(nak jugak...buat tajuk ala-ala kontroversi macam cik tropical...lalala~)
OK, tiada kene mengena entri dengan posting yang bakal ditaip ini.
"Kesuntukan" masa membuatkan saya kurang menaip sekarang ni. Walaupun, berbuku-buku di hati sehingga menjadi pati untuk saya coretkan sedikit sebanyak di sini. "Kesuntukkan" masa bukan bererti saya sibuk ataupun tidak punya banyak masa. Cumanya, saya masih dalam proses "pengemaskinian" ataupun dalam bahasa yang ala-ala semua orang faham iaitu "Upgrading" diri saya.
Banyak faktor yang perlu diambil kira dalam proses ini, walaupun jika kita melihat istilah atau makna proses itu sendiri ada sesuatu perkara yang harus dilakukan secara berperingkat. Untuk sesuatu yang lebih baik, saya mulakan dengan diri saya, dan kelemahan yang saya dapat kesan pada diri saya ada dari segi pembahagian masa.
Sekarang ini, saya tidak lagi membawa pulang laptop saya, tetapi hanya membawa pulang "nyawa"nya sahaja iaitu, Mr Maxis BB itu. Setelah berfikir secara rasional, setelah kuliah saya mula berkuatkuasa, peratusan untuk saya meng"online"kan diri di waktu malam adalah amat tipis. Ini adalah kerana, waktu kepulangan saya sahaja sudah hampir mencecah jam 10 malam, mestilah mahu bersihkan diri, makan,menyiapkan untuk keesokannya,jadi saya perlu lebih rasional untuk mementingkan apa yang harus dipentingkan seperti tidur.
Tidur yang mencukupi bakal menjadikan keesokkan hari yang ceria. Semuanya, InsyaAllah.
Patriotisme.
Rata-rata, blog saya baca ada menceritakan mengenai situasi di Palestine. Ada yang panjang lebar, ada sekadar nota kaki, macam-macam, pokok pangkalnya, ADA. Syabas rakan-rakan. Saya sendiri, bersimpati dengan nasib mereka yang tak berdosa di sana. Namun, saya bukanlah insan yang reti untuk meluahkan atau memberikan pendapat tentangnya. Tapi banyak cara lagi kan, yang lebih mudah. Memboikot barangan Israel dan sekutunya, saya masih dalam proses pemboikotan, sedikit demi sedikit. Cuba mencari alternatif ataupun barang gantian yang seakan. Infak wang ringgit. Oh ya, ini adalah yang paling mudah. Malahan, di tempat kerja saya juga ada menyediakn tabung khas di pintu keluar masuk kami. Mudah kan...?
Politicsme.
Bahang pilihanraya kecil juga semakin hebat. Tetapi maaf, saya sudah agak muak dengan senario politik di Malaysia. Kadang-kadang saya menjadi jemu dengan hidangan yang "sama" di mana-mana berita tempatan mahupun swasta. Kadangkala ada baiknya juga menonton kartun bersama adik, atau ditutup sahaja tv itu. Jadi, kita tungga sahaja keputusannya. Siapa menang, siapa kalah. Tunaikan tanggungjawab kalian sebaik mungkin, seIKHLAS mungkin. Oh ya, jangan lupa..saya hanyalah pemerhati bebas ;)
Hiburanisme.
Pun, sudah lama juga saya kurang mengambil tahu tentang dunia-dunia hiburan ni. Tak penting pun untuk diambil tahu. Sama juga, tipikal. Di kala, saudara seagama sedang mempertahankan negara dan agama, di sini sibuk dengan tajaan kenduri kendara yang tak sudah, ujibakat nyanyian.......ZZzzzz.
Pendapat saya? Sudahlah dan Sedarlah dan Beringatlah. :)
Robbana atina fiddunya hasanah, wafil akhiroti hasanah, waqina azabbannar...
2 Komen Balas:
memang tajuk entry ni controversial!
hehe..only the tajuk..tp intipati biasa2 je..haha :p
Post a Comment