In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

November 24, 2008

A1GP....Malaysia Boleh!

Assalamualaikum,



adik dan sepupu-sepupu saya yang sangat gembira....

Semalam, saya beserta ahli keluarga sya seramai 22 orang kesemua, ya..22 orang telah menonton perlumbaan A1GP di Sepang International Circuit. Dengan konvoi 3 kereta kesemuanya kami tiba di sana jam 8.30pagi.


bersama sepupu saya...puan nani... :)

Perasaan masa tu, sangat gembira bercampur bangga. Kerana itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana (maaf, agak jakun) dan saya bangga kerana melihat jejaka yang segak mengibarkan Jalur Gemilang "ala-ala" Miss World begitu (tiru ayat Cik Nurul, dia juga ke sana dan kami berjumpa), sambil melambaikan tangan kepada hadirin yang memberi sokongan. Dan, saya juga bangga dengan hadirin yang datang memberi sokongan walaupun Malaysia hanya berada di tempat ke-10 dek kerana masalah komunukasi (saya harap memang itu alasannya) namun, sokongan yang diberi tidak berbelah bahagi. Saya teringat kata sahabat saya, "seorang penyokong yang setia akan sentiada berada di belakang pemainnya". Go Fairuz Fauzy...! Berusahalah! (semangat semangat) Dan yang pasti, saya amat tertarik dengan pasukan Malaysia kerana mereka memakai Kuning. (^_^)




Jejaka yg dikatakan itu, Fairuz Fauzy :)

Apa yang pasti, saya gembira...dan saya gembira kerana mereka juga gembira..dan sebagai kesimpulan untuk entri ini...


...Team Malaysia...

Saya sudah mula jatuh cinta dengan sukan permotoran... (^_^)



...semoga kita jumpa lagi...~

Foto-foto lain :
Gallery 1 & Gallery 2

Wasalam.

3 Komen Balas:

Ulam Kerdas said...

wanie..sy tgk berita tv3 semlm..Haziq dpt laptop dari WD eh?

Mya Sakura said...

salam juju,

yerp...btol la tu :)

Ulam Kerdas said...

bestnyer..congrats..haziq da umur bape eh? UPSR ke?