara tradisional yang lebih Islamic. Sapu minyak Habatus Sauda di muka dan tangan, sapu sket ngan air zam-zam. Hasilnya, Alhamdulillah agak sejuk. Kurang sikit pun jadilah. (Aminn~)

Masuk kali ni dah dua kali kene allergic. Doctor pun dah membebel. "Awak..makan tu kene pantang ya.." Hoh..? Doctor suruh saya pantang makan...aiseh doc, tahukah kamu bahawasanya saya adalah pecinta makanan. Bak kata rakan blog saya "Malaysia kaya, kaya dengan makanan" haa..doc katalah saya allergic dengan debu ke, air ke, aircond ke, kosmetik ke...huhu. Tapi kenapa mesti makanan...oh no kamu~

Tapi, itulah kan...bila dah kene macam nih..kurang sket pergerakkan saya nak ke mana-mana. Lebih selesa di rumah atau di bilik. Ada hikmahNya...anggap sahaja ini ujian dariNya..:)

Esok lebih teruji, kerana saya dan keluarga akan bertolak ke Terengganu selepas subuh InsyaAllah. Ada kenduri kahwin di Kuala Berang. Seterusnya bermalam di rumah umi di Dungun. Pulang ke Shah Alam keesokan harinya. Kak Ita kata, di Terengganu musim sotong. Sotong..? Favourite daku....huhu..ubat ade..standby..balik kalo tak baik gak...nasiblah~

Sekian. Blog akan berehat sehari dua. InsyaAllah akan update cerita selanjutnya...kepada Cik Nurul, thanks for the wish..and may you have a nice holiday too ya.. ;)

Jumpa lagi.

Wasalam

*ps: minyak dah naik...jom kita tunggang kuda g kerja... ;p


Mari Membaca

|| Bilik, 0004 ||

Salam,

Seharian kami bercuti. Siang ke hospital. Malam ke toko buku di Alamanda. Saya balas dendam. Setelah sekian lama. Hatiku tak tahan. Penantian yang sekian lama. Akhirnya kini berada dalam genggaman. Saya beli tiga buku sekaligus.

1) Ketika Cinta Bertasbih 1
2) Ketika Cinta Bertasbih 2
3) Ayat-ayat Cinta

Kesemuanya karangan Habiburrahman El-Shirazy...saya mencari buku Kekasih Sam Po Bo...malangnya tidak kejumpaan. Mungkin lain kali.

Baiklah, hari sudah larut malam. Rasanya badan macam kena allergic. Mungkin salah makan. Esok mau ke klinik. Kurang-kurang dapat MC, best jugak.

Jumpa lagi.

Wasalam

June 05, 2008

Fuel Up?

|| Bilik,0123||

Di suatu petang, di sebuah pejabat...ringtone lagu Kekasih Allah ; Haddad Alwi berkumandang...


"Hello..." saya menjawab
"Wanie, isi minyak sekarang..." kata si pemanggil.
"Hah?" tanya saya kembali

"Ya...pergi isi minyak sekarang..." balas si pemanggil itu tadi

"Buat apa..?" tanya saya kebengongan

"Pergi je laa isi minyak...malam karang dh penuh, takkan baru awak nak isi...bgtau mama ngan abah sekali..." kata si pemanggil
"Ooo ok2...but why eh? Aunty kat mana?" soalan bengap daripada saya.

"Minyak nak naik laa sayang...kul 12 kang minyak naik..so u better go now..." balas pemanggil
"OOoo...ok2..got it...thanks ya!" balas saya dengan yakin (walau masih blur)
"Ok..dont forget to tell mama and abah..." kata pemanggil.


***************
Salam,


Ok, mungkin dialog perbualan telefon di atas sudah mampu untuk menggambarkan apa yang saya nak ceritakan malam (pagi) ni. Fenomena. Mungkin itu ayat terbaik untuk saya menggambarkan keadaan semasa. Minyak naik LAGI. Kalau tak silap saya...naik RM0.78 (maafkan saya jika tersilap). Hari tu, harga tepung naik...lepas tu beras dan sekarang minyak PETROL & DIESEL.Lepas satu-satu naik harga....

Makcik nasik lemak depan umah dah bg 'sign'...harga nasik lemak akan naik. (kalo kuantiti sama saya tak kesah makcik..). Boss kat office dh pening kepala barang naik...nak supply pun takut woo.Roti Canai kedai mamak mantain harga...tapi saiznya..aduhai..dah sama besar saiz donat. Cuma saya ternanti-nanti harga jualan ketika pasar ramadhan dan jualan kuih raya..CONFIRM melambung..walaupun setelah saya kira-kira keuntungan yang sedia ada sudah mencukupi..tp biasalah, kalo harga tak naik...takde laa cerita "best" kan..? hahah..

Sah-sah ada lagi satu fenomena akan berlaku...Rakyat NAIK Angin..! ahahaha... Malaysia Malaysia...Oh TANAHAIR ku...!!~


Tak nak komen panjang....esok perlu bangun awal. Adik ada medical check up kat hospital. Secara "kebetulan" kami semua bercuti...jadi sudah merancang untuk ronda-ronda kotaraya mencari toko buku....

Foto dirakam di sebelah rumah saya...kereta berpusu-pusu nak isi minyak sebelum jam 12...saya..? Tgk je laa...huhuhu..

Esok saya cuti...kepada kakak saya yang dikasihi, janganlah merindui adikmu ini...hehe ;p. Bila-bila free kita diskas mengenai "projek pujukan" tu eh... :D

Jumpa lagi~

Wasalam.

June 04, 2008

Irama & Lagu

||Pejabat, 1642||

Salam,

Tadi, lepas saja selesai ber"bye-bye" dengan Kak Ita dan Cik Tropical Jingga di ym, rasa macam "alaa...dah takde orang nak teman". Heheh, gayanya seperti macam kita tengah sembang-sembang kat Bus Stop, tiba-tiba bas kawan kita tuh dah sampai....jadi tinggallah kita sorang-sorang kat Bus Stop tunggu bas untuk ke destinasi lain..(persoalannya, kenapa kene guna perumpamaan bas ek..?) Suasana macam sunyi seketika...masa tu laa baru kita nampak keadaan sekeliling...dalam konteks di sini, barulah saya nampak kerja-kerja yang perlu saya sudahi...biasalah, multitasking kan.

Sedang saya duduk-duduk (duduk..?) menyiapkan kerja-kerja...sambil adik sedang hebat "berlawan" dengan main-mainannya ala-ala dialog cerita Ultraman...secara tidak semena-mena, beberapa bait-bait lirik disulami dengan melodinya sekali terpacul di mulut ni. Ya, bersuara...bukannya menyanyi di dalam hati...mentang-mentang bos takda...tapi suara nyanyian itu dengan nada yang amat minima, kerana bilik saya ni bukannya kalis bunyi...risau-risau nnt ada customer ingat ada jamming studio pulak kan...hehehe.

Lagu ni..jarang-jarang didengar....apetah lagi amat jarang saya nanyikan...cuma tadi sahaja tiba-tiba lagu ni terkeluar...mula-mula hanya menyanyikan melodinya sahaja...tapi bila lama-lama masuk sekali dengan liriknya (ada gak ala-ala nasyid gitu bunyinya). Saya agak mengkagumi diri sendiri kerana memikirkan telah berjaya mencipta sebuah irama dan lagu...mana tau boleh jadi pencipta lagu pulakkan. Tapi setelah diselidik...dan dibantu oleh pakcik Google saya berasa sedikit hampa kerana sesungguhnya...lagu itu mmg sudah sedia tercipta oleh seseorang.Tapi...bila ingat-ingat balik...ntah apa mimpi tetiba nak nyanyi lagu tu macam kelakar pun ada....hahaha...sekali sekala back to mode jiwang...oh no, kamu~~

Kalau kalian nak tau lagu apa yang menjadi 'humming' saya skrg....inilah lagunya....hehehe..

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tajuk : Itulah Sayang
Petikan Filem : Anakku Sazali

Nyanyian Asal: P Ramlee & Normadiah


Unbelieveable...? Believe it.....hehehe ;)

Wasalam.

June 03, 2008

Breakdown

Bilik, 1022pm

Salam,

Sekejap je dah hari ke-3 bulan keenam. Maksudnya sekejap je dah masuk separuh masa kedua ataupun suku tahun ke-2. Diam tak diam, pejam celik pejam celik. Time is running fast...kan?

Sebut pasal pergerakan masa yang berlaku dengan agak pantas ni, nak laa jugak saya reveal atau imbas kembali cerita-cerita dulu...mari kita mulakan. ;)

Diam tak diam dah hampir dah hampir 9 bulan saya meninggalkan alam pelajar. Kalo orang mengandung, 9 bulan dah dapat baby dah...rasanya macam baru beberapa bulan je lepas present final project dulu...masih rasakan lagi ke"hangat"an perdebatan semasa presentation, debaran tunggu result....zaman suka duka dengan kawan-kawan...


Bersama teman-teman hari terakhir selepas presentasi projek akhir.


Lepas tu, zaman sibuk nak apply untuk sambung degree plak. Rasanya masa tu nak menunggu dapat keputusan sikit punya lama...macam-macam duk pikir. Dapat ke tak ke....tup tup, dah dapat tau keputusan awal bulan lepas. Alhamdulillah...bakal menjawat status pelajar semula bermula bulan 7 nih...InsyaAllah~

Bila dah abih FYP, dah dapat result...masuk plak alam pekerjaan. Pun, sama jugak dengan usia saya meninggalkan kolej. Dulu, lepas je presentation...tepat 1 October 2007 saya ditawarkan bekerja. masa tu jugak laa bulan Ramadhan. Masa tu jugak laa sibuk dengan tempahan kuih...ni tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan balik...Subhanallah..semoga Allah luaskan pintu rezeki lagi untuk tahun ni dan tahun mendatang...InsyaAllah.



Final Result...Alhamdulillah.

Lepas dah dapat result, duk sibuk tunggu bila nak convo pulak kan. Sebelum ni, macam-macam saya ngan cik Nurul diskas plan kami...sampai dah hilang "seri" convo tu kami diskas. Dan Alhamdulillah, minggu lepas saya dah terima surat convocation dari kolej. Tarikhnya dah ditetapkan iaitu pada 26 June 2008 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di PWTC. Debaran makin terasa...ya la, 2 tahun setengah berhempas pulas akhirnya bakal menerima skroll walaupun hanyalah Diploma. ;)


Gambar sendiri..? Coming soon InsyaAllah.

Masuk hari ni, dah sebulan lebih dah saya pulang ke tanah air selepas mengerjakan Umrah. Bak kata kak Aina, mungkin saya masih rindukan saat-saat berada di sana. Dan jawapannya Ya. Masih terasa suasana ber"marathon" ke Masjid, masih terngiang-ngiang suara bilal melaungkan azan, masih terbayang suara syahdu Imam, masih berbias suara-suara penjual...bila lagi mau ke sana..? InsyaAllah...jika ada rezeki tidak ke mana kan...


Di Makkah Al-Mukarammah


Begitu panjang mukadimmahnya...walaupun perenggan ini barulah saya akan merungkai isi yang berkenaan dengan tajuk...hari ni, dapat beronline seperti biasa di pejabat. Cuma di saat-saat akhir sebelum waktu pulang barulah server down. Apa yang saya nak katakan di sini, adlah hari ini mungkin saya mengalami masalah berkomunikasi ataupun communication breakdown. Sebabnya, kadang-kadang tu saya kurang memahami kehendak soalan teman-teman tidak kira melalui SMS ataupun YM.

Maafkan saya ya...mungkin hari ni saya berkelabut sedikit kerana begelumang dengan kertas-kertas Delivery Order yang perlu saya usahakan untuk menjadi Invoice dan kalkulator sentiasa menemani saya. Biasalah, awal bulan...sebelum 15hb kene setelkan semuanya...kalo tak duit lambat masuk...(kata bos).


Masterpiece ;)

Dan bersyukur kerana Dia sentiasa memberikan ruang untuk saya dan keluarga...contohnya tempat kerja dekat jadi saya boleh jaga adik, bos yang baik....memahami situasi saya, sokongan teman-teman...dan yang paling penting restu mama dan abah...apapun, setiap kejadian ada Hikmahnya kan..



Baiklah, setakat ini sahaja..perlukan tidur yang awal...badan agak keletihan sehari dua nih... :)

Ila lliqa'~

ps: kita doakan yang baik-baik saja ya... ;)

Wasalam.

June 02, 2008

I'm Awake

Ruang Tamu, 0801am

Salam,
Selamat pagi semua...(semua?). Sejam lagi sebelum berangkat ke tempat kerja, kebiasaannya lagi lewat 5 minit jam 0900 baru saya bergerak. Jaraknya tidak jauh..dekat saja ;)

Cuma pagi ni tiba-tiba rasa nak berblog kan...tajuknya mungkin sedikit lari dari apa yang saya nak ceritakan ini. It's all about "Kenapa Saya Pindah Blog..?". Berikut adalah jawapan yang mungkin dapat menjawab persoalan kalian :

Soalan : Kenapa Saya Pindah Blog..?


Jawapan:

1) Ingin menggunakan domain name yang lebih kemelayuan.
2) Menggabungkan nama saya dan adik (Norhazwani & Muhammad Haziq)
3) Supaya nampak lebih "matang" (kan cik safra? ;p)
4) Saya dah penat "bersembunyi" di sebalik identiti lama
5) Sebab ini blog saya :D

Okay, semoga jawapan-jawapan ringkas itu mampu merungkai "misteri" pertukaran nama blog saya...hanya nama. Namun saya, isi blog, jalan cerita, gaya penulisan adalah tetap sama. Kepada pembaca-pembaca sekalian...terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Wasalam.

I'm Not Sleeping...(yet)

Bilik, 2400

Salam,

Saya rindu...saya rindu untuk ke toko buku....saya rindu untuk membaca buku..saya rindukan karya Ramlee Awang Murshid...saya rindukan tulisan Faisal Tehrani...saya rindu untuk membaca...

Sabarlah ya wahai diriku...

Wasalam

June 01, 2008

Are You Sleeping..

Bilik, 23:26pm.



Salam..,


Hari ni hari minggu kan..? Tak terasa seperti hari minggu..rasa mcm hari bekerja plak...terasa diri ini betul-betul penat...kadang-kadang kepenatan diri ini sukar diungkap...bila dah penat sangat hanya mampu merembeskan air mata, hanya mampu mengadu padaNya...kadang-kadang bila fikir balik...mungkin ini ujian Allah pada saya....menguji daya ketahanan diri disamping daya kesabaran saya...cuma apa yang saya doa..dengan "ujian" dari Dia seperti ini...dapat mendekatkan diri saya dengan Dia...itu sahaja.. amin ya Rabbalamin~



wasalam