In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

July 05, 2008

Buat Sahabat

|| Pejabat, 1007||

Salam,

(Entry khas untuk sahabat saya)

Kehadapan sahabatku Cik Tropical Jingga,

Semoga anda sihat-sihat hendaknya di sana ya.

Sempena ulangtahun kelahiranmu, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-25 tahun. Dan aku kira ini adalah tahun ke-7 kita bersahabat. Dan semoga Allah memanjangkan usiamu, mengurniakan kesihatan rohani dan jasmani yang baik, semoga menjadi anak dan wanita yang solehah.

Sahabatku,

Semoga Ukhuwah kita berkekalan hingga ke hembusan nafas terakhir. Siapa sangka, perjalanan hidup yang ditentukan oleh-Nya amat indah. Sebuah pertemuan singkat dan ringkas di hadapan Klinik Penawar, Plaza Siswa telah menerbitkan ukhuwah yang begitu indah. 1st impression yang begitu jujur aku kira. Masing-masing menunjukkan the "true colour" sebenar. Tidak perlu pura-pura untuk menjadi peramah. Mungkin itu juga "tips pertemuan" hebat ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat lain. Perkenalan secara "paksaan" (credits to big boss) hehehe.


Terima kasih kerana menjadi sahabat, pendorong, kakak, teman sebilik, "reminder" dan lain-lain. Terima kasih kerana begitu memahami sahabatmu ini. Thanks for always being there for me and Thanks for everything...sayang kamu ! :)

Sahabatku,

Semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu...dan semoga apa yang diingini akan tercapai. Thanks again. Syukran sahabatku,syukran! Jazakallah.



Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku

Wasalam.

3 Komen Balas:

kak Jah said...

peace..... :D

tengkiu~~~

fadznida said...

aik, i got a credit for ?? tolong refresh skit ...

Mya Sakura said...

tropical : u're most welcome :D~~

abg cord : tunggu entry khas..ehehe :p