Semalam...ada sedikit jamuan...bagi meraikan tetamu-tetamu...macam biasa...saya masak Nasi Arab...sebab itu adalah juadah teringkas dan termudah untuk saya buat...
Lauknya mudah sahaja, ayam goreng (sepatutnya dipanggang), kari kurma kambing (ala-ala kuah dalca tanpa dal), ulaman ( cili hijau, tomato dan timun). Mudah...kerana itu saya suka buat Nasi Arab walaupun resipinya saya "cuba-cuba" sahaja (dh org tu taknak ajaq kan...). InsyaAllah jika ada masa, saya uploadkan resipinya...yang duk jauh nak bau dan rasa Nasi Arab Melayu ni...ingat2 laa balik sini cepat2.... :)
Kebetulan hari ini, saya terbaca entry menarik Ustaz Hasrizal di laman blognya. "Indah Desa pada Hidup Memberi"...bukan saya nak menghighlightkan perkataan DESA itu kerana saya tidaklah beraya di DESA...tetapi lebih kepada AMALAN MEMBERI yang diketengahkan oleh beliau. Saya tertarik...dan tersentuh...
Dan saya SUKA ayat ini...
Bersesuaian dengan ayat ini...
Sebab itu, jika tetamu bertandang saya sangat suka....selain kehadiran tetamu membawa rahmah...membawa rezeki....saya suka kerana saya boleh memasak...dan semestinya makanan kegemaran saya bakal menjadi santapan para tetamu...begitu juga dengan biskut raya...apa yang saya suka makan...itu yang akan saya buat.... :)
Setakat ini dahulu...saya perlu "study" mengenai spare part kereta...kerana saya baru mendapat khabaran kami akan ke Pulau Mutiara hujung bulan ini...dan tugasan saya adalah di bahagian Marketing/ Pemasaran dalam erti kata lain...saya akan jual barang. Jadi..tak kenal maka tak cinta...kan? ;)
Salam sayang...jaga diri
credits : Saifulislam.com
Wasalam
10:39am
R3
8 Syawal 1429H
1 Komen Balas:
wuaaa...
wanie, akak pun suke ayat tu jgk!!! :)
~ Beri dengan Sayang, barang yang kita Sayang, untuk orang yang kita Sayang ~
".....Treat others the way you want to be treated...."
Post a Comment