In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

July 28, 2008

Ketibaan

|| Bilik, 0102||

Salam,

Baru sahaja menjejakkan kaki kembali ke Bandaraya Anggerik. Setelah boleh saya kira perjalanan kami mengambil masa 24 jam sahaja untuk berada di kampung halaman (termasuk perjalanan pergi dan balik). Perjalanan kali ini menuju ke kampung halaman nun berada di selatan tanah air. Setahun tak sekali juga kami pulang. Setahun tak sekali kerana musim durian juga setahun sekali. Cuma mungkin kepulangan kami kali ini lebih meriah kerana sepupu-sepupu saya juga turut pulang bersama. Dan mungkin kerana perasaan "pendewasaan" saya setelah bergelar maklong kepada Farah Batrisya..hehe.

Apepun, walaupun kondisi saya masih kurang memuaskan, batuk dan selsema. Mujur tidak demam. Itupun masih lagi "membedal" rambutan wa durian wa manggis secara serentak. Mujur juga tidak "mabuk". Jadi sedikit baik apabila setiap kali hendak menyuap buah-buahan itu ke mulut disulami dengan selawat serta niat nak buat "ubat". Hehe...teringat pesan arwah atok...

"Takpe, baca bismillah...selawat..kita niat nak buat ubat..mudah-mudahan..."

Bila bab-bab makan ni..sememangnya jarang dilepaskan begitu sahaja. Dan pengalaman paling indah dan menarik hari ni, sepanjang umur 23 tahun ni..adalah durian telah gugur betul-betul sebelah mata. Bukan depan mata, tapi sebelah. Perasaan ketika itu? Fobia dan trauma sekejap. Sebab memang betul-betul hampir dengan tempat saya berjalan ia gugur berdebuk. Pak ngah dan mak ngah bilang itu namanya murah rezeki ( mudah-mudahan..amiin~). Punyalah kaget sampai saya tak terfikir pun nak pergi kutip buah tuh dan menyerahkan kepada abahku terchenta untuk mengutipnya (padehal memang terkejut habis masa tu). Hehe..

Lepas pulang dari kebun, kami singgah di restoran awie namanya di Pekan Pontian tu. Sedap jugak makan nasi campur (lapar sebenarnya). Seronok tengok perangai pakcik-pakcik Tisya (sepupu-sepupu saya) menyakat dia makan. Oh sememangnya kami pakcik dan makcik yang suka menyakat kanak-kanak. Usai makan, kami terus ke rumah Tok Usu, iaitu adik bongsu arwah atok merangkap Mak Usu kepada Mama. Selepas minum petang dan menyegarkan diri, kami bertolak pulang. Namun, masih menyinggah di pasar malam. Kunonnya, mahu merasakan pasar malam di kampung apabila saya menyatakan kerinduan saya pada PASAR MALAM di BUMI HANG TUAH (Peringgit, Bukit Baru dll) pada mama. Oh, nostalgic sungguh rasanya tadi. Namun, pasar malam BUMI HANG TUAH tidak sama dengan pasar malam di Parit Mansor tadi. :(

Setelah itu, kami singgah di R&R Machap untuk solat jama' magrib dan isya' dan langsung terus ke Kaya Kopitiam untuk mennyegarkan diri dengan secangkir kopi (kunon). Kemudian, terus menuju ke destinasi pulang ke pangkal jalan dan tiba pada jam 12.00am.

Esok, saya perlu bekerja. Dan malam ada kuliah. Mungkin selepas kuliah ada sedikit diskusi. Esok harinya itu ada Kuiz...mujurlah bab 1 dan bab 2 management. Case Study untuk Economics pun belum usai. Aduhai...dah terasa tekanannya. Tabahkan hati, kuatkan iman...kena amik supplement ni...disiplin disiplin. Yosh!

Jadi, lebih molek kiranya saya berundur diri. InsyaAllah akan update mengenai Pesta Buku Selangor 2008 di PKNS. Mungkin sudah terupdate untuk Kak Jah dan Kak Huda. Tidak sabar untuk saya menunggu gaji minggu ini..kerana buku-buku itu sudah melambai-lambai...hehe.

Sabar ya diriku...sabar... :)

Jumpa lagi, Selamat Malam.

0 Komen Balas: