In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

August 02, 2008

Cekal

Salam,

Masih ingat entri beremosi Jumaat lepas? Nampaknya berkat KESABARAN dan KEYAKINAN kami membuahkan hasil. Alhamdulillah, hari ini..kuliah sepatutnya telah berjalan seperti biasa dengan lancar. Segala Puji Hanya bagiMu Tuhan Pentadbir Sekalian Alam... :)

Hari ini, bukan hal kuliah yang ingin saya "highlight" kan, tapi saya sedikit ingin berkongsi perasaan kaget, resah, gelisah , yakin, cekal, tabah dan perasaan sewaktu dengannya ketika saya berhadapan dengan kereta yang dinaiki hampir-hampir keHABISan petrol. Oh no kamu~

Setakat ini, Alhamdulillah saya masih belum pernah lagi berlaku kehabisan petrol di dalam mana-mana perjalanan. Namun hari ini agak menguji keyakinan hati saya. Tapi Alhamdulillah sekali lagi, DIA masih menganugerahkan sifat yakin dan sabar dalam diri saya.

Hari ini, sepatutnya memang kuliah saya pada jam 8.00 malam, tetapi oleh kerana harus berjumpa pensyarah kami untuk mengambil buku dipesan, saya ke kampus jam 6.30. Dalam perjalanan, saya sudah perasan bahawa meter minyak digital menunjukkan minyak hanya ada 2 'takuk' (2 bar). Tapi saya masih yakin bahawa ia tidak akan menurun. Tak sangka, dalam perjalalan, banyak pulak halangannya. Antaranya kesesakan lalulintas, selalu hari Jumaat yg barakah ni kurang kenderaan. Sedang "seronok-seronok" meredahi kesesakan, saya mula terperasan meter minyak sudah berkelip-kelip. Ah sudah, perjalanan masih jauh kalau diikutkan. Dalam fikiran hanya teringat mencari-cari pam petrol terdekat. Memang dekat, nampak dari dalam kereta, tapi saya rasakan begitu jauh sekali.

Sampai sahaja, dengan yakinnya...saya mengeluarkan dompet. Dengan yakinnya juga saya berfikir-fikir untuk mengisi RM20. Dengan perasaan masih yakin bahawa ada saki baki wang dalam dompet, saya membukanya. Astaghafirullah, ada not RM10 tepat beserta not RM1 ada 3 keping. Apakah? Manakah duitku? Saya cuba-cuba pula buka dompet syiling dengan harapan masih ada beberapa not RM1...tapi harapanku hampa belaka. Hanya ada duit syiling berkeping-keping. Jadi bagaimanakah? Mahu isi RM10 sahaja atau RM15 jika dicampur bersama duit syiling. Oh, masa ini masih ada lagi perasaan EGOIS yang saya kira menyusahkan diri. Tak nak pulak tu guna duit syiling. Ikutkan apalah salahnya, bukannya akak cashier tu nak gelak guling-guling pun kan. Kalau dia gelak pun, tu hal dia. Takkan pulak dia nak interkom kata " eh, dengar orang-orang kampung sekalian...budak ini bayar duit minyak guna duit syiling...! hahaha..." Oh tidak pula kan. Tapi perasaan itu masih menyelubungi di mana akhirnya saya membayar RM10 sahaja.

Dengan penuh yakin, saya mengisi ke tangki minyak. Hidupkan enjin, dengan harapan..sudah tidak berkelip-kelip. Tapi..? Masih berkelip...oh no kamu~ Takkan pula nak pergi kembali ke kaunter bayaran untuk menambah lagi RM5. Tadi gatal taknak isi. Sikap optimis mula menguasai...pergi ke kampus dengan meter minyak berkelip-kelip.

Sebelum itu, saya telah mematikan penghawa dingin, sebab pernah baca kat blog mana tah, katanya dengan tidak menggunakan penghawa dingin dapat menjimatkan petrol sebanyak 10%. Dan tidak lupa juga saya sentiasa berada di lane kiri dan memandu seminima mungkin (berkat tips seorang sahabat yang pernah kehabisan minyak di lebuhraya akibat eksperimennya sendiri). Alhamdulillah, sampai juga di kampus.

Bila waktu pulang, sekali lagi...dan berkali-kali rasanya mulut dan hati ini berdoa supaya saya serta kenderaan ini selamat sampai ke rumah. Dengan berpeluh-peluh kerana tidak memasang hawa dingin dan sedikit kerisauan dengan kereta serta bas dan lori yang banyak. Dengan keadaan malam yang semakin pekat dan gelap. Hanya pada DIA sahaja saya mengadu. Hanya pada DIA sahaja saya memohon keyakinan. Dan ALhamdulillah DIA membantu saya supaya sampai ke rumah dengan SELAMAT...

Kesimpulannya, kadang-kadang hidup jangan over confident sangat, dan jangan nak EGO atau perasan tak tentu pasal...(takde orang perasan pun) Nak-nak berkenaan dengan duit, nasib baik ade RM10...hehe.

Setakat ini dahulu...esok perlu kerja dan hari minggu ada class dari jam 9.30am-6.00pm..pesta buku? Tengok keadaan....huhu.

Illa' liqa..~

Wasalam

Orchid City
0034am

3 Komen Balas:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam perjuangan...

kisah yang menarik2...saje nak share tips sikit mse blaja KHB dulu, drive 60 - 70 paling save minyak....

p/s: camne leh terdetik nak lawat makassar 2?

Mya Sakura said...

badrul aini sha'ari,

yeah, insyaAllah thanks for the tips, blh dipraktikkan semasa pulang dr kuliah..tp utk ke kuliah harus mengejar waktu..hehe tp tak laju pun 80-90 je

terdetik..sbb pernah tgk gamba2..lawa.. :D