|| Office, 1713||
Salam..
Merujuk kepada tajuk entry tu sebenarnya jikalau tak salah saya tu Tagline film Sang Murabi (Cik tropical, betulkan saya kalau tersilap). Salah satu filem kat Indonesia, rasanya dah ditayangkan kan kot.
Dan entry saya hari ni bukanlah berkisar tentang review filem ini kerana semestinya saya sendiri belum menontonnya..cuma saya berminat dengan taglinenya sahaja.
Sehari dua ni atau lebih baik saya katakan dalam seminggu ni agak mencabar dari segi penggunaan tenaga emosi, fizikal dan mental. Mungkin juga atas faktor itu, imunisasi badan saya agak menurun dan membolehkan saya dijangkiti virus selsema dengan mudah (Alhamdulillah, beransur pulih).
Masuk minggu ni adalah minggu ke-3 saya kembali bergelar pelajar separuh masa. Tidak dapat dinafikan kadang-kadang ada tiba masanya saya agak goyah dengan "cabaran" yang dihadapi sebagai contoh sangat sangat sangat PERLU mengejar masa dan perlu menempuh kesesakan lalulintas. Seperti kata kawan sekelas saya...
"Kadang-kadang aku rasa nak tinggalkan kereta tu jalan kaki pun cepat sampai kot.."
Ohya, bagi mereka yg tinggal sekitar bandaranya Anggerik mahupun bandar diraja ini sangat memahami situasi serta kondisi kesesakan yang kami hadapi. Sesungguhnya ketahanan mental dan emosi amat diperlukan ketika mengharungi cabaran demikian.
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah...saya (kami) tidak begitu merasakan tekanan atau bebanan ketika berada di dalam kelas. Sekali lagi ucapan daripada saya (kami) untuk pensyarah-pensyarah kami kerana sememangnya kalian memang hebat. Jika mereka itu mampu menunjukkan ketabahan dan kehebatan atas dasar minat atau PASSION mereka sebagai pendidik, kenapa mesti saya berasa apa yang saya lalui adalah bebanan.
Macam juga seperti kata salah seorang pensyarah masa kami ke kursus baru-baru ini...
"Pilihan ini kamu yang buat, tak ada orang paksa atau saja gatal-gatal nak apply borang...so you should have think the circumstances and you have to take the RISK."
Kata-kata yang agak terkena kepada batang hidung yang tak berapa nak mancung ni. Memang benar kata-katanya. Pilihan ini saya buat sendiri. Sepatutnya saya sendiri sudah boleh mengagak apakah situasinya. Tidak perlu melangkah jauh bagi menyelesaikan masalah ini. Berbalik kepada hati dan kehendak sendiri. Berfikiran positif, jadi kreatif, lebih inovatif, InsyaAllah produktif.
Sama jugak macam motto kartun Bob The Builder.
" Can we fixed it..?"
" YES , we CAN..!"
ataupun merujuk kepada kartun Dora The Explorer, di mana secara tersiratnya saya dapat melihat unsur positif dalam kartun tu.
1) Berfikir sebelum bertindak. Gunakan PETA supaya kita tak sesat, dan tentukan matlamat
2) Untungnya ada sahabat yg baik. (mcm monyet yg nama Boots tu)
3) Berfikiran positif, peluang dan rezeki ada di mana-mana. Gunakan sebaik mungkin.
4) Tak rugi ramai kenalan. Satu hari mereka juga boleh kita mintak tolong
5) Jangan buruk sangka (contoh musang jahat tu). Walaupun dia jahat, tapi ada cara kita boleh tegur dia.
6) Sentiasa tolong orang lain.
7) Yakin sampai ke matlamat dalam masa ditetapkan...yosh!!
Dan dialog kegemaran saya :
"We did IT....!
Baiklah, masa tamat. Harus pulang. Ada kelas English malam ni, kelas pertama. Dan sekarang, pesanan untuk rakan-rakan dan DIRI SENDIRI, berfikiran positif kerana ALLAH sentiasa bersama kita. :)
July 25, 2008
Mencari Spirit Yang Hilang
Illa liqa'~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Komen Balas:
Haha..macam mana boleh ingat intipati Dora nih? Serupa macam Abg Wan (anak sedara) akak la. Tu la favourite dia.
haha..dulu2 time cuti..rajin je tgk Dora ni..tu blom sy amik intipati blues clues kak :p haha..bleyh laa sy geng ngan Abg Wan akak tu.. :p
Post a Comment