In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

August 14, 2008

Alexandria & Sumbu~

Salam,

Malam tadi sebelum melelapkan mata, sempat saya bersms dengan Cik Tropical ,mantan teman sebilik . Mungkin ayat-ayat sms kami semalam agak menyentuh kami sendiri (dan hanya kepada mereka yang memahami). Simpati, kasihan dengan diri sendiri. Kepada Al-Khaliq kami mengadu & menyerahkan segala-galanya...cuma jika dimuhasabah kembali, malunya diri ini meminta yang seperti ITU daripadaNya... sedangkan..amalan kita untukNya hanya sedikit...terlalu sedikit.

"Wanie, semoga "penantian kita penuh pengharapan" ini akan berakhir dengan indahnya..~" - Cik Tropical


Dan saya membalasnya dengan ayat yang sama pernah saya katakan pada seorang 'teman baru' saya minggu lepas di YM...



"Dengan izin Allah, kita doakan semoga KALI INI flight 'dia' tak sangkut atau transit kat mana-mana dah..." - saya

Ketika ayat itu dikatakan, saya benar-benar memaksudkannya dalam erti kata lebih halus, saya benar-benar berharap..dan saya akan menunggu di mathor dengan penuh kesabaran hingga waktu itu tiba. Jika tidak pun saya mengharapkan bahawa 'dia' akan sempat singgah sebentar sementara waktu ini dan jika 'dia' mahu terus terbang, saya sedia menunggu dengan penuh sabar. (dah macam plot citer Jepun ni) Oh ya, semalam baru saya perasan..tarikh 11.11.11 tu agak cantik juga sebenarnya ;).




********************************
Hari yang sama, di waktu siang...

Saya dan cik Tropical berbicara mengenai SUMBU (hanya ahli-ahli tetap CheEkye tau maknanya) dan Alexandria. Tidak perlulah saya nak merungkai perihal Sumbu itu di sini, nanti ada yang nak muntah takpun guling-guling membacanya...kalau nak tau jugak secara lebih terperinci dipersilakan Y!M saya (terbuka hanya untuk sahabat-sahabat sudah tersenarai sedia ada). Cuma kepentingan "sumbu" di saat-saat waktu kritikal ketika bergelar pelajar ni amat bermakna.Jarak, lokasi dan lokaliti sumbu tak penting. Yang penting "sumbu" itu wujud....walaupun... ;)



Berbicara tentang Alexandria, adalah menjadi cita-cita kami untuk ke sana suatu hari nanti. Terpengaruh dengan gambar, cerita ,novel dan....

Kenapa nak ke sana...? Saya dan Cik Tropical sepakat berkata begini...kat Alex tu cantik dan ada pantai yang cantik juga. Sekian.

*** Cik Tropical telah mengklasifikasikan posting ini adalah entry "Gedik Gersang Antarabangsa".

ps: Psstt...saya rindu sama kamu ya ukhti.. ;)

Wasalam.

Orchid City,
0808am

6 Komen Balas:

kak Jah said...

aku dh berzaman booking 11.11.11 tu okayy... huhuuh

Mya Sakura said...

ko bukan booking 10.10.10 ke beb? huhuh..

kak Jah said...

lorrr.... 11.11.11 laaa... igt tak ari tuh reception kak sarah pun 11.11.. very x aci... huhuhu...

ko... tiap2 tahun sejak 060606 lagu duk booking :P

Mya Sakura said...

aku setiap tahun booking number...sampai laa 080808 terlepas pandangan begitu sahaja...haha..kalo 11.11.11 aku nikah 11.11am..ko amik 11.11pm..haha.. (berangan tak sudah)

A said...

haha .. gile angau memilih tarikh2 ..
wahai kakak2 ku ..
bersedia lah ..

yg penting sy xnk e-card ..
mintak sgt2 ye ..
sy nk kad kawen yg wangi2 tu ..
klo x wangi ... reject
(gile jhg)

Mya Sakura said...

wahai adikku (bukan skrg ni sebaya ke..? haha)..sama2 laah kita bersedia yek..

dont worry...akak akan mengekalkan tradisi sedia ada.. (InsyaAllah) guna kad kawen yg wangi2 tu...awk punya akak suh org tu buat extra wangi..haha..(semoga awk terima jgk kad akak..huhu)

dan utk awk juga..akak tak terima e-card ye dik :p