In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

September 11, 2008

Misi XX Ray



Assalamualaikum warahmatullah..

Tanpa dirancang..di mana sepatutnya saya menjalani Medical Check Up itu malam ini kerana saya tiada ketahuan mengenai lokasi tersebut.Tapi pagi ini, dengan bantuan mama, kami berjaya mengesannya dan saya BERSEDIA untuk menjalaninya...pagi ini...

Sejak kecil, saya adalah jenis yang fobia dengan pemeriksaan kesihatan. Termasuklah sewaktu sekolah, kalau ada nurse, nampak van hospital..nak-nak doctor gigi..saya amat-amat gerun. Namun saya bukanlah alah dengan hospital mahupun klinik..cuma kadang-kadang suka berfikiran "bukan-bukan" membuatkan saya berasa gemuruh. Kali ini, saya harus menjadi dewasa...hehe..

Setibanya di tempat kejadian...jalan dah rasa tak jejak bumi dah. Sebabkan pergi berseorangan..jadi kenalah "macho" kalo tak..tersembam menyembah bumi sapa nak angkat..? Masuk ja tempat kejadian...bagi surat semua..isi borang kena tunggu dulu...tengah asyik-asyik menikmati pemandangan kat luar..(yang kereta serabut lalu lalang) tetiba, nama saya dipanggil..huhu..

Memula ja kena masuk bilik X-Ray..ya ampun..nak je cakap kat misi tu...boleh tak kalo taknak buat...isk..bila masuk ja, saya diarahkan untuk menggunakan pakaian yang disediakan...mungkin misi tu nampak saya kekok...dia pun bersuara..

"Adik pernah buat X-ray sebelum ni...?" tanya dia yang mesra memanggil saya adik....haha

" Pernah...dulu masa darjah 6 X-Ray kat kaki..." balas saya jujur..

" Kaki je...?" tanya misi tu kembali..

" Ha'ah...1st time ni.." jawab saya sambil senyum ala-ala icon YM yang nampak gigi tu.. :D

Selepas selesai pertukaran...saya menunggu penuh setia dalam bilik yang sejuk tu...dan tibalah masa dinantikan..dengan badan yang dah macam patung...takda laa keras tapi sebab takleh gerak kan...proses X-Ray dijalankan..erk, sekejap je sebenarnya...huhu..setel.

Lepas tu tunggu kejap..doctor mai panggil masuk..kat dinding dh terpampang hasil X-Ray saya tadi..alamak, macam suspen je nak tunggu doctor cakap apa..

"Hai..morning, so..you punya x-ray tadi normal.." sapa Doctor berbangsa India kepada saya..sambil tersenyum..

Sambil memandang ke arah X-ray tadi...saya juga turut tersenyum dan bersyukur...Alhamdulillah...

"Tapi doc...yang putih tu apa ya...?" tanya saya merujuk kepada satu kawasan berwarna putih seperti kabus sedikit melindungi kawasan paru-paru..

"Oh...itu you punya jantung..." jawab doctor yang mcm nak tegelak mungkin sebab saya seperti budak tadika yang baru belajar "Parts of Body"

"Ooh..ok.." kali ni baru confident... :)

Sejurus selepas itu..macam biasalah..tekanan darah...bla bla bla..tak sampai 10 minit kot..dah siap..

Alhamdulillah..Maha Suci Allah..Segala Puji Bagi Allah yang mempermudahkan urusan saya hari ini... :)

*****************************

Hari ini..menjadi "surirumah" untuk hari kedua berturut-turut...ada orang tu tanya best ka jadi suri rumah...dengan jawapan penuh yakin..sangat best. (Dah lama dah praktik pun..:p) Sambil lipat kain..nonton tv...macam-macam cerita...petang-petang sapu luar rumah..standby makanan berbuka..secara kesimpulannya..aktiviti bebas.. :D

Malam ni ada moreyh...daripada nak buat mee goreng, mihun goreng..last-last sandwich..memandangkan dalam group kami dah ada yang buat Heavy Meal..nanti kalau semua berat...tak abis pula..kebetulan hari ini takdak class..dan saya bercuti..jadi senang sikit...

Okaylah...setakat ini sahaja dulu..saja nak cerita 1st pengalaman pi medical check up...hehe..sehingga bertemu kembali...

Wasalam

*ps: lenkali...pastikan bunga yang ditanam mendapat baja dan siram ayaq dengan mencukupi... barulah menjadi 2 dozen tu...ok? (^_^)



:)

Orchid City
1038am

11 Romadhon 1429H

0 Komen Balas: