"...salamun alaik !
tertarik dgn tulisan kakak sy sorg nie [blog beliau] .. sejak alpha lg dan antara org yg berjaya menarik sy dr alam 'hitam' kampus .. iaitu ke Institusi Usrah ..
tertarik dgn posting "Alexandria" beliau ..
kota yg bersempadan dgn Eropah dan berdekatan dgn negara Turki itu diselimuti udara nyaman dan segar dr Laut Meditranean juga dihiasi dgn keindahan pantainya yg cukup mempesonakan ..
ya Kak Hazwani .. anda wajib ke sana .. melawat bumi Anbia' !
ya .. sy merindui tempat tersebut .. dan di sini dikongsikan sedikit gamba kenangan di sana...."
Petikan daripada blog beliau
**************************
Salam,
Ya...sebuah entry ringkas lahir dari tulisan seorang adik...kesinambungan dari "cerita" Alexandria saya. Entri ringkas beliau yang bisa membuatkan air mata saya menitis (sangat tersentuh). Bait-bait pada barisan awal penulisannya membuatkan saya rasa benar-benar terharu dan dihargai. Secara jujurnya dik, ayat-ayat kamu itu terlalu "tinggi nilainya" untuk akak terima...Sesungguhnya, yang BAIK itu datang hanya daripada-Nya...Segala Puji Hanya Bagi Allah, mempertemukan kami (kakak-kakak) dengan adik-adik sebaik kalian...daripada hanya "tugasan" dan "amanah" yang diarahkan sbg seorang senior, terbinalah sebuah ukhuwah.Tiada apa yang lebih indah, jika ukhuwah dibina berpaksikan ke jalan-Nya... :)
Dan InsyaAllah...satu hari nanti, jika dipanjang umur & dimurahkan rezki..akak akan berkunjung juga ke Bumi Anbiya' itu...hanya dengan izin Allah~
Akak berharap semoga kita semua bertemu kembali suatu hari nanti...dan semoga ukhuwah kita berpanjangan dan diberkati oleh-Nya.. :)
Dan sebagai penghargaan...logo ini...institusi ini (terutama kakak-kakak & abang-abang)...membawa impak besar untuk sebuah "anjakan paradigma" dalam diri saya...Dan di sini juga DIA telah menyusun pertemuan kami semua...Allahuakbar..!
Sekali lagi...buat adikku, Jazakallahu Khairan Katheero ..
Illaliqa'~
Wasalam
Orchid City
0217am
2 Komen Balas:
itu logo baru beb.... mana feel.... :P
"malas" letak logo lama beb...nnt extra feel.. :P
(sbnrnya aku tak jumpa pun logo lama..)
Post a Comment