" Saya suka bila saya nampak awak happy macam ni..."
" Mestilah..saya rasa macam ada satu semangat baru masuk...rasa best sangat..."
Ok, petikan dialog dari drama Mertua vs Menantu antara Rosyam dan isterinya Nurul Ain. Kenapa? Kerana saya sukakan karakter mereka-mereka termasuk Rizal dalam cerita ini. Di mana saya dan Kak Jah selalu mengatakan bahawa karakter Rosyam dan Rizal adalah tidak kurang dan tidak lebih seperti karakter kami. Begitu juga antara Illyana dan Nik dana Impian Illyana. Berangan? Tidaklah, berimiginasi sahaja.
Semangat baru.
Orang macam saya ni mudah menyerap semangat baru. Atau dalam erti kata lain, saya mudah menerima benda-benda baru yang mencabar. Passion become Obessesion. Mungkin itu klasifikasi ayat yang mudah saya huraikan. Mengenai kerja saya. Ramai mengatakan bidang kerja saya agak berlarian dengan apa yang saya teorikan di kuliah. Saya belajar mengenai Pengurusan Sumber Manusia tetapi bekerja di Sektor Automotif atau lebih tepat Sukan Permotoran. Jika dilihat dari mata kasar, ya, memang ada jarak jurang yang berbeza. Namun jika di"internalize" atau didalami dan dihayati, sebenarnya ia punya gandingan.
Melengkapi.
Walaupun dua bidang berbeza, namun mereka ini saling melengkapi. Allah sendiri menciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi. Allah menciptakan sesuatu perkara atau benda itu secara berpasangan. Untuk apa? Saling melengkapi. Begitu juga dengan kerja dan pelajaran saya. Saya kira,Pengurusan Sumber Manusia itu adalah sebagai wanita manakala Kerja saya adalah sebagai lelaki. Saling melengkapi bukan. Bila saling melengkapi, maka makin banyaklah ilmu yang tercipta. Bukankah menuntut ilmu itu juga Jihad ke jalan Allah. Dan perlu kita ingat, antara amalan di dunia yang akan dibawa ke sana kelak adalah ; Doa anak yang soleh, Amal jariah, dan Ilmu.
Didikan.
Mungkin dulu saya tidak nampak kenapa Abah sering mengajar saya kerja-kerja lelaki. Dari bertukang, menukar mentol,menukar fius,menampal bumbung,menukar tayar kereta, duduk bawah kereta,menukar paip dan pelbagai lagi. Nah, sekarang baru saya tahu, perkara-perkara itu akan memudahkan kita. Walaupun tidak tahu banyak, sekurang-kurangnya saya tahu sedikit. Better than never. Begitu juga dengan Mama, mengajar saya masak sejak kecil,membuat kerja rumah,dan kerja-kerja berkaitan dengan kewanitaan. Pun sama, impaknya sudah kelihatan.
Atas kaki.
Berdiri di atas kaki sendiri atau berdikari. Bukan ego mahupun sombong. Kadangkala ada yang salah mentafsir. Saya dididik untuk cuba menyelesaikan atau merungkai masalah sendiri. Dengan tenang, dengan logika. Saya masih mencuba ke arah itu. Semoga Allah memandu hati ini.
Agressif.
Bekas teman sebilik saya mengatakan saya ini agak agressif. Mungkin benar. Saya punya sebab-sebab tertentu mengapa saya agressif pada masa tertentu dan keadaan tertentu. Kadangkala saya rasa saya adalah orang yang gemar merebut peluang, namun hakikatnya saya orang yang merasai peluang namun sering membiarkan begitu sahaja atau lambat bertindak.Saya paranoid.Saya suka berfikir. Apa kata orang,apa persepsi orang. Walhal, bak kata Bibah, orang tak kisah pun. Saya perlu kikis sedikit sifat pasif dalam hati ini. Sedikit, mungkin debu-debunya sahaja. Tidak boleh semua, bimbang jadi lain pula.
Ais.
Saya rasa ais itu semakin mencair. Baguslah.
January 16, 2009
Yang pernah...
"Tidak guna ada ilmu jika tidak menghayati"
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 8:17 AM
Labels: Diary, Family, Friends, Working Life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Komen Balas:
Mungkin istilah lebih baik ASSERTIF berbanding AGRESIF dalam ilmu Human Resource, tak gitu? :D
assertive..haha mungkin ya juga :D
ko agresif dalam bab.... hahaha...
scr luarannye... aku nmpk lebih agresif.. walhal.. huhu..
aku rasa mcm rindu plak dkt Bibah... rasa mcm siufff kene batang idung time die ckp... "sbnrnye org pun x kesah pun.. x de org nampak pun.."
kahkakahkah...
Post a Comment