25 hari. Kawan saya kata, apa akan jadi dalam masa 25 hari yang akan ditinggalkan. Oh ya, kawan saya ni akan pergi berkursus induksi selama 25 hari. Kawan saya ni, bekas teman sebilik saya.
Ucapan saya untu kawan saya. Selamat berkursus, selamat berseronok, selamat menimba ilmu dan selamat bertemu jodoh. Eh, logikkan. 25 hari, bersua muka, siang dan malam. Mana mungkin tak menimbul bibit-bibit sayang. Jodoh itu universal.Sangat subjektif. Jodoh itu mungkin bertemu teman baru. Geng baru. Atau teman hidup kan?
Masakan 3 hari 2 malam juga sudah agak cukup untuk kita mengenali perangai seseorang itu. Inikan pula 25 hari. Oh kawan, saya mendoakan yang terbaik buat kamu.
Pantas.
Zaman sekarang semua kena bertindak secara pantas. Berfikiran pantas, berjalan pantas, bertindak pantas. Tapi kepantasan harus disusuli dengan kebijaksanaan dan kewarasan. Supaya beroleh keredhaan. Sia-sia sahaja semua perkara dilakukan bersungguh-sungguh dengan tahap kepantasan dan kebijaksanaan maksima tanpa keredhaan yang Maha Hakiki.
Diri yang berdiri.
Diam tak diam, sehari sebelum menjejak bulan kedua tahun ke 2009. Kejap je kan. Umur pun dah meningkat sebulan lagi. Sepupu saya, dua tahun lebih muda. Bakal menimang cahaya mata pertama bulan kesembilan nanti. Suaminya, merangkap sepupu ipar saya adalah sebaya umur saya bakal menjadi bapa. Umur kami sama, status yang berbeza. Ya, itulah keunikkan makhluk ciptaan Ar-Rahman yang berbeza. Sila faham sendiri pernyataan tersebut.
Jumpa lagi.
January 30, 2009
25 Hari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen Balas:
Post a Comment