In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

July 26, 2008

Sekali Air Bah

|| Pejabat, 1036||

Kecewa...sedih...pilu...marah...geram...


Astaghafirullah, Astaghafirullah, Astaghafirullahalazim...


Mungkin itulah sifat-sifat & perasaan negatif yang dapat saya gambarkan untuk apa yang berlaku malam semalam. Ya, malam semalam. Mungkin menjadi cabaran bagi kami sebagai PELAJAR. Kami diuji dari segi ketahanan emosi, kesopanan & kesusilaan, kesantunan MELAYU, memelihara adab-adab sebagai pelajar MUSLIM. Semua itu teruji. Sungguh teruji.


Ini bukan kerana kami menjalani program ketahanan diri dan mental malam tadi. Tapi kerana masalah komunikasi antara dua pihak berwajib menjadikan kami mangsa KEADAAN semasa. Oh no kamu..!~


Apa yang boleh saya simpulkan di sini, kami berasa bangga dan mereka boleh berasa beruntung kerana memiliki pelajar yang masih mengamalkan ciri-ciri kesopanan Melayu. Yang mana patut kami hormati...kami masih boleh hormat, yang mana kami boleh patuh, kami patuh. Hatta, kesabaran seorang manusia juga terdapat batasnya. Sekali air bah...sekali pantai berubah. Namun itu memang hukum alam..kuasa di tanganNya.



Dan kami, bersyukur DIA masih berikan kami akal untuk berfikir dan hati untuk bersabar. Kami tak marah, cuma kecewa. Harapnya, pihak-pihak itu dapat menyelesaikan secara lebih diplomatik. Supaya kami tidak disisihkan.Jangan lakukan begitu kepada kami. Walaupun kami hanya pelajar, namun kami juga seorang PEKERJA. :)

Rabbi Yassir Wala Tuassir...~
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..!

ps: mungkin entry ini agak beremosi, namun hakikatnya memang sedang beremosi. Tapi cuba bertahan sebaik mungkin...kerana sabar itu separuh dari IMAN..

2 Komen Balas:

Aina Ana said...

la...kenapa wanie? macam berat je sampai keluar marah ni..

Norhazwanie CM said...

nnt saya ceritakan kondisinya kat akak through YM ya.. :)