||Pejabat, 1243||
Korang ada tak rasa kepantasan waktu begitu ketara dalam bulan July ni..ke saya sorang je rasa? Adakah kerana bermula July ini saya banyak berlari-lari kerana amat PERLU mengejar masa. Mana taknya, kerja habis jam 5.30pm dan bergegas pulang untuk solat Asar, kemudian sebelum jam berdetik 5.50pm saya harus berada di dalam kereta. Kerana jika saya melepasi waktu itu, alamatnya saya akan terlambat ke kuliah. Agaknya makcik jual goreng pisang juga kehairanan melihat sikap anak gadis ini yang lagaknya seperti orang main Epxlorace(jgn risau, saya berlari penuh cermat ok, tak ghebah aih). Oh makcik..sesungguhnya saya mengejar waktu. Benar kata Kak Huda, orang seperti saya (kerja +belaja malam) akan sesungguhnya begitu menghargai masa.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
Saja nak update cerita untuk satu minggu. Alhamdullilah, kuliah telah bermula. Dah ada yang abis satu chapter pun. Dan Alhamdulillah, lecturer kami baik-baik belaka namun tetap ada ketegasannya. Atau mungkin aura ke"utaghaan" mereka membuat saya mudah mesra. Cuma class English belum bermula.
Baiklah, takat di sini sahaja. Hari ni sejurus kerja (beberapa minit je lagi) saya akan bertemu dengan Dik Nurul. Janji untuk mengambil gamba convo kami. InsyaAllah kalau gamba tu CUN saya upload, jika sebaliknya paham-paham sahaja lah. hehe..
Semoga bertemu lagi...!~
Wasalam
4 Komen Balas:
Insya'Allah wanie boleh buat. Kena lari pun, lari la wanie.
Asal dapat kita buat apa yang patut kita buat.
Thanx kak. Thanx a lot. InsyaAllah..doakan yg terbaik utk saya :)
hahaha...explorace tuh...takpe wanie,janji tak tertinggal kelas...berusahalah membahagi masa dengan bijak sebab sekarang ni semua pun nak kena rush...and yes, aku juga rasa kecepatan bulan julai...bukan setakat julai je...bulan2 sebelum pun cenggitu...sabar je la~
thanx babe! ;)
Post a Comment