Indah matamu derai rambutmu
Menunjukkan itulah keindahan yang memberikan
Bentuk senyuman sebentuk usapan
Kepada hati
Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyamanku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa semuanya sirna
Tanpa cinta
Kutemukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang kucari
Kau bukanlah cantik mu yang kucari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tau mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tau yang kutunggu hanyalah senyummu
***************************
Lagu ditujukan KHAS buat diri sendiri. Supaya saya lebih tahu untuk menghargai.
Ya, saya harus belajar untuk mempelajari. Oh, bukan saya sahaja tapi KITA. Saya, awak, kamu, mereka. Kita semua harus belajar untuk mempelajari.
Sudah lama tidak mengemaskini blog. Bukan sibuk mahupun buat-buat sibuk. Cuma, masih sayang dengan entry Laskar Pelangi. Mungkin kerana saya sendiri tertarik dengan gambar pelangi tersebut. Eh, saya memang pecinta pelangi. Zaman Care Bears. Hingga kini. Masih utuh.
Dewasa yang mendewasakan.
Kebelakangan ini, banyak perkara, peristiwa, kejadian yang mengajar saya erti kedewasaan (jangan muntah). Namun, dalam mempelajari erti kedewasaan itu terselit juga unsur-unsur keanak-anakkan. Itulah, dewasa yang mendewasakan. Jika tiada sifat keanak-anakkan itu, bukanlah menginjak dewasa namanya.
Kita akan diuji dengan apa yang kita kata.
Hey saya, beringatlah. Lakukan sesuatu hanya dengan keredhaanNya. Pinta sesuatu hanya padaNya. Sudah dipinta, harus berusaha. Sedang berusaha harus yakin. Setelah yakin harus bertawakal. Nah, benarkan..segala yang datang dan kembali hanya dari padaNya. Beringatlah wahai diriku. Ya, kita yang merancang. Kita yang mengatur langkah di bumi ini sendiri. Tetapi Allah yang tentukan. Beringatlah wahai diriku. Setiap apa yang disusun dan diberi petunjuk adalah tanda DIA sayangkan kita. Bersyukurlah wahai diriku. DIA mahu kita ingat DIA selalu. Bila gembira syukur padaNya. Bila susah, adulah padaNya.
Jangan salahkan DIA hanya kerana takdir yang telah ditetapkan olehNya. Jalan aturan sememangnya ditetapkan, terpulang kepada cara dan etika kita menyusurinya. DIA sentiasa mahukan yang terbaik buat kita.
Wallahi, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Hey kawan, untuk kamu juga.
Beringatlah kita.
Ada mulut bicara-bicarakan.
Ada mata pandang-pandangkan.
Ada hati tumpu-tumpukan.
Ada jiwa jaga-jagakan.
Jika mahu dihargai, harus menghargai diri sendiri dahulu.
Mengertilah.
Jazakallah.
February 07, 2009
Belajar untuk mempelajari
Dikarang oleh : Mya Sakura pada 3:17 PM
Labels: Diary, Lirik/Lagu, Thoughts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen Balas:
Post a Comment