In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

June 30, 2008

Iqra'

|| Bilik,0820||

Biasalah, beberapa hari selepas convo..masih terasa haba-haba kegembiraannya kan. Walaupun ikutkan hari Jumaat ngan Sabtu tu macam tak berapa nak ada semangat bekerja pun. Tapi ku gagahi jua demi mencari beberapa suap nasi (sesuap tak cukup). Esok ni pun kerja half day, sebab pagi tu saya ada taklimat mengenai transfer credit di UiTM. Jam 8.30-12.30. Buat masa sekarang half day la, tapi mana tau kot-kot rasa macam nak terlajak one day plak kan. Tapi InsyaAllah half day koott..


Buku yang dah khatam

Selepas je habis menelaah Ayat-Ayat Cinta, minggu lepas saya telah berjaya mendapatkan lagi beberapa naskah Karya Kang Abik ataupun Pak Habib. Antaranya:

1) Pudarnya Persona Cleopatra
2) Dalam Mihrab Cinta
3) Di Atas Sajadah Cinta



Buku baru beli

Dan satu bentuk novel bukan cerita, api lebih mirip kepada motivasi Karya Ibnu Hazm El Andalusy yang bertajuk :

Di Bawah Naungan Cinta.

Secara serius dan jujurnya, buku ini saya rasakan amat amat "berat". Tak tau la saya adakah ia kerana penggunaan Bahasa Indonesia yang sejati ataupun mungkin kerana kupasan tajuknya. Saya rasakan amat berat, beberapa kali cuba untuk menenalaah namun tetap ia mengambil masa dan mood barangkali untuk memahami konteksnya. Takpa, saya cuba lagi!

Dan satu lagi buku, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman :D

Baiklah, setakat ini sahaja. Sehingga bertemu lagi. Terima kasih atas ucapan tahniah kalian. ;)



Hadiah Convo :)
From : Mama, Abah, Adik & Sisters

Wasalam.

June 27, 2008

Thank You ALLAH :)

|| Pejabat, 1545||

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam. Alhamdulillah, seperti dijanjikan akan mengupdate semula selepas selesai urusan bagi tarikh-tarikh penting seperti yang dinyatakan sebelum nih. Pertama, telah selamat mendaftar di UiTM sebagai Pelajar Luar Kampus. Dan sekarang secara rasmi bergelar Mahasiswi UiTM Kampus Shah Alam. Segala urusan berjalan lancar, perlu menghadiri taklimat pada 1hb Julai ni. Nak amik matrik kad dan juga nak tengok kalau-kalau boleh credit transfer. Kuliah InsyaAllah bermula pada 7hb Julai 2008. Excited sebab ada subject bahasa Arab sem ni. :)

Next, adalah Hari Graduasi saya yang juga telah selamat berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 25hb Jun 2008. Macam biasa, perasaan berdebar-debar dan excited sebelum nak naik stage. Tapi bila dah setel....baru rasa besar jugak Dewan Merdeka tu...hehe..

Kesempatan ini ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka-mereka yang telah menyokong saya dari kiri kanan, depan belakang. Ucapan ini untuk :

Yang terutama :
Abah, Mama & Adik - Thanks for everything, thanks for understanding...!

Yang Teristimewa :
Kak Jah, Gmah, Safra, Yan, Zurin, Nurul, Nurul's Hubby (Khairil), Aben, Bobo, Abg Cord & Family, Kak Shima. Thanks for the kepercayaan,dorongan dan semangat yg diberi..! :)

Yang Membantu :
My lecturers & Classmates & My Friend's Family.. :)

Dan semua yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung sehingga ke tahap ini. Dan kepada mereka yang telah mendoakan kejayaan kami ini (especially bloggers). Thanks. Syukran. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian. InsyaAllah, semoga posting seperti ini dapat ditulis sekali lagi untuk 3 Tahun akan datang :) InsyaAllah...




Alhamdulillah, Finally Graduated :)

Click Here For More Pics

&

Click Here For More Stories

June 21, 2008

Khatam (2)

||Bilik, 0230||

Alhamdulillah wa syukurillah.

Telah saya khatamkan novel Ayat-Ayat Cinta. Nampaknya, air mata tewas untuk bertahan di pertengahan cerita. Walaupun tidak sehebat dan mencabar Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, namun ayat-ayatnya sangat meruntun jiwa. Mungkin terlalu beremosi ketika membacanya disulami lagu dr album Opick. Walau apapun, benar seperti nota kecil di bawah tajuk besarnya. Novel ini sememangnya Novel Pembangun JIWA. Untuk diri kita kepada yang Maha Esa :)


Perlu tidur, InsyaAllah kemungkinan besar tidak akan mengupdate blog dalam masa terdekat. Mungkin selepas selesai urusan pada tarikh-tarikh penting itu.

1) Kepada Cik Tropical, sampaikan salamku kepada Cousin mu itu, pesanan sms yg sungguh bernas sekali, hehe.

2) Kepada Cik Nurul, semoga kita bertemu di hari dan waktu yang dijanjikan ya dik.

3) Kepada Kakakku (baca: kak azita) yg cantik, jangan lupa ambil pesanan tart nenasmu di rumah (sbb dh ramai sgt "merisik") dan teruskan sampaikan salam rindu saya pada adik-adik akak di sana. Jangan lupa "tempoh pertandingan" sampai bulan Julai sahaja ya.*wink*

4) Kepada Encik Ab & Kak Huda, maaf tidak dapat menyambung perbincangan kerana server down tempoh hari :p

Semoga bertemu lagi.Jazakallah khaira. InsyaAllah.


Wasalam.

Tentang Satu Rindu

|| Bilik,0209||

Tarikh PENTING bulan ini :

1) 22 Jun 2008 - Pendaftaran Pelajar Baru di UiTM , Shah Alam jam 8.30pg

2) 24 Jun 2008 - Raptai Konvokesyen , Kuala Lumpur jam 9.00pg

3) 25 Jun 2008 - Hari Konvokesyen Kolej PTPL, Kuala Lumpur jam 7.45pg

Semoga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah.

" Maha Suci Ya Rabb, Permudahkanlah, Berkatilah
& Rahmatilah urusan kami..."
Amiin~

~Penuhi jiwa ini dengan satu rindu, rindu untuk mendapatkan RahmatMu~
(Lirik Cukup Bagiku : Opick feat Gito Rolis)

Wasalam



June 19, 2008

Tick Tock

|| Office, 1258||

Alhamdulillah, ana bikhair (although not fully recovered). A big thanks for those who cares about me and wished for me. Syukran. May Allah bless all of you...

For now...counting the days...Hopefully it will be the best day ever for me, my family andmy friends ;)

Till we meet again, InsyaAllah.

Wasalam.

June 17, 2008

It's A Test

|| Ruang Tamu, 0936||

Salam,

Hari ini saya MC. Demam. Selsema.Batuk.Sakit Tekak.Doctor kata tak serious. Cuma kerongkong kurang sihat.Saya bawak balik ubat satu beg. Ubat Demam.Antibiotik.Selsema biasa.Selsema Mengantuk.Ubat kumur.Kene bayar RM35.Dapat satu MC.Boleh rehat.Alhamdulillah Segala Puji Hanya BagiMu~

"Jangan makan cili dan ais. Pantang 3 hari. Ok..?" kata doctor

Air sejuk bukan categori ais kan..? (degil)

Wasalam.

June 16, 2008

Allignment & Balancing

||Bilik,0048||

Blom boleh tidur...walaupun dah beberapa kali menguap sebenarnya...sebenarnya, selain dari convo..saya ada teringat..sebelum convo, saya ada satu lagi tarikh penting...amat PENTING.

Saya baru teringat (bukan lupa) bahawasanya dua hari sebelum convo, saya perlu ke UiTM untuk register sebagai pelajar di sana. 22hb June 2008 bertempat di Dewan Sri Budiman. MasyaAllah, yang ni excited jugak. Yang buat sedikit cuak sebab kene check balik Check List. Nanti karang ada plak yang tak bawa...huhu..

Lepas tu, tadi sembang-sembang ngan Mak Teh...tiba-tiba dah terasa aura "ke'busy'an" saya nanti. Rutin hidup akan berubah sama sekali, wallahualam sebab tatau jadual lagi kan. Tapi yang pasti dah takde masa nak berehat-rehat waktu malam. Dalam erti kata lain, tugasan dan tanggungjawab bertambah untuk weekdays. Siang bekerja dan malam ke kelas. Subhanallah..semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini..amiin~

Macam biasa...sebagai Inspirasi untuk berjaya..saya perlu mendapatkan sokongan dan restu mama, abah, adik serta teman-teman. Doakan kejayaan saya..! InsyaAllah :)

Asy Syu’ara : 83 :
" Ya Tuhan kami, berilah aku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan
orang-orang yang soleh.."

Amanah dan tanggungjawab bertambah...jadi perlu istiqamah. Ingatkan diri, perlu lebih menghargai masa. Imbangkan dunia dan akhirat...Sesungguhnya padaMu Ya Rabb...aku berlindung...kurniakanlah sifat kesabaran dalam hati hambaMu ini...amiin. :)

Ok, dah lega...boleh tidur..selamat malam.

Wasalam

June 15, 2008

Happy Father's Day Abah :)

||Bilik,2326||

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya saya punya juga waktu yang terluang untuk memberikan satu post..bukan pose..tp post entry Istimewa sempena Hari Bapa hari ni.

Seperti yang dinyatakan dalam entry semalam, kami (baca : saya,mama & adik) telah membelikan sepasa baju batik terengganu sebagai tanda penghargaan kami kepada abah yang telah menjadi pelindung kepada kami, yang telah memimpin kami sekeluarga. Jadi hari ni, kebetulan keluarga pok teh juga berkunjung ke rumah kami. Seterusnya mengadakan sedikit makan-makan sempena menyambut hari bapa. Simple, hanya bakar-bakar seafood. Sotong, udang, ikan kembung dan daging ;). Saya pun ada buatkan sikit Orange Cake dan Tart Nenas. (Kak ita, nanti boleh claim kuih tu ya...janji tertunai. Dah siap ;)...Jika mama dulu saya buat kejutan khas dengan memberikan ucapan di Radio...tapi untuk abah pun meriah jugak..sebab kami buat makan-makan.


My Precious ; Mama, Adik & Abah ;)

Ucapan untuk Abah...terima kasih kerana telah menjadi pemimpin, pelindung dan pendidik bagi kakak dan adik. InsyaAllah, kami akan lakukan yang terbaik untuk Abah dan Mama... :) We love ya always...and you're always b the KING in our heart...thanks for everything... & May Allah showered you with HIS Blessings... :)



With our Lovely Abah @ Abeer Garden, Makkah ;)

And Happy Father's Day to All Fathers in the World :)

Sekian,wasalam.

Sabtu

||Bilik,0040||

Hari ni hari Sabtu. Hari ni saya kerja tak sampai half-day pun. Sebab jam 11 dh berangkat pulang. Perlu bergerak ke USJ kerana ingin membetulkan wheelchair adik yg dh hampir rosak tayarnya. Ntah apa dia buat kat sekolah agama pun tak tau...sampai nak tercabut tayar..hehe.

Lepas ke USJ, kami ke Mydin. Tujuannya untuk membeli barangan dapur sahaja. "Kita beli telur ngan susu je..." pesan mama. Ya..kami (baca: saya dan adik) menurut perintah. Sampai di Mydin USJ, saya menyatakan hasrat kepada mama untuk membeli sepasang baju batik untuk abah sempena Hari Bapa dan baju baru untuk adik dipakai masa convo. Dan juga sehelai selendang hijau untuk dipadankan bersama jubah hijau saya yg dibeli di Madinah hari tu. Ya, saya akan memakai jubah hijau semasa convo. Walaupun saya lebih selesa dan yakin memakai jubah hitam. Tapi bagi menghormati dan mentaati permintaan mama dan kakak saya (baca: kak azita) saya menurut perintah sekali lagi. (Walaupun rasa baju tu mega mcm baju pengantin..huhu)

Selesai membeli baju batik terengganu untuk abah, saya juga menjumpai selendang hijau yang menarik perhatian saya. Kemudian, saya mengajak mama untuk mencari anak tudung yang bersesuaian. Dari kedai batik ke kedai tudung yang kami kenal. Bersungguh makcik tu carikkan mini tudung utk dipadankan dengan selendang hijau tu...sedang cuba memadankan warna apa yang bersesuaian..makcik itu sempat bertanya kepada saya.." Ni..nanti adik nak pakai untuk nikah ke..?"
"Eh..?" balas saya terpaku dengan soalan itu...dengan "cool" dan tersenyum saya menjawab..."Untuk convo makcik..." :) Makcik itu membalas senyuman lalu menawarkan harga terbaik untuk saya...terima kasih makcik..InsyaAllah saya akan berkunjung lagi ke kedai makcik ya...~

Kemudian, kami terus ke ruangan hypermarket..untuk membeli "dua" jenis barang dapur yang dipesan mama tadi...dan ya, kiranya kita ni hanya manusia yang mampu merancang..tapi Yang Maha Esa akan menentukan...mama tewas. Hehehe...tewas dengan tawaran harga di sana. Tapi bukan membazir..memang kami beli barang keperluan..yg semakin kentandusan di rumah... ;) ok lah tu..~~

Seterusnya, kami berhenti untuk minum di medan selera...dan sebelum bergerak ke kereta..saya sempat bgtau mama untuk ke tandas sebentar...Ya, saya tak tipu..mmg ke tandas..tp dalam perjalanan saya ke kedai Brooch sebentar. Belikan sesuatu untuk mama...ya la, hajat di hati nak juga beli baju baru utk mama...tapi keadaan stabiliti wang tidak mengizinkan..jadi sebagai "tanda" pemberian dr saya...saya belikan 2 pasang brooch untuk mama...tanpa pengetahuan sesiapa pun. Hanya saya dan Allah.. ;)

Bila pulang...sessi penyerahan hadiah kepada abah, adik mencuba kot barunya....dan mama hanya melihat. Sebelum tu dah bgtau adik tentang hadiah mama. Adik sepakat...sedang mama duduk-duduk...saya keluarkan sebuah kotak kecil dr beg. Bagi pada adik..dan adik menyempurnakan penyerahan itu pada mama. Sangkanya, saya mahu tunjuk barang saya beli...tapi ternyata..telahan mama meleset sama sekali. Itulah hadiah untuknya dari kami...untuk mama pakai masa convo saya nnt...mama suka. Alhamdulillah..

Dan saya..menanti hari itu tiba..tinggal seminggu sahaja lagi...penuh debaran..sebelum tu saya perlu mendaftar dahulu...doakan semoganya berjalan lancar...amiin~

Sekian,wasalam.


June 14, 2008

Piala Pusingan

"...n sekarang sy menanti sms dari beberapa org ..xkesah la sms utk bertunang or kawin ..
  1. nurhazwani cek mat
  2. nur syazwani rosli
  3. azreen ahmad zainal
  4. nurzaidah zawardi(myb silap eja kot nama ur father)
dear friends i'm waiting ;p da~~..."

cerita lanjut

dipetik dari blog adik saya....ada tertera nama saya disitu...Baiklah, untuk tidak menghampakan adik saya itu...InsyaAllah..satu HARI nnt awak pasti akan terima sms dr kakakmu ini...pasti InsyaAllah, hanya Dia yang akan tentukan MASAnya dan Gerangannya :)

.Wasalam.

Done

||Bilik,0117||

Alhamdulillah wa Syukurillah...akhirnya, malam tadi selesai sudah bacaan saya untuk buku kedua Ketika Cinta Bertasbih. Kiranya seperti kata teman baru saya...bagai "tersihir" membaca dwilogi pembangunan jiwa karya Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy). Dan seperti pertanyaan teman baik saya.." Beb, ko nangis tak..?" Oh ya, dengan kesantunan saya menjawab..."Beb, mestilah nangis..!~"

Secara ringkasnya, saya benar-benar amat mengkagumi watak seperti Kang Azzam (Khairul Azzam). Anak muda yang kecewa, susah tapi Merdeka. Teguh dengan prinsip sebagai lelaki Muslim. Sabar dan diplomasi..wah wah. (tinggi btol cita-cita) hehehe..

Seterusnya, bakal meneruskan pembacaan Ayat-Ayat Cinta pula...dan berangan-angan nak mendapatkan buku-buku seterusnya...(oh abah...pleeaseee...) :D

Life hari ini...biasa sahaja. Cuma tadi siang dapat khabaran bahawa Dik Nurul pula kene allergic dan kakinya terseliuh akibat terpelecok di kamarnya. Semoga tabah ya dik...makan ubat dan jaga diri. Semoga semuanya baik menjelang hari "bahagia" kita...hehe.. ;p

Dan untuk sahabat baik saya yg kini berada di Hospital KB kerana menemani makciknya...saya nantikan hidangan pulut kuning anda sempena majlis khatam buku cerita ni... :p

Dan kepada pembaca yang lain...marilah kita berusaha menjadi mukmin yang lebih baik ~ :) Aminn~

Sekian,wasalam.

ps: biarkan "ianya" berjalan secara Alamiyyah...ya, Dia tahu yg terbaik untuk kita...hanya Dia yang akan tentukan..~

June 12, 2008

Khatam

|| Pejabat,1712||

Siang tadi, sewaktu berisitirehat di rumah (waktu lunch)...sempat menghabiskan 'kitab' pertama Ketika Cinta Bertasbih (1)...dalam proses penyambungan episod kedua...

Dan kepada "insan" yang janji nak buat pulut kuning lepas saya khatam kedua-dua buku...bolehlah mula membeli pulut untuk ditanak ya....hehehe :p

Setakat ini sahaja. Sekian.Wasalam :)


June 11, 2008

Obses

|| Bilik,2332||

Malam ini pun masih tidak mahu berposting panjang lebar. Sedang "obses" untuk menamatkan bacaan Ketika Cinta Bertasbih Episod 1. Terasa seperti diri ini terbang ke Mesir. Benar kata sahabat saya suatu ketika dulu. Membaca buku ini membuatkan kita rasa "dijajah". Dijajah dengan penggunaan bahasa indonesianya...dan juga dijajah dengan suasana Mesirnya. Oops, terlebih sudah kan..~

Malam ini, mama kurang sihat. Jadi tugas saya mengambil alih kerja-kerja di dapur untuk menyediakan makan malam. Menunya simple lagi senang. Gampang aja...tema saya berasaskan kunyit. Iaitu, ikan masak lemak cili api bersama ikan goreng bersama kicap pedas. Dimakan bersama nasik panas. Mudah kan..? :)

Sekian dari saya.


-lauk makan malam-

June 10, 2008

Hari ini...

||Bilik,2317||

Salam..

Entry ringkas untuk malam ini. Hari ni..malam ini lebih specificnya..adik dah lancar baca Doa Lepas Solat...Alhamdulillah.Sgt tersentuh dgr dia baca... Baru 3 hari dia belajar...hari ni sungguh lancar.

Lepas ni adik hafal ya...mudah-mudah boleh jadi Al-Hafiz one day... InsyaAllah, semoga Dia perkenankan Mission akak ni... ;)

Adik baru 9 tahun..perjalanan masih panjang...semoga tabah & sabar! Amin ya rabbalamin :)


"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)..."
[Surah Al-Kahfi , Ayat 10]

wasalam


June 09, 2008

Di saat ini....

|| Bilik,2329||

...saya rasa amat kepenatan...keletihan...saya ingin berehat...

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan ketabahan hati...semoga Allah kurniakan saya sifat keSABARAN yang tinggi....Semoga Allah dapat menjadikan saya wanita yang solehah...InsyaAllah...aminn~

Kadang-kadang (selalu mungkin) kita sanggup bersengkang mata semata-mata nak habiskan novel...sanggup bersengkang mata nak tgk drama jepun 8 siri...sanggup bersengkang mata semata-mata nak tunggu lagu kegemaran abih di download...tp nak bersengkang mata nak baca Quran....? ...peringatan untuk diri sendiri...sesungguhnya dengan membaca Quran jiwa kita akan tenang....Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati ini...Allahuakbar..~

Mahu tidur...jumpa lagi~

Wasalam.