In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

July 30, 2008

Dedikasi Istimewa

Salam,

Dedikasi Istimewa buat Raja dan Ratu hati kami,
Mama & Abah

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 KEPADA
INSAN-INSAN TERISTIMEWA DALAM HIDUP KAMI



Mama , adik & Abah
Madinah Al-Munawarrah
,April 2008

Tanggal 31 Julai 1983 adalah hari ulangtahun perkahwinan mama dan abah. Apa yang boleh saya coretkan di sini adalah, tanpa segan silu dan berselindung, kami (baca: saya & adik) amat berbangga dan beruntung mendapat ibu bapa seperti mereka. Pada kami, merekalah idola kami, merekalah sumber kekuatan kami, merekalah pelindung kami. Pada kami, pengorbanan mama dan abah terlalu besar untuk mendidik dan membesarkan kami dua beradik. Tidak akan saya lupa sampai bila-bila, mama dan abah sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk masa depan putera dan puterinya.



lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu

tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah

Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahaia

pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga

daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah

Kami doakan semoga Mama dan Abah panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. Pengorbanan dan kekuatan semangat Mama & Abah menjadi pemangkin semangat saya dan adik untuk terus berjuang demi Agama & Negara. Namun, apa yang kami harapkan semoga apa sahaja yang kami lakukan mampu membahagiakan dan mengembirakan hati mama dan abah dunia dan akhirat.

Mungkin kami tidak mampu memberikan hadiah mewah & istimewa untuk mama dan abah, tetapi semoga Allah swt memperkenankan doa kami ini setiap waktu sebagai hadiah untuk mama dan abah.

Al Isra’ : 24 :
Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua ibu bapa kami,
sebagaimana mereka telah mendidik kami sejak dari kecil.


Kami sayang Mama & Abah...
Selamanya... :)



Tulus dari kami yang amat menyayangi mama & abah,
Kakak & Adik
Orchid City
12:41am

************************************************************************************
Dedikasi Istimewa ke-2, khas buat Kak Norsiah.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAKAKKU YANG KE-.. :P

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan paling penting cepat-cepat bertemu jodoh yang soleh serta dapat menyayangi diri akak seadanya. :D



Semoga ukhuwah kita berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat...sorry tade hadiah ( tgh kentandusan wang poket), kalau nak hadiah..mai umah, adikmu ini tolong masakkan je menu kegemaranmu :p ..itu yang termampu..hehe..

May Allah showered you with his blessing...love ya sister. Hug & Kisses.

Jazakallah :)

27 Rejab

|| Orchid City, 1715||

Mafhum Firman Allah S.W.T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Salam,

Hari ni 27 Rejab 1429H.
Semoga kita sama-sama menghayati apa yang tersirat di sebalik peristiwa Israk & Mikraj ini... :)


July 29, 2008

Buku dan Wang

|| Orchid City, 1047||

Salam,

Pagi yang cerah. Hari ni saya sampai pejabat tepat-tepat jam 9.00. Agak terlewat jika diikutkan berbanding hari-hari biasa. Tidak mengapalah kan? Janji saya tidak melewati jam 9.00. AZAM baru bermula bulan Julai dan berjaya mengekalkan rekod. Alhamdulillah.

Saya nak mengemaskinikan cerita mengenai Pesta Buku Selangor 2008 yang berlangsung di Komplek PKNS. Mungkin Pesta ini sangat menarik untuk mereka yang telah menerima wang hasil titik peluh bekerja. Tapi kurang menarik untuk orang seperti saya, kerana wang hasilnya belum lagi diperolehi. Kena tunggu awal bulan baru terima. Tapi tak mengapa juga kerana, masih ada sedikit SAKI-BAKI simpanan kecemasan yang sememangnya saya selit-selitkan di celah-celah poket dompet.



Hari Sabtu lepas, sejurus selepas waktu bekerja kami (baca: saya, adik & mama) pergi berkunjung ke Komplek PKNS. Pada mulanya saya hanya berhajat untuk MELIHAT-LIHAT sahaja tanpa membuat sebarang pembelian. Tetapi, kita hanya mampu merancang dan hanya DIA yang tentukan ke manakah wang kecemasan saya itu harus dibelanjakan.


Oleh yang demikian, saya telah membuat beberapa pembelian sewaktu pesta itu berlangsung. Antaranya ialah :

1) Novel Salju Sakinah (Zaid Akhtar)
2) Novel Satu Anugerah
3) Buku perbualan Bahasa Arab Asas (1 set/3 buku)
4) CD Aqademi Quran - Juara
5) CD Raihan Selawat Accapella
6) CD Penawar Hati - Munif Hijjaz
7) VCD Himpunan Doa-Doa (Ana Muslim)

Itulah senarainya. Dan saya telah mengSMS Kak Huda, kerana beliau memberitahu bahawa beliau telah mendapatkan Trilogi Andrea Hirata. Dan saya tercari-cari boothnya. Saya jumpa, bukan trilogi sahaja, malah banyak lagi karya-karya dari negara seberang yang menarik minat saya. Antaranya Musafir Cinta.Namun, saya hanya cuma mampu membelek, kerana wang sudah habis. Kalau ada pun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan buku-buku itu. Dan saya juga hanya mampu membelek buku-buku Faisal Tehrani antaranya Tunggu Teduh Dulu. Tetapi saya telah memberitahu mama untuk memastikan booth mana, supaya senang saya nak mengirim nanti :D

Atau mungkin saya akan ke sana lagi pada hari terkakhir jualan... :D

Jadi itulah kisahnya, cumanya tak berkesempatan nak jumpa Kak Huda di tempat kejadian. InsyaAllah ada masa kita bertemu ya kak ! ;)

Sekian.

July 28, 2008

Ketibaan

|| Bilik, 0102||

Salam,

Baru sahaja menjejakkan kaki kembali ke Bandaraya Anggerik. Setelah boleh saya kira perjalanan kami mengambil masa 24 jam sahaja untuk berada di kampung halaman (termasuk perjalanan pergi dan balik). Perjalanan kali ini menuju ke kampung halaman nun berada di selatan tanah air. Setahun tak sekali juga kami pulang. Setahun tak sekali kerana musim durian juga setahun sekali. Cuma mungkin kepulangan kami kali ini lebih meriah kerana sepupu-sepupu saya juga turut pulang bersama. Dan mungkin kerana perasaan "pendewasaan" saya setelah bergelar maklong kepada Farah Batrisya..hehe.

Apepun, walaupun kondisi saya masih kurang memuaskan, batuk dan selsema. Mujur tidak demam. Itupun masih lagi "membedal" rambutan wa durian wa manggis secara serentak. Mujur juga tidak "mabuk". Jadi sedikit baik apabila setiap kali hendak menyuap buah-buahan itu ke mulut disulami dengan selawat serta niat nak buat "ubat". Hehe...teringat pesan arwah atok...

"Takpe, baca bismillah...selawat..kita niat nak buat ubat..mudah-mudahan..."

Bila bab-bab makan ni..sememangnya jarang dilepaskan begitu sahaja. Dan pengalaman paling indah dan menarik hari ni, sepanjang umur 23 tahun ni..adalah durian telah gugur betul-betul sebelah mata. Bukan depan mata, tapi sebelah. Perasaan ketika itu? Fobia dan trauma sekejap. Sebab memang betul-betul hampir dengan tempat saya berjalan ia gugur berdebuk. Pak ngah dan mak ngah bilang itu namanya murah rezeki ( mudah-mudahan..amiin~). Punyalah kaget sampai saya tak terfikir pun nak pergi kutip buah tuh dan menyerahkan kepada abahku terchenta untuk mengutipnya (padehal memang terkejut habis masa tu). Hehe..

Lepas pulang dari kebun, kami singgah di restoran awie namanya di Pekan Pontian tu. Sedap jugak makan nasi campur (lapar sebenarnya). Seronok tengok perangai pakcik-pakcik Tisya (sepupu-sepupu saya) menyakat dia makan. Oh sememangnya kami pakcik dan makcik yang suka menyakat kanak-kanak. Usai makan, kami terus ke rumah Tok Usu, iaitu adik bongsu arwah atok merangkap Mak Usu kepada Mama. Selepas minum petang dan menyegarkan diri, kami bertolak pulang. Namun, masih menyinggah di pasar malam. Kunonnya, mahu merasakan pasar malam di kampung apabila saya menyatakan kerinduan saya pada PASAR MALAM di BUMI HANG TUAH (Peringgit, Bukit Baru dll) pada mama. Oh, nostalgic sungguh rasanya tadi. Namun, pasar malam BUMI HANG TUAH tidak sama dengan pasar malam di Parit Mansor tadi. :(

Setelah itu, kami singgah di R&R Machap untuk solat jama' magrib dan isya' dan langsung terus ke Kaya Kopitiam untuk mennyegarkan diri dengan secangkir kopi (kunon). Kemudian, terus menuju ke destinasi pulang ke pangkal jalan dan tiba pada jam 12.00am.

Esok, saya perlu bekerja. Dan malam ada kuliah. Mungkin selepas kuliah ada sedikit diskusi. Esok harinya itu ada Kuiz...mujurlah bab 1 dan bab 2 management. Case Study untuk Economics pun belum usai. Aduhai...dah terasa tekanannya. Tabahkan hati, kuatkan iman...kena amik supplement ni...disiplin disiplin. Yosh!

Jadi, lebih molek kiranya saya berundur diri. InsyaAllah akan update mengenai Pesta Buku Selangor 2008 di PKNS. Mungkin sudah terupdate untuk Kak Jah dan Kak Huda. Tidak sabar untuk saya menunggu gaji minggu ini..kerana buku-buku itu sudah melambai-lambai...hehe.

Sabar ya diriku...sabar... :)

Jumpa lagi, Selamat Malam.

July 26, 2008

Sekali Air Bah

|| Pejabat, 1036||

Kecewa...sedih...pilu...marah...geram...


Astaghafirullah, Astaghafirullah, Astaghafirullahalazim...


Mungkin itulah sifat-sifat & perasaan negatif yang dapat saya gambarkan untuk apa yang berlaku malam semalam. Ya, malam semalam. Mungkin menjadi cabaran bagi kami sebagai PELAJAR. Kami diuji dari segi ketahanan emosi, kesopanan & kesusilaan, kesantunan MELAYU, memelihara adab-adab sebagai pelajar MUSLIM. Semua itu teruji. Sungguh teruji.


Ini bukan kerana kami menjalani program ketahanan diri dan mental malam tadi. Tapi kerana masalah komunikasi antara dua pihak berwajib menjadikan kami mangsa KEADAAN semasa. Oh no kamu..!~


Apa yang boleh saya simpulkan di sini, kami berasa bangga dan mereka boleh berasa beruntung kerana memiliki pelajar yang masih mengamalkan ciri-ciri kesopanan Melayu. Yang mana patut kami hormati...kami masih boleh hormat, yang mana kami boleh patuh, kami patuh. Hatta, kesabaran seorang manusia juga terdapat batasnya. Sekali air bah...sekali pantai berubah. Namun itu memang hukum alam..kuasa di tanganNya.



Dan kami, bersyukur DIA masih berikan kami akal untuk berfikir dan hati untuk bersabar. Kami tak marah, cuma kecewa. Harapnya, pihak-pihak itu dapat menyelesaikan secara lebih diplomatik. Supaya kami tidak disisihkan.Jangan lakukan begitu kepada kami. Walaupun kami hanya pelajar, namun kami juga seorang PEKERJA. :)

Rabbi Yassir Wala Tuassir...~
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..!

ps: mungkin entry ini agak beremosi, namun hakikatnya memang sedang beremosi. Tapi cuba bertahan sebaik mungkin...kerana sabar itu separuh dari IMAN..

July 25, 2008

Mencari Spirit Yang Hilang

|| Office, 1713||

Salam..

Merujuk kepada tajuk entry tu sebenarnya jikalau tak salah saya tu Tagline film Sang Murabi (Cik tropical, betulkan saya kalau tersilap). Salah satu filem kat Indonesia, rasanya dah ditayangkan kan kot.

Dan entry saya hari ni bukanlah berkisar tentang review filem ini kerana semestinya saya sendiri belum menontonnya..cuma saya berminat dengan taglinenya sahaja.

Sehari dua ni atau lebih baik saya katakan dalam seminggu ni agak mencabar dari segi penggunaan tenaga emosi, fizikal dan mental. Mungkin juga atas faktor itu, imunisasi badan saya agak menurun dan membolehkan saya dijangkiti virus selsema dengan mudah (Alhamdulillah, beransur pulih).

Masuk minggu ni adalah minggu ke-3 saya kembali bergelar pelajar separuh masa. Tidak dapat dinafikan kadang-kadang ada tiba masanya saya agak goyah dengan "cabaran" yang dihadapi sebagai contoh sangat sangat sangat PERLU mengejar masa dan perlu menempuh kesesakan lalulintas. Seperti kata kawan sekelas saya...

"Kadang-kadang aku rasa nak tinggalkan kereta tu jalan kaki pun cepat sampai kot.."

Ohya, bagi mereka yg tinggal sekitar bandaranya Anggerik mahupun bandar diraja ini sangat memahami situasi serta kondisi kesesakan yang kami hadapi. Sesungguhnya ketahanan mental dan emosi amat diperlukan ketika mengharungi cabaran demikian.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah...saya (kami) tidak begitu merasakan tekanan atau bebanan ketika berada di dalam kelas. Sekali lagi ucapan daripada saya (kami) untuk pensyarah-pensyarah kami kerana sememangnya kalian memang hebat. Jika mereka itu mampu menunjukkan ketabahan dan kehebatan atas dasar minat atau PASSION mereka sebagai pendidik, kenapa mesti saya berasa apa yang saya lalui adalah bebanan.

Macam juga seperti kata salah seorang pensyarah masa kami ke kursus baru-baru ini...

"Pilihan ini kamu yang buat, tak ada orang paksa atau saja gatal-gatal nak apply borang...so you should have think the circumstances and you have to take the RISK."

Kata-kata yang agak terkena kepada batang hidung yang tak berapa nak mancung ni. Memang benar kata-katanya. Pilihan ini saya buat sendiri. Sepatutnya saya sendiri sudah boleh mengagak apakah situasinya. Tidak perlu melangkah jauh bagi menyelesaikan masalah ini. Berbalik kepada hati dan kehendak sendiri. Berfikiran positif, jadi kreatif, lebih inovatif, InsyaAllah produktif.

Sama jugak macam motto kartun Bob The Builder.

" Can we fixed it..?"
" YES , we CAN..!"

ataupun merujuk kepada kartun Dora The Explorer, di mana secara tersiratnya saya dapat melihat unsur positif dalam kartun tu.

1) Berfikir sebelum bertindak. Gunakan PETA supaya kita tak sesat, dan tentukan matlamat
2) Untungnya ada sahabat yg baik. (mcm monyet yg nama Boots tu)
3) Berfikiran positif, peluang dan rezeki ada di mana-mana. Gunakan sebaik mungkin.
4) Tak rugi ramai kenalan. Satu hari mereka juga boleh kita mintak tolong
5) Jangan buruk sangka (contoh musang jahat tu). Walaupun dia jahat, tapi ada cara kita boleh tegur dia.
6) Sentiasa tolong orang lain.
7) Yakin sampai ke matlamat dalam masa ditetapkan...yosh!!

Dan dialog kegemaran saya :

"We did IT....!

Baiklah, masa tamat. Harus pulang. Ada kelas English malam ni, kelas pertama. Dan sekarang, pesanan untuk rakan-rakan dan DIRI SENDIRI, berfikiran positif kerana ALLAH sentiasa bersama kita. :)

Illa liqa'~

July 23, 2008

It's A Test (2)

|| Bilik, 0018||

Tekak perit, bersin beberapa kali, mengantuk time driving, nasib baik segar dalam class. Syukran to Madam sebab class yang sangat best. Seumur hidup, membuatkan saya rasa sangat berminat dengan class Economy. Dan buat julung-julung kalinya saya sedikit berminat mendalami ilmu ekonomi dengan lebih mendalam. Syukran Madam.. :)

Oh ya, saya rasa saya nak demam...dh telan 2 biji paracetamol tapi. Dan saya perlukan istirehat sekarang. Kebetulan esok saya tiada kuliah. Agak beristirehat sedikit, namun ada tugasan. Next week kene prepare nak present Case Study.

Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian... :)

Wasalam

July 22, 2008

Yeay, I Got An Award!~

||Office,1214||

Salam..
(Ok, ada masa sikit nak update blog)

Sebenarnya, sebelum nak g kursus tu dah berhajat nak update blog, untuk memberitahu tentang pemergian saya ke kursus tu...lepas tu nak pas baton friendship award ni, tapi tak jadi since packing barang last minutes..paham-paham je laa..



Ok, first of all nak ucapkan terima kasih sekali lagi kat Kak Huda for the friendship award. Ya lah, at first mcm terkejut jugak kan dapat award sedemikian rupa..since kitorang baru je kenal through the net...sharing stories, thoughts...experiences, hobbies kan sis..? ;) Although kitorang tak pernah jumpa lagi...and just like what she said...she's my sister and my "sahabiah" too :)



Next , I'll pass this friendship award ni to my other best friends...and the list are:


ps: lepas ni korang plak pas award ni kat kawan-kawan lain. Just copy & paste 2-2 gamba tu ;)

Wasalam

July 21, 2008

Routine

|| Room,2344||

Morning
5.45am - Bangun/Subuh

6.00am- Siapkan adik nak gi sekolah
6.45am - Breakfast
7.15am - Hantar adik gi sekolah
7.30am - Balik kemas rumah, sapu rumah,sidai kain, bagi ikan makan
8.00am- Siap-siap nak g office
8.40am - Bertolak g office
8.45am - Sampai kat office, punchcard.

Afternoon
1.00pm - Lunch hour, amik adik kat sekolah

1.15pm- Sampai rumah, lunch zohor,& siapkan adik utk sekolah agama
2.15pm- Hantar adik gi sekolah agama
2.30pm - Back to office
5.30pm- Balik, asar, siapkan beg tusyen adik, tukar kereta ngan mama

Evening
6.30pm - Sampai campus, start class

7.30pm - break for maghrib
8.00pm - sambung class balik
10.00pm - Class tamat, balik rumah
10.30pm - Sampai rumah, makan
11.00pm - Bersihkan diri, isya' , homework (revise)
12.00am - Tidur...ZZZzzzz

Basically, itulah rutin harian saya. Rutin harian yang memupuk semangat utk sebuah cerita hebat di kemudian hari. Untuk sahabat saya, semoga anda juga tabah menjalani rutin-rutin harian anda yang saya kira tak jauh lebih kurang dengan rutin saya...marilah kita berjuang untuk memartabatkan agama, keluarga,bangsa dan negara. Berusahalah! (patriotik sket) :D

******************************
Thank You.

Sebelum saya terlupa, ingin saya rakamkan ribuan terima kasih kepada tuan punya kepada Blog dan Blog ini kerana award ataupun penghargaan yang kalian berikan kepada saya.. :D

To Abg cord, kak nida & family :
Terima kasih kerana memilih saya sebagai pemenang...hehe. Sudah saya emailkan alamat kepada Abg Cord ;)

To Kak Huda:
Thank you very very very much for the award. Walaupun baru kenal akak, through the net...tp rasa mcm dh lama je kenal..thanks again. Semoga ukhuwah kita berpanjangan.. :D

Wasalam.

I'm Back

||Office, 1711||

Salam everyone..

Alhamdulillah, finally I'm back (who cares?).

Okay, seperti yg diketahui umum, saya telah berkursus selama 3 hari di Sepang untuk Participant Development Programme utk student BBA (Hons) HRM.

At first, mcm bored sket sbb kami tak mengenali antara satu sama lain...tapi tak sampai beberapa minit sampai je kat sana, dan kami mulakan acara suai kenal ala2 AF gitu..we get to know each other. Kena plak masing-masing dh ada group and proudly said that I'm one of the Catz Club. diketuai oleh our Yoda Master (ala2 penghulu) which is Bro Afzal (a.k.a Abe Bro) dan my group members ; Wanie Babe, Atika,Niza and Anie. Oh ya, ada sedikit masalah ketika nak memperkenalkan nama sendiri since ada 4 orang bernama Wanie. Jadi, kiranya saya memperkenalkan diri dengan nama Wanie Sakura (again).

Dah dapat group...dpt plak housemate. Satu chalet ade 4 orang, 2 orang satu bilik..siap aircond, tv and fridge. Housemate saya juga best-best belaka, di mana ahli-ahli terdiri dr Wanie Babe (kami takleh pisah :p), Mizan and Zaza rumetku yg comel..hehe.

Petang tu ada telematch kat pantai. Catz Club jadi champion berlari berpasangan dalam kain batik. Siapa lagi pasangan hebatku kalau bukan Atika. Duduk dengan atika ni secara jujurnya boleh cramp jugak laa pipi dibuatnya...haha.

Tapi paling best bila saya sebagai Marshall dan Kak Eami sebagai Rolex Master (Time Keeper) jadi tukang tiup wisel pagi-pagi kejut orang bangun subuh. Sendiri tiup, sendiri bingit. Hehehe..makan memang best, dapat makan durian (husband prof belanje kitorang), kopi o sikit punya kaw, ayam masak merah yg best (rasa mcm nak g dapur mintak resipi jek).

And last day, kitorang sempat pergi mencandat sotong. Mencandat sotong maknanya, kami g makan sotong bakar, bersama kepah sweet sour,ngan kerang bakar. Kena plak ngan teh tarik..sampai malam last day tu saya ngan Zura balik bilik almost kul 3 pagi. Nasib baik umah kitorang sebelah-sebelah. Tu pun masuk chalet senyap-senyap sebab opposite rumah kami adalah chalet prof ngan lecturer lain..

Secara keseluruhannya, program tu memang superb. Dah kenal semua orang. Selama ni masuk class..semua buat hal sendiri. Sekarang ni at least we have friends kan. ;) Banyak nak update..banyak cerita best..but masa tak mengizinkan. Nak siap2 kemas meja..petang ni nak g class..well rutin harianku kembali seperti biasa ;)

Btw, bawah ni gamba after show..kitorang kene buat costume ala-ala arabian night by using plastic bag. So yg jadi mangsa bro Afzal, team leader kitorang. Nasib baik dia sporting, kitorang takleh bayang ape wife dia nak kata kalo tgk husband dia kene pakai macam ni. Haha..but the best part kitorang jadi winner. And kitorang jadi champion gak untuk Tower Building, sayang tak sempat amik gamba sebab mlm tu tak bawah phone.


Creative Thinking Segment
19 July 2008
Champion : Catz Club
from left : wanie babe, niza, bro afzal,anie,me & atika




Kak Eami with Loqman a.k.a Kambing Leader :p
United Sheep


Illa al-liqa~

July 16, 2008

Batal

|| Office, 1727||

Dimaklumkan hari ni class Econs dibatalkan. Cikgu habaq dia demam. Saya (kami) doakan semoga Cikgu cepat sembuh. Amiin.

La ni cek duk pikiaq...hari Jumaat kene kumpul depan Seroja...seroja tu tang mana cik oii...? hehe..

Debak Debuk Debat

|| Office, 1456||

Salam,

Finally, ada juga masa nak diluangkan untuk menjenguk-jenguk email, blog dsb. Untuk pengetahuan umum, saya tidaklah begitu sibuk di pejabat ini kerana, jika saya sibuk sudah tentu anda tidak akan melihat nama saya di skrin ym atau dapat membaca posting ini. Cumanya saya agak bersemangat untuk bekerja lebih kerasa sejak akhir-akhir ini sebagai mempraktikkan apa yang saya pelajari di kampus malam ok (Noktah) :)

Merujuk kepada tajuk di atas. Ya, saya bukanlah peminat setia dalam bidang politik ni, seperti juga kata rakan saya, kita ni 'pemerhati bebas'. Namun, sesi perdebatan semalam tidak mungkin saya lepaskan, tetapi agak tergelincir kerana saya hanya sempat menonton siaran tertunda dek kerana ada kuliah sehingga jam 10 malam tadi. Better late than never kan, sekurang-kuranya saya memberi komen atas apa yang saya lihat, dengar dan tafsir. Bukan atas sumber rujukan mana-mana individu (noktah)

Pemerhatian :
Debat yang menarik. Cumanya banyak diganggu oleh pesanan penaja. Tidak dinafikan pihak sepatutnya tidak dapat mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan olehnya (maaf, ayat agak berbelit). Saya agak kecewa bila isu debat bertukar menjadi serangan perbibadi. (Oh no kamu). Walaupun saya bukanlah pakar ekonomi, tetapi saya ada juga mengambil subjek ekonomi di sekolah dan di kampus. Terutamanya hubungan kait Demand & Supply begitu juga kaitan dengan kenaikan Inflasi jika terdapat kenaikan harga barang, budak sekolah pun bijak menilai. Dan saya juga kecewa dengan si penanya soalan yang nampaknya kurang peka dengan apa yg didebatkan. Usah dikaitkan negara kita dengan negara luar. Jika hendak kait pun pastikan benar-benar ada kaitan.


Kesimpulan :
Secara jujurnya sebagai seorang rakyat Malaysia, dan bukan dipengaruhi oleh mana-mana sentimen atau partism atau silaturrahim dan sebagainya, saya tertarik dengan cara perdebatan de'facto PKR yang menjurus ke arah fakta dan straight to the point serta jawab menggunakan akal. Manakala pihak satu lagi, saya agak kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberikan (sekali lg,walaupun saya bukan pakar ekonomi). Pada saya kurang menepati kehendak soalan. Apepun syabas kepada beliau kerana sudi tampil menjadi perwakilan.


Pendapat :
Perbanyakkan debat-debat aman seperti ini dan kali ini pastikan semua orang mampu menontonnya (jangan tukar siaran lagi). Seterusnya, pastikan wakil benar-benar pasti apa yang hendak didebatkan (jangan tukar topik). Dan terakhir, sila fahami kehendak soalan sebaiknya dan seharusnya lebih banyak membaca dan membuat homework revision.


Sekian. Wasalam.

ps: izin laluan yang arif~ Saya bukanlah seorang traveller ke sana sini, jadi secara jujurnya saya tak tau harga di negara lain. Tapi saya pernah ke Saudi, mmg barang-barang mahal tapi itu style mereka(kalau tak, takkan mas kahwin sampai puluhan ribu). Kerajaan bagi duit 2000.00rs utk every family setiap bulan (tak keje pun takpe, janji ada family). Tapi ada juga barang murah contohnya Pepsi kat sana baru 1.00rs, air coklat baru 1.00rs sekotak ok... Harga makanan agak mahal, tapi boleh isi lima perut..hehe.

July 15, 2008

Al I'tirof


Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka

July 14, 2008

Al Hiwar Al- Awwal

|| Bilik, 0002||Publish Post

Ahlan.

Hari ni mcm rajin je nak update blog sebelum masuk tidur. Alhamdulillah, malam tadi dh start 1st class untuk Arabic. Macam jugak sms ku yg berbunyi " Rasa mcm belajar kat Mesir" kepada sahabat saya, dan balasannya " Oklah tu, dapat jugak merasa".

Hari ni kami belaja basic conversation, mcm "Masmuki?", "Ahlan wa sahlan wa marhaban biki", Syukran", "AFWAN", dll... Setakat ni kami dh belaja sampai Al-hiwar Al-Khamis (Perbualan Stage Kelima). Esok class Management berjalan seperti biasa, lecturer kami tak jadi pi outstation plak. Tapi ok jugak , sbb esok kene jumpa Prof. nak bayar yuran PDP. Amik cuti 2 hari lagi bulan nih..aiyoohh~

Baik, sampai sini dulu. Harus tidur. Siang tadi kepala pening teramat. Kesalahan atas diri sendiri, bersahur dengan air tidak cukup panas. Nah, natijahnya saya kene tanggung sendiri. Alhamdulillah, lepas berbuka dalam class tadi kembali pulih. Segala Puji Hanya BagiMu Ya Rabb.

Illa al-liqa'

Wasalam.

Official

||Pejabat, 1514||

Salam,

Seperti yang saya katakan Sabtu lepas saya dan Dik Nurul ke Sec.24 utk claim gamba convo kami, so here it goes. Gamba ni amik after convo, dekat studio yang disediakan khas di Aras 5 , PWTC. Honestly, sangat suka gamba ini ok. Of course gamba family la...sebab 1st time us, one famiy amik official studio photo. Saya tak upload gamba masa terima scroll, sebab mcm Dik Nurul jugak kata..gamba kami very buruk ok. Haha...we just hate candid photos la. Nak tau more story during last saturday, boleh lungsuri blog adikku ini.And again my lovely sister..thanx for the treat..tak jadi kan nak amik promo RM10 punya set kat Secret Recipe tu...since you dh belanja Fish & Chip with Ice Lemon Tea. Punya best "ngobrol" sampai lupa nak 'refill' air..selalunya kita kalau tak 3-4 gelas atas meja mmg tak sah. After this kita plan one sweet day pi makan kat Muara plak na..;)


- My Precious Family-



- Adik kata, "kakak dapat kayu je?"-
(merujuk kepada scroll yg dipegang)

Wasalam

July 12, 2008

Emotion Stabilizer

||Pejabat, 1243||

Korang ada tak rasa kepantasan waktu begitu ketara dalam bulan July ni..ke saya sorang je rasa? Adakah kerana bermula July ini saya banyak berlari-lari kerana amat PERLU mengejar masa. Mana taknya, kerja habis jam 5.30pm dan bergegas pulang untuk solat Asar, kemudian sebelum jam berdetik 5.50pm saya harus berada di dalam kereta. Kerana jika saya melepasi waktu itu, alamatnya saya akan terlambat ke kuliah. Agaknya makcik jual goreng pisang juga kehairanan melihat sikap anak gadis ini yang lagaknya seperti orang main Epxlorace(jgn risau, saya berlari penuh cermat ok, tak ghebah aih). Oh makcik..sesungguhnya saya mengejar waktu. Benar kata Kak Huda, orang seperti saya (kerja +belaja malam) akan sesungguhnya begitu menghargai masa.

Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Saja nak update cerita untuk satu minggu. Alhamdullilah, kuliah telah bermula. Dah ada yang abis satu chapter pun. Dan Alhamdulillah, lecturer kami baik-baik belaka namun tetap ada ketegasannya. Atau mungkin aura ke"utaghaan" mereka membuat saya mudah mesra. Cuma class English belum bermula.

Baiklah, takat di sini sahaja. Hari ni sejurus kerja (beberapa minit je lagi) saya akan bertemu dengan Dik Nurul. Janji untuk mengambil gamba convo kami. InsyaAllah kalau gamba tu CUN saya upload, jika sebaliknya paham-paham sahaja lah. hehe..

Semoga bertemu lagi...!~

Wasalam

July 11, 2008

Tazkeer (2) : La tahzan




Semoga saya tabah dan kuat semangat...!Berusahalah Wanie-chan!
Allahuakbar..!

July 08, 2008

Ithnayn

||Bilik,2330||

2nd day of kuliah. Malam ni dh start belaja management. So far, Alhamdulillah. Lecturer pun ok...sangat ok InsyaAllah. Tinggal lagi 2 lecturer tidak ketahuan.

Sebenarnya tak penat sangat class malam ni. Kecuali nak carik parking. Tapi yang lebih memenatkan adalah menempuh jam waktu balik...ya ampun. Cramp kaki. Ok, demi untuk sebuah cerita hebat di masa depan. Kira menempuh kesesakan jalan raya dikira cabaran ok.

Oklah, ana sudah mengantukss..mahu tidur. Esok ana kene kerijalah...

Ilaal liqa'~

July 07, 2008

Sab + Aha + Isn

|| Bilik 2309||

(Sabtu)


Pagi kerja macam biasa. Balik kerja terus ke rumah. Tiada perancangan ke mana-mana. Duduk berehat sahaja di rumah. Petang tu lapar. Sempat buat resipi baru (utk diri sendiri). Hotdog ayam kampung bersalut roti dan telur. Teringat plak zaman "menega" sardin roll kat Campus dulu....Petang tu gosok stock baju2 untuk seminggu. Naik cramp jugak pinggang, tapi come on laa kan. Kalau dulu mama ngan arwah atok boleh buat semua tu, takkan saya tak rasa tercabar kot...hehe.Malam tu abah ajak pi makan.


(Luaran)

(Dalaman)

Nak Resipi?


(Ahad)


Bangun Subuh macam biasa, lepas baca mathurat. Kejut ustaz kecik tu pulak bangun. Alhamdulillah, nasib baik dia senang bangun. Sementara tunggu dia solat, sambung kerja-kerja iron baju sendiri ngan baju abah plak. Semalam stock baju mama ngan adik. Lepas solat adik taknak tido (katanya) nak tgk tv. Pasanglah TV3 ade Motivasi Pagi tu. Sementara saya meneruskan pekerjaan belum selesai. Sekala sekala jenguk adik di bilik. Masih segar. Tak lama tu jenguk lagi. Daaang, udah tidor balik. Hehehe...patut senyap. Saya plak menyudahkan baju-baju tu sambil dengar radio. Best gak. Lepas dh gosok ni plan nak sambung tido. Tapi kita merancang Allah tentukan. Tka jadi tido...segar bugar plak.


Abah ngan mama plak pun dh siap nak breakfast. Pagi tu lepas kemas rumah, mama g ceramah kat masjid. Saya tak ikut, nak mandikan "anak-anak" saya tu. Cik kura, ikan-ikan...kene mandi..hehe. Sambil-sambil tu operasi cuci kipas ngan abah. Adik wat homework. Tgh duduk, tetiba teringat nak wat bunga rampai. Buat pewangi rumah. Dah jemu dan bosan dengan pewangi konvensional sedia ada. Dah laa MAHAL.


(Pewangi Semulajadi)

Tengahari tu kami ke Seremban. Abah nk g urut kaki. Saya plak urut mata ngan poket. Hehe, bukan apa beli stationery, ya laa nak kembali ke sekolah kan. Semangat baru ok. Sambil tu sempat juga sambar 2 keping CD, Ustaz Asri;Zikrullah ngan Yusuf Islam. Tauke Cina kedai CD tu pun pandai promote. Tabik Springg..!~ :) Dan sempat beli tudung juga.

Balik tu, Solat Asar di R&R then balik rumah dulu. Plan nak makan Chinese Muslim Food kat Taipan. Restoran Al-Jazeera namanya..kalau nk tau camne rupa kedai tu..sila click sini (jumpa masa search kat pakcik Google). Dekat ngan Masjid Al-Falah. Plan menjadi. Sedap. Price not bad, kepada pecinta lamb silalah ke sana. ;)


(Isnin)

Masuk kerja awal. Awal kul 8.30. Best, rilex jek. Hari ni semangat. Sebab nak start class kan. Bak kata kawan saya, langkah pertama untuk sebuah cerita hebat. Yaa, InsyaAllah. Mintak izin balik awal kul 5.30pm. Bos izinkan, terima kasih bos! Balik tu solat asar, siap-siap terus ke kuliah dengan kereta mama. Sedikit terlewat, jalan jem plak. Besok kene lalu jalan alternatif. Hari ni blom start kuliah. Kuliah Bahasa Arab. Baru mukadimah, Alhamdulillah...Ustaz yang ajar kitorang sangat ok mudah-mudahan. Dah siap plan utk ganti class masa ramadhan. Dalam erti kata lain, bulan Ramadhan ni takde class. ;)

Sampai sini dulu, belakang dh sakit sangat nih. Tadi pergi kuliah, rasa mcm belajar kat oversea. Berdikari. Parking jauh jugak, mendaki dan menuruni bukit...takpelah, demi Ilmu, demi Allah. :)


Semoga jumpa lagi. Wasalam

July 05, 2008

Buat Sahabat

|| Pejabat, 1007||

Salam,

(Entry khas untuk sahabat saya)

Kehadapan sahabatku Cik Tropical Jingga,

Semoga anda sihat-sihat hendaknya di sana ya.

Sempena ulangtahun kelahiranmu, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-25 tahun. Dan aku kira ini adalah tahun ke-7 kita bersahabat. Dan semoga Allah memanjangkan usiamu, mengurniakan kesihatan rohani dan jasmani yang baik, semoga menjadi anak dan wanita yang solehah.

Sahabatku,

Semoga Ukhuwah kita berkekalan hingga ke hembusan nafas terakhir. Siapa sangka, perjalanan hidup yang ditentukan oleh-Nya amat indah. Sebuah pertemuan singkat dan ringkas di hadapan Klinik Penawar, Plaza Siswa telah menerbitkan ukhuwah yang begitu indah. 1st impression yang begitu jujur aku kira. Masing-masing menunjukkan the "true colour" sebenar. Tidak perlu pura-pura untuk menjadi peramah. Mungkin itu juga "tips pertemuan" hebat ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat lain. Perkenalan secara "paksaan" (credits to big boss) hehehe.


Terima kasih kerana menjadi sahabat, pendorong, kakak, teman sebilik, "reminder" dan lain-lain. Terima kasih kerana begitu memahami sahabatmu ini. Thanks for always being there for me and Thanks for everything...sayang kamu ! :)

Sahabatku,

Semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu...dan semoga apa yang diingini akan tercapai. Thanks again. Syukran sahabatku,syukran! Jazakallah.



Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku

Wasalam.

July 04, 2008

Temujanji

|| Pejabat, 1822||




Saya ternanti-nantikan tarikh ini. Kerana saya adalah pecinta buku. Perlu menabung dari sekarang. Perlu bezakan keperluan dan kehendak. Buku sudah termasuk dalam list keperluan bagi saya. :)

Oh ya, saya masih belum khatam Di Bawah Naungan Cinta. Nampaknya buku seperti itu terlalu berat untuk saya. Dalam proses menghabiskan Dalam Mihrab Cinta dan InsyaAllah akan menjenguk Travelog Haji selepas ini (mungkin selepas abah menamatkan bacaannya). Nampaknya selepas ini, kalian (merujuk kepada teman-teman rapat) boleh menghadiahkan saya buku/novel atau apa sahaja genre bacaan untuk sambutan hari lahir saya yang akan tiba beberapa bulan lagi...hehe.

Credits to Fauzan kerana saya terjumpa info Pesta Buku ini ketika menjengah laman web beliau. Jazakallah.

Sekian.Wasalam

July 03, 2008

Tazkeer

|| Room, 2316||

Menerima sms dari seorang teman. Sms berbunyi begini :

02-Jul-2008 23:20

" Tundukkan pandanganmu, Tegaskan kalimahmu, Teguhkan pendirianmu..!"

Ucapan dari saya. Terima kasih sahabatku. Jazakallah Khaira. Semoga Allah Memberkati Ukhuwah kita. Amiin~

Wasalam.

Salam Rejab

|| Pejabat, 1801||

Salam untuk semua...

Selamat Menyambut Bulan Rejab :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini