In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

January 25, 2009

Gedik Santai (Tag)

7 ciri-ciri wanita/lelaki idaman anda:

Baiklah, ciri-ciri wajib adalah seperti semestinya yang soleh, menyayangi dan menerima saya dan keluarga seadanya.

Ciri-ciri harus :-
1. Tidak merokok ( tapi masih boleh dipertimbangkan)
2. Berkemampuan yang sederhana
3. Romantik tapi Macho ( yang bukan merimaskan)
4. Gagah berani dan tegas (kerana saya sememangnya penakut)
5. Bijak
6. Boleh diajak kemana-mana ( masuk kampung ok, majlis ok, gi panjat bukit ok, main tembak2)
7. Bijak mengurus wang ( bukan kedekut)

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup:

Oh, kalau diikutkan lebih atau tidak cukup 7 sebenarnya. Tapi saya rasa lebih. Kita buat bentuk cerita macam "Tuan Tanah" juga ya.

1. Takuya Kimura
Minat mamat ni masa tengok cerita Long Vacation. Dia jadi Sena masa tu. Memang minat tahap leleh. Sebabnya dia pemain piano. Lagi satu muka dia ni sebenarnya takda lah jatuh kategori handsome, tapi macho tu adalah. Tak banyak cakap. Tpi bila dia senyum...........saya cair.

2. Hideaki Takazawa.
Ha..dek kerana mamat ni, saya pernah join fan club dia ok. Huhu. Belum matang masa tu. Saya pernah beli cd filem dia yang tak ada subtitle. Tapi layan laa tengok. Sebab dah minat. Pun sama, tak handsome, tapi comel. Oh, saya suka kata lelaki itu comel. Hehehe.

3. Takeshi Sorimachi.
Otai GTO ngan Beach Boys. Woho~ Suka karakter gila-gila dia. Tak handsome, tapi sweet. Caring..oh, itu memang saya.

4. Johnny Depp.
Ya, dengar cerita dia nak kawin dah ngan girlfriend dia bulan 4 ni. Bagus-bagus. Jejaka ni, ntah lah. Perangai memanglah tak senonoh, berlakon pun pelik-pelik. Tapi saya rasa dia ni ada disiplin. Walaupun kuat merokok, tatu penuh satu badan. Saya tetap minat dia. Sebab itu saya rasa jika satu hari saya bertermu jodoh dengan lelaki penghisap rokok, saya akan pertimbangkan jika dia punya karakter bapa penyanyang, suami penyayang macam Johnny Depp. Tapi semestinya bukan tatu penuh sebadan ya. Itu Haram.

5. Fizz Fairuz.
Hahahaha, mamat ni tersuka sebab tengok cerita Kekasihku Seru. Bajet jadi ala-ala ustaz. Oh, saya terpikat. Lesung pipit jangan katalah. Itu ciri-ciri fizikal idaman.

6. Jehan Miskin
Ni lagi sorang. Fuh fuh fuh...taktau nak kata apa dah.

7. ...........?
Dia ni, secara tidak sengaja telah berjaya mencuri minat saya. At a first glance. Jelingan pertama, bukan pandangan pertama. Kerana saya tidak begitu memandangnya. Cuma hanya sekali imbas. Mungkin kerana suaranya, hahaha. Saya mungkin tidak mampu untuk menggambarkan bagaimanakah suaranya, tapi bekas teman sebilik saya mungkin dapat mengagaknya jika saya katakan suaranya macho seperti "Bang, nasik ayam satu". Ya. Karakter dan wajahnya seperti "Uncle lah pulak". Dan dia jatuh di bawah kategori perokok tegar. Dia tidak poyo, tapi kadang-kadang karakternya mampu menjadi budak-budak yang bersifat penyayang.. Yang pasti, dia tahu menghormati anti-asap rokok seperti saya. Tapi saya dapat rasakan dia agak pemalu. Atau mungkin saya yang "agressif". Sekali lagi, bekas teman sebilik tentu faham modus operandi saya.

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati:

1. Suka

2. Gementar

3. Gelabah

4. Blushing

5. Seronok

6. Bahagia

7. Berbunga-bunga

.

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:

Mana-mana pun tak kisah......berbahagia je rasa..(ewaahh~~)

.

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda:

Sayalah.Tak cukup istimewakah? ( Poyo jugak)

.

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan:

Saya lebih berminat untuk berdansa. Tarian pocoyo, eh bukan tarian Poco-Poco...hahaha, joget ke...(oh, bila sudah angau...memori yang indah sentiasa diputarkan)

.

Bubuh tanda 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini:

Macam biasa, siapa berminat silalah buat.

0 Komen Balas: