In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

July 07, 2008

Sab + Aha + Isn

|| Bilik 2309||

(Sabtu)


Pagi kerja macam biasa. Balik kerja terus ke rumah. Tiada perancangan ke mana-mana. Duduk berehat sahaja di rumah. Petang tu lapar. Sempat buat resipi baru (utk diri sendiri). Hotdog ayam kampung bersalut roti dan telur. Teringat plak zaman "menega" sardin roll kat Campus dulu....Petang tu gosok stock baju2 untuk seminggu. Naik cramp jugak pinggang, tapi come on laa kan. Kalau dulu mama ngan arwah atok boleh buat semua tu, takkan saya tak rasa tercabar kot...hehe.Malam tu abah ajak pi makan.


(Luaran)

(Dalaman)

Nak Resipi?


(Ahad)


Bangun Subuh macam biasa, lepas baca mathurat. Kejut ustaz kecik tu pulak bangun. Alhamdulillah, nasib baik dia senang bangun. Sementara tunggu dia solat, sambung kerja-kerja iron baju sendiri ngan baju abah plak. Semalam stock baju mama ngan adik. Lepas solat adik taknak tido (katanya) nak tgk tv. Pasanglah TV3 ade Motivasi Pagi tu. Sementara saya meneruskan pekerjaan belum selesai. Sekala sekala jenguk adik di bilik. Masih segar. Tak lama tu jenguk lagi. Daaang, udah tidor balik. Hehehe...patut senyap. Saya plak menyudahkan baju-baju tu sambil dengar radio. Best gak. Lepas dh gosok ni plan nak sambung tido. Tapi kita merancang Allah tentukan. Tka jadi tido...segar bugar plak.


Abah ngan mama plak pun dh siap nak breakfast. Pagi tu lepas kemas rumah, mama g ceramah kat masjid. Saya tak ikut, nak mandikan "anak-anak" saya tu. Cik kura, ikan-ikan...kene mandi..hehe. Sambil-sambil tu operasi cuci kipas ngan abah. Adik wat homework. Tgh duduk, tetiba teringat nak wat bunga rampai. Buat pewangi rumah. Dah jemu dan bosan dengan pewangi konvensional sedia ada. Dah laa MAHAL.


(Pewangi Semulajadi)

Tengahari tu kami ke Seremban. Abah nk g urut kaki. Saya plak urut mata ngan poket. Hehe, bukan apa beli stationery, ya laa nak kembali ke sekolah kan. Semangat baru ok. Sambil tu sempat juga sambar 2 keping CD, Ustaz Asri;Zikrullah ngan Yusuf Islam. Tauke Cina kedai CD tu pun pandai promote. Tabik Springg..!~ :) Dan sempat beli tudung juga.

Balik tu, Solat Asar di R&R then balik rumah dulu. Plan nak makan Chinese Muslim Food kat Taipan. Restoran Al-Jazeera namanya..kalau nk tau camne rupa kedai tu..sila click sini (jumpa masa search kat pakcik Google). Dekat ngan Masjid Al-Falah. Plan menjadi. Sedap. Price not bad, kepada pecinta lamb silalah ke sana. ;)


(Isnin)

Masuk kerja awal. Awal kul 8.30. Best, rilex jek. Hari ni semangat. Sebab nak start class kan. Bak kata kawan saya, langkah pertama untuk sebuah cerita hebat. Yaa, InsyaAllah. Mintak izin balik awal kul 5.30pm. Bos izinkan, terima kasih bos! Balik tu solat asar, siap-siap terus ke kuliah dengan kereta mama. Sedikit terlewat, jalan jem plak. Besok kene lalu jalan alternatif. Hari ni blom start kuliah. Kuliah Bahasa Arab. Baru mukadimah, Alhamdulillah...Ustaz yang ajar kitorang sangat ok mudah-mudahan. Dah siap plan utk ganti class masa ramadhan. Dalam erti kata lain, bulan Ramadhan ni takde class. ;)

Sampai sini dulu, belakang dh sakit sangat nih. Tadi pergi kuliah, rasa mcm belajar kat oversea. Berdikari. Parking jauh jugak, mendaki dan menuruni bukit...takpelah, demi Ilmu, demi Allah. :)


Semoga jumpa lagi. Wasalam

2 Komen Balas:

~mIsS_p00h~ said...

cIk mYa sakUra~

dmanakah lokasi chinese muslim food tu? mau pegi juga!!! :D

Mya Sakura said...

Restoran Al Jazeera
No 1 & 3 Jalan USJ 9/5P, Subang Jaya

kak aina..tu alamatnye..dia btol2 kat taipan.belakang masjid yg tersergam indah di Taipan..pi laa kak..serious best masak dia..hehehe..nak pi ajak saya :D