Hari ni hari Sabtu. Hari ni saya kerja tak sampai half-day pun. Sebab jam 11 dh berangkat pulang. Perlu bergerak ke USJ kerana ingin membetulkan wheelchair adik yg dh hampir rosak tayarnya. Ntah apa dia buat kat sekolah agama pun tak tau...sampai nak tercabut tayar..hehe.
Lepas ke USJ, kami ke Mydin. Tujuannya untuk membeli barangan dapur sahaja. "Kita beli telur ngan susu je..." pesan mama. Ya..kami (baca: saya dan adik) menurut perintah. Sampai di Mydin USJ, saya menyatakan hasrat kepada mama untuk membeli sepasang baju batik untuk abah sempena Hari Bapa dan baju baru untuk adik dipakai masa convo. Dan juga sehelai selendang hijau untuk dipadankan bersama jubah hijau saya yg dibeli di Madinah hari tu. Ya, saya akan memakai jubah hijau semasa convo. Walaupun saya lebih selesa dan yakin memakai jubah hitam. Tapi bagi menghormati dan mentaati permintaan mama dan kakak saya (baca: kak azita) saya menurut perintah sekali lagi. (Walaupun rasa baju tu mega mcm baju pengantin..huhu)
Selesai membeli baju batik terengganu untuk abah, saya juga menjumpai selendang hijau yang menarik perhatian saya. Kemudian, saya mengajak mama untuk mencari anak tudung yang bersesuaian. Dari kedai batik ke kedai tudung yang kami kenal. Bersungguh makcik tu carikkan mini tudung utk dipadankan dengan selendang hijau tu...sedang cuba memadankan warna apa yang bersesuaian..makcik itu sempat bertanya kepada saya.." Ni..nanti adik nak pakai untuk nikah ke..?"
"Eh..?" balas saya terpaku dengan soalan itu...dengan "cool" dan tersenyum saya menjawab..."Untuk convo makcik..." :) Makcik itu membalas senyuman lalu menawarkan harga terbaik untuk saya...terima kasih makcik..InsyaAllah saya akan berkunjung lagi ke kedai makcik ya...~
Kemudian, kami terus ke ruangan hypermarket..untuk membeli "dua" jenis barang dapur yang dipesan mama tadi...dan ya, kiranya kita ni hanya manusia yang mampu merancang..tapi Yang Maha Esa akan menentukan...mama tewas. Hehehe...tewas dengan tawaran harga di sana. Tapi bukan membazir..memang kami beli barang keperluan..yg semakin kentandusan di rumah... ;) ok lah tu..~~
Seterusnya, kami berhenti untuk minum di medan selera...dan sebelum bergerak ke kereta..saya sempat bgtau mama untuk ke tandas sebentar...Ya, saya tak tipu..mmg ke tandas..tp dalam perjalanan saya ke kedai Brooch sebentar. Belikan sesuatu untuk mama...ya la, hajat di hati nak juga beli baju baru utk mama...tapi keadaan stabiliti wang tidak mengizinkan..jadi sebagai "tanda" pemberian dr saya...saya belikan 2 pasang brooch untuk mama...tanpa pengetahuan sesiapa pun. Hanya saya dan Allah.. ;)
Bila pulang...sessi penyerahan hadiah kepada abah, adik mencuba kot barunya....dan mama hanya melihat. Sebelum tu dah bgtau adik tentang hadiah mama. Adik sepakat...sedang mama duduk-duduk...saya keluarkan sebuah kotak kecil dr beg. Bagi pada adik..dan adik menyempurnakan penyerahan itu pada mama. Sangkanya, saya mahu tunjuk barang saya beli...tapi ternyata..telahan mama meleset sama sekali. Itulah hadiah untuknya dari kami...untuk mama pakai masa convo saya nnt...mama suka. Alhamdulillah..
Dan saya..menanti hari itu tiba..tinggal seminggu sahaja lagi...penuh debaran..sebelum tu saya perlu mendaftar dahulu...doakan semoganya berjalan lancar...amiin~
6 Komen Balas:
lagi seminggu je ;p bole la start tak tido malam dah
hehehe..pahtu jadi Zombi masa hari kejadian :p
Nak konvo? Dulu wanie belajar kat mana? Course apa? Wah! bestnya dia.. :D
Alhamdulillah, yup..25hb ni kak..hehe akak dh selamat di Ireland pun.. :D. Dulu saya belaja kat PTPL Shah Alam, amik management course...hehe..excited ni kak, 1st time nak convo.. :D
Tp lepas ni sambung jd student UiTM plak..InsyaAllah ;)
ye ke? alhamdulillah. ambik course apa plak kat UiTM? akak Dip & Degree kat UiTM Shah Alam juga. Merasa la konvo 2 kali.
kak ana,
saya amik Human Resources management..amik PLK kak..class malam..siang kerja :)
yeah..insyaAllah..saya akan convo lagi skali..beberapa tahun akan datang..hehe..doakan ya! ;)
Post a Comment