Waktu : 10:46am
Mood Semasa : Planning
Entry ke 3 untuk rumah baru ni. Semalam, atau lebih tepat malam tadi...selesai sudah kerja-kerja mendekorasi dan mengrenovasi rumah baru ni. Tak banyak kerja pun, cumanya "memindahkan" barang-barang lama ke rumah baru. Mudah saja kan..? Jimat "kos" dan tenaga...(hehehe...)
Ikutkan ini kali ke-empat saya tukar ke blog baru. Dan kali kedua masih memilih "pemaju" yang sama iaitu Blogspot. Mungkin kerana saya selesa dengan "perkhidmatan" yang diberikan. Dan setakat ini servicenya pun agak memuaskan. Mana tau, mungkin satu hari nanti saya akan terpikat dengan "pemaju" daripada Wordpress pula kan..? ;)
Hari ini, bercadang-cadang mahu membawa ustaz kecik saya (baca : adik) untuk berjalan-jalan atau mungkin makan-makan. Kasihan dia sebabnya sepanjang cuti sekolah ni, kena duduk di rumah temankan acik. Tapi acik dan balik semalam. Kami menghantarnya ke Sentul kerana pakcik (baca : suaminya) telah pun keluar ward semalam (Alhamdulillah). Dan sebagai membalas jasa baik ustaz kecik, saya dan mama bercadang mahu membawanya bersiar-siar. Tidak mungkin untuk membeli belah kerana kami perlu berjimat memandangkan minggu hadapan juga kami (InsyaAllah) akan ke Terengganu untuk menghadiri walimaturus sahabat sepejabat mama. Dan kemungkinan besar (InsyaAllah) kami akan tinggal di rumah Umi di sana untuk satu malam mungkin...
~ Memori Tercipta~
Kak Norsiah, Kak Azita, Me, Umi, Adik & Mama
120408,Jabal Uhud
0 Komen Balas:
Post a Comment