Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Akhirnya, selesai sudah misi 3 hari 2 malam di Port Dickson. Ditempatkan di lokasi yang agak terpencil tetapi menenangkan iaitu di PNB Ilham Resort , segalanya selesai. Namun pada kami yang terlibat dengan misi ini, ianya baru BERMULA.
Macam-macam yang saya fikirkan sebelum menjejakkan kaki ke sana. Perasaan berat hati tidak perlu diungkapkan. Malah, ketika menjejakkan kaki ke sana juga saya masih tidak mampu membuang perasaan berat hati itu. Tapi ia tidak kekal lama. Setelah semuanya dimulakan, terbit perasaan sayang di situ. Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Seramai 70 orang peserta dari seluruh pelusuk semenanjung. Datang dari pelbagai negeri dan daerah. Pelbagai umur, pelbagai jawatan,pelbagai ragam, pelbagai personaliti. Unik pada saya. Sepanjang 24 tahun bernafas di bumi ciptaan Maha Esa ini, inilah kali pertama saya merasakan keunikannya.
Di sini juga saya belajar untuk berkawan. Memulakan perkenalan. Di mana agak bertentangan dengan sifat saya sebenar. Saya belajar untuk yakin berbicara. Saya belajar untuk meminta maaf. Saya belajar untuk berani. Semua saya belajar.
Menari, menangis, menyanyi, belajar,mengenali...
Baru saya tahu..baru kami tahu..apa itu makna pasukan. :)
All for one and One for All .
January 24, 2009
Dalam kita ada Dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen Balas:
Post a Comment