In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

January 11, 2009

OverTime

Hari ini dan esok, saya bekerja lebih masa. Oleh itu, jika kalian nampak saya online, maknanya saya di pejabat. Kenapa? Kami sedang mengemas. Cerita lebih lanjut, akan dipaparkan bila semuanya selesai.

Oh ya, mendapat khabar berita bahawa 21-23 Januari 2009 ini, saya bakal "diterbangkan" ke Port Dickson kerana NEMO Camp anjuran tempat saya bekerja. Oleh yang demikian, 3 hari ini juga saya bakal "off". Keterangan lebih lanjut juga bakal disusulkan kemudian. Namun, sudah ada mereka yang "cuba-cuba" menakutkan saya mengenai camp ini. Oh, tak mengapa. Kita tunggu dan lihat. (huhuhu..)

Kuliah sudah bermula. Kesemua pensyarah kami adalah lelaki. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Hanya 3 subjek saya berikan tumpuan. Untuk memperbaiki yang sepatutnya, supaya lebih berpuas hati.

Sejak akhir-akhir saya dapat mengesan satu sifat dalam diri saya. Iaitu suka meletakkan harapan yang sangat tinggi atas satu-satu perkara. Jangkaan saya selalu tinggi, namun demikian tidaklah meleset sangat jika tak kena tu. Cumanya, itulah, High Expectation. Tapi sekurang-kurangnya dapat menepis sedikit perasaan was-was /syak kan? Ada kene mengena ka?

Obses. Obses saya kini adalah pada permainan Geo Challenge di facebook. Ha, ini semua adalah gara-gara cemburu melihat markah Kak Nurul Hijja. Namun saya berusaha untuk lebih gigih. Dan hasilnya semakin baik. Menambah ilmu pengetahun tentang peta dunia dan juga landmark dunia. Bagus. Dan saya juga lebih bagus mengenal bendera -bendera dunia yang jika dilihat secara jelas, banyak yang lebih kurang sama. Seperti persoalan saya dan Kak Nurul, adakah mereka tak punya idea untuk mereka sesuatu bendera ataupun punya penyakit MALAS?

Oh ya, penyakit MALAS ini sangat tidak bagus ok.

Baiklah, setakat ini dahulu. Tidur dahulu. Esok perlu bekerja.

2 Komen Balas:

nurul najib said...

salam wanie..heheh obses ya..kak fasiha pon obses gak!cuma org yg teliti & kreatif je sedar pasal bendera ni kan?kan?hihihihi

bayangkan kalo kita cipta bendera..apala agaknya rupenyeh?

Mya Sakura said...

hehe..tuh laa..but game ni bagus tau..improving our knowledge.. ;)

cipta bendera..? kalau saya..of course ada warna pink and some flowery stuff..hhehe ;p