In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

September 17, 2008

Where I Belong...

Salam..

Jam di skrin menunjukkan 11:30pm bermakna saya hanya lebih kurang setengah jam lagi untuk "bersuka-ria" sebelum melelapkan mata. Ya, saya harus lebih berdisplin dalam isu tidur..hanya untuk hari yang memerlukan saya bekerja keesokan harinya..namun jika esok adalah hari liburan mungkin saya boleh berjagaan sehingga ke sahur...(mungkin..)

Mim Alif Lam Sin...

The best word to describe...bukan malas bekerja..bukan juga rasa nak tidur ja..tp saya rasa malas untuk ke mana-mana sekarang ni..malas nak pergi kedai..untuk membeli barang keperluan..walaupun saya mulai sedar bahawa Romadhon semakin hampir ke penghujungnya :(

Sudah beberapa kali mama ajak untuk beli barang keperluan pemprosesan pembuatan kuih..dan beberapa kali juga saya menangguhkan ajakan itu...bukannya tak minat..cumanya mood nya belum kesampaian barangkali...nak buat kuih ni..kena ada mood..kalo mood takda...paham-paham je laa hasilnya..

Kad raya pun...ari tu je bersemangat nak tulis..alih-alih tinggal lagi 2 minggu sebelum nak raya ni..jawapnya..hehe wasalam laa eh..cuma bila kot-kot ada kesempatan..saya menulis untuk mana yang sempat...takpun...tunggu je laa testi raya dari saya... :p

Mim Alif Lam Sin..

Saya tahu perasaan ni tak bagus..tak produktif langsung...harus dibuang segera..tp kalo ikut waktu sekrang..mmg perasaan tu patut ada kerana bila adanya perasaan tu membuatkan saya ingat untuk melelapkan mata...aiihh..bad habit...hak badan kena jaga kan... ;)

Esok..kembali bekerja..dengan semangatnya..seperti cadang-cadang nak bawa notebook sendiri since saya masih belum diizinkan untuk mengaccess...tp esok mcm banyak urusan plak..nk pi setelkan staff id card..gamaknya nak bawak kasut extra jugak esok..buatnya takde pengangkutan awam yg boleh ditumpangi..nak kena menapak pi HQ...boleh tahan jugak jaraknya...silap-silap..boleh slim kalo praktik selalu...hehe

Sebut pasal berjalan kaki..setiap hari saya akan berjalan kaki ke office..jarak dari carpark ke office adalah dalm 600 ke 700m..dekat kalau ikutkan..tp sebab dipisahkan oleh "tembok besar china" kat situ..kena pusing la..ikut jalan yang benar..

Saya suka keadaan waktu pagi di sini..memandangkan kami semua berjalan kaki...rasa macam dekat Jepun..kawasan laluan sy berhampiran dengan kilang-kilang..jd setiap pagi pekerja-pekeja kilang ni akan beratur ramai-ramai dan bersenam..dengan musik dan arahan dari radio..dan kami yang ain ni akan menuju ke pejabat masing-masing, di mana laluan saya adalah di bawah pokok-pokok yang comel..cuma saya perlu memikirkan membuat pembelian payung andaikata hari hujan...hehe.

Setakat ini sahaja untuk malam ini...jumpa lagi esok..InsyaAllah.

Selamat beribadah semua ..tidak kira di mana jua anda berada... :)

Wasalam
11:46pm
18 Romadhon 1429H

2 Komen Balas:

Aina Ana said...

banyakkan jalan boleh sihat jantung :D
beli la payung yg boleh simpan dalam beg, senang nak bawa ke mana-mana

Mya Sakura said...

hehe setuju2...akan dibeli minggu ini juga :D