In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

August 14, 2008

Nawaitu

Salam,

Baru saya perasan, hari ni adalah 14 Ogos 2008. Saya masih ingatkan hari ini adalah 13 Ogos 2008. Sebenarnya tarikh 14hb tu bukanlah tarikh penting untuk saya ingat, malah memang saya sengaja cuba "melepasi" tarikh ini. Untuk mereka yang sudah ketahuan tentang perihal tarikh ini...YA, keputusan muktamad memang telah saya buat. Saya tidak pergi untuk Temuduga Ujian Fizikal yang sepatutnya saya hadirkan diri hari ini di Putrajaya.

Memang mula-mula tu agak bersemangat untuk menjalaninya, tetapi setelah difikir, dicongak,ditimbangtara, membuat imbangan duga dan sebagainya, saya memilih untuk TIDAK menyertai "pasukan" itu. Memanglah boleh dikatakan saya agak melepaskan peluang besar untuk bergaji lebih "lumayan"...tetapi seperti yang telah saya nyatakan, GAJI bukanlah tarikan untuk saya. Buat masa ni...saya lebih senang menjawab soalan orang jika mereka bertanyakan pekerjaan saya dan Dengan sukacita saya maklumkan pekerjaan saya adalah Kerani Pejabat di sebuah kedai hardware. ;)


Sekadar Gambar Hiasan

Pekerjaan saya hanya melibatkan urusan pejabat, kertas-kertas dan komputer. Tidak melibatkan urusan dengan pihak luar....tiada department yang pelbagai. Staff pejabat hanya 2 orang...kebiasaannya, saya berseorangan dalam pejabat. Sayalah akauntan, sayalah typist, pencari fail, operator... :). Hanya kepada menganggap alasan saya untuk terus bekerja di sini boleh diterima pakai...adalah mereka yang memahami.

********************************************************************************


Baru sebentar tadi dapat panggilan dari Mama, katanya baju-baju tempahan sudah siap..kecuali...baju saya. Dan...baju saya tu tidak akan siap kerana si Tukang Jahit tidak berani membuatnya. Sudah saya jangka sejak dari awal. Mungkin agak sukar untuk tukang jahit itu cuba membuat jubah saya. Baju kurung..? Kurang berminat...Tak apalah, mungkin sudah niat awal saya lagi untuk memakai jubah hitam yang dibeli di sana pada hari raya tahun ni. Saya minta mama simpan sahaja kain itu dahulu....mungkin boleh dijahit untuk hari-hari lain..mungkin untuk 18 Zulhijjah 1429H ;) Dan saya juga menantikan bungkusan berisi "selipar terpakai" untuk tarikh itu...dan kepada yang berkenaan...jangan ada niat cuba melupakan tarikh itu..kelak akan dituntut..ok? ;p (amcam, gerun tak?)



Wasalam

Orchid City
1608pm

0 Komen Balas: