In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

July 16, 2008

Debak Debuk Debat

|| Office, 1456||

Salam,

Finally, ada juga masa nak diluangkan untuk menjenguk-jenguk email, blog dsb. Untuk pengetahuan umum, saya tidaklah begitu sibuk di pejabat ini kerana, jika saya sibuk sudah tentu anda tidak akan melihat nama saya di skrin ym atau dapat membaca posting ini. Cumanya saya agak bersemangat untuk bekerja lebih kerasa sejak akhir-akhir ini sebagai mempraktikkan apa yang saya pelajari di kampus malam ok (Noktah) :)

Merujuk kepada tajuk di atas. Ya, saya bukanlah peminat setia dalam bidang politik ni, seperti juga kata rakan saya, kita ni 'pemerhati bebas'. Namun, sesi perdebatan semalam tidak mungkin saya lepaskan, tetapi agak tergelincir kerana saya hanya sempat menonton siaran tertunda dek kerana ada kuliah sehingga jam 10 malam tadi. Better late than never kan, sekurang-kuranya saya memberi komen atas apa yang saya lihat, dengar dan tafsir. Bukan atas sumber rujukan mana-mana individu (noktah)

Pemerhatian :
Debat yang menarik. Cumanya banyak diganggu oleh pesanan penaja. Tidak dinafikan pihak sepatutnya tidak dapat mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan olehnya (maaf, ayat agak berbelit). Saya agak kecewa bila isu debat bertukar menjadi serangan perbibadi. (Oh no kamu). Walaupun saya bukanlah pakar ekonomi, tetapi saya ada juga mengambil subjek ekonomi di sekolah dan di kampus. Terutamanya hubungan kait Demand & Supply begitu juga kaitan dengan kenaikan Inflasi jika terdapat kenaikan harga barang, budak sekolah pun bijak menilai. Dan saya juga kecewa dengan si penanya soalan yang nampaknya kurang peka dengan apa yg didebatkan. Usah dikaitkan negara kita dengan negara luar. Jika hendak kait pun pastikan benar-benar ada kaitan.


Kesimpulan :
Secara jujurnya sebagai seorang rakyat Malaysia, dan bukan dipengaruhi oleh mana-mana sentimen atau partism atau silaturrahim dan sebagainya, saya tertarik dengan cara perdebatan de'facto PKR yang menjurus ke arah fakta dan straight to the point serta jawab menggunakan akal. Manakala pihak satu lagi, saya agak kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberikan (sekali lg,walaupun saya bukan pakar ekonomi). Pada saya kurang menepati kehendak soalan. Apepun syabas kepada beliau kerana sudi tampil menjadi perwakilan.


Pendapat :
Perbanyakkan debat-debat aman seperti ini dan kali ini pastikan semua orang mampu menontonnya (jangan tukar siaran lagi). Seterusnya, pastikan wakil benar-benar pasti apa yang hendak didebatkan (jangan tukar topik). Dan terakhir, sila fahami kehendak soalan sebaiknya dan seharusnya lebih banyak membaca dan membuat homework revision.


Sekian. Wasalam.

ps: izin laluan yang arif~ Saya bukanlah seorang traveller ke sana sini, jadi secara jujurnya saya tak tau harga di negara lain. Tapi saya pernah ke Saudi, mmg barang-barang mahal tapi itu style mereka(kalau tak, takkan mas kahwin sampai puluhan ribu). Kerajaan bagi duit 2000.00rs utk every family setiap bulan (tak keje pun takpe, janji ada family). Tapi ada juga barang murah contohnya Pepsi kat sana baru 1.00rs, air coklat baru 1.00rs sekotak ok... Harga makanan agak mahal, tapi boleh isi lima perut..hehe.

1 Komen Balas:

Aina Ana said...

Wanie, penilaian yang tajam dan bernas sekali. Sama macam kesimpulan adik akak. Akak tak tengok tapi ramai kawan kata bicara Anwar amat bagus sekali.