In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

August 29, 2008

Jom Kumpul Duit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah wa Syukurillah...masih lagi berkesempatan untuk berblog..walaupun mengikut jangkaan waktu tempatan, entry ini sepatutnya ditaip pada waktu pagi tadi selesai menghantar adik, namun...kesempatan waktu yang ada untuk merehatkan mata ini digunakan oleh saya sepenuhnya pagi tadi sehingga...terlewat ke pejabat ;p

Ok, abaikan hal yang itu..kita teruskan kepada tajuk atau agenda sebenar...


Semalam, seperti yang dimaklumkan pada entry lepas di mana, rezeki penghujung Syaaban milik saya. Semalam, kebetulan tiada al-kuliyyah...jadi saya mengambil kesempatan itu untuk menunaikan atau melunaskan kewajipan saya sebagai pengusaha karipap dan sandwich berjaya..hehe (amiinn~). Selesai kerja, saya terus ke supermarket berdekatan untuk membeli beberapa jenis bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan karipap berinti daging dan kentang serta sandwich sardin ( tak ske tuna).


~ Bahan mentah diperlukan...~

Dah beli-beli semua..balik, selesai solat, bersihkan diri..tukaq 'uniform'..proses memasak inti dimulakan...dah selesai masak inti karipap..masak plak inti sardin untuk sandwich...dah selesai bab tu..uli plak tepung secara tradisional...(saya gemar gunakan cara tradisional kerana ia lebih menjimatkan pengunaan tepung :)
Dah selesai uli semua..break untuk solat maghrib..kemudian proses membuat karipap dimulakan..sambil2 tu tunggu Abah bawak balik Satay...selesai siap dalam pukul 12..50 biji untuk ofis mama..selebihnya..untuk Ramadhan..takpun ada rezeki sapa-sapa dapat laa karipap frozen tu...


~ Sebelum digoreng...~

Dah siap...masa untuk diri sendiri plak..selesai Isya' terus tido...dalam kul 1 lebih..


Bangun kul 4...nak goreng plak..buat sandwich pun 50 biji. Mujurlah, berkat ilmu masa belajaq kat Melaka dulu...kami ( saya, cik tropical, miza & aisyah) team buat sardin roll ngan sandwich...Alhamdulillah, ilmu yang kami perolehi berkat yang di ajar Senior kami, Abg Halim, Abg Ezran, Fizan..time kami jadi ahli biro Ekonomi dulu..Berkat ilmu dimana memudahkan saya membuatnya secara lebih efektif dan efisyen :) Itulah namanya ILMU...indahnya ILMU kerana Allah..Syukran Jazillan buat mereka yg telah memberi kami tunjuk ajar...semoga Allah membalas jasa kalian...amiin~


~ Siapa-siapa yang rindu nak makan...tengok je laa ya..hehe~

Dan petang tadi, dapat panggilan telefon dari Mama secara langsung dari ofisnya..mengatakan karipap dan sandwich itu langsai...Alhamdulillah Segala Puji Hanya Bagi Allah... (^_^). Gembiranya saya tidak terkira...saya sangat bersyukur jika mereka semua berpuas hati...dan Mama kata lagi, mereka semua bersetuju memberikan Upah lebih...MasyaAllah..! Rezeki...Alhamdulillah..dan buat kalian di ofis mama..semoga Allah memberkati kalian semua...saya amat senang jika kalian berpuas hati... :)

Dan..Rezeki Ramadhan...Alhamdulillah..sudah mendapat tempahan kuih raya...cuma saya belum betul-betul pasti jenis kuih yang mereka mahu...tadi di pejabat tak dapat cakap lama ngan Mama...cumanya saya belum pasti tentang jika ada yang beradadi luar kawasan mahukan tempahan...akan difikirkan cara-cara penghantarannya nnt ...dan rezeki Ramadhan ini juga...sangat bermakna..kerana genaplah setahun bakal saya bekerja :) Semoga Allah terus memurahkan rezeki kami sekeluarga...dan mereka di sekeliling saya...Segala Puji Hanya BagiMu Ya Rabb...

Antara insan yang banyak mendorong saya untuk mengumpul duit cara ini adalah Arwah Atok saya..Arwah Atok Amah yang banyak "membuka" mata dan hati saya...kerana keluarga kami bukanlah orang senang...Arwah Atok dulu meniaga kecil-kecilan..tapi apa yang mengkagumkan saya..hasil tangannya..hasil air tangannya..masih sebati dengan jiwa kami...saya selalu ingat pesan Arwah Atok...buatlah apa sahaja kerana ALLAH...ikhlaskan hati..ikhlaskan diri...jangan terlalu berkira..kerana REZEKI Allah sentiasa ada di mana-mana..untuk Arwah Atok..Semoga atok ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah~

Oleh yang demikian...ingatkan saya..jika saya terlupa..ingatkan saya untuk mensyukuri NikmatNya...dan peringatan untuk rakan-rakan juga...kerana DIA lah yang memberi kita rezeki :)


Jazakallah..~


Wasalam


Orchid City

1101pm

0 Komen Balas: