In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

June 14, 2008

Done

||Bilik,0117||

Alhamdulillah wa Syukurillah...akhirnya, malam tadi selesai sudah bacaan saya untuk buku kedua Ketika Cinta Bertasbih. Kiranya seperti kata teman baru saya...bagai "tersihir" membaca dwilogi pembangunan jiwa karya Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy). Dan seperti pertanyaan teman baik saya.." Beb, ko nangis tak..?" Oh ya, dengan kesantunan saya menjawab..."Beb, mestilah nangis..!~"

Secara ringkasnya, saya benar-benar amat mengkagumi watak seperti Kang Azzam (Khairul Azzam). Anak muda yang kecewa, susah tapi Merdeka. Teguh dengan prinsip sebagai lelaki Muslim. Sabar dan diplomasi..wah wah. (tinggi btol cita-cita) hehehe..

Seterusnya, bakal meneruskan pembacaan Ayat-Ayat Cinta pula...dan berangan-angan nak mendapatkan buku-buku seterusnya...(oh abah...pleeaseee...) :D

Life hari ini...biasa sahaja. Cuma tadi siang dapat khabaran bahawa Dik Nurul pula kene allergic dan kakinya terseliuh akibat terpelecok di kamarnya. Semoga tabah ya dik...makan ubat dan jaga diri. Semoga semuanya baik menjelang hari "bahagia" kita...hehe.. ;p

Dan untuk sahabat baik saya yg kini berada di Hospital KB kerana menemani makciknya...saya nantikan hidangan pulut kuning anda sempena majlis khatam buku cerita ni... :p

Dan kepada pembaca yang lain...marilah kita berusaha menjadi mukmin yang lebih baik ~ :) Aminn~

Sekian,wasalam.

ps: biarkan "ianya" berjalan secara Alamiyyah...ya, Dia tahu yg terbaik untuk kita...hanya Dia yang akan tentukan..~

2 Komen Balas:

Aina Ana said...

Dah habis? Alhamdulillah. Tak sabar juga nak dapatkan buku tu. Buku-buku karya Kang Abik akak dah ada semua. Ayat-ayat Cinta novelnya lagi bagus dari movie nya.

Mya Sakura said...

Yup kak..KCB2 saya amik masa satu hari satu malam membacanya..hehe. Pantang ada masa terluang..nasib mama kasik can.. :D

Bestnye semua buku dh ada..saya baru nk pi carik yg lain2..sy dlm proses nak baca Ayat-ayat cinta (abah baru abih baca)..dan belum tgk juga movie nya.. ;)

Beli laa kak, boleh baca dlm flight nnt..;p