In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

October 12, 2008

Hey You...YeS, it'S You

Salam...

Alhamdulillah...having a FINE & WELL sleep malam tadi...dan paling penting hari ini adalah hari liburan...mujur tiada arahan 'mari datang bekerja' hari ini...sebab semalam dah setel sepenuhnya...kecuali meja saya..masih perlu ada dekorasi...hmm..esok esok.. :)



Baiklah...apa yang dicoretkan di sini...semalam...ada khabaran bahawa seseorang "ternama" telah mendapat gelaran DATUK...terima kasih kepada sumber rasmi saya iaitu Kak Jah kerana memberi laporan ini...maaflah, kerana saya kurang amik tau hal negara sejak akhir-akhir ni...baik pula mereka yang di LUAR sana lebih amik tau hal negara sendiri...

Ulasan saya sama seperti mereka - mereka dan mereka ini...di mana timbul persoalan yang amat JELAS lagi NYATA..di manakah RELEVANnya pangkat tersebut diANUGERAHKAN kepada "beliau"...?

Apakah individu mahupun insan-insan TEMPATAN yang lebih TERNAMA dan BERBAKTI kepada negara ini telah kePUPUSan dan keTANDUSan..?

Jika mahukan saya senaraikan MEREKA (baca : rakyat tempatan) yang layak...sampai esok lusa pun tak habis...

Yeah...I Don't go to any politics issue sebab saya tidak minat politics, ingat, saya PEMERHATI BEBAS...tapi ini melibatkan soal MARUAH untuk AGAMA, bangsa dan negara...urm, saya kurang pasti...adakah akhbar menyiarkan ulasan mengenai SEBAB dan ALASAN..."beliau" diberikan anugerah tersebut...? Selain daripada SUMBANGAN dalam bidang SENI di peringkat ANTARABANGSA (jap, saya keliru...dia warganegara mana sebenarnya?) .

Jika dikira dari segi sumbangan demi NEGARA...maknanya, pelajar-pelajar yang menuntut ilmu DI LUAR NEGARA tidak kira di negara TIMUR TENGAH, EROPAH, mahupun mana-mana KEPULAUAN juga dikira layak laa kan..? Mereka menuntut ILMU di perantauan (masih kategori ANTARABANGSA) demi MEMBERI SUMBANGAN JASA kepada negara sendiri...kan..? Jadi layak jugak lah kan...? (^_^)

Sebentar lagi saya akan mendapatkan BEBERAPA naskah akhbar....

Baiklah...perlu bersiap...nak kemas rumah...kejap-kejap lagi kang...dah ada orang ding dong rumah...eh..tetiba teringin nak makan NASIK AYAM bersama AYAM Panggang dicicah bersama Ayaq Asam.... ;)

Salam sayang...jaga diri, hiasi peribadi.

Wasalam
07:51am

Bilik

12 Syawal 1429H

0 Komen Balas: