Salam...
Pagi ni..tak sejuk sangat...macam pagi semalam...tapi Alhamdulillah...DIA masih 'mengejutkan' aku untuk bangun seawal ini...Subhanallah.. :)
Demam Imtihan dah bermula...demam assignment pun dah bermula...doakan kami student2 PLK ni...doakan semoga kami berjaya menempuhinya...InsyaAllah..amin~
Dan untuk sahabat saya yang kini "mengambil" kursus penjagaan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun...hehe. Selamat aku ucapkan...semoga pulang dengan penuh "pengalaman" dan mengajar enti makna kesabaran...hehe
Dan untuk yang berkenaan...lenkali nak pi 'main jejauh'..habaq siap2 laa na...kalo tak nnt cek hantaq komen banyak-banyak lagi ..hehe...nnt abihs imtihan cek berusaha tidoq awai na.. kott...lagu-lagu cek mintak jangan lupa 'pos'...bila-bila senang (^_^)
Ok..dah azan..
Illaliqa~
Wasalam
ps: kak jah, cepat balik...aku rindu sama kamu...hehe
Orchid City
0555am
August 26, 2008
Demam Imtihan
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 5:49 AM 0 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary, Thoughts
August 25, 2008
Thank You Allah
Salam...
Finally, untuk beberapa hari "mendiamkan" diri dari arena pemblogan saya dapati lebih banyak yang "dapat dilihat" dan "dinilai". Walaupun saya masih lagi belum mendapat apa-apa "jawapan" mahupun "petunjuk", tapi seperti kata sahabat saya "It's a good sign". Walaupun jauh di sudut hati saya terselit 95% keyakinan dengan kata-kata itu, ada juga 5% untuk mengatakan tidak..terpulang... Masa masih panjang... :)
Stupid Mistake
Sebelum mula menaip kembali...banyak yang perlu ditimbang kira...malah saya hampir-hampir membuat "stupid mistake" untuk terus berdiam diri. Saya alpa bahawasanya DIA lebih mengetahui untuk apa yang perlu saya lakukan...DIA lebih mengetahui isi hati saya...dan DIA lebih mengetahui dari apa yang KITA tahu. Mungkin dengan "stupid mistake" ini, membuatkan saya lebih DEKAT dengan-Nya...mungkin dengan "stupid mistake" ini membuatkan saya boleh berfikir secara lebih matang...mungkin dengan "stupid mistake" ini dapat membuka hati saya...jadi saya tidak kata perkara seperti "stupid mistake" ini sia-sia or really stupid...tapi saya bersyukur...kerana apa? Only HE knows...only HE knows what'd happened and what'd changed untuk tempoh yg masih belum mencecah sebulan penuh lagi...(since kalau 'tengok' history message archive..it's started in 30 Rejab 1429)
Bersangka Baik.
Untuk sekarang...saya hanya perlu bersangka baik...kerana bersangka baik itu..besar nikmatnya... dan saya harus lebih banyak belajar mengenai sabar... :)
Dan pada masa yang sama...sementara menunggu..saya harus kembali kepada komitmen-komitmen saya yang sebenar...back to basis...which..telah agak saya abaikan sedikit dlm beberapa ketika...mohon maaf kepada yang terlibat...
Dan, jauh di sudut hati...saya masih mengharapkan untuk INI... :)
I've create the flow...and I'll go with the flow...and HE will lead the path...that's it.
Illaliqa'~
Wasalam
Orchid City
0450am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 4:44 AM 0 Komen Balas
August 20, 2008
Be Right Back
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
****************************************************************************************
ps: mai jenguk sekejap...pasnih 'beruzlah' kembali...Illaliqa'~ :)
utk X-Roomate , terima kasih kerana menerima daku sbg sahabat "seadanya".. =)
utk Dik Nurul, you know "where" to find me ya sis...
utk Kak Huda, thx for the award..InsyaAllah will post it soon...
utk ChEeKyEs, saya rindu kalian :(
utk yang lain...I'll be Back soon...
wasalam.
orchid city
12:48pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:39 PM 0 Komen Balas
Labels: Diary, Doa, Lirik/Lagu, Ucapan
August 18, 2008
August 16, 2008
Iklan
Salam..
Saja nak update....tadi masa tengok-tengok Akademi Nasyid...ada laa satu iklan ni...Radix Cola...tetiba rasa terpengaruh plak dengan kesedapan air tuh...hehe...rasanya sebab budak-budak yg berlakon tu kot..." Mak kata..air ini sedap..", "Mak kata...air ini halal", " Sedapnya" kata seorang anak mat salleh yang putih melepak itu dengan pelat2 inggeris melayunya...kerana saya bukanlah pecinta air berkarbonat sebenarnya...oh tidak...saya memang mudah terpengaruh dengan iklan...
Saya teringat dulu saya pernah teruja nak beli panadol kanak-kanak..kerana iklannya yang comel...berlatarbelakang lagu Lions Sleeps Tonight :p
Ok, itu aja...sedang menantikan dua perkara untuk bulan Ogos ini sebelum kita memasuki Bulan Penuh Barakah :)
1) Final Piala Malaysia (Kedah vs Selangor)
2) Final Akademi Nasyid
Illaliqa'~
Wasalam
Orchid City
11:58pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:40 PM 0 Komen Balas
Kerana-Nya Kita Bertemu
"...salamun alaik !
tertarik dgn tulisan kakak sy sorg nie [blog beliau] .. sejak alpha lg dan antara org yg berjaya menarik sy dr alam 'hitam' kampus .. iaitu ke Institusi Usrah ..
tertarik dgn posting "Alexandria" beliau ..
kota yg bersempadan dgn Eropah dan berdekatan dgn negara Turki itu diselimuti udara nyaman dan segar dr Laut Meditranean juga dihiasi dgn keindahan pantainya yg cukup mempesonakan ..
ya Kak Hazwani .. anda wajib ke sana .. melawat bumi Anbia' !
ya .. sy merindui tempat tersebut .. dan di sini dikongsikan sedikit gamba kenangan di sana...."
Petikan daripada blog beliau
**************************
Salam,
Ya...sebuah entry ringkas lahir dari tulisan seorang adik...kesinambungan dari "cerita" Alexandria saya. Entri ringkas beliau yang bisa membuatkan air mata saya menitis (sangat tersentuh). Bait-bait pada barisan awal penulisannya membuatkan saya rasa benar-benar terharu dan dihargai. Secara jujurnya dik, ayat-ayat kamu itu terlalu "tinggi nilainya" untuk akak terima...Sesungguhnya, yang BAIK itu datang hanya daripada-Nya...Segala Puji Hanya Bagi Allah, mempertemukan kami (kakak-kakak) dengan adik-adik sebaik kalian...daripada hanya "tugasan" dan "amanah" yang diarahkan sbg seorang senior, terbinalah sebuah ukhuwah.Tiada apa yang lebih indah, jika ukhuwah dibina berpaksikan ke jalan-Nya... :)
Dan InsyaAllah...satu hari nanti, jika dipanjang umur & dimurahkan rezki..akak akan berkunjung juga ke Bumi Anbiya' itu...hanya dengan izin Allah~
Akak berharap semoga kita semua bertemu kembali suatu hari nanti...dan semoga ukhuwah kita berpanjangan dan diberkati oleh-Nya.. :)
Dan sebagai penghargaan...logo ini...institusi ini (terutama kakak-kakak & abang-abang)...membawa impak besar untuk sebuah "anjakan paradigma" dalam diri saya...Dan di sini juga DIA telah menyusun pertemuan kami semua...Allahuakbar..!
Sekali lagi...buat adikku, Jazakallahu Khairan Katheero ..
Illaliqa'~
Wasalam
Orchid City
0217am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 1:55 AM 2 Komen Balas
August 14, 2008
Nawaitu
Salam,
Baru saya perasan, hari ni adalah 14 Ogos 2008. Saya masih ingatkan hari ini adalah 13 Ogos 2008. Sebenarnya tarikh 14hb tu bukanlah tarikh penting untuk saya ingat, malah memang saya sengaja cuba "melepasi" tarikh ini. Untuk mereka yang sudah ketahuan tentang perihal tarikh ini...YA, keputusan muktamad memang telah saya buat. Saya tidak pergi untuk Temuduga Ujian Fizikal yang sepatutnya saya hadirkan diri hari ini di Putrajaya.
Memang mula-mula tu agak bersemangat untuk menjalaninya, tetapi setelah difikir, dicongak,ditimbangtara, membuat imbangan duga dan sebagainya, saya memilih untuk TIDAK menyertai "pasukan" itu. Memanglah boleh dikatakan saya agak melepaskan peluang besar untuk bergaji lebih "lumayan"...tetapi seperti yang telah saya nyatakan, GAJI bukanlah tarikan untuk saya. Buat masa ni...saya lebih senang menjawab soalan orang jika mereka bertanyakan pekerjaan saya dan Dengan sukacita saya maklumkan pekerjaan saya adalah Kerani Pejabat di sebuah kedai hardware. ;)
Pekerjaan saya hanya melibatkan urusan pejabat, kertas-kertas dan komputer. Tidak melibatkan urusan dengan pihak luar....tiada department yang pelbagai. Staff pejabat hanya 2 orang...kebiasaannya, saya berseorangan dalam pejabat. Sayalah akauntan, sayalah typist, pencari fail, operator... :). Hanya kepada menganggap alasan saya untuk terus bekerja di sini boleh diterima pakai...adalah mereka yang memahami.
Baru sebentar tadi dapat panggilan dari Mama, katanya baju-baju tempahan sudah siap..kecuali...baju saya. Dan...baju saya tu tidak akan siap kerana si Tukang Jahit tidak berani membuatnya. Sudah saya jangka sejak dari awal. Mungkin agak sukar untuk tukang jahit itu cuba membuat jubah saya. Baju kurung..? Kurang berminat...Tak apalah, mungkin sudah niat awal saya lagi untuk memakai jubah hitam yang dibeli di sana pada hari raya tahun ni. Saya minta mama simpan sahaja kain itu dahulu....mungkin boleh dijahit untuk hari-hari lain..mungkin untuk 18 Zulhijjah 1429H ;) Dan saya juga menantikan bungkusan berisi "selipar terpakai" untuk tarikh itu...dan kepada yang berkenaan...jangan ada niat cuba melupakan tarikh itu..kelak akan dituntut..ok? ;p (amcam, gerun tak?)
Wasalam
Orchid City
1608pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 3:49 PM 0 Komen Balas
Alexandria & Sumbu~
Salam,
Malam tadi sebelum melelapkan mata, sempat saya bersms dengan Cik Tropical ,mantan teman sebilik . Mungkin ayat-ayat sms kami semalam agak menyentuh kami sendiri (dan hanya kepada mereka yang memahami). Simpati, kasihan dengan diri sendiri. Kepada Al-Khaliq kami mengadu & menyerahkan segala-galanya...cuma jika dimuhasabah kembali, malunya diri ini meminta yang seperti ITU daripadaNya... sedangkan..amalan kita untukNya hanya sedikit...terlalu sedikit.
"Wanie, semoga "penantian kita penuh pengharapan" ini akan berakhir dengan indahnya..~" - Cik Tropical
Dan saya membalasnya dengan ayat yang sama pernah saya katakan pada seorang 'teman baru' saya minggu lepas di YM...
Ketika ayat itu dikatakan, saya benar-benar memaksudkannya dalam erti kata lebih halus, saya benar-benar berharap..dan saya akan menunggu di mathor dengan penuh kesabaran hingga waktu itu tiba. Jika tidak pun saya mengharapkan bahawa 'dia' akan sempat singgah sebentar sementara waktu ini dan jika 'dia' mahu terus terbang, saya sedia menunggu dengan penuh sabar. (dah macam plot citer Jepun ni) Oh ya, semalam baru saya perasan..tarikh 11.11.11 tu agak cantik juga sebenarnya ;).
********************************
Hari yang sama, di waktu siang...
Saya dan cik Tropical berbicara mengenai SUMBU (hanya ahli-ahli tetap CheEkye tau maknanya) dan Alexandria. Tidak perlulah saya nak merungkai perihal Sumbu itu di sini, nanti ada yang nak muntah takpun guling-guling membacanya...kalau nak tau jugak secara lebih terperinci dipersilakan Y!M saya (terbuka hanya untuk sahabat-sahabat sudah tersenarai sedia ada). Cuma kepentingan "sumbu" di saat-saat waktu kritikal ketika bergelar pelajar ni amat bermakna.Jarak, lokasi dan lokaliti sumbu tak penting. Yang penting "sumbu" itu wujud....walaupun... ;)
Berbicara tentang Alexandria, adalah menjadi cita-cita kami untuk ke sana suatu hari nanti. Terpengaruh dengan gambar, cerita ,novel dan....
Kenapa nak ke sana...? Saya dan Cik Tropical sepakat berkata begini...kat Alex tu cantik dan ada pantai yang cantik juga. Sekian.
*** Cik Tropical telah mengklasifikasikan posting ini adalah entry "Gedik Gersang Antarabangsa".
ps: Psstt...saya rindu sama kamu ya ukhti.. ;)
Wasalam.
Orchid City,
0808am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 7:50 AM 6 Komen Balas
August 12, 2008
Bila Musim Itu Tiba...
Salam...,
Bila musim-musim ITU tiba...tak dapat dinafikan, Malaysia ni memang banyak musim ( gaya cakap mcm laa pernah duk negara orang ja). Antara musim terdekat yang semakin hampir ialah Musim Cuti Sekolah. Macam sekarang ni selain Musim Buah-buahan sampai ada "lambakan" buah Durian, Manggis, Duku, Rambutan dan buah-buahan yang sewaktu dengannya.
Bila musim cuti sekolah dah mai...semakin rancak jugaklah kerja-kerja abang posmen hantar surat kat rumah...boleh dikatakan hari-hari jugak laa ade sampul surat bermacam-macam bentuk, warna, rupa, bau (bau..??). Tu bab peti surat...blom lagi ada "ding dong" kat rumah...mai datang menjemput. Huhu..sakan..andai katalah kad-kad jemputan tu boleh recycle atau dalam istilah 'diguna pakai' semula...sah-sah time diri sendiri nak kawen dh boleh "cut" kos..hahaharu..~
Apepun, diucapkan tahniah,congrats, omedetto, mabruk kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik...yang bakal menamatkan zaman solo mereka...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...andai kata jemputan tidak dapat dipenuhi..mohon maaf dipinta kerana tuan punya badan mempunyai komitmen terpenting di saat ini...iaitu REPLACEMENT CLASS...huhu..
Illaliqa~
Wasalam.
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:18 AM 0 Komen Balas
August 09, 2008
WANIta
Di nilai dari kesabarannya, Diperhati dari kesetiaannya,
Di tinjau dari sifat keibuannya, Allah besarkan melalui solatnya,
Puasa menjadi tradisinya, Al-Quran menjadi hiburan dan akhlaknya,
Jihad menjadi medan perjuangannya..."
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 11:34 AM 0 Komen Balas
Hari-Hari
Salam,
Diam tak diam dah masuk suku pertama bulan Ogos ni...sekejapan sungguh waktu berlalu...tapi kalo kat ofis tu bukan main 'slow' lagi pergerakan jam tu...huhuhu. Baru perasan macam agak lama jugak tak update blog...bukan sebab takde menda nak type, tapi sebab BANYAK sangat kejadian kan, selain daripada kes dalam episod Jatuhku, Bangunku Jua tu...
Diam tak diam jugak, dah lama saya ni jadi student (selalu pun mau sebut..bagi peringat).
Diam tak diam jugak dah nak masuk Test 1 (sebab tu kena peringat selalu...). Kuiz Management hari tu....urm..Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Bagi Allah.. :) 1st kuiz yang agak cemerlang, tapi mungkin sebab MCQ kot..apepun harus berusahalah lebih GIGIH untuk 2nd kuiz yang dijangka berlangsung dalam seminggu dua nih...lecturer pun dah mengenali...ok ler tew ~
Bak kata Madam ajar Eco, "Relationships between human is important" ;) Mungkin itu dinamakan tindakbalas kimia dalam badan manusia atau kata lebih afdal ialah "Chemistry"..apepun jika apa-apa kita buat pun hanya untuk menuju ke jalan-Nya...semuanya indah belaka kan? ;)
Sekarang ni, kehidupan lebih tersusun...kira macam dah boleh bajet la nak balik kul brapa..gerak gi class kul brapa..ikut jalan mana, parking tang mana..Alhamdulillah. Bila balik plak...ada gak masa nak tengokkan adik ngan study dia...ada masa nak makan (penting tuh), ada masa nak baca-baca paper (walopun pagi dah baca..) yang penting ada masa sembang-sembang ngan mama ngan abah...
Malam plak...sempat jugak nak revise apa-apa yang patut (walaupun kat class duk ngendeng ngan kak Eami tgk jawapan), ada 'masa' nak online...(limit sampai kul 1am ja ) dan paling penting juga...ada banyak masa dan peluang nak baca Quran...(tanam azam..hari-hari jangan miss,ok) :)
Everything HE had set for us...is the BEST for us...terpulang kepada kita nak ' arrange & manage' macam mana...mcm dlm istilah Management jugak :
administering and coordinating resources
effectively and efficiently
in an effort to achieve the goals... "
Dan...tarikh 08.08.08 telah berlalu begitu sahaja...tanpa mencatat apa-apa 'detik bersejarah' untuk diri ini...hehe...marilah kita melihat ke tarikh lain pula ya..~~
Illaliqa~
Wasalam
Orchid City,
1037am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 9:14 AM 0 Komen Balas
Labels: Buku, Campus Life, Diary, Thoughts
August 05, 2008
Sambutan
Salam,
Memula sekali nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Syaaban, hari ni dah 3 Syaaban 1429H. Lepas Syaaban, masuk Ramadhan...peringatan untuk diri sendiri, dah nak menjelang Ramadhan ni, sila-silalah kawal pemakanan, nanti takde "culture shock" plak perut ni...hehe.
Life, macam biasa harus diteruskan...diam tak diam dh beberapa minggu berhempas pulas menjadi Student Malam...bila dah lama-lama semakin membiasakan diri. Alah bisa, tegal biasa. Class sekarang bukan sekadar tertumpu kepada hari-hari biasa, malah kami juga akan membuat class pada hujung minggu. Seronok jugak, kalau tak...bila lagi nak merasa zaman-zaman 'muda belia' dulu gi makan ngan kawan-kawan time break.
Memandangkan ktorang takde Mid Term Break, maka dengan itu kami juga takde Mid Term Exam, yang ado Test 1 ngan Test 2 beserta Assignment juga Quiz. Jadi perlu berusaha lebih gigih dan jitu gitu..~~
Update seterusnya, okaylah nak berkongsi sket pengalaman MENARIK hari ni.
(Amaran: Dilarang Membaca Entry Ini jika anda berada di dalam Office)
Sebenarnya, hari ini hari bersejarah buat saya kerana saya telah jatuh di dalam office ok. Takde lah jatuh tergolek guling -guling ka kan...tp jatuh dengan cara terhormat (melutut gitu...cik tropical expert laa bab ni). Cumanya nak lebih MENARIK cerita ni, jatuh depan bos sebenarnya (ok rakan-rakan, jangan gelak kuat-kuat..sambung gelak kat rumah).Perasaan ketika itu? Hanya Allah sahaja yang tahu...
Puncanya, tersadung kasut sendiri (Cik Jamie plak expert bab ni..) Haha..ya,lagi satu kesalahan yang saya harus ambil iktibar, jangan suka bukak-bukak kasut dalam office. Saya pun kurang pasti bagaimana kronologi boleh terjatuh dalam office, nak kata sakit tu tak laa sangat sebab jatuh atas carpet kan. Tapi agak SENGAL la jugak ok..~
Cuma yang saya ingat, bos mai masuk bilik nak carik file...pastu dia carik-carik tak jumpa...yang saya ni kat tempat duduk dah nampak dah fail hat mana satu. Pastuh dengan rajin serta tangkasnya saya pun bangun laa nak pi amik file. Sekali tah macam mana, tengah duk sarung-sarung kasut (salah sendiri tak sarung habis dah jalan) bila melangkah tu (salah lagi tak baca Bismillah) tersadung...terus tak balance dan end up, sudah berada di posisi melutut dalam beberapa saat. (hehehe..)
Yang boss (auntie) ni plak, dah dia plak rasa bersalah. Sebab dia yang panggil tolong carikkan fail tu kan. Oh...auntie, sememangnya anda berhati mulia :p. Dah dia dok risau plak...kejap-kejap tanya ok ka tak... Well, biasalah takkan nak ngada-ngada cakap sakit kot...jawapan standard lagi macho " No, no...it's ok.." (plus senyum). Mungkin jawapan itu bisa meredakan kerisauan hati dia..hehe.
So, tu je laa nak update pun...dah lama tak jatuh kan, mengkala sekali sekala kita jatuh kan...rasa mcm "kembali" ke dunia yang nyata...yang pastinya lututku sudah mulai rasa sengal-sengal...ubat sudah dimakan. Mencegah lebih baik dari merawat , Ape2pun...Segala Puji Hanya Bagi Allah...:)
Jadi..bertemu kembali di lain masa....Illa'liqa~
Wasalam.
*ps: berhati-hati selalu... :)
Orchid City,
1542pm
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 3:02 PM 2 Komen Balas
Labels: Campus Life, Diary
August 03, 2008
August 02, 2008
Cekal
Salam,
Masih ingat entri beremosi Jumaat lepas? Nampaknya berkat KESABARAN dan KEYAKINAN kami membuahkan hasil. Alhamdulillah, hari ini..kuliah sepatutnya telah berjalan seperti biasa dengan lancar. Segala Puji Hanya bagiMu Tuhan Pentadbir Sekalian Alam... :)
Hari ini, bukan hal kuliah yang ingin saya "highlight" kan, tapi saya sedikit ingin berkongsi perasaan kaget, resah, gelisah , yakin, cekal, tabah dan perasaan sewaktu dengannya ketika saya berhadapan dengan kereta yang dinaiki hampir-hampir keHABISan petrol. Oh no kamu~
Setakat ini, Alhamdulillah saya masih belum pernah lagi berlaku kehabisan petrol di dalam mana-mana perjalanan. Namun hari ini agak menguji keyakinan hati saya. Tapi Alhamdulillah sekali lagi, DIA masih menganugerahkan sifat yakin dan sabar dalam diri saya.
Hari ini, sepatutnya memang kuliah saya pada jam 8.00 malam, tetapi oleh kerana harus berjumpa pensyarah kami untuk mengambil buku dipesan, saya ke kampus jam 6.30. Dalam perjalanan, saya sudah perasan bahawa meter minyak digital menunjukkan minyak hanya ada 2 'takuk' (2 bar). Tapi saya masih yakin bahawa ia tidak akan menurun. Tak sangka, dalam perjalalan, banyak pulak halangannya. Antaranya kesesakan lalulintas, selalu hari Jumaat yg barakah ni kurang kenderaan. Sedang "seronok-seronok" meredahi kesesakan, saya mula terperasan meter minyak sudah berkelip-kelip. Ah sudah, perjalanan masih jauh kalau diikutkan. Dalam fikiran hanya teringat mencari-cari pam petrol terdekat. Memang dekat, nampak dari dalam kereta, tapi saya rasakan begitu jauh sekali.
Sampai sahaja, dengan yakinnya...saya mengeluarkan dompet. Dengan yakinnya juga saya berfikir-fikir untuk mengisi RM20. Dengan perasaan masih yakin bahawa ada saki baki wang dalam dompet, saya membukanya. Astaghafirullah, ada not RM10 tepat beserta not RM1 ada 3 keping. Apakah? Manakah duitku? Saya cuba-cuba pula buka dompet syiling dengan harapan masih ada beberapa not RM1...tapi harapanku hampa belaka. Hanya ada duit syiling berkeping-keping. Jadi bagaimanakah? Mahu isi RM10 sahaja atau RM15 jika dicampur bersama duit syiling. Oh, masa ini masih ada lagi perasaan EGOIS yang saya kira menyusahkan diri. Tak nak pulak tu guna duit syiling. Ikutkan apalah salahnya, bukannya akak cashier tu nak gelak guling-guling pun kan. Kalau dia gelak pun, tu hal dia. Takkan pulak dia nak interkom kata " eh, dengar orang-orang kampung sekalian...budak ini bayar duit minyak guna duit syiling...! hahaha..." Oh tidak pula kan. Tapi perasaan itu masih menyelubungi di mana akhirnya saya membayar RM10 sahaja.
Dengan penuh yakin, saya mengisi ke tangki minyak. Hidupkan enjin, dengan harapan..sudah tidak berkelip-kelip. Tapi..? Masih berkelip...oh no kamu~ Takkan pula nak pergi kembali ke kaunter bayaran untuk menambah lagi RM5. Tadi gatal taknak isi. Sikap optimis mula menguasai...pergi ke kampus dengan meter minyak berkelip-kelip.
Sebelum itu, saya telah mematikan penghawa dingin, sebab pernah baca kat blog mana tah, katanya dengan tidak menggunakan penghawa dingin dapat menjimatkan petrol sebanyak 10%. Dan tidak lupa juga saya sentiasa berada di lane kiri dan memandu seminima mungkin (berkat tips seorang sahabat yang pernah kehabisan minyak di lebuhraya akibat eksperimennya sendiri). Alhamdulillah, sampai juga di kampus.
Bila waktu pulang, sekali lagi...dan berkali-kali rasanya mulut dan hati ini berdoa supaya saya serta kenderaan ini selamat sampai ke rumah. Dengan berpeluh-peluh kerana tidak memasang hawa dingin dan sedikit kerisauan dengan kereta serta bas dan lori yang banyak. Dengan keadaan malam yang semakin pekat dan gelap. Hanya pada DIA sahaja saya mengadu. Hanya pada DIA sahaja saya memohon keyakinan. Dan ALhamdulillah DIA membantu saya supaya sampai ke rumah dengan SELAMAT...
Kesimpulannya, kadang-kadang hidup jangan over confident sangat, dan jangan nak EGO atau perasan tak tentu pasal...(takde orang perasan pun) Nak-nak berkenaan dengan duit, nasib baik ade RM10...hehe.
Setakat ini dahulu...esok perlu kerja dan hari minggu ada class dari jam 9.30am-6.00pm..pesta buku? Tengok keadaan....huhu.
Illa' liqa..~
Wasalam
Orchid City
0034am
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 12:12 AM 3 Komen Balas




















