|| Orchid City, 1047||
Salam,
Pagi yang cerah. Hari ni saya sampai pejabat tepat-tepat jam 9.00. Agak terlewat jika diikutkan berbanding hari-hari biasa. Tidak mengapalah kan? Janji saya tidak melewati jam 9.00. AZAM baru bermula bulan Julai dan berjaya mengekalkan rekod. Alhamdulillah.
Saya nak mengemaskinikan cerita mengenai Pesta Buku Selangor 2008 yang berlangsung di Komplek PKNS. Mungkin Pesta ini sangat menarik untuk mereka yang telah menerima wang hasil titik peluh bekerja. Tapi kurang menarik untuk orang seperti saya, kerana wang hasilnya belum lagi diperolehi. Kena tunggu awal bulan baru terima. Tapi tak mengapa juga kerana, masih ada sedikit SAKI-BAKI simpanan kecemasan yang sememangnya saya selit-selitkan di celah-celah poket dompet.
Hari Sabtu lepas, sejurus selepas waktu bekerja kami (baca: saya, adik & mama) pergi berkunjung ke Komplek PKNS. Pada mulanya saya hanya berhajat untuk MELIHAT-LIHAT sahaja tanpa membuat sebarang pembelian. Tetapi, kita hanya mampu merancang dan hanya DIA yang tentukan ke manakah wang kecemasan saya itu harus dibelanjakan.
Oleh yang demikian, saya telah membuat beberapa pembelian sewaktu pesta itu berlangsung. Antaranya ialah :
1) Novel Salju Sakinah (Zaid Akhtar)
2) Novel Satu Anugerah
3) Buku perbualan Bahasa Arab Asas (1 set/3 buku)
4) CD Aqademi Quran - Juara
5) CD Raihan Selawat Accapella
6) CD Penawar Hati - Munif Hijjaz
7) VCD Himpunan Doa-Doa (Ana Muslim)
Itulah senarainya. Dan saya telah mengSMS Kak Huda, kerana beliau memberitahu bahawa beliau telah mendapatkan Trilogi Andrea Hirata. Dan saya tercari-cari boothnya. Saya jumpa, bukan trilogi sahaja, malah banyak lagi karya-karya dari negara seberang yang menarik minat saya. Antaranya Musafir Cinta.Namun, saya hanya cuma mampu membelek, kerana wang sudah habis. Kalau ada pun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan buku-buku itu. Dan saya juga hanya mampu membelek buku-buku Faisal Tehrani antaranya Tunggu Teduh Dulu. Tetapi saya telah memberitahu mama untuk memastikan booth mana, supaya senang saya nak mengirim nanti :D
Atau mungkin saya akan ke sana lagi pada hari terkakhir jualan... :D
Jadi itulah kisahnya, cumanya tak berkesempatan nak jumpa Kak Huda di tempat kejadian. InsyaAllah ada masa kita bertemu ya kak ! ;)
Sekian.
5 Komen Balas:
Wanie: :D Insya'Allah boleh jumpa. Maybe hari terakhir jualan ke? weekend nih.
Buku Salju Sakinah memang best.
Tunggu Teduh Dulu sangat2 best. Adik akak memang buat koleksi semua karya Faisal Tehrani. Petang Ahad dia beli, akak yg baca dulu.
boleh kak insyaAllah, ape2 kita roger through sms..hehe
kak..nasib baik umah akak jauh jugak..kalo akak jiran saya..dh lama saya pinjam buku adik akak tu..hehe :p
wah wah... sakan...
haha. jangan salahkan Dia kerana wang kecemasan anda tu. nampaknya bersungguh sungguh anda menghabiskan wang kecemasan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ye?
tropical : hehe..sekali skala... :p
stridz : eh, enta jgn silap..saya tak salah DIA, malah saya bersyukur kerana DIA saya membelanjakan wang kecemasan saya ke tempat sepatutnya :) dan ya, alah membeli menang memakai..hehehe
Post a Comment