In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

January 28, 2009

Beza yang berbeda

Berangan-angan dan mengimbau kenangan adalah dua entiti berbeza.

Berangan-angan adalah berfikir tentang perkara yang bakal berlaku atau akan berlaku atau dijangka berlaku yang besar kemungkinan tidak akan berlaku.

Manakalah mengimbau kenangan pula adalah mengingati perkara yang sudah berlaku dan sangat pasti telah berlaku.

Namun , kedua-dua mereka berada di paksi yang sama. Iaitu fantasi. Tidak salah, bak kata pengarah, pelakon dan penerbit filem serta krew, penonton sekarang semua sudah bijak. Jadi samalah juga dengan pembaca dan makhluk bergelar manusia seperti kita. Ciptaan Maha Esa, Ya Rabbul Izzati.

Terpulang untuk mengawalnya.

Angan-angan disusuli dengan doa dan usaha, Dengan Izin Allah akan menjadi kenyataan.

Mengimbau kenangan disulami dengan muhasabah dan keinsafan akan menjadi pedoman dan dorongan.

Dan, sudah maklum. Berfikir dan mengingati adalah dua perkara yang berbeza juga.

Fikir-fikirkan.

2 Komen Balas:

Amrina Aziz said...

kalau bace buku the secret kan, kite paling suke bab Visualization! :D as if kite berangan kite dpt n pakai handbag baru! boleh? haha!!! :D tp angan2 yg slalu x elok jgk kan... nak2 lg angan2 psl benda2 yg boleh menebuk lobang pd wallet kite! :D

Mya Sakura said...

yes yes..angan2 yg membocorkan purse adalah tak bagus..hahaha :p