Assalamualaikum...
Alhamdulillah wa Syukurillah kerana DIA masih lagi memberikan saya menaip pagi ni...pagi yang saya kira agak sejuk juga..mungkin juga kerana hari mendung, seperti nak hujan nampaknya...
Semalam, Alhamdulillah sekali lagi...kerana kami telah selesai menyelesaikan Test 1 untuk subjek Management kami, which is saya consider as Alhamdulillah, walaupun tidak tahulah sama ada jawapan yang diberi dapat memenuhi per markah yang ditetapkan...kepada yang mendoakan, Syukran Jazillan...berkat doa kalian, membantu kami seadanya.
Baiklah, dengan nekadnya...saya ingin menaip secara lebih serius lagi. Mungkin juga kerana entry yang bakal berbaur serius ini, saya terpaksa "membuang" column chatbox dan juga membuat comment moderation bagi memastikan semuanya terkawal.. :)
Ianya bermula di sini...
Malam tadi, sebelum bermulanya imtihan kami..sempat saya dan Kak Eami bersembang mengenai perancangan masa depan kami untuk semester seterusnya. Memandangkan ia juga namanya perancangan...maka tidak perlu untuk dinyatakan di sini. Ada banyak juga kelebihan mengenai perancangan kami itu...antaranya juga melibatkan kepentingan diri sendiri dan keluarga. Dan apa yang lebih penting adalah HAK BADAN yang harus dijaga..Perbincangan kami tidak berlanjutan kerana kami seharusnya menumpukan lebih masa untuk menelaah.
Sudah pulang...niat di hati ingin "berkongsi" pendapat dengan sahabat baru. Kerana pada saya, saya sangat menghargai pendapat daripada orang yang secara total tidak mengenali siapakah saya sebenarnya...kerana saya yakin tidak akan wujud perasaan bias atau cuba menjaga hati ini. Kecuali saya berani katakan hanya Cik Tropical sahaja yang berani bertindak jujur untuk berkata-kata dengan saya...walaupun dia lama mengenali ini.
Namun, atas sebab-sebab tertentu di mana saya takut "tersalah" bercerita dengan orang yang tak sepatutnya...saya mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Walaupun wujud perasaan malu kerana pada mulanya saya telah bercakap dengan orang yang lain..Mungkin juga perasaan sebegitu membuatkan saya mula berfikir secara lebih serius dan mendalam kerana saya selalu juga cuba meyatakan pada diri sendiri bahawa orang tidak memahami apa yang saya rasa..tetapi agak jarang untuk saya berfikir bahawa saya JUGA tidak memahami apa yang orang rasa.
Oleh yang demikian, untuk sahabat baru saya...percayalah, dia di antara orang sangat jujur dalam berkata-kata dengan saya. Kadang-kadang terfikir juga, kenapakah dia terlalu berterus terang...tidak tahukah bahawa saya ini tergolong dalam golongan yang berhati sensitif. Sehappy go lucky mana pun saya, sesempoi mana pun saya...namun aku tetap seorang gadis. Teringat sms dari Cik Tropical...
" Budak Saggi memang "manja"....~"
Yeah, saya setuju. Cumanya, orang agak sukar menangkap perubahan perasaan pada saya. Mungkin itu kelebihan yang Allah berikan pada saya...kebolehan menyembunyikan perasaan sebenar. Tapi tidak adil untuk aku menyalahi dia..kerana sesungguhnya dia memang tidak mengenali diri ini. Dan sebenarnya, kata-katanya itu membuatkan saya berfikir bahawa saya juga harus memahami perasaan dia...walaupun dia tidak berkata secara langsung.
Terlibat dalam kancah 'gossip' mungkin agak menyesakkan...tapi kerana mementingkan perihal kepentingan diri dan keseronokan semata saya alpa mengenai perasaannya pula. Di mana sepatutnya saya tidak membiarkan ianya menular sehingga melibatkan pelbagai pihak. Sepatutnya saya terlebih dahulu bertindak memberhentikannya sebelum saya minta kebenaran untuk dia memberhentikannya.
Jadi, bagi mengelak untuk ia terus merebak ...saya telah pun berkuatkuasa memberhentikannya semalam. Dan untuk rakan-rakan yang terlibat...saya mohon maaf, dan tidak berniat memperkecilkan usikan kalian...tapi saya harus memikirkan perasaan dia yang terlibat secara tidak langsung.... :)
Dan untuk kamu yang tidak sengaja dilibatkan...saya minta maaf kerana tidak menjaga hati dan perasaan kamu...malah kamu sendiri cukup jujur untuk berkata dengan baik untuk menjaga hati saya...maafkan saya sekali lagi. Mohon maaf jika entry untuk mungkin agak "uncomfortable" untuk kamu...namun saya rasa ini jalan terbaik untuk saya mohon maaf, walaupun secara terbuka...jangan bimbang kerana tiada siapa akan mengenali siapa kamu, dan untuk rakan-rakan yang mengetahui siapa kamu pun..percayalah, mereka adalah rakan-rakan yang baik. Dan..saya akan lebih "berhati-hati" selepas ini...dan sekali lagi...maafkan saya.
Dan entry ini...sedikit sebanyak melegakan saya...semoga tidak lagi dibelengu perasaan bersalah...dan semoga Allah mengampuni saya atas "kealpaan" itu... :)
Jazakallah..~
Illalliqa~
Wasalam
ps: next time kita sembang buat macam biasa laa eh...takmo citer hal entry ni ek? please..Syukran ;)
Orchid City
0445am
August 27, 2008
Featured Friend : A Note To Say Sorry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen Balas:
Post a Comment